Friday, April 29, 2011

Dia sorang je la ada laki



Semalam, ex-students aku datang makan-makan kat rumah. Adihana, Epi, Miji & Haqeem. Yang lain tak dapat datang sebab ada yang masih setia kat ofis (cemerlang weiii!) dan ada yang outstation.

Biasa la kan..sambil menyumbat mulut dengan makanan, sambil citer pasal perkembangan diri masing-masing (perut si Haqeem memang berkembang lah!) dan tentang classmates yang masing-masing dah ada haluan sendiri.

Part yang buat kitorang rasa nak tersembur semua makanan adalah tentang kawan-kawan diorang yang dah kawen.
Tau la dia dah kawin, tapi komen kat wall tu semacam tak boleh blah jer.
"Best tau kawen. Korang kawen la cepat."

... dan ada lagi la komen-komen yang berunsur wei-aku-dah-kawen-korang-loser...


FYI, kawan diorang yang dimaksudkan tu memang jenis malaikatul punye (I mean, baik dan pendiam) masa belajar dulu. Tu yang kitorang macam xleh terima bila kuar statement yang gitu-gitu.



Moralnye:
Jangan le buat statement as if kau sorang je ada laki.


p/s:
Aku sangat happy bila ex-students masih sudi datang rumah aku, walaupun dah 3tahun grad. Tak kira le kalo ada hidden agenda ke hapa ke, tapi aku anggap diorang thoughtful :)

Mom's Day is 1 week to go-whats ur plan?

Rasanya tak awal sangat untuk kita citer tentang Mother's Day. It's just around the corner.
This year, it falls on the 8th May.

Korang dah ada plan ke untuk mak/MIL/nenek/aunty korang?
Ke bapak-bapak yang dok mencari lagi plan ke...

Ni ha..TGIF ada buat promo best.


Makan dan dapat diskaun untuk main dish yang si ibu makan sebanyak umur dia (dan leh dapat free massage/manicure session gak kat Amante Nail Spa).

Maksudnya, if she's 50%, bayar half price la kan?

Kalo umur dia 80, banyaknya diskaun! Eh.. jap. Ada lagi ke yang kuat cedang dan ada gigi nak makan steak kat TGIF? Hehehe


Cuma kan..aku pikir... kalo 'belia remaja' macam aku ni, sikit la pulak diskaunnye. Kan bagus kalo diskaun tu mengikut tahun kelahiran. Hehehe..

Tetiba rasa nak tukar pulak statement xngaku tua kelmarin. Boleh gitu? :P


Thursday, April 28, 2011

Pizza hut 50%? Kelentong ahhh

PKatanya PIZZA HUT tengah buat promosi 50% dari hari Isnin ke hari Jumaat.
So, semalam masa aku kuar lunch dengan Shery kat Plaza Shah Alam... kitorang melangkah ke Pizza Hut, sedangkan asal-asalnye Shery cakap tingin nak makan KFC (sebelah je pun).



Masa membelek menu tu, aku perasan minuman tak included (semalam kan hari Rabu).
Kalo korang pegi hari Selasa atau Khamis, ada le set-konon-diskaun dengan air.

So, aku pun congak-congak dalam kepala... tambah dengan soft drinks (RM2.20), dah jadi around RM12.20, tak termasuk tax and service charge.

Might as well order the normal pan pizza (non cheesy lava setap-keras) set tu jer.
Fine...korang nak kata masih murah.
Tapi murah tu tetap tak cecah 50% kan? Kan?


Akhirnya, aku & Shery pun order terus set Cheesy Lava stuffed crust untuk dua orang yang RM30 gitu. Sama jugak ceritanya...
Makan licin gak.

Eleh...lorat-lorat sangat ni, makan itu ini..sudahnya kuar jadi 'yang itu' jugak... Hahahaha.


p/s:
Aku x puas hati awal bulan aritu aku gi makan dengan adik aku, order set yang sama...tapi waitress hantar air Pepsi. Bila aku tanya, bukan ke patutnya dapat Mountain Dew? Baru dia jawab "Ooo..mountain dew dah abis."

Cettt... patutnya korang bagitau la awal2 masa aku order.

Tua ke korang?



Bila kena belek gadget baru nih... terhegeh-hegeh aku nak explore.
Malas sebenarnya.
Dah tak terkejar teknologi ni.

Tetiba aku tingat kata-kata Alex, leng chai yang jual segala mak nenek henpon & gadget tu...
"Ini phone biasa semua sekarang orang tua saja pakai. U see, budak-budak pun sulah pakai Iphone, Blekberi. Sapa mau beli ini phone? (phone biasa). Orang tua la..yang sulah malas mau belajar macammana itu functions dalam."


Erkk?
Aku ni termasuk golongan itu kah?

Kalo tua, tua apa? Jom kita check... (refer Kamus Dewan ni tau)


TUA bangka/tua bengkok (bahasa kasar) = sangat TUA (tetapi buruk perangainya)
Hehe. Aku tak buruk kan? kan?

TUA cendawan =berumur tetapi tidak bijak.
Oh tidakkk.. Aku kan bijak!

TUA ganyut = sangat tua.
Next...

TUA kejemur (Jakarta, bahasa kasar)= dah le tua, bodoh atau berperangai buruk pulak.
Confirm la bukan.

TUA keladi = tua tetapi tidak sedarkan diri (berperangai buruk, gila perempuan, dan lain-lain).
Hahaha. Aku x gila pompuan pun!


TUA kotai = (orang yang) sangat tua.
Ni mesti yang tahap super-senior citizen kot.

TUA kutuk (bahasa kasar) = tua lara = orang tua yang buruk pe'el
Tetiba aku rasa x perlu explain.

TUA leler= tua lontok = tua renta = sangat tua dan lemah
Hamboii... Lemah tang mana tu?

TUA nipah (Kelantan) = dah tua, bodoh lak
Again, aku x bodoh (hihihi..macam tajuk filem daa)

TUA nyanyuk = dah tua dan bercakap yang bukan-bukan
Tak sampai lagi tahap tu. Nauzubillah.

TUA teberau (Kelantan) = sangat tua dan lemah otaknya
Eh..nape lak dikaitkan dengan Teberau?



TUA tebu = orang yang semakin TUA semakin cergas.
Ini kes minum Super power ni!!!

Ada lagi satu yang aku tak jumpa dalam kamus, orang Penang sebut TUA MEREGA (meghega). Ni pun tahap ultra-tua ler...



Nampak gayanya, aku x termasuk dalam mana-mana kategori tu la.
Jadi terpaksa la aku ngaku MUDA. Ehehehe. Aku kan baru 18!!! :P

Wednesday, April 27, 2011

Let's enjoy the burnt biscuits

Lepas baca citer ni, aku terbayang nak mendajal MrHubby dengan menghidangkan biskut rentung kat dia...hehehe.



When I was a kid, my mom liked to make breakfast food for dinner every now and then. And I remember one night in particular when she had made breakfast after a long, hard day at work. On that evening so long ago, my mom placed a plate of eggs, sausage, and extremely burned biscuits in front of my dad. I remember waiting to see if anyone noticed! Yet all my dad did was reach for his Biscuit, smile at my mom and ask me how my day was at school.

I don't remember what I told him that night, but I do remember hearing my mom apologize to my dad for burning the biscuits. And I'll never forget what he said: "Honey, I love burned biscuits."


Later that night, I went to kiss Daddy good night and I asked him if he really liked his biscuits burned. He wrapped me in his arms and said, "Your momma put in a long hard day at work today and she's real tired. And besides... a burnt biscuit never hurt anyone!"

You know, life is full of imperfect things... and imperfect people.. I'm not the best at hardly anything, and I forget birthdays and anniversaries just like everyone else. What I've learned over the years is that learning to accept each others faults and choosing to celebrate each others differences, is one of the most important keys to creating a healthy, growing, and lasting relationship.


Life is too short to wake up with regrets... Love the people who treat you right and forget about the ones who don't.



*This is an email fwded by our VC to us all

Sem-sang



Yes, u read it right.
I wrote Sem-sang. Not samseng!

It's the right pronunciation for Samsung yang orang kita selalu sebut 'Sam-sung'.
Itu Kelly (my Korean friend) yang ajar sebutan tu... almaklumlah... Samsung kan company dari Korea.

Tapi bila aku sebut Sem-sang kat kedai-kedai henpon ke, kedai electrical ke... mesti diorang pandang aku macam alien. Cettt!!!



Eh, mengapakah aku memblog tentang Sem-sang ye? Eheks! (gelak gatal)
Patutnya I remain quietly brilliant. Ngeeeee :P

Tuesday, April 26, 2011

Mari membodek boss dengan kata-kata


Aku bukan la kaki kipas boss, sebab aku sendiri meluat tengok kaki kipas.
Ada yang kuat bodek tu, tak cukup kipas...siap dengan air-cond lagi, full blast pulak tu!

Anyway, ni aku list down ayat-ayat untuk menyenangkan hati boss. Ni kira mulia la kan- sebab bukan setakat "Wah! Lawa tie bos arini!" atau "Makin muda pulak nampak bos lately." Lame la weiii.


To make it sounds nice, remember... Keep it about the work and I bet it will keep your boss smiling throughout the work week.



No.10 – “It’s already been arranged.”
Kalo cuak keje tak siap pun, jangan la dok berkias-kias sangat sampai pening kepala boss dok wonder apa sebenarnya status keje yang diberi.

No.9 – “Good news.”
Jadilah pekerja yang menyampaikan berita gembira kpd boss anda. Being a source of pleasure for your boss is never a bad thing.


No.8 – “No problem.”
Jangan termasuk dalam golongan yang asyik complain "Alaaa... banyak keje la boss." --hehe.macam familiar je.
Bagi la boss rasa senang hati sikit bila delegate keje kat kita.




No.7 – “I made a mistake, but I’m fixing it.”
Hahaha. Nak tak nak, one day, you’ll screw up! Tapi kena la responsible kan.
Ni pernah jadi kat aku last sem-bila aku dah pass keje to co-ordinate Practical Training kat sorang colleague, tapi dua-dua orang lupa key-in markah, so result tak dapat generate.
So, aku yang dah balik (dok hadap journal kat rumah) bergegas amik Lil Adam dan setelkan semua tu in a timely manner (actually sempat siap 5minit lebih awal). Tapi aku tak blame la colleague aku tu.

No.6 – “About X, I’ve figured out we can do A, B or C. What do you think?”
Bila minta advice drp boss, jangan terus terjah dengan kepala kosong macam aku- nampak sangat blur nya. Hahaha.
It's better if u come up with several options and your preference. Baru la nampak macam manusia berguna.



No.5 – “I figured out what to do about X.”
Not every problem is simple enough to be solvable in a few minutes, and that’s OK, but you should keep thinking about the problem and try resolve it (or at least move it forward). If you come up with a solution or at least a next step, share it with your boss. The more you get promoted, the larger and more complex the problems will get and the harder it will be to find a “perfect” solution. Show to your boss that you’re able to plan ahead and solve the bigger problems — so he or she won’t hesitate to promote you when the opportunity arises.

No.4 – “Consider it done.”
When you make this statement, in one instant, an item has gone from something vague in your boss’ mind to a task that’s assigned to somebody. This is a step toward being seen as a “go-to person” “your boss’s reliable right-hand employee.

No.3 – “I’ll see to it personally.”
Ni kira terer sikit la drp “consider it done.”
Tapi ingat-kalo rasa standard of excellence korang tu tak mencapai tahap yang boss korang expect, jangan cari bala.




No.2 – “I found a way to get it done cheaper.”
If earning the company more, make suggestions to save money.
In my case, aku memang selalu dah check mana yang murah... walaupun guna duit fakulti/gomen, aku takde la buta perut sangat nak ikut sesedap rasa jer. Hasilnya? Bila nak defend proposal tu, tak la berpeluh-peluh dahi macam orang jogging 10 rounds.


No.1 – “Let me run an idea by you.”
Haa..ni memang baekkk punya ada inisiatif. The boss will appreciate you trying to come up with ideas, tapi jangan le gatal-gatal launch tanpa minta opinion dia.



Haaa...ni dah bagi tips ni, tapi aku rasa tahun ni pun takde nye aku nak dapat APC.
AKu takde la gila pangkat, tapi hati panas la jugak kalo immediate boss dah assess elok-elok pun, sekali kena pangkas dengan boss atas. Haihhh...

Last year, this year, next year...




MrHubby dah masak sangat bila kadang-kadang, out of the blue aku tanya
"Apa agaknya kita tengah buat next year at this time (on this date) ye?"
atau
"Cinta... Last year, time ni kan..kita tengah bla-bla-bla...."

Gitu la aku...
Aku suka wonder, predict dan imagine what's gonna happen in the coming years.


Last year, at this point of time...
I was trying to conceive. Hujung bulan 4 ni kira fasa-fasa saspens la menunggu period. Hahaha.


This year, here I am.
Menjadi rebutan 3 jejaka. Pergh... statement tak boleh blah!
Dan pagi ni, aku ternampak satu signage yang membuatkan rasa sedih/terkilan (yang dua, tiga minggu lepas tu) datang balik. *sigh*


Next year, I wish my postponed dream will come true.
Aku harap next year, masa bulan 4 ni... I can look back and smile.


Hmmm..korang ada tak buat macam aku? Ponder tentang last year, this year and next year?
Try la.

Monday, April 25, 2011

Kay-4 pun, kay-4 lah...



Yesterday we went to Kepong (after attending 2 weddings at Dewan MBSA & Jalan Genting-Klang) bcoz MrHubby nak jual barang kat sorang apek.-- woh! jual 'barang', bunyi macam nak jual dadah jer.

As the meeting point is at Carrefour, we drove round and round looking for it. Last-last, benti kat Shell... MrHubby tanya budak pam attendant tu.

MrHubby: Dik, Carrefour kat mana hah?

Budak: ??? Haa?

MrHubby: Carrefour. Carrefour.

Budak: Oooo... kay-four!!!

MrHubby: Haaa..ye lah. (malas nak buat kelas bahasa kat Shell)

Budak: Abang kena ikut sana. Terus je...nanti jumpa la.

MrHubby: Ok. Tima kasih ye.

Gitu le kaedahnye. Since I was 16, aku diajar... Carrefour, being the French supermarket- mesti la sebut cara French kan?
Kar-foo that is.



Well, tapi orang Mesia sebut Car four, Kay four, Care four... ikut sedap tekak la.

Okaylah..apa kata korang klik kat sini untuk dengar sebutan dengan French accent.


Yang aku pelik sangat, iklan Carrefour kat TV (yang ada Mawi & Ras Adiba) dulu pun sebut Kay-four... sebab nak bagi ngam dengan tagline 'care for you'.

Tapi kan aku ada jumpa satu citer tentang Carrefour ni...

This may help those who have problem pronouncing the word.Saw this posting on the net, discussing how to pronounce Carrefour. This fellow has an interesting explanation: You're all wrong.
Carrefour is owned by a French of Chinese descent - Cantonese to be precise. He started the success-ful business with money provided by his maternal uncle. In order to thank and honour his uncle for the start-up assistance, he decided to name it after his uncle. Out of sheer respect, he could not bring himself to use his uncle's common name. So he called it the way he would always call his favourite uncle in the Cantonese dialect and i.e. --- Cow-Foo ---

Saturday, April 23, 2011

Goyang-goyang -Tamilan Boyz



Bila tengok Maharaja Lawak 1st week aritu, kat minit ke 1:12, Jozan ada buat lawak ringtone bunyi 'Goyang goyang...goyang kepala goyang..'
(korang gugel la cari)

aku pun terikut-ikut dok nyanyi lagu tu dgn MrHubby. Hahaha.

Akhirnya student aku, Ikhsan telah menemukan aku dengan Goyang-goyang yang dimaksudkan itu...

Mari kita enjoy... Kalo korang tak senyum, memang ada yang tak kena la tu...


Friday, April 22, 2011

Tak boleh baca doa tu

Mana ada doa yang tak boleh dibaca?
Kalo tengah period ke, dalam hadas besar ke (kes tak sempat mandi wajib ke nih? haha) semua doa boleh je baca.

Ni haa...
Fiza Rahman ada buat entry tentang doa amalan untuk ibu yang BF.

Tapi buat julung-julung kalinya aku takut nak amalkan doa tu.
Sebab dalam minggu ni cikgu nursery cakap Lil Adib tak berapa nak minum EBM yang aku bekalkan. Kalo biasanya satu botol besar dan satu botol kecik akan dipulangkan kat aku tiap hari... kali ni cuma botol kecik je aku dapat balik :(

Cikgu tu cakap... "A'ah, kak. Dia dok sibuk isap jari dia... sampai terlena."

sedap sangat ke jari kau tu, Lil Adib?

To date, my freezer is full. Kalo aku pam lagi, entah nak simpan kat mana pulak.
Arini aku cuma bawak 1 botol kosong (besar) je, sebab kalo bawa dua...nanti balik, harus la freezer tu jadi sesak macam Sardin Cap Ayam.


Maka tak dapatlah aku mengamalkan doa tu. Kang terasa engorge, jenuh aku cuak :P

Zero-point


Kalo sebut 'zero point'... mesti korang ingat benda yang sama dengan apa yang ada di kepala aku kan? Kan?
Aku rasa orang yang hidup zaman Nabi Khidir je yang tak terbayang tali getah gelung (rubber bands) yang disambung panjang2 macam nie... <--ayat tak nak ngaku dah tua


Hujung tali getah tu akan dipegang oleh dua orang, then team lawan akan lompat melangkaui tali tu.
Bermula dari level tapak kaki, then lutut, pinggang, bahu, telinga & atas kepala.
Bila lompat je, mesti sebut 'zero point'....

Tapi kan... aku dengar dulu bebudak selalu sebut 'zirofoin' (instead of 'ziropoin'). hahaha. Bajet cool la kot guna huruf F tu :P
Atau memang sebab jahil masa kecik-kecik dulu- tak tau apa maksud 'zero' and 'point'. Pathetic wehhh...


Aku?
Hahaha. Ni aku nak bagitau satu rahsia. Aku sorang je kot awek yang tak terer main zero-point ni dari zaman dulu.
Selalu aku lepas sampai lutut je. Naik ke paras pinggang, terus failed :P Hahaha. Harap je tinggi renjong, kaki panjang...


Cuma ada satu kemusykilan aku...

Kenapa nama dia 'zero point'? Kalo dah masuk sampai 3,4 games pun masih sebut zero point? Nape tak jadi one point? 2 points? 3 points and so on...


Ada sesapa leh tolong jawab?

Thursday, April 21, 2011

5 ayat menipu paling popular

Do u think u never lied?
Think again...

Aku yang susah menipu orang ni pun terfikir "A'ah ye... ada rupanya."



I have read the Terms & Conditions
Hahaha. I bet none of u ever read word by word to the terms & conditions before signing an agreement or clicking 'I agree' when installing something on your computer.
Kalo baca pun, halfway jer.
Kalo laki yang mintak sign, pandai pulak nak baca detail. Takut surat izin kawin lagi satu atau pertukaran nama pewaris harta kot. Huahuahua


When ur kids ask u to buy something (toys, fast food), u say... "Mama takde duit la.."
Tipu kan?
Actually u do, but it's to be spent on something else, or perhaps not enough. Atau maybe duit tu memang ada, cuma korang tak nak manjakan sangat anak-asal mintak je, dapat.




When people ask u, "Hey..how are u?"
We simply reply "I'm fine. Thanks"

Automatik kan? Walaupun kadang-kadang kita tengah flu... Kira bohong la jugak tu.




Your friend: Cer kau tengok- lawa sangat ke minah ni?
Bcoz u could sense (from the intonation) that could be her ex-boyfriend's new girl... you said "Takde la lawa mana pun! Sape ni?"

Hahaha... yang ni aku tak buat. Kalo adik aku tanya, dia jangan harap nak dapat jawapan menyedapkan hati dia.




Anak I sakit la, boss.
Dr, saya rasa sakit perut la. Boleh MC tak?

Yang ni aku tau ramai orang buat. Tapi aku takut nak buat, takut jadi betul-betul. Hehehe.



Hmmm... so, daripada 5 tu, berapa skor korang? :P

Adam bertemu Adam kerana bubur durian

Last Sat was a very busy day. After the playgroup, we went to Yaya's place. Malam pulak, ada wedding kat Bluewave.

Hmm... so, walaupun penat rushing tu, kitorang pegi gak la.
Satu, sebab aku suka kawan dengan Yaya. Dia sangat humble nak berkawan dengan aku yang biasa-biasa ni. The best part is she's funny.
Dua, kalo dah masuk kali ke-3, orang jemput pegi rumah, memang tak patut sangat la kalo tak pegi kan?
Tiga, sebab dia buat bubur durian special sempena...err... sempena aku nak datang. Hahaha. Best kan?

Aku suka sangat tengok Akmal debob ni... Muka anak-anak Yaya comel-comel la. Tengok genetik la kan?

Comel sampai aku rasa 'not bad apa ada dua anak lelaki?' -hahaha.
Cer kalo dapat babygirl, mesti ayat aku lain :P

Akmal tak senang duduk tengok Mama dia pangku adik Adib.


Makan kat taman luar rumah ni mengingatkan aku suasana kat Aussie dulu. Aku sukaaa sangat.
Bezanya kat Aussie, portion makanan mesti ciput-ciput je. Tapi kita orang Mesia, mesti la makan banyak kan? Hahaha.

Sambil mak-mak bergosip dengan bapak (Yaya's hubby takde- kene keje)... anak-anak main pool.

Bila Adam bertemu Adam...
asal nak jerit kat anak sendiri jer..."ADAMMMMM!!!" dah teragak-agak. Takut anak orang ingat kena marah. Hehehe


Akmal observe je. Dalam hati dia mesti kata "Korang tunggu la aku besar sikit..."




Gambar bubur durian???????
Laaa... aku ingat dah snap banyak.
Masa nak upload ni, baru aku sedar. Ropanya ada satu ni jer. Hishhh..nampak benor tak dan-dan nak makan :P


MrHubby pun suka si Akmal ni. Geramnyaaaa...
Yaya pulak dok geram-geram dengan Lil Adib.

Akmal munching a fries.
Haihhh... Tak sabar aku nak tunggu Lil Adib sebesar ni...


Sebelum balik, mesti la ada gambar berjemaah kan?

Adam kodam Yaya nangis-nangis tak kasi Lil Adam balik. Siap nak ikut kitorang balik. Kesian aku tengok.

p/s:
Yaya,
Sampai hari ni, aku sebut-sebut kat Lil Adam pasal main pool kat rumah kawan dia. Gamak dia confuse kot awat nama Adam jugak... so, aku address Adam ko as Muhammad Adam la.

TQ 4 having us!

Wednesday, April 20, 2011

Bukan cookies, bukan tempeyek

Nampak macam cookie, tapi awat besar sangat?
Tempeyek ke? Tapi nape legam semacam?

Tersebutlah kisah...


Arakian pada suatau hari apabila aku tengok BM production agak kureng, aku pun merebut dried longan, kurma merah & kurma hitam dalam my favourite pot yang aku beli dari Aussie dulu.

Sambil tu, aku pam BM kat meja. Dalam hati aku "Jangan aku lupa pulak aku dok boil benda tu!."

Lepas simpan hasil EBM, aku pun naik bilik atas dan berblog sakan. Bertelefon sana-sini.
Letak je telefon, terdetik kat hati aku "Sapa la masak sedap sangat bau ni?"

Tetiba aku teringat.. "Alamak!!! Air kurma aku!!!"
Terus aku turun bawah dan tengok pot pujaan aku berasap. Aiseymen... Ntah dah berapa lama la ni? Sampai boleh keluar sekeping tebal macam ni...

Bau hangit memenuhi ruang rumah, sampai petang... sampai malam.
Hahaha. Ambik kau...
Dalam dok pesan kat diri sendiri tadi, boleh pulak aku lupa. *sigh*


Maka teka-teki aritu aku rasa Akusyafrina le yang jawab paling hampir tepat.
Tahniah ye..dan jangan lupa email untuk dapatkan voucher 15% discount kat Hartz Chicken Buffet tu.

Lil Adam @ Tateh Playgroup


As planned, last Saturday, we joined the trial for Tateh Playgroup at Sarakids. Macam-macam aktiviti ada. Meriah...
Sila muntah darah tengok gambar-gambar ni... Feel free to grab, tapi aku dah kecikkan size. Kalo nak yang kualiti baekkk punya, sila bagi CD. Hehehe

Lil Adam sliding up and down while waiting for the program to start.

Elissmie's Nuha- aku suka tengok mata syahdu dia!

Ni anak AdD. Tembun!!! Geram aku tengok.

The parents.

Teacher Munira arranging the names of the kids.
...and his name is Adam.

It started with bubble-popping. Apa lagi? Terlompat-lompat la masing-masing nak cucuk bubble.
Riangnya anak bujang aku.

AdD & Ebby with the 'incy wincy spider...'
Afif menari dengan mama dia, Farah mylildreamz.

Mmm... sedapnya maraccas ni... macam lolipop la :P

Next, they learn about senses. Tongue...or as he pronounces it 'tam..'
Ears to hear...
Who wants to smell something in these jars?
Bila dapat bau belacan, Lil Adam terus sebut "Eee..yek!"
Nuha dapat perfume.
Touching the soft, fluffy cotton.

...and the smooth surface of the CD.
Lil Adib?
Haaa..Dia terlentok baeeekkk punya kat Saiful (Farah Sarakids' hubby).


Masa dok dengar bunyi dalam bekas-bekas ni...
Lil Adam & budak-budak lain sibuk nak stacking.
Haaa..ni teacher tunjuk, dalam ni ada little green beans. Jangan makan ye?
Alamak! Afif dah boh dalam mulut!!! Cepat korek balik!!!
Ye... kutip yang berterabur tu... Apa yang penting? Kerjasama!!!
Anak dara ni memang rajin ngemas. Bagus buat menantu.

Later, they played the parachute...
Kids lain dok seronok main bawah parachute tu...tapi Lil Adam
sibuk nak tolong kibar. Haihhh...

Learning about long and short. Well, his coordination was pretty good, I'd say.
Teacher Munira's Zahraa. Ni pun boleh jadi calon menantu. Hehehe.

Lil Adam menunjukkan ketereran dpn calon MIL :P
Searching for pics starting with C in the grains... together with Nuha.
Yeahhh..bodek calon MIL. "Teacher, tengok ni, canderra (camera) macam ayah punye."

Hah! Ni anak sapa buat onar bagi terbalik beras ni?

Masa hand painting, Lil Adam ngelat. Pe'el-pembersih-tak-bertempat tu mai dahhhh.


Maka dibulinya Aunty Farah (Sarakids) untuk buatkan artwork dia.... ish ish ish...
Yang lain, enjoy la...
Yang ni sampai beria menyapu segala kaler yang ada.

Sementara Farah buatkan artwork dia, Lil Adam lari main toys yang lain.

Lil Adib dah bangun!!!
Ni posing ala Ultraman nak fire ke? Macam kuntau jer...

Parents yang terduduk kepenatan. I wonder, Teacher Munira mesti lagi penat :P

Comelnya Ebby!

Nuha jadi baby chick.
Ada tiger, bee, lion and eagle too...
Afif had his own merry go round.
And the final session... bonding with the kids. Rasa macam dah lama tak manjakan Lil Adam sebab sibuk dengan Lil Adib.
Mmm... sedapnya munching Ayah's finger! Gatal gusi kot.


My verdict:

It was so fun! Lil Adam yang cranky masa mula-mula pun happy in the end.

Dalam pada parents sibuk nak bagi anak socialize, ada jugak parents yang tak mingle with others :P

Nuffnang ads

My Heartbeat