Showing posts with label events. Show all posts
Showing posts with label events. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Merdeka Raya 2012 @ Annesley College


Just like raya puasa yang disambut sebulan, merdeka pun is another event yang disambut berulang kali tanpa perlu tunggu tahun berikutnya. Heh.


So, besides that event di siang hari, ada lagi satu jugak.
Well, this one took place at the Annesley College. Gillingham Hall, was it?

Tapi standard la Malaysians kan? Suruh datang pukul 6, katanya start pukul 7.
Tapi pukul 8 lebih baru start.


Sampai tmbuh janggut dok menunggu dalam dewan tu.
Haihhh...  dah jauh dari negara sendiri, bawak-bawak le ikut perangai punctual matsaleh sikit.


Sementara tunggu dewan penuh, apa lagi? bergambar le kerjanya...


Abg Fizul gaya macam 'spy' dah. Hahaha.
#ifyougotwhatimean
Tapi actually dia tak bersalah pun.


And when the time comes.... Datuk Rauf Yusoh dan Dr Jumiati naik stage...

All rise!!!


Maka semua pun bangun menyanyi lagu Negaraku.
Dan lagu patriotik Satu Malaysia yang aku tengok ramai orang miming-miming je, sebab maybe baru sekali dua dengar. Aku pun terhafal sebab nyanyi masa kat BTN. Tiap kali start event, kena nyanyi, maunye aku tak hafal.




Dalam pada kata dress code is smart casual, ada juga yang rasa smart dengan selipar. Wahahaha.
alo aku tau, xde la poyo aku berbaju kurung bagai. Dah la baju kurung tak banyak aku bawak.

MrPresident MyPSA dan Treasurernye semangat mengibar bendera.
Orang nyanyi, diorang semgih-sengih kat kamera je.



Well, to summarize, there was just a short talk by the VIP.
Tapi sebab masing-masing dah lapar, maka dah jadi macam masuk telinga kanan, kuar telinga kiri. Hehehe,

 Lil Adib yang tido sepanjang majlis tu pun dah bangun balik bila dengar semua orang nyanyi lagu Tanggal 31.




Oh ye, masa event berlangsung ada Masterchef Malaysia, Dr Ezani datang untuk event Malaysian Carnival.
Well, she was a student here rupanya. No wonder la.
So, bergambar dengan celebrity chef adalah satu kemestian regardless korang pandai masak atau tak. Hahaha

Masa aku sembang dengan Dr J pun bebudak lelaki kat belakang tu dok sibuk bergambar dengan Ezani.




Us- the young mommies. Aqilah/Alya, aku dengan Cikebonbon dan Farah/Ismail.
Lil Adam tak ikut, kitorang tinggakan dia main kat rumah Abang Shibi.


Gambar masa makan jangan harap la korang dapat tengok. Sebab masing-masing dah lapar tahap dewa.
Tapi merasa la aku seorang dato'  tolong sendukkan lauk ke pinggan aku. Berjiwa rakyat gitu. Heh


Cuma dapat amik gambar pasangan pengantin lama makan beradap (ni baru betul-betul berhadap!) sebab diorang start makan bila semua orang dah kenyang.



Lepas abis makan dan tapao, VIP pun masuk bermeeting... kami pun balik.

Friday, September 21, 2012

Malaysian Carnival @ Victoria Square



Last Saturday was a happening day- we had a Malaysian Carnival in the heart of the city, Victoria Square.

Kitorang sampai agak awal, cuma ter-miss nak tengok tarian zapin je. Tapi by that time, crowd dah agak ramai.


Konsepnya diorang buat macam 'tour to all states in Malaysia' with this Aussie bloke, Sam. Eh, macam bunyi nama laki aku pulak. Tapi takpe, lakiku juga hemsem walaupun tak putis macam matsaleh itu. Heh


 Paling best, adalah stall makanan yang pelbagai.
Swinging Bowl is one of the famous restaurant kat Adelaide city. well, I reckon u guys know what 'swinging bowl' means in our culture lah kan?


Ada murtabak, nasi beriani, dim sum, laksa, roti jala, buah melaka, kuih macam-macam jenis.

Yang berbunga-bunga ni...sesuai sangatlah dengan konsep Indian foodnya.


Eh, ni apahal pulak nak WAR ni? Ajak berperang ke?


 Oh...warung jugak kot dia nak spell.

 


Dan tak ketinggalan...Mamak Corner. Fuhh..sapa sangka ..Mamak sudah boleh jadi a part of Malaysiana. heh

Itu pasal makan.
Aku cuma try Prawn Mee (AUD9). Betul-betul ho-liao. Haha
Dengan ais kacang AUD5. Tapi sedap la. Eh, aku ni...makanan apa je yang tak sedap di tekak aku. Dasar perut memeri!
Lepas tu beli nasi goreng pattaya pulak.
Aku malas nak membeli sakan, sebab laki aku masak kat rumah pun sedap. Lagi satu, aku malas nak queue panjang berjela. Sempat lagi aku buat pe'el orang Malaysia, memotong queue masa minta K.Surah tolong belikan sekali ais kacang untuk aku. Hehe


The ambience was so colourful.
Toleh kanan, nampak orang 'kadazan.'



Toleh kiri, ada traditional Chinese wedding...


Kids dengan riangnya try main congkak yang dah lama tak jumpa.
Tapi aku rasa diorang tau la kot benda tu namanya congkak.


Ni apakenamanya benda ni. Mak budak pun tak ketinggalan menerai.



Henna drawing on hands pun ada.


 Lil Adib tersenget sebab suka sangat makan kuih lapis dengan tooth pick tu.
Yang kecik mengada nak berjalan, yang dah besar (Lil Adam) gatal nak duduk dalam stroller. Haihhh



Masa aktiviti berlangsung, MrHubby sempat snap-snap sikit gambar kat tengah city tu.







Haaa...ni adik-adik menari tarian sumazau. Aku tak tau la sapa choreographernya.


Then, the most awaited session. Cooking demo by our very own Masterchef, Dr Ezani.... dan Aussie Masterchef, Poh.




 Lepas tu ramai le beratur nak merasa air tangan Masterchef.

Katanya last year, Chef Wan datang. Aku rasa mesti last year meriah jugak.


Haa..nindia geng Penang chek maiii....Baru la boria tanjung!!! Hahaha

 Aku enterfrem je. Masa diorang naik stage takde la aku ikut. Hewhewhew



 Hebat betul diorang ni. Baju-baju yang diorang pakai tu semua buat sendiri. Termasuklah benda alah kat kepala Yati tu.
Aku rasa Tourism Malaysia patut bagi bajet sikit la untuk buat baju diorang...sebab in a way dah bantu promote nama Malaysia kat sini. Alaa..berapa ribu le sangat berbanding kalo nak angkut satu batalion penari Citrawarna datang Adelaide kan?


 Yang ni Indian wedding pulak. Wahhh..lawa giler ahhh sari adik manis tu.


Yang paling ditunggu-tunggu adalah Dikir Barat Kelantan.



Watimang Landak ni aku tengok dari jauh jer, sebab nak balik dah...sib baik sempat amik gambar adik-adik ni.


But dekat-dekat aku nak balik tu, memang ramai giler arrr yang berkumpul depan stage. Tengok la sendiri...


Sunday, September 2, 2012

Merdeka Raya @ Taib Mahmud Court, Uni of Adelaide


Years ago, we had Gong Xi Raya, sebab raya bulan 2, dekat-dekat dengan raya Cina.

Masa kat Brisbane dulu, Raya Puasa jatuh dekat-dekat dengan Deepavali, so we had Deeparaya.
Now that raya sekali dengan musim Hari Kemerdekaan, so Merdeka Raya le jawabnya.

This one was held @ the Taib Mahmud Court, kat main campus...by Kelab Umno, which is basically led by undergrads.


Kitorang sampai on time actually, tapi memandangkan Malaysians kan....maka masa kitorang sampai tu, masih dengan persiapan le. Hehe


Lawa banner nye.

See, these blokes are the backbone, as u can see.
Dah namanya merdeka raya, ada la juga lagu-lagu raya berkumandang kat tengah-tengah Adelaide tu. Tapi lagi best bila tetiba keluar lagu... "Wujudmu di sini di tanah anak merdeka.... bagai obor ilmu memayungi putra-putrinya..."
Wakakaka... kalo Dato Sahol dengar ni, mesti *hnsss...hnsss* terasa kembang hidung.



Eh???




 Anyway... I tot since it is a MERDEKA RAYA thingy, ada le laungan kemerdekaan and the like. Tapi takde rupanya. Hahaha


Maka aku pun menggila bergambar kat sekitar depan uni... Hehehe







That's the banner for us to scribble and express whatever we feel about our country.
Laaa...lakiku tak snap rupanya hasil contengan aku -_-








And before we left, just a few more snaps depan art gallery.


Haihhh benci betul bila terpaksa take turn amik gambar, so there's no pics of the complete family at once. 
-_-

Tu la, beli tripod mahal-mahal, simpan kat rumah. Bawak monopod jer. Grrrr...



Nuffnang ads

My Heartbeat