Tuesday, October 20, 2015

Aku, bunga dan Tok

Ini bunga. 
Ini bunga...errr... cempaka.  Cempaka Cina.
Ini bunga kegemaran Tok saya. 


Aku rasa mesti Tok suka bunga ni sebab kalernya terang mambrang. Bright pink!
Memang cantik!
Aku pun suka. Umpama kembangnya hati aku bila tengok bunga lily (stargazer) la, in other words.
Dulu pokok ini ada kat dalam pasu depan rumah Abah. Sekarang ni, maybe dah mati kot pokok tu.


Masa aku kecik, Tok la yang ajar aku tanam pokok.
Hmmm... perkataan 'pokok' tu bunyi macam besar sangat (tree) pulak, tapi, nak sebut 'tumbuhan', macam skema pulak.
Anyway, kira itu pokok pertama yang aku tanam la,  macam masa belajar Alam dan Manusia Sains. Kitorang tak main la tanam kacang hijau/tauge macam budak-budak jaman sekarang.


Anyway, pokok pertama aku tu adalah pokok manik. Aku tak tau whether tu nama sebenar pokok tu ke, atau Tok yang reka-reka, sebab pokok tu ada daun kecik-kecik macam manik.
Pokok tu renek sangat, paling tinggi pun setinggi ibu jari je rasanya.

Jenuh aku google, tak jumpa pulak.
Keluar gambar pokok kraf yang guna manik-manik je -__-


Nak cari kat Aussie ni, lagi la takde rasanya.

Tapi, few years ago, masa aku naik tangga kat UiTM yang dari bus stop (kat Business School) ke FSG tu, aku pernah jumpa pokok tu.
Harap-harap nanti dapat la aku tengok pokok tu lagi... sekadar nak imbas kenangan aku dengan Tok.
 

Lagi satu bunga favourite Tok adalah bunga melur tanam tepi batas, itik bertelur ayam menetas....


Pokok melur ni dulu ada tepi pagar belakang rumah, dekat dengan rumah Mak Kiah. 
Walaupun aku 'menyebai' bila jenuh kena sapu daun-daun kering celah pokok tu, hati terubat jugak la bila aku belek-belek bunga melur tu. Wangiiii...

Tok selalu petik bunga melur yang kembang.
Kadang-kadang, bila aku rajin, aku tolong petikkan dan letak atas bantal Tok. Lepas tu, nanti Tok akan selit sikit bunga tu kat sanggul dia, bagi wangi.

Yang tak kembang lagi (buds) yang debok-debok tu pun kekadang aku petik gak... dengan harapan nak tolong karang panjang-panjang (tapi selalu aku tak buat pun. Huhu).


gambar pinjam

..........................
.......................................................
......................................................................................

Nanti Ija balik, Ija cari bunga melur bawak pi kat kubur Tok, na?
Biar kubur Tok waaaaangi.
Nak tanam pokok tu, tangan Ija ni tak berapa menjadi...kang tak hidup pulak.


Ija rindu kat Tok.
T_____T

Monday, October 19, 2015

Crow's Egg- euwwww but nice!

It was one of the things I go for--- free movie tickets!
Kali ni, in conjunction with the Adelaide Film Festival, I got free tickets from StudyAdelaide.

So, tak pasal-pasal merasa la aku jejak kaki kat Palace Nova dekat Rundle Street tu.



The movie is Kaaka Muttai a.k.a The Crow's Egg. 
Cerita realiti yang lawak tentang budak-budak di Indian slums yang bercita-cita nak makan pizza.
Boleh tengok trailer kat sini....


Since movie nye start awal, dan hari Ahad memang semua businesses start lambat... maka kitorang pun lepak-lepak la dulu kat kaki lima Rundle Street tu.

Lil Adam & Lil Adib syok dok korek coins yang ditanam kat kaki lima kedai. Hahahaha



Jangan tak tau...coin singgit Malaysia yang ada keris tu pun ada okehhhh.

 Anyway, masuk dalam cinema... ada promo untuk filem lain jugak.




Dan mamat ni pulak.. buat announcement bahawa bontot dia gatal.
Ehh... dia promote Orchestra, a short animated film.

 Interesting la jugak.


Ada budak manja berkepit cuddle dengan Mama sepanjang movie.


Movie tu sangaaaaat walaupun agak gross jalan cerita dia, tapi lawak dan sangat meaningful.
Dapat la aku tazkirah setepak kat anak-anak, tentang betapa beruntungnya diorang nak makan pizza, sekali-sekala boleh dapat.
Siap la korang, lepas ni nak makan pizza, kena kerahan tenaga. Muehehehehe (#evil mom)


So, the verdict, two thumbs up.
Cerita Tamil kottt...berani korang kata tak best? Kang tak pasal-pasal cinema kena bakar. Bahahhahahahaha



Pizza picnic at Campbelltown preschool


Seingat aku, tadika aku dulu adalah sangat grande walaupun cuma Tadika KEMAS sebab ada swimming pool. Haaa..korang mampoo? 
Well, actually itu adalah kolah untuk orang amik wuduk, sebab tadika aku kat bawah surau (depan SekeTuL)--sebab tu la muka aku terpancar nur keimanan. Bahahahaha. Tapi ahh...kira swimming pool la jugak kan? #taknakkalah

Aku ingat tadika aku tu dah habis gempak dah la. Ropa-ropanya Lil Adib punya preschool lagi gah.
-_____-
Dah la aritu diorang renovate buat garden bagi cantik...siap ada buat pizza oven lagi.

So, in conjunction with the new face and the new oven.... diorang ada organise picnic.
Picnic = Makan?!?
Maka aku la orang yang paling gumbira. Wheee!!!

As usual, parents lain  ada potluck bawak a little bit of everything. 
Nyum nyum...


Aku masa tu tengah not in the mood untuk socialising, maka aku 'mingle' with the food saja la. Hewhewhew.


Haaa...ni la pizza ovennya...
Kelles kau Jah.


Aktiviti memizza (what a word ---nanges Cikgu Nooriah baca BM aku ni kang) telah diketuai oleh Let's Do Pizza
Best betul tengok orang buat pizza depan mata. Tak perlu topping meraban macam aku buat kat rumah. It's freshly made in front of your eyes--so cukup dengan cheese and herbs.


Pizza panas-panas dari oven!
Alamak--kantoi gambar tengah pulun makan. Hehehehe.

Aku rasa, kalau hidang kat aku 3 biji pizza time tu pun habis, sebab sedap sangat. Tapi demi citra ayu, aku pun kontrol-kontrol la sikit. 


Lil Adam and Lil Adib?
Diorang tak peduli sangat (walaupun Lil Adib is a huge fan of pizza)--sebab tengah sibuk main kat sandpit, dan main pam air dari tanah.

The new yard lepas renovation ni lebih friendly dan boleh maximise the space usage.
Kalaulah aku ada kindy.... *berangan jadi cikgu tadika*.......................
..........mesti ada budak-budak tercabut telinga kena piat. Eh
..........mesti aku nak buat learning environment macam ni jugak.


Then, aku masuk ke dalam (learning area) dan belek buku progress report Lil Adib. 
Dan belek-belek story books diorang.

Guess what?
They have this fav book of mine---Can't You Sleep, Little Bear? Awwww....
It was Adam's favourite book too  (cerita lama KAT SINI). So, it's nice to know that Lil Adib pun dah pernah dengar cerita nie.



Lepas feeling-feeling, aku keluar balik... mingle dengan makanan (lagi!).  Ngehehe.


Said hello to Suzie, Jasmine and Tatum.
...sambil mengunyah.


And since we had something on after that, ktiorang pun balik.


And before we left, had a photo with Patrea, one of the lovely teachers.

Wednesday, October 14, 2015

120 Krispy Kreme donuts = pirate booties!

Kat Malaysia dulu, kegilaan aku adalah Big Apple donuts dan J.Co donuts. 
Kekadang Dunkin' Donuts (sebab ada kat Petronas dekat dengan rumah lama). But never have I tried Krispy Kreme.  Tiap kali lalu Krispy Kreme kat Shah Alam Mall (Masalam) tu, aku just kerling tengok..."Elehhh glazed donuts je." 
Maka aku pandang sebelah mata, sebab aku suka makan donuts with feelings fillings.

Masa Krispy Kreme mula-mula buka kat Adelaide aritu (was that two yrs ago), punya menggila orang beratur pegi beli.  Tapi aku buat derk je.

But this time, Krispy Kreme gave away donuts on the Talk Like A Pirate Day.
Kalau datang ke Krispy Kreme and you talk like a pirate--you'll get ONE free glazed donut.

Kalau datang dressed up as a pirate, you'll get A DOZEN glazed donuts for FREE!!!!
*mata keluar love-love donuts*

And since there's a Pirate event at the Port Adelaide we were attending, I guess no harm lah aku pakai macam pirate siang-siang hari di tengah city. Kihkihkih.

So, that morning... all of us (sans MrHubby), dressed as pirates--- pegi ke Krispy Kreme kat Gouger St.
Ta-daaaa!!!



Aku ngan anak-anak masuk je... disambut sengihan oleh pekerja situ. 
Just 'Arrr... Ahoy there!' a bit---and no fuss, terus dapat  3 dozens of donuts.


Are you ready kids?
Aye aye Captain.
I can't hear youuuuu....



Then, since we were passing by the city, singgah la outlet lagi satu kat James Pl. Bahahahaha.
Dasar Malaysians sangat! Alang-alang dah dress up kan? 


Pekerja-pekerja situ kagum tengok aku dan anak-anak datang bertiga ala pirate.
Customers yang ada kat situ pun terpinga-pinga nengok kitorang. Wahahaha.
And my---I was a happy pirate!



And so are my little pirates.... maklumlah, anak mak--semua sweet tooth.
Lil Adam makan donuts sampai mata naik ke atas. Hihihi


Last but not least, the main Krispy Kreme at Port Road!!!
Wahahahaha.....
Yang kat situ ramai sikit la pirates.
Yang lawaknya, kitorang nampak ada family siap tukar dan pass baju lagi kat ahli keluarga diorang untuk amik donuts lagi. Kehkehkeh.
Tapi kat sini diorang tak kisah, you follow the rules, you get the donuts lah.

Ahhh...look at the selection of donuts.
And look at how big MrHubby's smile was.

Another photo at the counter!




Dannnnn...........

Lihatlah the booties hasil samunan Pirate Izzie hari ini.
Bahahahaha... *gelakSalehKamel*
10 boxes X 12 donuts.... maka ada 120 biji donuts semuanya.


Lepas tu, baruuuu la semangat nak ke Port Adelaide.
Kwengkwengkwenggg...




We began at the Info Centre.
Map for the Treasure Hunt.

Queuing for the first stamp---but then rasa macam tak cukup masa because we had two other events to attend to on the same day.


Aku suruh MrHubby pakai bandana merah tu...tapi jadi tanjak pulak. Dah macam Rani Kulup punya geng aku nengok. Hahahahahaha.


Little pirate with a mobile ship -creative parents dia!

Other cool pirates!
Some of them really dressed up! I should have too--tapi malu-malu ayam.




 And little ones....


Ooops! Is this the real Jolly Roger?
Dah reput pun, naik wheelchair lagi.
Hahahaha








Penat ber-pirate, kita benti makan jap.
Pirate Adib hati pink--makan pink cupcake. Hahahaha.

Pirate Adam and his mama makan banjo.


Then, since the kids wanna go up the tower, MrHubby ikut la. Bayar $1- 50cents je.
Aku tunggu kat bawah je la dengan beg.


View from the tower.
Lahaiii..kat Malaysia mana la nak dapat langit biru cenggini.



Pirate bear! Cute!

Okay, yang ni tak cute. Cangkuk leher sendiri.
Hahaha

Then, the kids wanted to jump in the bouncy castle.
Orait--- ikutkan aje.


Anak melompat dalam castle, mak bapak selfie! Hehehe


Before we left, had some photos with other pirate families.

Then, aku pun salin baju untuk pegi liqa'.
Kang terkejut pulak geng-geng tengok pirate insaf datang liqa'. Kuikuikui



What happened to the pirate booties (read: donuts)?

Kitorang berzakat merata-rata, and we were sugar high for a few days (kalau diabetic, confirm terus tergolek dog). Hewhewhew
Since then, aku rasa sekali tu je la aku pandang Krispy Kreme dengan sebelah mata (tu pun sebab pakai eyepatch). Lepas ni aku pandang dengan dua belah mata. Hehehe.

Aku rasa kat Malaysia kalau buat giveaway macam ni, confirm bankrap kedai donut mana pun--sebab orang Malaysia memang pantang kalau benda free :-P

Nuffnang ads

My Heartbeat