Tapi kalau tak kerana swimvac pun, Adam memang ada swimming lesson kat East Torrens. Cuma sebab seminggu je dalam setahun...so macam tenggelam timbul la jugak hasilnya.
So, spring ni kitorang try hantar budak-budak ke Norwood Swimming School pulak.
Biasanya kat satu side tu makcik-makcik tua buat ala-ala Aquazumba gitu. Hehehehe
Mak-mak dan nenek kita takde harapan la kita nak tengok umur 60 ke atas masuk ke swimming pool. Tapi diorang ni ada gaya macam dah tak berapa hari lagi je pun, masih enjoy life. Kan best macam ni....
Anyway, back to laihan anak-anak.... biasanya parents kena tunggu la kat tepi tu.
Instructor nye baik-baik je......walaupun aku tengok jenuh jugak nak kelola budak-budak tu.
Dengan pool noodle
Dengan kickboard
...dan segala tok nenek lagi la alatan menarik.
Kalau aku belajar swimming dulu pakai benda-benda ni, mesti sekarang aku dah setaraf dengan Michael Phelps (hahahaha. statement takbolehblah)
Dipendekkan cerita, lepas beberapa sessi...aku ngan MrHubby takde la menaruh harapan nak assume anak dah boleh masuk Olimpik.... tapi kira anak-anak dapat seluk kepala bajet dapat no.1 tu kira dah happy la. Hahahahha
Lepas tu, aku ngan MrHubby mendapat hidayah untuk join jugak.
Hahahaha.
Almaklumlah, balik Malaysia nanti, nak dok rumah yang ada pool... kalau tak reti swimming, kejadahnye?
Lagipun ni kira preparation untuk kembali ke Perhentian Island le nih.
Ni minah Arab yang sama-sama belajar swimming dengan aku.
Jangan tak tau, instructor kitorang adalah bekas swimmer Sukan Komanwel kat Malaysia dulu tauuuu. Lee MacDonald. Masa tu dia belum datang ke Australia la.
Yang lawaknya, pernah dia tanya kat aku pasal swimsuit ala-ala girlish (yg ada skirt) aku.
Dah satu hal pulak aku kena explain. Hahahaha. So, lepas tu, aku pun beli swimsuit lain (sebenarnya aku nak cari swimwear macam surf suit tu je...tapi kat Aussie ni, mana la nak ada yang decent sangat. LOL).
Masa last session kitorang, aku cakap dengan Lee--- aku swim dah bersungguh, tapi tak cukup stamina untuk sampai ke hujung.
Rasa kecewa sikit la dengan diri sendiri, sebab time tu memang dah lama dalam air, memang dah letih. Tapi sebab dia cabar, aku pun try lagi...dan akhirnya....
Ta-daaa!!!!
Dengan gumbiranya aku jerit panggil dia untuk bagitau. Hahahaha.
Yay!!! So, akhirnya aku akan balik ke Malaysia dengan satu kemahiran extra yang takde kena-mengena dengan PhD.
Orang lain bawak balik PhD punya cert (dengan birth cert, kalau bertambah anak). Aku dah boleh swim balik end to end, kira terer la tu kan?
Lalalalalala....
No comments:
Post a Comment
Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.