Wednesday, August 31, 2016

Public holiday, ikan pun cuti

It was public hols. So, daripada tak buat apa-apa, tiba-tiba keluar plan nak gi fishing.
Lil Adam la paling excited, sebab dah lama sangat dia dok ratib kata nak gi mancing. Nampak gaya kau kena ikut Uncle Koben je la, Adam.

So, lepas breakfast, kitorang mula mencari port yang  best.
Kitorang jadi ma'am je kat belakang, so ke mana pun diorang bawak, kitorang ikut je.

Port pertama--kita tinjau dulu.
Wahhh.....Bersantai pun kena bayar RM3. Hahaha.
Esok-esok kau nak bersantai kat syurga, Allah charge kat kau, baru kau tau.

Kat sini ada jeti mengunjur ke tengah, tapi menurut kaki pancing a.k.a Koben, port ni tak best.


So cubaan untuk mengorat ikan terpaksa ditangguhkan.


Masuk balik dalam kereta, cari port baru.


Akhirnya bertemu la tempat ni. Nak panggil apa pun tak tau.




 So, apa lagi? Sementara anak-anak main pasir, kita memancing la...

Kalau tak mancing pun, at least buat la muka serius ala-ala tukang pancing sebelah tu. Muehehehe.


Aku paling meluat kalau mancing tak dapat hasil
Penat kot menunggu (ye, aku bukan penyabar sangat)...takkan nak balik tangan kosong je.

Tapi entah lepas balingan keberapa, aku dapat ikan!!!!
Yayyy!!!


Malangnya cuma ikan yang tak boleh dimakan.
Huhu. Maka Koben pun menjadi hero dengan menyelamatkan balik ikan tu ke laut.


Lepas dah jenuh umpan demi umpan diganti...Lil Adam trying his luck

Acecece... bersungguh-sungguh gayanya tu.
Lil Adam ni pun pe'el aku jugak. Aku tak rasa dia akan 'have fun' kalau ikan tak dapat-dapat.


Wahai bondaku bondaku si ikan kaloi
Timbullah bonda ooi timbullah tunjukkan diri
nasi melukut dengan sayur keladi
untuk bondaku di pagi hari
nasi melukut sayur keladi



Okay la bonda...kalau bonda tak mau timbul, lantak bonda la.
Anakanda balik je la ye, 
Nanti bonda lapar sayur keladi, pandai-pandai la cari sendiri....
'Hewhewhew

Sunday, August 28, 2016

Hanya Adelaidean (dan Uyghur) mengenal dapanji


Sapa je students yang pernah dok Adelaide yang tak rindu nak makan Uyghur?
Aku ingat lagi mula-mula dulu aku diperkenalkan dengan Dapanji. Aku rasa macam takde special apa pun.
So aku cakap kat MrHubby, lepas ni kalau nak datang sini dengan kengkawan, tak payah la ajak Mama. Tak kecik hati pun. Kekekeke

Tapi lepas aku makan Ganbianji, perghhh...baru terasa best.
Dulu Ganbianji cuma ada kat Uyghur Port Road.  Kat Prospect dan tempat lain cuma ada Dapanji.


So bila berkumpul dengan geng Adelaide, antara topik yang dibincangkan adalah nak makan uyghur. Untungnya, diorang dah identify satu port best kat Danau Kota, Setapak ni.


Servis dia masih macam kat Adelaide. Slow sikit.
Cuma takde diskriminasi la. Kalau kat Adelaide tu, selalu nampak diorang layan matsaleh lajuuu je. Kalau orang Malaysia, terhegeh-hegeh dia layan.


Kitorang tamak.
Walaupun dah diingatkan portion tu besar, kitorang order 3 plates. Heh.

Sampai je makanan.... Masing-masing dah tak angkat kepala dah!

Coppp! Coppp! Kita bergambar dulu sebelum pinggan kosong....


Nab: Snap gambar dulu sebelum makan. Portion kecik je. Padahalllll....
Megat: Baik aku senduk semua ni sebelum habis. Heh.


 Mai: Kontrol...kontrol...
Aku: Kena tayang gigi ni. Kalau tak, orang tak tau aku ada gigi.

Haaa...muka Lil Adib ni menggambarkan tahap kesedapan Dapanji kot.


The men.
Affan tak pakai baju UoA sebab dia geng UniSA. Hahaha.




Kepada yang nak try atau  lepas rindu kat makanan Uyghur, boleh la try pegi kat:

Platinum Walk
No.80 off 53300, 
8, Jalan Langkawi, 
Danau Kota, 
KL

Wednesday, August 24, 2016

Pamper muka dan badan

Aku tak ingat bila last aku pamper diri sendiri dengan facial dan massage.
Massage yang dok demand suruh MrHubby urut tiap malam sebelum tidur tu, ada la.

So, alang-alang birthday Diah, aku pun plan bawak dia gi buat facial dan massage kat Marvel Beauty House.
Wahhh...ala-ala Marvel yang buat The Avengers gitu namanya..

Pagi-pagi lagi aku dah kidnap Diah.
Ladies day out kekdahnye.


Mula-mula tu jenuh jugak aku mencari lot kedai ni. Waze ngan Googlemaps haram tak boleh diharap.
Aku ingat kot la ada replica The Avengers ke kat luar kedai tu... Iron Man ke, Hulk ke, Black Widow ke. Wakakakaka.

Anyway, dah jumpa shop lot, kitorang pun dsambut oleh staff situ dan dibawak ke bilik yang sama.
Aku start dengan massage dulu, Diah start dengan facial dulu.

Gambar dalam bilik tu tak dapat la tempek kan?
Wahahaha.. But I tell you what... mula-mula aku pelik la apa yang Diah dok hint hazab sangat time buat facial tu.
Diorang pakai product Dermalogica kot. Best apa.



Sekali, time aku berfacial..baru la aku ingat erti bersabar supaya tidak menumbuk atau menerajang beautician yang sesedap rasa je mengorek whitehead/blackhead kat muka aku.
Haduiii...

Tapi dah habis tu, memang rasa best la. Badan rasa sedap. Muka pun rasa bersih gittew (bertaubat kejap drp nak tempek mekap).

Gambar sikit..untuk muka selepas dikorek-korek dan suci murni....

Hehehe.


Lepas tu, sebelum balik, kitorang singgah makan ayam penyet dulu. Yummmm...

Dah busy keje..macam ni la. Jarang-jarang dapat hangout dengan Diah dah.
Kalau dulu, selalu la boleh lepak singgah rumah dia.

Anyway, mata aku jadi pedih dan berair lepas buat facial tu.
Rupanya beautician yang buat facial tu kemain tonyoh krim kat muka aku sampai masuk dalam mata. Huh.
Banyak hari gak la aku menderita. Nasib baik pakai Optrex eyewash dah okay balik.

Sunday, August 21, 2016

The little robots at LittleBotz


Banyak betul child development centres jaman sekarang ni kan?
Belajar memasak la, belajar painting la... dan yang ni, LittleBotz!

Disebabkan aku dapat free pass sebab jadi juri jemputan untuk projek robotik SAS aritu, maka aku pun bawak le Lil Adam dan Lil Adib ke LittleBotz, Atria.

Terasa ulu pulak sebab aku jarang ke shopping malls baru. Haha. 

Tengok tu...berseri-seri muka walaupun nak ditinggalkan for few hours.



Lepas register, diorang pun start la main apa yang diorang nak. 

Aku dengan MrHubby? 
Dating la...apa lagi. Heh.

Actually, macam-macam yang diorang boleh belajar kat situ untuk cultivate creativity diorang. Banyak giler Lego. Gumbira la bebudak.
So untuk main kat situ, diorang kena guna thinking skills la dalam bidang Sains, Teknologi, Engineering and Maths. Wahhh...gitu!

Kecik-kecik dah nak jadi engineer?
Bukan ke aritu kata nak jadi chef?


Yang aku tau, anak-anak memang happy dapat pegi situ.

Time aku nak ambik balik, Lil Adib dah cranky. 



Sejuk katanya!



Rupa-rupanya Lil Adib merajuk time nak balik sebab abang dia tak layan dia masa try games apa ntah.

Tengok...nak amik gambar pun, muka dok sebek lagi.
Nanti kita datang lagi ye. 

Tengkiu, Aunty Jiji!

Nuffnang ads

My Heartbeat