Wednesday, August 24, 2016

Pamper muka dan badan

Aku tak ingat bila last aku pamper diri sendiri dengan facial dan massage.
Massage yang dok demand suruh MrHubby urut tiap malam sebelum tidur tu, ada la.

So, alang-alang birthday Diah, aku pun plan bawak dia gi buat facial dan massage kat Marvel Beauty House.
Wahhh...ala-ala Marvel yang buat The Avengers gitu namanya..

Pagi-pagi lagi aku dah kidnap Diah.
Ladies day out kekdahnye.


Mula-mula tu jenuh jugak aku mencari lot kedai ni. Waze ngan Googlemaps haram tak boleh diharap.
Aku ingat kot la ada replica The Avengers ke kat luar kedai tu... Iron Man ke, Hulk ke, Black Widow ke. Wakakakaka.

Anyway, dah jumpa shop lot, kitorang pun dsambut oleh staff situ dan dibawak ke bilik yang sama.
Aku start dengan massage dulu, Diah start dengan facial dulu.

Gambar dalam bilik tu tak dapat la tempek kan?
Wahahaha.. But I tell you what... mula-mula aku pelik la apa yang Diah dok hint hazab sangat time buat facial tu.
Diorang pakai product Dermalogica kot. Best apa.



Sekali, time aku berfacial..baru la aku ingat erti bersabar supaya tidak menumbuk atau menerajang beautician yang sesedap rasa je mengorek whitehead/blackhead kat muka aku.
Haduiii...

Tapi dah habis tu, memang rasa best la. Badan rasa sedap. Muka pun rasa bersih gittew (bertaubat kejap drp nak tempek mekap).

Gambar sikit..untuk muka selepas dikorek-korek dan suci murni....

Hehehe.


Lepas tu, sebelum balik, kitorang singgah makan ayam penyet dulu. Yummmm...

Dah busy keje..macam ni la. Jarang-jarang dapat hangout dengan Diah dah.
Kalau dulu, selalu la boleh lepak singgah rumah dia.

Anyway, mata aku jadi pedih dan berair lepas buat facial tu.
Rupanya beautician yang buat facial tu kemain tonyoh krim kat muka aku sampai masuk dalam mata. Huh.
Banyak hari gak la aku menderita. Nasib baik pakai Optrex eyewash dah okay balik.

No comments:

Post a Comment

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat