Monday, September 5, 2016

Alakana tirumana- Priyanka Chopra sesat


Seronoknya bila dapat invitation utk pergi wedding kakak Kuhan.
Yang sebenarnya, sebab aku gedix nak mengikut tema... wakakaka. Maka aku pun put extra effort la untuk blend well. Hehehe.

Pagi tu jenuh la bersiap.
Aku setakat pakai anarkali je, okay lagi. Si Nab tu rupanya dari lepas solat Subuh dok jenuh melilit saree rupanya. Hahahaha.

Dah semua berkumpul, kitorang pun gerak la berjemaah ke PJ.

Wah wah gituuu...semangat bergambar dengan penyambut tetamu.
Terasa macam sampai kat Bombay pulak. Eh orang kat Bombay semua pakai saree ke?




Majlis berlangsung nuuuu...kat depan sana nu.



Time tu Kuhan tengah busy atas stage.
So, kitorang apa lagi? Bergambar la dulu. hehehe

...sambil membodek aci yang bagi goodies ni, sebab marukku dia sedap. Heh.



Habis majlis, time makan..kitorang pun turun ke bawah hall.
Ramai betul orang. So, instead of makan, kitorang bergambar.
Hahahaha. Dasarrrr


Our family.
Family Cina, Melayu dan Bang...err....
Eh..ampun, Affan! :-P


Nab and I with the jantung pisang!


Balik tu, kitorang melencong ke Aeon Mall.
Dah tak pasal-pasal semua orang pandang-pandang  kitorang. Maklum la, ala-ala parade pakaian beragam dah pulak. Harharhar.

Gi kat toilet, sib baik ada akka janitor ni tolong kemaskan saree Nab.
Mesti sakit mata dia nengok saree Nab terlilit2 macam nak londeh. Muehehe.



Lepas tu lepak kat Mister Donut.
Kasi high sugar sikit.


Hasilnya...Ni la dia...bila masuk kedai berikutnya.
Ish ish ish.


Sunday, September 4, 2016

Fefeeling bollywood pegi kenduri


Salah satu keseronokan berkumpul adalah meraikan ahli keluarga kepada kengkawan. Bagi aku, biar la parents/family kenal sapa kawan-kawan anak kita.
Ni statement perasan nampak muka boleh dipercayai la ni.... Bahahaha. Padahal kalau Che Abas ke Mak Ungku ke tahu perangai sekor-sekor, tepuk dahi gamaknye,

Anyway, aritu kitorang dapat jemputan untuk majlis kawin kakak Kuhan kat PJ.
So, dengan gumbiranya kitorang pegi...car pool la senang. Kalau sesat, biar berjemaah.




As usual, aku mestilah mengikut tema kan? Hahaha. Over tauuuu.


Kitorang masa dalam hall... galak bergambar le, apa lagi. Takkan nak kecoh buat bising pulak masa majlis berlangsung kan?


 Kuhan selaku orang kanan, dia busy je sepanjang majlis.
Parents Kuhan pun tak sempat jumpa, padahal masa konvo dia dulu beria-ia kata kalau dah balik Malaysia nanti, kitorang nak jumpa.


Goodies...goodies...come to me!


Disebabkan warna Affan yang 'kurang lighting', maka kitorang kata ni rombongan majmuk drp family Cina, Melayu, Latina (nak jugaaaak!), dan Bangl.....errr....takpelah. Kikikiki



Haaa,,,ni family Mendes...the Latina. Ngeh ngeh ngeh

Aku dengan Nab tak abis-abis nak selfie.
Lagi excited bila tengok jantung pisang tu betul-betul atas kepala Nab. Bahahaha.

Balik tu...dengan pakai baju ala artis tu, kitorang singgah Aeon. Hahaha.
Korang bayangkan la, orang pandang-pandang, nasib baik aku tak pakai sari.

Pegi toilet, nasib baik ada kakak India janitor tu tolong kemaskan sari Nab.
Leave it to the expert, confirm kemas.

Singgah Daiso, tengok ni si Megat dengan Affan.
Hadoiii...

Then sebelum balik, kitorang lepak minum kat Mister Donut.


So, lepas ni, sapa pulak kawin?
Hmmm....


Nuffnang ads

My Heartbeat