Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Monday, September 5, 2016

Alakana tirumana- Priyanka Chopra sesat


Seronoknya bila dapat invitation utk pergi wedding kakak Kuhan.
Yang sebenarnya, sebab aku gedix nak mengikut tema... wakakaka. Maka aku pun put extra effort la untuk blend well. Hehehe.

Pagi tu jenuh la bersiap.
Aku setakat pakai anarkali je, okay lagi. Si Nab tu rupanya dari lepas solat Subuh dok jenuh melilit saree rupanya. Hahahaha.

Dah semua berkumpul, kitorang pun gerak la berjemaah ke PJ.

Wah wah gituuu...semangat bergambar dengan penyambut tetamu.
Terasa macam sampai kat Bombay pulak. Eh orang kat Bombay semua pakai saree ke?




Majlis berlangsung nuuuu...kat depan sana nu.



Time tu Kuhan tengah busy atas stage.
So, kitorang apa lagi? Bergambar la dulu. hehehe

...sambil membodek aci yang bagi goodies ni, sebab marukku dia sedap. Heh.



Habis majlis, time makan..kitorang pun turun ke bawah hall.
Ramai betul orang. So, instead of makan, kitorang bergambar.
Hahahaha. Dasarrrr


Our family.
Family Cina, Melayu dan Bang...err....
Eh..ampun, Affan! :-P


Nab and I with the jantung pisang!


Balik tu, kitorang melencong ke Aeon Mall.
Dah tak pasal-pasal semua orang pandang-pandang  kitorang. Maklum la, ala-ala parade pakaian beragam dah pulak. Harharhar.

Gi kat toilet, sib baik ada akka janitor ni tolong kemaskan saree Nab.
Mesti sakit mata dia nengok saree Nab terlilit2 macam nak londeh. Muehehe.



Lepas tu lepak kat Mister Donut.
Kasi high sugar sikit.


Hasilnya...Ni la dia...bila masuk kedai berikutnya.
Ish ish ish.


Tuesday, November 15, 2011

What I like about ex-students' wedding?



Amongst the things I love most about my ex-students' big day is...


1. I could see their nerdy look transformed into a glowing bride/groom.
Yang dulu serabai-serabai, sekarang dah macho. Yang dulu berlemoih, sekarang dah pandai make-up dan ber-high heels.
p/s: Topex the bridegroom wasn't a selekeh student back then, by the way.



2. Time to b*tch about  gossip this and that. 
Adihana dengan Wan la kepalanye nih. (#tangan genggam macam nasyid)


3. Time to check out, who has had a bigger diameter around the waist. Yang dah kawin ke yang belum kawen? Ehehehe.
p/s: It is soooo not right to talk about work ala-boasting-myjobissodamngood-kau-ado?


 4. And I am truly happy to see these faces again!
FYI, these are amongst my first students when I started my job (antara my fav batch). They were there since I was single... sampai tolong-tolong for my wedding... sampai datang visit ramai-ramai when I gave birth to Lil Adam... sampaiiii la sekarang.
That's why some of them call me 'Kak Is' je. Tak main la Puan-Puan lagi dah... Lagipun we are just like 2-4 years apart.


Seriously, I was sooo touched, rasa macam nak nanges. (okay, stop it Isabelle the Neng Yatimah!)



Congrats, Topex & Faatimah. Moga cepat dapat baby.

Lepas ni sapa nak kawen, jangan lupa ajak so we can have this kinda gathering again.

Friday, November 11, 2011

Korang pegi tak wedding kalo dijemput dengan FB/twitter je?

Sama macam 10.10.10 dulu, tahun ni orang kejar tarikh 11.11.11 pulak untuk majlis nikah... sebab jatuh hari Jumaat. So, reception maybe esok la.
Ye-ye-o je diorang ni pulun nak nombor cantik. Jangan ada yang taksub sampai percaya yang bukan-bukan, sudehhhh.


Anyhow, rasanya dengan teknologi di hujung jari zaman sekarang, klik-klik je untuk hantar undangan.

Cuma aku wonder la... Korang pegi tak wedding kalo dijemput melalui FB atau twitter je?


Aku ingat lagi masa kecik dulu... Kalau kenduri anak PakCik X, si bapak datang jemput abah... (tanpa isteri dia, Makcik X)... alamatnya most likely mak tak akan tunjuk muka.
The same goes to yang main 'hantar wakil' je. I mean, kalau diwakilkan kepada orang tertentu/kaki masjid untuk menjemput (or 'memanggil' -as Penangites call it)... harus la tak pegi selagi takde follow-up call daripada tuan punya majlis.
I don't see it as mengada, but it's more of a courtesy la. Beradab la sikit.


Memang la memenuhi undangan tu dituntut. But as I grow older up... sekarang aku faham, terasa macam keikhlasan tu kurenggg sikit.
Almaklumlah..nampak sangat takde extra efforts.
C'mon la. This is your BIG day. Biar hantar jemputan atas kad yang fotostat pun takpe. Jangan la nampak cheapskate sangat macam AC-the-saudagar-gelang cari downline untuk bisnes baru.

Bukan la penting sangat nak ada kad jemputan tu, tapi kan lebih elok kalau jemputan dibuat secara personal, bukan secara ‘bulk segedebak.' Bukan sekadar "Eh, nanti kau jemput sekali kawan-kawan kita yang kau jumpa ekkk?"

I myself- ada wedding yang aku look forward sangat walaupun sekadar diundang via FB.
Contohnya masa hairdresser aku kawin last year. She just messaged via FB dan aku cakap, tak payah hantar kad la, sebab aku tau venue tu kat mana.
Aku mark terus dalam calendar dan bagitau MrHubby -on that date,we are attending Marina's wedding!

But still, Kak Am (mama Marina) call aku a few weeks later untuk menjemput. Aku cakap "Alaaa... Kalau akak tak call pun, saya memang nak datang."

Well, that's how it goes.


Tapi ada juga yang aku tak kesah... tak hingin... dan tak plan pun nak attend.
Ada yang tanya "Pegi tak wedding si polan nanti? Dekat je kan..dekat blablabla."

Kang kalau cakap tak pegi sebab tak dapat proper invitation, kata mengada.
Kalau kata purposely tak nak pegi, kata sentap pulak.




Ye la..tau la, aku ni bukannya termasuk dalam Rukun Nikah pun. Kalau aku tak datang, pengantin tetap bergoncang tangan dengan tok kadi, dan majlis tetap berseri (refering to 'semoga kehadiran tuan/puan akan menyerikan LAGI majlis kami).

Kepada bakal pengantin sekalian...Kalau nak, seribu daya (kalau ikhlas menjemput, sanggup berusaha hantar kad, bukan setakat FB atau twitter je).

Kepada orang yang dijemput...
Kalo tak nak, seribu dalih (kalau hati tu dah memang tak berapa willing, kau buat jambatan emas dari pagar rumah aku sampai ke dewan kau pun, aku sanggup cakap tak jumpa kunci rumah!)


P/s:
Tetiba rasa bersalah tak attend wedding Aqilah (my ex-student) baru-baru ni sedangkan asalnya aku memang plan nak pegi. Sorry ye, dik.Huhu


posted from Bloggeroid

Monday, December 27, 2010

Picking the right wedding song




Standardlah... cuti sekolah ni ramai yang berkenduri kawen. Weekend kelmarin, I had 2 invitations, but I attended only one.

Aku tak nak la bebel bab makanan, perhiasan dewan atau door gifts, sebab bagi aku... itu semua dah yang terbaik daripada pihak pengantin. Cuma satu je yang aku nak tergelak... Part DJ yang syok sendiri.

Tak dinafikanlah kalo majlis senyap sunyi takde lagu/iringan nasyid, tak meriah pulak. Tapi, DJ kenduri kawin kena la tengok-tengok gak lagu apa yang dipasang.

Masa aku dok menjamu perut kelmarin, tiba-tiba dipasang lagu Kuda Hitam...

Kalaulah naik kuda hitam
Lari kencang nafas pun panjang

Kalaulah punya pacar hitam
Walau hari panas, senyum senang...

Nak kata pengantin lelaki/pompuan tu hitam, tidak le jugak. Tapi dah takde lagu lain ke? Ooo... layan dangdut kot.

Then, kuar lagu Maher Zain. Ohh..fenomena Maher Zain la katakan.

Abis mood jiwang, tetiba lagu D'lloyds- Cinta Hampa berkumandang...

Bila kau lihat pemuda yang lebih gaya
Cintamu pun segera berpindah kepadanya
Tapi biarlah kau cari yang lain

Kan kau buat sebagai korban cinta palsu hampa

Nanti disuatu masa kau juga kan merasa

Betapa sedihnya hati kecewa kerana cinta


Hohh?!! Terus aku bisik kat MrHubby "Apa kes ni pasang lagu putus hati macam ni? Ni la masalahnye kalo DJ berumur, syok sendiri."

The next song was Biru Mata Hitamku (Wings). Ish..krisis identiti sungguh DJ nih.



Masa wedding sorg lagi kawan aku tengah tahun aritu, cenggitu gak. Kot ye pun minat giler dengan band Indon, agak-agak la pilih lagu. Ini tidak... dipasangnya Kekasih Gelapku-Ungu.



Hmmm... Terus aku tingat wedding sorang kawan MrHubby (few mths ago). Si Abangnye pernah buat album dulu, tapi tak laku. So, masa majlis adik dia tu, dia sorang la yang pulun nyanyi, tak lepas-lepas mikrofon (ala-ala lepas gian gitu) :P
Lepas lagu BM, lagu English... Then lagu Jawa, lagu Jepun (cewah..nak tunjuk terer byk bahasa la tu! kekeke).
Yang bestnya, bila aku lalu nak balik tu, saja le aku hala kamera nak snap gambar si syok sendiri menyanyi, dia siap bagi pose baekkk punyaa!!! Tersengih-sengih aku tahan nak gelak.

(gambar tu xleh la upload kat sini.hehe)


Kalo aku la kan... aku nak lagu Everyday I Love You atau lagu Keabadian Cinta la.
Sayangnya, masa aku kawin dulu, meriah dengan bunyi hujan lebat kat luar.


p/s:
Ada tak yang pasang lagu Tenda Biru masa kawin ye?!! :P

Tuesday, June 22, 2010

Sab's wedding: 19062010

The Ratu FSG is tying the knot! Haaa... kalo korang nak tau, ni la kawan baik aku, Sab... dia ni memang paling lawa la kat fakulti aku nie. I think sepatutnya Miss Copycat tiru dia instead of aku yang biasa-biasa nie.


Anyway, the wedding was held at Dewan Penbandaran MPAJ, and as u could see... the theme is very sweet- pink! Seems like pink is the in-colour, ehh?

Masa kitorang sampai, ngam2 baru lepas baca doa... So memang pengantin baru start bersanding la.

Ni anak bujang aku yang excited membawa hadiah untuk MakTeh (he calls Sab Mak Teh, bcoz Sab has another nephew named Aedam too).



Grand betul pelaminnye.


Amongst the guests (yang ni sedara-mara Sab rasanya). Staf FSG are on the other side...


Sementara pengantin bersanding, aku pun makan la... apa lagi? Bukan boleh tunggu... baby aku dah lapar. Heee (asyik2 blame the baby).


Sedap betul nasi & lauk kenduri. Tengok betapa feelnya Lil Adam makan (jambul Fabregas takleh tinggal).


The 2-tier wedding cake.. comel, sebab...


kat atasnya ada...

Sab & Cik Mael berpimpinan tangan untuk turun bersantap.



Nak makan pun x senang, orang asyik sibuk amik gambar. Hehehe.

Tapi xdapat nak amik gambar close-up banyak2, sebab majlis ala-ala formal gitu... Kalo macam Naj's solemnization aritu, boleh la nak over-over. Hehe.

This is another best friend of Sab, Fatiu. Aku dah pesan suruh dia curi sirih junjung Sab, tapi dia tak ngaku dia dah buat ke belum... takut x menjadi kalo bagitau orang, katanya.


Before we left, boleh la gi jumpa jap...


dapat le 1 gambar dengan pengantin. Ngeee:P Cik Mael muka serius je, aku nak melawak lebih2 pun x berani... :P


Demikianlah another story of my best friend's wedding. Cuma kali ni aku x jadi la Julia Roberts yang cuba merosakkan perkahwinan kawan baik sendiri. Hahaha.

To Sab & Mael,
Selamat menempuhi kehidupan berumahtangga dan semoga cepat la Lil Adam dapat cousin ye?

Tuesday, June 15, 2010

Jiji's wedding: 13062010

Sunday, 13th June... we attended Jiji's wedding. Bukan Jiji triplecolourlife ye? Hehe.
Jiji nie is another ex-student of mine... kira macam adik sendiri la nie. (adakah ini berpunca daripada aku yang enggan mengaku sudah memasuki usia zuhur?)


The wedding was held at Cattleya Hall, Wisma PKPS for two couples. Jiji and Fify-- comelnya nama dua2 orang. (Lan xboleh blah nak ada nama geli-geli jugak "Lalan". Duh!)


....and Jiji's brother.

Ramai tetamu datang, maklumlah parents diorang ramai kenalan. Bukan calang-calang pulak tu.



The setting was lovely... (sudah la Isabelle, ko dah kawin dulu)

Catered by Kuzie Catering. Memang sedap la. Tengok Lil Adam tengah tunggu nak makan.

Tapi tu la... kalo dari dulu aku tak suka ada dua pasang pengantin (sebab orang akan compare mana lebih lawa), tapi rupanya kali ni Jiji's big day dah spoil dengan sesuatu...

Ni la yang membuatkan dosa aku bertapuk-tapuk pada hari tersebut...wakakaka.
Terkejut kitorang. Ingatkan ada fashion show ke hapa ke. Rupanya memang attention seeker iaitu seorang perempuan-perasan-Jepun yang sesat.


Dik, kot ye pun kau nak tunjuk yang kau ada kimono set yang lengkap, pakai la pada majlis yang sesuai. Keji sangat la nak steal the bride's limelight. U failed, anyway :P

Okay, sudah..banyak lagi gambar nak tunjuk...



Wah..tingat masa ari kawin aku. Takde sapa ingatkan nak potong kek. Sia-sia je aku tempah dari Bluewave! :P


Okay, ini pulak scene di meja kami.

mata sapa la yang cantik ni?
*hnss..hnss.. kontrol lubang idung*




"mama, adam bagi flower..."


from left: mira, k-run, me, rai (awek lan),
front: shafeeq, anis, dayah & lan.

Jiji, Anis, Dayah & Lan were all under my supervision for their final year project dulu. Apakah motif aku citer kat sini? Whatever...


Antara tetamu kecil yang datang, selain Lil Adam yang sibuk beramah mesra dengan strangers, sambil tunjuk video clip Ultraman di ayah-pod nye (read: MrHubby's i-pod)


The bride's family. Mak Jiji is a Filipino, maka ada le tetamu jauh datang.

Happy sungguh bapak pengantin! Kaut Prof, jangan terlepas...hehe

menyibuk atas stage kat pelamin adalah satu kemestian
Eh, Lan..apahal ko jadi batu penghalang tu?


a hug before dayah left

Alamak.. bila bergambar dgn pengantin, terus aku nampak huduh :P

akak pao bunga ni ye, jiji. tu kira baik la akak x angkut vase sekali :)

Nuffnang ads

My Heartbeat