Wednesday, December 24, 2014

When hygienists got together... (AIOH2014)

It was my first time travelling without my family; cuak and excited at the same time.
Alaaa.. ke Melbourne je pun to attend a conference, but hello... this is something that I don't do everyday- being away from my loved ones. So kira 'something' la jugak.
Agak sengal la sebab aku tak pilih untuk check in luggage. Just a hand-carry je.
It was quite a challenge to squeeze in barang for four days in a small hand-carry luggage. But hey, I managed to do it! Cukup je baju, kasut ngan tudung untuk 4 hari 3 malam, siap ada baju terlebih lagi. Hehehe.

Ganyk sangat impressed sebab dia punya luggage pun dah 10.2 kg, and mine was 7.4 kg. 
Aku sendiri pun terkagum dengan ketereran diri sendiri. Ye la kan. Ladies (almost) never travel light. Sebab dengan toiletries lagi, make up lagi, innerwear lagi, kasut lagi... Entah camna ntah boleh muat, siap dengan tudung terbentang dah iron.

Since I travelled with Ganyk, dia layankan je la pe'el aku yang sikit-sikit nak amik gambar. Termasuk la jenguk kepala dalam gingerbread man ni. Hehehe.
Ye, demikian la perangai aku---seorang mak kepada dua orang anak. Mihmihmih.


While waiting to board the plane, we played crosswords.
At least, something I like... sebab kat lab pun memang we always do crosswords on Thursdays.


Nasib baik jugak la masa online check in, aku dah tukar seat nak duduk dengan Ganyk. Takde la boring sangat. 
Sampai Tullamarine Airport, lepak ngopi jap... then jumpa Sharyn, sebab nak cab-pool dengan dia ke conference venue (Pullman Melbourne Albert Park).


Since aku pikir malas nak jalan ke Malaysia Hall (which is just 500m away), then patah balik ke conference venue (Pullman Albert Park).. aku decide untuk terus turun sekali dengan diorang. Habis event nanti baru nak check in Malaysia Hall.

Lawa gile I.D Pullman ni.


Cuma bilik single dia, humang aiii punya la kecik!
Aku tau pun sebab aku masuk bilik Sharyn, tumpang lepak dan solat kejap.



Then, conference time!!!
Well, it started a day or two earlier with CES sessions actually... tapi aku baru register kan?So kira baru start la.


The  AIOH 2014 committee (part of).


Lepas belek booklet (tentative), baru aku terperasan- humang aii... program semua back-to-back sampai malam rupanya!
Mati la aku sebab tak check-in lagi. Aku call Malaysia Hall nak bagitau check-in lambat, tak berjawab pulak.
So, aku ingat nak redah je la pegi check-in malam-malam buta nanti (dengan harapan takde masalah).



So, basically...the conference started with Speed Dating.
It's speed networking sebenarnya, tapi kitorang semua sebut 'speed dating' je. Senang!
The first time attendees will get to meet the ambassadors atau orang-orang AIOH yang dah senior.
Aku bukan la first timer, tapi aku kira diri aku macam orang baru la jugak..sebab last 2 years masa Adelaide jadi tuan rumah, aku blur-blur gittew.


Punya la bapak besar nametag nak kena gantung kat leher at all times.
Tapi senang la nak baca nama orang. Baru kenal pun, boleh terus address by names.

 

So, we moved around in a circle, every 3mins or so... kenal-kenal muka baru.



Tengok...semangat mak, siap muncung-muncung mulut ala MakcikWok bercerita pasal research. Hewhewhew

It was great to get to know many participants from all around the world, walaupun jenuh kena jerit-jerit sikit sebab dah bising bila semua orang start bercakap.
Cuma, aku tak jumpa lagi postgrad students lain. Most are consultants.

Dah nak dekat hilang suara, speed dating ended (walaupun tak sempat complete the circle).

And next was the Welcoming Drink. 
Aku masuk kejap je, sebab tak tahan daulat. How irony, semua hygienists pom-pang-pom-pang pasal noise monitoring, tapi the hall itself punya la hingaq, baq hang!



 

Aku just berkenalan dengan Travis je, then lepak kat luar sambil aku buka kasut sebab rasa macam dah lama sangat tak pakai heels. Masa aku berkerut-kerut dahi call Malaysian Hall tak berjawab...sambil whatsapp ngadu kat MrHubby pasal tak check in lagi.... aku layan jugak la sembang dengan Sam-- sebab dia pun memang mengelak hall yang bising tu.


Lepas tu, terus pegi Welcoming Dinner.
Time tu, baru la I got to know ada postgrad students lain. Mohamed (from Oman), and some others from Wollongong.




Well, I love meeting new people.  Always almost never had problems making new friends.
Dan lagipun opposites attract kan? Kehkehkeh.


Dasar Asian betul- gambar makanan pun nak snap.
Jenuh aku kena explain kat Ganyk--nape aku snap gambar makanan. huhuhu


Andrew--- does he look like Michael Clarke?or err..Alex O'Loughlin? (nak jugaaaak!)

Habis makan, aku tak tunggu habis majlis... aku blah awal sikit. Sebab nak menuju ke Malaysia Hall.
Nasib baik Sharyn temankan.
Dengan penatnya...dengan rasa diri dah busuk... kaki rasa sakit, dengan nak kena jinjing luggage 7.2 kilo tu (just because aku benci dengar bunyi kena seret malam-malam tu)... akhirnya dapat la aku check in.
Lega!!!!

Malam tu, I could hardly sleep. Banyak sangat pikir gamaknya, atau maybe sempat beralih tempat tidur.

Lil Adam pun sedih-sedih teringatkan aku. MrHubby cakap, dia tersedu-sedan nangis teringatkan aku. (Read: dia= Lil Adam la. Laki aku tak sedih kot aku takde 4hari. hahaha).

Lil Adib? Sejak dah tak membon-bon, muka stoned dia la "Mama?...ada-aku-kesah?"

 My room. 105.
Well, who needs a big room, if most of the time will be spent at the conference venue, anyway?


Esok paginya, acecece--- muka semangat nak pegi conference, selfie sikit!
Tudung mesti kaler mambrang-supaya senang orang nampak. 


Sebab tak rushing, sempat la aku fefeeling tourist. Snap gambar Malaysia Hall.
Snap gambar Pullman dari pintu belakang.
Motif?


Just like other conferences... opening ceremony la startnyekan?
Speeches by Alan Rogers and Sue Reed.



Masa morning break, akhirnya dapat la aku bertemu dengan Prof Park.
FYI, ni le bakal-boifren-Kpop-tak-jadi aku... a.k.a calon supervisor-tak-jadi aku. Should I have gone to Seoul for my PhD, dia la supervisor aku.
Walaupun dah confirm nak gi ke Korea time tu..apakan daya, jodoh aku lebih kuat dengan Dino. Hewhewhew.
Tak kisah la... Dino pun cool apa?!

 It was a surprise when I approached him, showing my name tag "Do you remember me?"...dia jawab "Yes...I remember you! Was it like 2 years ago?"

Apa lagi? Berjemaah la bergambar dengan Kak Sabrina, presiden MIHA.


 Ongoing expo/ exhibition from various hygiene-related companies.


Aku gi jenguk-jenguk booths tu sambil makan la. Biasanya aku lepak makan depan booth Travis. 
Well, the food was good. 
Ada special requirement untuk yang diabetic, halal, vegetarian. And if there was none, I opted for vegetarian la. Alaa...setakat sehari dua tak makan ayam/daging, tak mati aihhh.



Electronic posters were displayed throughout the conference, mine was on Monitor 1.
Cuma kurang publicity sikit, so kalau sambil makan sambil tinjau-tinjau booth (buruk benau pe'el nya makan sambil berjalan)... jumpa la bahagian posters ni.



Stalking my dear SV yang tengah rancak bersembang dengan Ross (from Queensland) sambil makan.

As there were concurrent sessions at 4 different venues, kena la pilih-pilih topik yang menarik dan relevant je.
Or if it's neither, it's a must to support a friend's presentation by attending it :P


Kalau aku yang present, jangan harap aku nak suruh kawan-kawan datang. Selagi boleh aku taknak ada orang yang aku kenal. Muehehehe


Later that evening, ada 3M Night. Dinner yang paling sempoi, sebab everybody would dress up as a person or an item, ikut tema. Dan tema kali ni adalah Exploration.

Mulanya, aku ada niat nak gi. Sebab benda-benda merapu cenggini memang 'makanan' aku la sangat, ex-students aku semua tau la. Tapi bila nengok ke gaya co-SV aku lagi excited daripada aku....  kang dia sentap pulak kalau aku over daripada dia. Hewhewhew.

Bak kata MrHubby, "Masa depan Mama 'di tangan' dia. Kang dia rasa terancam ke... so, tak payah la."

Petang tu, sebelum dinner, ramai yang ajak aku join. Rasa geletissss sangat nak join, tapi aku....errr... tak nak la kalau tak prepare costume! Benci tau! Tak habaq awai-awai!
So, I told them "If I wanna attend it, might as well make it big!"

Anyway, here are some pics from that night of fun!
Jeles mak, noks!
So many types of explorers: Rangers, pirates, Mario (I have no idea how would Mario fit as an explorer?), and Dora the Explorer! 

Ada Kenny G gittew. Yang tu untuk music la. Takde maknanye dia nak explore saxophone tu.
I could have been Helena G. Wells (perhaps?or is it Amelia Earhart?) if I were there. And Sharyn as the Tardis.


Alien invaders, Mozilla Firefox, Lara Croft and the committee
Captain Jack Sparrow menggentel misai, Crocodile dundee and all of them having fun dancing together. LOL.
Huwaaa!!! Jelesnya tak pegi!
Fine, Andrew dah janji next year akan pakai costume ikut tema. So, aku akan join the club, disertai dengan sokongan daripada co-SV aku dan colleagues lain yang memang harap dapat tengok my true colours. Pfttt.
Jangan tetiba aku tak jadi join, sudehhh.


Maka, instead of menjadi explorer, malam tu..aku meronggeng dengan Fe.
Janji nak jumpa depan Flinders St Station..dan siap buat adegan kapok-kapok lagi. Very the Hindustan!
Tetiba ada sorang minah salleh lalu, dia kata "Wow! That's real love!"
Hahaha. Obvious sangat kot aku rindu kat Fe. Kehkehkeh

Kitorang gi makan kat PappaRich, sambil sembang-sembang. Banyak gak nak catch up, sebab last kitorang jumpa, sebelum start PhD.
But Fe, being herself.... memang jenuh la aku berdekah-dekah gelak sepanjang conversation.


Perut kenyang... gi shopping-shopping..dan buat kelaku kat tengah city. Hahaha. Aktiviti wajib okayyy.
Sebelum aku balik ke Malaysia Hall, kitorang makan froyo.

Dan malam tu, aku sangat happy... walaupun terkilan tak dapat gi 3M Night, I had my crazy dose satisfied by meeting my dear friend. Hihihi.



3rd day of conference.
Plenary or concurrent session- masuk je la mana-mana. Aku mark topik-topik menarik je.


Well, topik-topik yang agak general sebenarnya agak tak menarik, bagi aku la, especially sebab this conference dah memang untuk semua hygienists. Unless la kalau participants tu melarat ke bidang yang lebih general.

Masa break, sempat la aku pegi jenguk jap my electronic poster on display.


Penyampaian hadiah untuk AIOH2014 Canary award. It was for promoting hygiene by YouTube.


Creative, walaupun hanya guna bitstrip comics.
Very entertaining!



Session petang tu kebanyakannya menolak je (read: takde la menarik sangat).
So, walaupun aku sangat rajin, aku sneak out sebab ada kerja jahat yang melibatkan masa depan aku. Hahaha. Bab melencong, memang serah kat aku.
Syyy...tak boleh reveal kat sini.
Alaa...aku keluar kejap je naik tram, cari barang.



Lepas tu, rush balik ke Pullman untuk attend Asian Network Meeting.
Almaklumlah... sebab boifren-tak-jadi yang chair meeting tu. Kehkehkeh.
Eh, I mean...untuk networking sebenarnya. Sebab Asian countries ni tak advanced sangat bab hygiene, compared to US ngan UK. So, elok la ada niche sendiri.



Panas punggung gak aku tunggu meeting abis. Sebab malam tu ada Gala Dinner. Orang lain, boleh la duduk kat Pullman tu jugak, bilik naik tingkat atas je. 
Aku ni?
Kelam kabut la sebab ada masa cuma sejam untuk aku balik ke Malaysia Hall, mandi, iron dress dan tempek susuk mampan-mampan. 

Yours truly ready to go.


Bayangkan la..dah lawa-lawa dengan dress ala Cinderella, kena berjalan pulak pegi Pullman.
Nasib baik dekat je. So takde la hilang citra ayu aku sebab terkocoh-kocoh berjalan macam ribut. Dah la pukul 6.30 tu tak gelap lagi.
Lain kali kena cari labu ngan hamster la nak buat jadi carriage.

Aku sampai ke hotel takde la lambat pun, sebab memang ada pre-dinner drinks, so semua orang lepak kat luar ballroom je.
Time for photos!!!


Alex the photographer selfie-ing us with a DSLR!!!
That's rare, okay?!


Homai..homaii!!!
Andrew a.k.a my-Alex O'Loughlin! Muehehehe

Yang tak syoknya, untuk Gala Dinner ni diorang buat fixed seating pulak. Duh!
Tapi, tak kisah sangat la. Disebabkan nama aku tercicir dari list, so aku free la nak duduk kat mana-mana meja. Hehe.

Mulanya Ganyk ajak join meja dia, tapi sebab aku tengok mostly orang-orang veteran je kat meja tu, terus hilang selera. Hahaha. Tapi aku guna alasan mulia sikit la...sebab kebetulan Sharyn pun kat meja tu, so takkan la nak ada the three of us (from the same office) kat meja yang sama.

Nak join Sam, dia pulak tak masuk-masuk ballroom. So, aku pasrah je la bila Alex-ku-ittew ajak dok sebelah dia. Huahuahua.

Other blokes on my left.
Diorang ni semua orang minyak (read: mamat Oil and Gas).
Aku je gagak di rimba. Eh. I mean, buah cempedak di luar pagar. Semoga satu hari nanti aku dapat jadi hygienist yang hebat macam diorang (not necessarily in O&G).


Eheks eheks.
Belek menu dengan Alex-O'Loughlin-ku-ittew kononnya. Terus jadi kenyang. Kehkehkeh.


Ye, kenyang la sangat!
Dah macam makanan ciput-tet ala MKR dah aku tengok.


I forgot to pre-order the meal, tapi nasib baik waiter tu tolong make sure yang aku dapat tu halal. Ngehehe.

And the desserts!

Well, I got pavlova instead of the chocolatey thingey.
Dan buat julung-julung kalinya aku tak dapat habiskan desserts sebab aku rasa terlampau manis. That is so not me! Aku kan biasanya sweet tooth.
Apakah ini signs of *cough*cough* ageing *cough*cough*?

Yours truly with Raelene.

Dah kenyang makan, baru tinjau-tinjau meja lain untuk jumpa kenalan-kenalan lain.
Kak Sabrina and I. Jenuh mintak 3 orang amik gambar kitorang, semua goyang. Apa ke Parkinson ke diorang nih?



Darren yang kiri tu biasanya kalau pop-in ke lab aku, memang tak pernah tegur aku pun, tapi tetiba after a few drinks, dia warm sikit. Agak lawak bila dia cakap kat Andrew, dia tak pernah perasan pun aku friendly.

Anyway, that's when kitorang sembang topik pasal wedding bands/engagement rings, makan dengan tangan kanan, melarat ke topik hometown, family, BF moms, polygamy (aku baru tau kat Aussie ni illegal untuk lelaki kawen lebih daripada 1)... and few other issues dalam Islam.
We had a great time chatting about so many random topics.

Then, awards time--- for those young hygienist, committee members, introduing new committee, etc.




Habis dinner, pakat-pakat ke dance floor semua.
Meriah gittew!
 

Good songs.
Great voice, tapi rasanya penyanyi lelaki tu lagi sesuai jadi dancer kot, sebab suara dia tak best sangat macam Anuar Zain. Eh.



That's us. Practically us from Adelaide (or was there before).

Penat makan dan bersembang.... apa lagi? 
Kembali la ke pangkal jalan, balik ke Malaysia Hall sebelum Cinderella bertukar menjadi huduh kembali. Huahuahua.


Final day (Rabu), aku check out siap-siap dan terus bawa luggage ke Pullman. 

The day started with awards for the best paper, etc.
Alex-ku-ittew ter-miss lucky draw iPad sebab dia gi tengok game Liverpool. Harharhar. Mujur Liverpool menang.


More pics between and during the plenary sessions.


The last session was a forum yang mengumpulkan wakil-wakil hygiene associations from Aussie, America, Britain, Malaysia and NZ.



Habis tu, aku just turun ke lobby catch up with friends before I left.
Then off we went to the airport.
Moral: Next time jangan book flight cepat sangat supaya dapat hangout kejap lepas habis conference.



Babai, AIOH 2014 Melbourne.


I'd say it was the MOST bestEST I have attended so far.

Walaupun tak menang apa-apa (it wasn't in my agenda anyway)... I met (and made) many friends and I enjoyed the activities.
So, insyaAllah...next year, kalau ada rezeki, boleh la berkonferens kat Perth pulak (with the same crowd)!

Nuffnang ads

My Heartbeat