Thursday, February 28, 2013

Ultraman kental yang jeles kat beruang

 
Lil Adib has started to developed passion towards this red superhero. Kalau boleh, tiap kali main gadget, hulur kat kita nak suruh buka "Men!!!"
Bila tengok je YouTube Ultraman, dia pun siap la buka bunga-bunga silat nak menyerang monster. Bajet dia jadi Ultraman la tu.
Monsternya siapa? Tak lain dan tak bukan, Lil Adam la.

 Nasib baik la kitorang bawak selambak Ultraman dari Malaysia dulu. Kat Aussie ni, mana nak dapat Ultraman? Ben10, Spiderman, Superman ada la.


Tapi bila dia ajak kita main Ultraman tu, tangan si Ultraman mesti terangkat ke depan.  Kira in action la gamaknya.
Lepas tu sambil lawan tu,mulut pun bising la bunyi Pa-Pa-Pa-Pa-Pa... (ape punya sound effects daa!)



MrHubby tengah solat pun, dia nak ajak main Ultraman. Haihhh


Ke mana saja sekarang ni, dia akan bawak either dua ekor (ekor ke orang?) Ultraman dan sekor monster. Dalam kereta, pegi Sunday market, pegi shopping...
Ultraman yang cacat patah kaki pun takpe. Maybe sebab dia tak pandai menilai lagi kecacatan tu.

Ini pulak adalah Bear-Bear Lil Adib. Tengok tu kemain sayang lagi kat bear-bear dan ultraman.

 


Tapi aku selalu usik dia, cakap Bear-Bear nak momon (read: bon-bon).
Masa tu, kasih sayang terhadap Bear-Bear pun bertukar menjadi dendam kesumat dan cemburu membakar jiwa. Semangat juang dan hati kental Ultraman bertukar jadi jeles.
Bersungguh-sungguh ditolak beruang yang tidak bersalah itu ke tepi, biar jatuh dari sofa.


Menangis bila aku hug dan menangkan Bear-Bear.

Tapi, ini semua cuma airmata buaya.
Once dia dah kenyang, dengan murah hatinya Lil Adib akan bagi Bear-Bear kat aku. Hahaha. Bila aku buat-buat tak nak, lagi la sengaja dia kelek dan acu beruang tu kat aku. 


Aktiviti menayang perut tuncit. 
Hehe... actually time ni aku sorokkan bola dalam baju dia.
 

 

Queen pun naik umur

Dok kat negara orang ni... asal weekend je, makan. Kalau tak makan pun, mesti diganti dengan makan-makan. Hahaha.
Ada-ada je event nya. Sejak aku sampai dulu... start dengan majlis iftar (berbuka), majlis raya, open house, melarat ke housewarming, aqiqah, farewell, riadah cum picnic, dan macam-macam lagi. Tak cukup dengan birthday anak-anak, birthday mak-mak pun kitorang celebrate jugak.  Hehehe. Ye la kan. Mak-mak pun stress jugak buat PhD. So kena la relax-relax sikit. 

Sabtu lepas was Kak Surah's birthday. 
Since K.Surah ni sangaaaaatlah rapat dan mesra (sebut "Mesraaa!" sambil tangan gedik-gedik ala Bob AF) dengan kami, so aku dan beberapa geng lain pun plan untuk raikan dia.


So, we made a surprise for her. Bawakan makanan sorang sikit dengan sebijik strawberry sponge cake yang sedap.

As usual, Zaim pun macam Lil Adib gak.. excited nak tiup lilin.


Dan kids yang lain pun tak tahan menengok kek yang tempting tu. Masing-masing hulur tangan nak cekau.

 

Us the masterminds (Aqilah, Gina and yours truly). Najwa and Ummi couldn't make it due to other commitments.
 


Dan yang bestnya bila tengok Lil Adib dan Zaim main sama-sama. Naik swing sama-sama, main bola, terkedek-kedek lari sebab dua-dua orang sama tinggi walaupun Zaim tua setahun, etc.

 


Aku ingat lagi dulu masa mula-mula sampai Adelaide, kitorang tumpang dok kat rumah K.Surah ni.. Lil Adib dan Zaim sangat tak ngam. Maklum la... masing-masing ikut Toddler's Rule of Possession...



Naik serba salah aku rasa bila selalu sangat gaduh, nak-nak Lil Adib tu garang pulak. Tapi sekarang, dah kamceng.

 

Ni untuk weekend ni, dah start planning dah tu. Plan apa?
Makan la.
Makan laaagi.

Haihh.. 
Abis PhD nanti, kalau aku masih boleh muat baju-baju lama yang size S/M tu.. memang ajaib la.

Tuesday, February 26, 2013

My happy birthday :)

Alhamdulillah. 
Today I am a year older... that makes me...err..jap nak kira.... err.. 25 :P

My day started with  overwhelming surprise by Lil Adam. Well, actually takde la surprise sangat... sebab since last week dia dok sibuk tanya what's my fav colour, what do you like. Dan semalam pun dia konon-konon cakap ada surprise nanti for my birthday. Aku cuba gak pancing.. tapi malas la nak ruin his effort, so aku biar je la. (Jarang tau aku mengalah dengan anak, selalu aku gedix gak nak compete. Haha. Bad mom I am).

  

So, that's me... blowing the candles on the cake. Aku tak suka ada lilin banyak-banyak (tolonglah percaya), so, sebab tu aku tak atur lilin sampai 25 batang. Kehkehkeh.

Sedang aku dapat XOXO daripada Lil Adam... ada budak lain dok usyar kek aku rupanya.




Sebijik macam Lil Adam masa kecik dulu... excited nak tolong blow the candles.
The trick? Magic candles!
I love them so much.

 

Err.. dah kali ke-9 kot kitorang celebrate sama-sama, that is two years extra sebelum kawen.
Tahun pertama, I was in Brisbane on my birthday (so, PJJ je la). Second year tu, we were at the airport, sending me back to Brisbane (balik summer hols).




Rushing sikit la celebration pagi tadi...sebab Lil Adam dah nak gi sekolah. Tapi he was excited to surprise me and eat the cake first.


The cards from my darlings. One from MrHubby, the other from the kiddos.


Dah potong satu slice, baru teringat nak snap gambar.
 

And ohhh... my stargazer lilies bloom dengan meriahnya on my birthday!
How lovely!
Balik Malaysia nanti, parah la kalau nak beli lilies, sekuntum je dah RM10.


Lepas hantar Lil Adam pegi sekolah,  we went out for jalan-jalan at the Rundle Mall. Harus la kan? Since arini the bosses and colleagues are not around, malas la aku nak gi lab sorang-sorang. Ekekekeke.

Dan yang bestnya... dapat beli something as birthday present. Yay  :)
 

Lunch at Knoodle. MrHubby's first time. Selama ni aku je dok cerita aku gi makan kat situ.
 

Balik rumah, layan Lil Adib nak blow candles lagi.
Dah padam, nyala lagi. Tengok la satu slice cake tu ada berapa batang lilin. Haihhh
 

He loves doing this cheeky face (ketawa sambil tutup mulut) nowadays. Konon lawak sangat la tetiba lilin tu menyala balik. Hahaha
 


Lewat petang, tetiba dapat kunjungan daripada K.Surah (queen of our istana hinggap) and family. 
How thoughtful. Siap bawak hadiah lagi. Dengan handmade cards daripada anak-anak dia...


Dapat hadiah pisau Victorinox you! Dengan egg timer. Hehe.I loike. 
Aku memang suka benda-benda practical macam ni.


So bersantai makan kat backyard la sambil bergosipan. Anak-anak pulak main la segala apa yang boleh main.
 
  

Yours truly and the queen. 
 

Lil Adib yang vain, nak-nak ila ada tetamu (ikut perangai sapa lagi la kan?). 
Zaim pun nak join jugak.   

  


Apart from that, I got a lot of birthday wishes on my Facebook wall, phone texts, calls, etc. Thank you very much for the prayers. 
It might be a quiet celebration for me this year, but it ain't matter.

Monday, February 25, 2013

Mine is affogato. Yours?




Niatnya nak berjimba esok sempena birthday aku. Tapi memandangkan lusa SV nak ajak dating meeting, so rasa macam terbantut pulak niat tu.
Tapi kan... pagi tadi bukak email, dia suruh hantar draft by arini Erkkk...
Tapi kalau arini dah submit, maksudnya esok boleh la relax sikit kot. Lagipun both SV and co-sv akan fly ke Brisbane esok. So, somehow there's no one to pressure me tomorrow. Heh.
 
Anyway, hari ni, aku kena productive laju-laju.
 
Was thinking of having extra dose of caffeine. What? Coffee?
Tapi, aku prefer tea to coffee. 
Whoaaa... sebut 'coffee' instead of 'kopi'. Motif? Bajet matsaleh sangat la kan? Poyo!

Coffee ni bagi aku sedap bau je. Sebab tu la there's a saying: if u wanna sell a house, brew some coffee, bcoz the smell of freshly brewed coffee would help lure them into buying a home. Haha.
Standard la kan... kalo rumah tu bau asap rokok, bau taik kucing, bau karpet masam...  terus tak setim orang nak beli.
If coffee is not your thing, u can still use the scent of fresh flowers, vanilla, freshly baked bread or cookies. (Nanti kalau agent rumah nak datang inspect, aku nak kena buat either one of these la. Kang dia bau belacan semerbak satu rumah, pengsan pulak. Hewhewhew)
 
Eh, okay.. Melalut pulak. 
Mana tadi? Haaa... aku suka teh, tak berapa suka kopi.
Lagipun, kalo bab coffee ni, aku kan sweet tooth, so aku nak affogato je.


Cara nak membuatnye...

  • Dollops of vanilla ice cream
  • Hot brewed espresso (kaw-kaw punya)
  • Ground cinnamon (for dusting, kalau suka)

 
 
What about you, what's your flavour?


 
Life is too short for bad coffees, kan?
 
Okay la...aku nak sambung buat keje ni. Babai.


Saturday, February 23, 2013

Makan roti cantik lepas bakar kalori


Rentetan daripada aktiviti yang membuatkan aku jadi sengal aritu (read HERE), KeLaPa a.k.a Kelab Bapa-Bapa(or maybe patut dipanggil KePaLa, sebab tak official lagi) pun rasa excited nak beriadah. So, start la atur aktiviti untuk ajak anak-anak lelaki main bola kat park. 

 

Mula-mula warm-up dulu. Gambar mahal ni..bukan senang nak tengok lecturer/head of department bergelek. Hahaha
 

Coach Jack siap tolong betulkan Lil Adam punya cara exercise. Hehe.

Coach Faisal mengepam bola sebelum start game.



Laki aku? Belum start main bola... dia 'menambah tenaga' dulu. Hehehe.

 


Actually, anak-anak pompuan tak ramai sangat kat Adelaide ni. Yang ada pun, of various age group, jadi susah nak specify satu game. Kang ajak main seremban/batu selambut, yang umur 1-5 tahun tak reti lambung lagi. Kang main zeropoint, mak-mak dah tak larat nak lompat..ekekeke. 
So, anak pompuan dan mak-mak (KeLaBu a.k.a Kelab iBU-iBU) hanya lepak sambil membentuk lapisan lemak la sebagai persiapan untuk winter nanti.


Macam-macam ada... bihun, macaroni, tembikai, kek batik, kuih  ketayap, keropok, nachos...
Dan aku bawak apom ni... 
 

Rayyan (anak Gina) suka sangat dok ulang makan ni. Dia kata 'roti cantik'. Hahaha. Lawak la si kerinting ni.



Lil Adib pulak, dari dalam kereta terlena... So, tido je la dalam stroller. 
   

 

 

Bukan anak-anak je semangat, bapak-bapak pun sama naik. Ingatkan masing-masing dah tak larat kejar bola bila dah ada 'airbag'. Keh keh keh
 

Lil Adam jadi goalie.  


Abg Shibie ropanya ada bakat terendam main bola. Entah berapa gol dia sumbat tak tau la.
 

Aliya si comel yang relax jer dengan beskal dia.


 Since Syifa tak dapat datang, so aku ribakan anak dia. (biasa la kan, aku gedix betul sebab dah dua kali beranak dapat anak lelaki je.hehe). Baik je dia dari mula dok baham sepotong tembikai kat tangan dia tu.

 

Tapi bila Lil Adib bangun, jangan harap la Insyirah dapat dominate riba aku dah. Ada orang rasa terancam kot. Heh.







Tapi kan.. sebenarnya lepas aktiviti tu, weekend berikutnya kitorang ada lagi riadah kat Charlesworth Park pulak.
Bapak-bapak je la main bola. Mak-mak apa lagi? MAKANNNN.:P
Makanan as usual..pelbagai....



Lil Adib seronok naik swing, walaupun depan rumah sendiri pun ada swing -_-
 




Tapi bila dah nak balik... semua pakat tapao sorang sikit. 
Kantoi.


Sapa la amik gambar ni. Hishhh... buruk benar rupanya .Har har har

Nuffnang ads

My Heartbeat