Bukan senang aku nak mengaku sengal. Tapi kali ni, aku admit...memang aku sengal. Sengal, lenguh dan sakit satu badan.
Adoiii... Ni semua bahana semalam. KeLaBu Adelaide that is kelab (unofficial) ibu-ibu kat sini ajak main netball.
Tau je la kan...semua mak-mak orang. So stamina pun dah tak seberapa. Ada sorang je anak dara, yang lain semua either anak satu, dua atau tiga.
Acecece.. masing-masing bagi alasan dah beranak, so dah x chargas. Walhal lepas beranak, patutnya kena le bersenam jugak.
Yours truly jangan harap la nak main posisi ganaz (err..posisi? ganaz???) yang kena lari sana-sini. So tak sempat apa, dah tukar dengan K.Hai jadi GK. Lagipun baik aku memanfaatkan ketinggian aku untuk menghalang gol lawan kennn?
Semua bapak tak ikut, aku je yang berhantar dek MrHubby. Tapi dia dok jauh sebab mak-mak lain semua pemalu bila ada spectators.
Lil Adam pulak, dah tak larat tendang bola, hadap ipad dengan Nu'man.
Abis game, semua berlunjur mengaduh.
Hahaha.
Prolly we should organize this kinda healthy activity more often, as a lifestyle. Maunye tidak, selama ni asa berkumpul je...makan, bersembang. Kalau tak bersembang, makan. Kalau tak makan, pun paksa makan.
Tapi untuk rekod (dalam blog dan FB), mesti la semua posing mampan je. Maintain chargas gittew. Wakakaka.
Hmmm... sekarang dah ada usul baru...
Memandangkan dah ada KeLaBu (kelab untuk ibu-ibu), mungki tak lama lagi akan ada jugak KeLaPa (kelab untuk bapa-bapa).
Okay la... Aku nak mengadu minta personal masseur aku tolong massage la. Sakit ni.
Harus la next plan untuk gi swimming dengan KeLaBu, aku berendam jer. Hihi
Bestnya ada aktiviti mcm nih.
ReplyDeleteDulu terror main NIH..uh huhu..la ni dah pancit
ReplyDelete