Wednesday, February 6, 2013

Merajuk arr dengan surah Al-Baiyinah!

Semalam bila nampak status Hisham Sharif kat FB pasal kantoi sangkut hafazan surah Al-Baiyinah dengan anak dia... it reminds me of my younger years. Much younger years.
That was in primary school. Tahfiz surah-surah lazim. Surah lazim ye. Kalo dibagi surah AlBaqarah..memang aku tercirit kat situ jugak la jawabnya.

Untuk Pertandingan Tahfiz tu... sekolah aku jadi tuan rumah. Jaman tu, semua sekolah kebangsaan je, mana ada sekolah tahfiz swasta banyak-banyak macam sekarang. 
Well, sepatutnya ada sorang kakak senior tu yang wakil sekolah, tapi dia ter-period pulak. So, aku disuruh ganti... sebab aku tak period-period lagi masa tu. Wakakakaka.

Dalam pertandingan tu perserta disuruh cabut undi dan baca dua surah pendek dan satu surah lazim yg agak panjang.
Chuak memang chuak. Walaupun dah hafaz, tapi ada je surah-surah yang aku dah mark sebagai 'susah and confusing'.

Sekali.. masa turn sorang hafizah dari Sekolah B, boleh pulak masa cabut undi, dia dapat surah Dhuha untuk surah panjang. I mean I consider that surah as easy of that category. Grrr.. tak aci betul.
So, dia baca lancar. 

Hati aku tak keruan. Aku terfikir, kalau tiga-tiga surah tu dibagi kat aku, confirm aku boleh baca dengan fasih.
Tapi takpe la..I was hoping I'd be that lucky too.

Then came my turn. Aku cabut undi..dpt surah apa ntah (untuk dua surah pendek). Tapi yang panjang tu aku kena surah AlBaiyinah. Tau tak surah AlBaiyinah tu yang mana?
Alaa.. yang start dengan Lam-yakunillazi tu...



Alamak.. Surah ni memang aku dah masukkan dalam kategori susah. Walaupun 8 ayat je (berbanding 11 ayat Surah Dhuha yang competitor aku tu dapat), tapi surah Al-Baiyinah memang mengelirukan sebab ayatnya hampir sama. Aku rela dapat surah Al-Adiyaat yang 11 ayat tu, hatta surah A'la yang 19 ayat tu pun aku sanggup..

Tapi  nak buat macamana kan? Nasi dah menjadi bubur. Tangan dah gatal cabut kertas ketiga dari kanan. Konon nombor ong la. 



So... I tried controlling my nervousness. Bismillah.
Aku start baca. Ayat 1...2...3....4 semua fasih. 
Tiba-tiba... juri betulkan hafazan aku. 

Aikkk??? I was so confident I was on the right track. So I insisted.  Aku ulang balik ayat aku.
Juri betulkan lagi.

Ahhh...sudahhh!!! Ikut hati nak je aku berhenti dan cakap "Ayat saya kan dah betul. Cuba Ustaz/ustazah hadap muqaddam dan jangan bersembang sambil dengar ni. Boleh tak???"
Dalam hati aku memang nak ketuk-ketuk je kepala juri yang sambil lewa tu. Tapi aku ingat..biar je la tunggu masa rancangan Ketuk-ketuk Ramadhan Sheila Rusly.

Tapi aku tak berhenti baca la ...sebab that'd only confuse me more.
So again..aku ulang lagi.
Lepas tu baru diorang perasan ayat aku tu betul.

Too late! They have confused me..and they might have thought aku yang salah...jadi aku assume markah aku dah terjejas kat situ. Benci! Benci!

Lepas habis tu, aku rasa down..so aku terus balik. Aku tak tunggu keputusan dan majlis penutup pun. 

Tau-tau je petang tu masa aku menyapu sampah kat laman rumah, ada kawan drop by, bagi hadiah untuk aku, sebab aku takde masa majlis penyampaian hadiah. Sah la competitor-aku-yang-surah-Dhuha tu dapat nombor 1. Dan aku dapat nombor berapa ntah, aku tak amik tau.
Since then aku merajuk dengan surah AlBaiyinah. Baik aku hafaz surah lain.
(Apakebengap la merajuk pun dengan surah lazim).

But my passion in hafazan tu tak pupus. So dah masuk sekolah menengah pun aku still participate in tahfiz. Cuma kali ni aku beralih kepada Qiraat Sab'ah... bacaan mengikut 7 orang imam (Imam Asim, Qalun/Warsy, Ad-Duri, Susi, Ibnu Kasir, etc.)

Aku harap Lil Adam will develop the passion in this, sebab aku pun dulu suka-suka je ngikut Acik masuk pertandingan tahfiz sebab kitorang ni kuat mengingat. Kalau tak jadi hafiz pun, at least Lil Adam hafaz surah-surah lazim tu dah cukup baik bagi aku.

5 comments:

  1. alhamdulillah...yaa..depa dpt surah2 lazim dgn lancar pun dah buat i lega!

    ReplyDelete
  2. Sejak anak masuk PASTI ni, alhamdulillah...banyak surah2 yg dia dah hafal ☺☺

    ReplyDelete
  3. teruk nya juri. ape da... mengkonfiuskan budak2

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. semoga impian mummy jadi kenyataan

    ReplyDelete
  5. samalah
    aku dulu selalu je dpt no 2 sbb aku ni malas nk hafal nama suroh
    tiap2 nama naik je jadi wakil sekolah
    tpi pemalasnya
    judges smpai dah kenal muka aku n selalu aim no 2
    poyo jekan

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat