Tuesday, March 27, 2012

Ratu Spa Studio-review

Aku ni jenis yang jarang berspa-spaan.
Masa nak kawen dulu pun, takdenye aku gi lulur bagai. Nak tak nak, MrHubby kawen dengan aku siap dapat pakej segala daki dan dead cells la jawabnya. Ehehehe. Takde la... aku lulur sendiri la kat rumah.

Sekarang ni bila dah kaya sikit (saja propa tak nak guna perkataan 'ada duit'), aku ada la try spa kat few places. Biasanya promo package je la.

So, last month (gila lama aku peram), MrHubby and I pegi la try Ratu Spa Studio kat Bandar Baru Klang. Area situ memang busy, so susah sikit nak cari parking.



Ambience nye nampak okay. Bersih. Cuma tempat tu kecik sikit la...


MrHubby dok layan Whatsapp/ FB sambil menunggu

 

 
Kekecilan tempat tu membuatkan as we stepped into the couple massage room, MrHubby pun bisik "Eh..keciknye. Muat ke nanti dia nak mencelah-celah sambil massage kita?"

Korang tengok sendiri la spacenye.

 


Okaylah...to cut things short..lepas salin baju, kitorang pun baring untuk dimassage...sejam gak la.  Katanya dalam pakej tu aromatherapy massage. Tapi kalo nak guna essential oil, kena bayar extra lak. Grrr...tambi betul.

Lepas tu disusuli oleh cucumber body scrub 15 minit dan head and shoulder rmassage.
Disebabkan kitorang masing-masing dok layan je urutan tu, maka aku tempek gambar ni je la. Sila percaya bahawa aku lawa macam ni, siap selit bunga kat telinga. Ngehehe.


Habis massage, baru la masuk ke rainbow jacuzzi setengah jam. 
Aku dok bayangkan ada colourful flower petals la yang membuatkan dia jadi 'rainbow' tu. Boleh la aku feeling ala
Puteri Gunung Ledang jap.
 

But man...I was wrong. Rupanya jacuzzi tu ada lampu yang bertukar kaler dengan turbulence je. Punah harapan aku.

My first snap of the jacuzzi nampak macam nak masuk dalam volcano ala neraka je. Hahaha.


So aku snap lagi sekali masa kaler biru... baru nampak best sikit.


Abis berjacuzzi berdua dengan MrHubby sambil sembang-sembang pasal anak-anak, pasal masa depan... kitorang salin balik baju... dan dihidang dengan ginger tea.
Erkkk..dalam mug jer?


Jauh beza dengan masa aku gi Tanamera Spa dulu, siap ber-teapot bagai.
 
Well, aku masih suka try banyak tempat untuk facial dan spa.
Sebab kalau tak try, mana la nak tau best ke tak satu-satu tempat tu kan?


Published with Blogger-droid v2.0.4

8 comments:

  1. i baru sekali j epergi spa, tu pun masa blk msia hari tu la. habus merah2 satu badan kena urut..lebam macam kena belasah. lepa stu seram tgk lebam2 kat badan sendiri..teru srasa trauma nak pergi spa.

    tp budak urut tu cakap, "mbak ini banyak angin..keran aitu merah2 badannya bila di picit"...errrkkk mcmana dia tahu I ni hangin satu badan? eheh

    ReplyDelete
  2. bila nak berspa berdua jugak ni :p aku penah pegi tini spa jer :p

    ReplyDelete
  3. rainbow sangat jakuzinya kan... auta je lebih

    ReplyDelete
  4. x tahan betol ayat ni...

    .... macam nak masuk dalam volcano ala neraka je. Hahaha.

    ReplyDelete
  5. horror jgk la jacuzzi kaler2 tu hehe... tp romantik eh kalo wat couple's massage. i x pernah cuba lg.

    ReplyDelete
  6. yatie chomeyl,
    hahaha. hangin satu badan kalu kasi smpi kentut2 tak?

    elissmie,
    tini's spa punye best gak. ratu spa ni kureng sikit lah

    ciklilyputih,
    mmg pun. tipah tertipu...

    salzahari,
    dah tu..kaler merah mambrang semacam je

    oyis,
    u should try. tapi kalo tmpt best, baru la romantik.

    ReplyDelete
  7. wow.. baik hati nye inche chott nak tunggu.. hehehe..

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat