Okay, sila tarik nafas...sebab ini entry meroyan outta the blue. Hahaha
Aku paling meluat bila orang judge cara aku 'didik' anak aku. Wahhh..didik. Bunyi macam anak ayam didik pulak. Nape orang panggil ayam didik ye? Adakah anak ayam tu semua terdidik dan terpelajar?
*dush dush. kenapa off-topic nih?*
Well, aku percaya setiap mak bapak ada kekdah tersendiri untuk besarkan anak.
- Ada yang suka lambakkan anak dengan semua toys yang anak minta. Nak PS2, bagi PS3... nak Barbie dolls, belikan... minta Blekberi, bagi blueberry..eh?
- Ada yang jenis tak bagi tengok TV, sebab nak balas dendam masa kecik dulu dia pun takleh tengok TV (jaman dulu kena tompang tengok TV kat rumah jiran je).
- Ada yang manjakan anak. Anak buat salah pun, paling teruk pun "Sayanggg..jangaaaannnn." (tak jentik langsung!)
Kaedah aku?
Aku memang firm.
Okeh..perkataan 'firm' tak sesuai kot untuk describe aku.
Garang. Hmmm..maybe lebih tepat.
* * * * * *
Aku biar anak aku mandi air sejuk kalau kat rumah orang atau balik kampung.
Memang nampak macam kejam. Buta perut biar anak melalak kesejukan.
Tapi, itu cara aku.
Rationalnya... takkan aku nak mengada-ngada minta pasangkan water heater atau boil air hanya untuk anak aku mandi???
Yup, maybe orang tak kisah. Tapi aku kisah. Ni kan cara AKU.
Aku tak suka anak aku bazirkan gas atau bil letrik rumah orang.
* * * * * *
Aku biar anak aku makan makanan orang dewasa (bila dah lepas fasa 'makan-makanan-baby-je').
Ada orang ingat...Kesian anak tu. Tak pedas ke?
Rationalnya...
Supaya aku tak menyusahkan tuan rumah kalo tetiba pegi rumah orang/balik kampung. Ye, walaupun balik kampung tok dia sendiri... aku taknak anak aku mengada-ngada minta dimasakkan makanan lain yang kurang pedas. Itu akan menyusahkan tok dia..ataupun menyusahkan aku.
* * * * * *
Aku terpaksa buat tak endah bila anak aku tidur beralas nipis/tanpa aircond je . Hati ibu mana tak sayu bila tengok anak baring atas tilam nipis atau tikar je kat taska/daycare kan?
Aku bukan orang kaya untuk hantar anak aku kat nursery-ala-mahligai-syahdu-dengan-tilam-tebal-dalam-aircond-full-blast-24-7. Tapi kalau sekalipun aku mampu bekalkan tilam double posture coil yang anti dust mites dengan aircond berionizer bagai, aku rasa pengasuh pun tak larat nak angkat untuk bagi anak aku tidur.
Rationalnya...
Aku taknak anak aku mengada..kalau balik kampung atau terpaksa bermalam kat mana-mana yang takde tilam/aircond. Kang tetiba anak sebut "Tak boleh tido la, panas!. Sakit badan la tido atas tikar ni"
Kan ke malu gitu? Memalukan aku satu hal.. memalukan tuan rumah lagi teruk (macam dia tak mampu sediakan keselesaan untuk kita pulak).
* * * * * *
Aku tegas bab TV dengan anak. Memang Lil Adam dan Lil Adib boleh tengok channels 611/612/613/615/618 yang cartoons semua tu. Tapi bila aku nak hadap McGarrett ku yang kacak bergaya tu, atau layan melodramatic dengan Desperate Housewives aku...aku bertegas "It's my turn now!"
Rationalnya...
Aku taknak jadi macam sesetengah parents yang konon tak kisah bagi anak tengok cartoons, tapi lepas tu membebel kat kawan-kawan, kata asyik tak dapat tengok cerita lain.
Hello! Kita ni parents diorang. Bukan la nak kata ada kuasa veto. Tapi berdiplomasi la. Tolak ansur dengan anak-anak.
* * * * * *
Aku tak lambakkan anak-anak aku dengan mainan kat kalau diorang tak mintak. Aku tak biasakan anak-anak aku main games kat kedai ala-video-game-yang-bubuh-token tu. Kalau minta pun, kadang-kadang je aku bagi.
Rationalnya...
Aku nak diorang belajar, it should be earned the hard way. Bukan asal keluar dari mulut je, dapat.
Kalau tak dapat jugak, maybe perlu sebut the magic word 'please'.
Kalau 'please' pun tak jalan, maybe kena usaha dengan rajin buat homework.
Kalau masih tak dapat, maybe perlu bodek aku. Hahaha (mamfus kalau anak-anak tau rahsia Mama dia makan puji).
* * * * * *
Aku marah anak aku kalau dia buat salah.
U get out of my way. Jangan nak bela anak aku. Jangan nak berlagak hero yang tolong selamatkan anak aku daripada mulut naga yang berapi (aku ler tu!)
Rationalnya...
Aku meluat dan geram bila tengok mak bapak yang tak marah/jentik anak untuk 'ajar' anak supaya jangan ulang lagi perkara tu. Pernah anak orang berkasar dengan Lil Adam sampai berdarah kat muka...sampai melalak anak aku tu. Tapi si mak cuma kata "Laaa...kenapa buat Adam macam tu?"
Tak perlu la sebat anak sampai berbirat-birat, tapi cukup la sekadar menyedapkan hati aku dengan buat-buat piat telinga si anak yang nakal tu.
Sebab tu la kalau anak-anak aku buat salah dengan anak orang, korang akan nampak aku macam monster.
Kesian?
Ya...memang aku kesian dengan anak-anak aku. Aku sayang diorang.
Sebab aku kesian dan sayangkan diorang la aku nak diorang jadi independent. Tak kememeh. Itu ini tak boleh. Tak tahan. Sikit sikit, nak nangis.
Aku nak anak aku pandai adapt dengan keadaan tanpa menyusahkan sesiapa.
Aku terlampau garang?
Yes.
My ability to manage my anger is still improving.
So, lepas ni.. should you see me being a monster (or 'Mamanster' seperti aku momokkan kat Lil Adam), please bear in mind. This is MY WAY.
If you are not happy, I pray that your path (in parenting) is rougher than mine. Baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Hahaha. Keji kan? :P
ok i setuju part naga tu.
ReplyDeleteI pun mmg garang dgn SNkalau SN buat salah.
2 minggu lepas I agak sentap sbb ada member cakap I garang sgt dgn SN bila I marah SN. of course I marah sbb SN tolak budak yg lagi kecik dr dia padahal I dah warning kat SN sebelum tu.
so I rasa biar I marah SN so that dia tahu kalau dia salah, dia mmg kena marah
aku rasa mcm sama ja cara kita 'didik' anak kita... tu pun aku rasa dan 'lembut' jugak la berbanding mak aku ajaq aku dulu... haha..bukan nk balas dendam ka hapa, just nk depa independant... mmg nampak kasaq berbanding some parents tapi tu kan cara AKU hihi..
ReplyDeletetp kan is, aku rasa kita org utara mmg kasaq pun... i mean cara kita la.. sbb bila banding dgn keluarga in law semua lembut2... tp aku still xleh nk terima lembut2 nih... sbb takut nnt anak pijak kepala pulak
yana pun 'garang' juga. biar menagis tarik seluar selagi tak dengar cakap memang selalu yana buat dek. tapi yelah - orang tak boleh judge cara kita. sbb kita ni lain-anak kita pun peel lain2. tak sama. so tak bolehla nak bnding.
ReplyDeleteSetuju ngan u belle, i pon buat mcm tu gak sampai kekadang iman ckp 'ibu ni syik marah jer'...iyerlah, klo salah memang lah kena marah. Kekadang kesian gak, tapi hati kena keras ☺☺
ReplyDeleteOmg I soo understand how u feel n your point. Selalu gaduh dgn my mum pasal ni..
ReplyDeleteSaya tak pernah bagi my cats makan lebihan makanan manusia (lauk/nasi etc) sebab;
1. saya xnak dia curi makanan
2. xnak dia korek tong sampah/ makan from tong sampah
3. xnak dorg sakit. aku yg sakit nak bawak dorg pegi vet nanti
Tapi mak tu suka2 je bagi dorg mkn lebih2 lauk tu semua. n now dorg dh pandai mintak/kacau org makan.
Hujung2 akuuuu jugak yg kena marah T_T
ko tak tau belle.. anak aku terbalik kan tin kaler pencil kan lantai, aku suruh kutip takmo. aku seret dia kat situ suruh jentik jari.. melalak la ko kan latai tu. Sejam sejam la. Tapi anak aku keras hati sikit, dia akan menekap kat lantai sampai la ko abis marah.
ReplyDeleteFor my kids lagi hazab kan - rumah takdek Astro sebab purposely tak nak mintak yang bukan2
ReplyDeleteChannel 130 BBC for kids tu la mengongoi dari 8am ke 8pm (sebab 8pm semua wajib get ready for bed dan Mama nak tengok BERITA)
Anak2 I balik kampung memang jenis berkubang, seluar kena tanah merah semuamencukup ah! (tu pompuan semua)
dan macam Jiji cakap tu biasa buat hahaha ye duduk la ngongoi sambil bawak buku ke bookshelf balik - siapa suruh sepah kan
YES! that's MY WAY too!!
ReplyDeleteWho cares, right? Our kids...and we want them to grow up independent and not overly pampered.
yeszaaa
ReplyDeletesangat tak suka kalau budak2 terjerit2 mcm monyet kat tempat keje i, tp mak bapak buat tak reti jer. tegur pun tidak.. sah, bila masuk kena perli dgn i! hahah
Garang sbb nak suruh anak2 jd org yg baik takpe. Lgpi pun masa kecik2 ni kena garang, sbb dah besar nanti baru nak marah dah terlambat dah. Jd mcm dlm filem "Anakku Sazali".
ReplyDeleteur style...ur garang..ur mamanster...is also my style...
ReplyDeletei declared myself "mak-tiri" n my hubby confirmed it..
tp xtau la nk ckp camner..x kira la garang camner pun kita..tangan naik..cubit sumer..tp still anak-anak akn carik MAMA tuk "lentok-nangis-kat-bahu" gak kalu menangis..xde maknanyer nk pergi merajuk atau mengadu kat org lain..
baru je lps borak ngan my mom on the phone ptg td psl isu ni (bcoz dia ngajar bebudak ngaji and dia tanya i, kalo budak 4 thn baya aisyah ni, faham bahasa ke? sbb ada one boy umur 4 thn dtg nak ngaji, tp terloncat2 atas sofa, bila ditegur wat dek. i said, 4 thn dah faham SGT dah). anyway, i mmg pantang lah kalo tgk mak pak yg kalo anak dia wat salah or menakal tp backing ckp, 'ala.. biasa la... budak2'. kurg2 like u said, pulas telinga ke, kalo x believe in corporate punishment pon, letak la kat naughty spot, or no TV etc. can't stand org yg buat2 x nmpk
ReplyDeletehi is.. long time x write kat sini... i slalu je baca blog u nih..tp xdan nk komen..
ReplyDeletebtw, i setuju dgn semua point2 yg u tulis tu. skang ni bila anak dh besar (preschool) dh nampak hasilnya. bukan la nk anak tu 'baik-sangat-sampai-xde-buat-salah', tp dia tahu bila dia buat silap, dia admit n betoikan apa yg x betoi tu. mcm skang ni kalau dia nk pg ikut pakcik/makcik dia pg kedai ke, taman ke, dia akan cari i or abah dia n ask for permission. n so far dia x penah miss lagi. even kalau i ckp 'No' pun dia will act as 'oh.. ok'' (tp kita la plak sayu tgk dia x dpt ikut)
hahaha sape yang ngengade sangat tu tak suke care awak ajar adam?
ReplyDeleteaku pun garang jugak. kalau naik hantu memang aku piat telinga dan pukul jugak la. tapi hubby aku lain sket cara dia.dia tinggi sket suara, anak aku dengar kata. tapi aku ni, susah dia nak dengar kata.x cukup garang..
ReplyDelete