Showing posts with label parenthood. Show all posts
Showing posts with label parenthood. Show all posts

Wednesday, April 6, 2016

Cikgu sekolah ajar rude word?!?


As usual, balik kerja, aku akan pusing ambik Lil Adib from kindy. Bergurau-gurau. 
Lil Adib memang kalau ditanya, dia tak cerita. Soalan biasa aku- what did you eat at school? blablabla.
Sebab benda tu jugak yang aku cerita masa on the way berjalan balik dengan Tok dari tadika dulu.


selfie in the car-on the way to school



Then detour untuk jemput Lil Adam. He hopped into the car, and sat on the co-driver seat.
Biasanya dia akan tanya "How was your day, Mama?" 
Dan soalan tipikal aku...Do you have any homework? What do you wanna have for dinner?"

Tak macam Lil Adib, Adam ni-- sekali dia cerita, jenuh nak kena suruh senyap jap. Hahaha.

"Mama, today we learned about aurat."

"Ooo..that's good. Do you wanna share with me what is the aurat for boys"

"Hmm.. it's the belly button and the knees"

Aku dapat idea nak usik dia.. "What?!!! You mean, when u solat, u just have to cover those two, but not the parts in between?"

"Hahahaha. I mean from the belly button to the knees. I know you know it"

Lepas beberapa minit diam...tetiba dia kata
"It must be very hard to be a girl. I won't be able to cover my aurat if I were a girl"

Dan aku pun mula ceramah free. "You see. That's why it's easy for girls or women to go to hell, as easy as it is to go to heaven--when they give birth, pot-pet-pot-pet-potpet...."

...to which aku cuma dengar dia reply "Oooo...." 

"Just now, Abang E*** (the male teacher) didn't know how to say (._I_.)"

Aku rasa, maksud dia...he tried to avoid using the word 'breasts' lah kan.

Lil Adam sambung cerita... "So I suggested. ..Bon-bon!"

Hahahaha. Lawak pulak aku rasa.
That's our code word for boobies, masa anak-anak kecik dulu. Just bcoz aku tak nak anak-anak cakap kat public "Nak t*t*k!!!" or  "Mama, nak n*nen"--which is a common term for it. Hence the bon-bon. 

So, did everyone laugh?--aku tanya.

"A bit, but Abang E*** said, okay..let's use that word."

"You see... it's good to have code word, isn't it?"



Conversation interrupted kejap... sebab aku dengar lagu best kat Kool FM. Jadi aku pun join melalak penuh perasaan.
Lepas ni, sapa-sapa ternampak aku tengah semangat menyanyi dalam keta, sila buat-buat tak nampak ye.

Habis lagu....masa lalu roundabout....

"Mama.. today at school Abang E*** said the S word"

Terkejut aku. "Hah!!!! What?! What S word?"
Panic, tapi tetap kena focus on the traffic.

"You know, that rude word."

"You mean S.H.I.T?" ---aku terpaksa eja supaya Lil Adib tak pick up the word.

"No. It's the other one."

"So which S word?"

"S.E.X" --Lil Adam spelt it out, half whispering. Again, supaya Lil Adib yang dok kat belakang tak dengar.

Aku cuak. "Hoh?! Why would he say that?"
Kepala aku mula berfikir laju. Sel-sel otak mula berhubung, umpama Ahmad Maselan makan coklat minda. Takkan dia cerita pasal sex pulak.
Ahhh...  Takkan derjah 3 dah belajar Sex Ed?!


Lil Adam sambung.. "No, it's during the class. You know, when men and women.........."

Ahhhh...sudah. Takkan cikgu dia advanced sangat, tetiba nak ajar pasal aurat time beromen sex?! Aku mula fikir pasal well-you-know lah kan...

Dalam aku tak boleh focus sebab banyak kereta kat jalan, Lil Adam sambung lagi... "Abang E*** said, if people are of different sex, like men and women.... the aurat is....blablabla......"


...........
...........................
.............................................


"Ooooohhhh... ajnabi. Mahram."
*facepalm*

Fuhhh... berpeluh aku!

Betul lah sex, memang dia kena guna terms 'sex' pun. Bukan gender. 

Cepat sangat propa mama nye pun!
Kehkehkeh.

 ************************************

Gambar ni aku ambik dua malam lepas, masa gi klinik. 
Time tu aku eavesdropped dah terdengar Lil Adam bacakan pamphlet tu kat adik dia...
Lil Adib mengikut je word-by-word.



Sampai part bulatan tu ada dengar dia sebut "This is S.E.X. You cannot say this word, adik. It's a rude word."


:-P
Hahaha. Lawak... lawak.....


Thursday, May 14, 2015

Anak yang berpandangan jauh sempena Mother's Day

The perks of being mak-mak.
Tengok anak membesar, dan acting like yourself.

Acting like yourself--can be sweet, can be scary. 
LOL


Walaupun kekadang agak lawak bila tengok Lil Adam tergedik-gedik excited planning untuk birthday (like planning it 13 months ahead, before the initial year punya birthday celebration), ada baguihnya jugak.

Walaupun ada masa dia mengkantoikan surprise dengan ayat "What flavour of cake do you like, Mama?"  
atau mengkantoikan treasure hunt mencari hadiah dengan ayat "No, your present is not there! "
*sambil mata mengerling ke arah tempat tu, dan terlompat-lompat excited* ---Duh!Obvious sangat!

.... at least he learns to make a celebration meaningful.

He looks forward to celebrating any occassions/events in the family.
Birthdays, anniversary, mother's day, father's day, etc.

Last weekend, for Mother's Day... dia kata "You'll have to find two things, Mama. And I'm not telling you where I hid them"

Elehhh..macam le susah sangat. 
Aku buka beg sekolah dia je, dah nampak handmade card.

Astagaaa... apa benda dia tulis/lukis tu?

 
Katanya, itu trofi untuk No.1 mum.
Kehkehkeh. 

Lepas tu aku usik dia... "What? You have No.2 mum?" You forgot about the lesson from Hansel and Gretel? --- kepada yang ter-miss lawak ilmiah ni, boleh baca SINI.

In the card...walaupun berserabai aku nak membacanya...it says...

Happy Mother's Day, mama. 
You are the best mother in the universe. 
I love you to the moon, Mars, Saturn, around the world, 
China, Turkey, Gallipoli, 
the future, the past, the present and back

:)   ;)   :P


Hahahaha. Tak boleh blah..tetiba ada China ngan Gallipoli. Alkisahnye pasal Anzac Day aritu banyak sangat publicity pasal Gallipoli kot.


Belakang kad, ada tulis ...(why la belakang kad?)

To mum.
From your first

Dan aku tanya... "from your first what???"

Dia jawab...
 "Here... I wrote "Son"

Hahahaha. Ada ke tetiba kat depan kad ada satu je perkataan "Son."
Lawakkkk...lawakkkk.

 Lepas tu akak cakap aku tak jumpa hadiah lagi satu. So, he went to his room and handed me this....


"Eh? Why Nan's pen? I'm not your nanna! What, are you saying I look like a grandma?"
--bertubi-tubi aku bebel. Bukan nak cakap terima kasih.

"It's okay, when I get married, you're gonna be a nanna."


MrHubby menyampuk "Hahahaha. So, by that time, dia dah tak bagi hadiah Mother's Day dah la... sebab dah bagi sekarang."

 Huhuhu. Well-played, Adam.
Well-played.

Anyway, he also got me this painted pot of daffodils.
Walaupun nak tercekik menengok hasil seni anakanda mengecat, tapi kira okay la...sebab bunga tu cantik. And what matters most is--- he remembers to make me feel special.




That day, kitorang makan kat rumah je.
Buat sushi (plus nigiri, sashimi and udon) banyak-banyak... makan puas-puas.
Dan sebab aku dah lama mengidam nak makan durian... buat durian crepe sekali... Hehe

----
Yang ni pulak, from last year's Mother's Day celebration.
Sampai setahun aku peram, baru post sekali. Hahaha


That's a little pot of pansy seeds. Aku dah try tanam. Aritu nampak macam hidup.
Tapi dah sejuk-sejuk kebelakangan ni, takde la aku keluar jenguk, entah hidup entah tak pokok tu.



His attempt to make a menu for breakfast-in-bed.
Rice, oat or subway. Hahaha. Senang cerita. Subway terus.




And that's how he drew me.
Wearing one of my t-shirts yang dia suka :-P


Thank you Adam and Adib---for being my Little Cinta and Mini Cinta
I love you to the moon, Mars, Saturn, around the world, 
China, Turkey, Gallipoli,
the future, the past, the present and back
+1

Hehehe. Selalu aku guna taktik keji ni.... copy that, plus one.
Win!






Friday, January 23, 2015

Etiquette tips for mak budak dan bapak budak

"Ooo..kalau tadi tu no manners, yang ni 'YES MANNERS LA KAN, PAPA?" 
Hahaha. Comel je Iman (anak menakan aku) dengan naive nya tanya papa dia, masa kecik dulu.

Sibuk je kita sebagai mak bapak ngajar manners kat anak-anak, kadang-kadang kita sendiri lupa manners dan etiquette bila dah jadi parents ni. 

Antara alasan fofular kita.... 
  1. Sebab busy/ banyak benda nak pikir
  2. Sebab stress 
  3. Sebab memang dasar plain ignorant

 Nah... ni aku compile etiquette (sesama parents) yang perlu kita ikut bila dah jadi mak budak or bapak budak. 

 

Jangan la asyik anak diaaaaa je -______-


Anak saya dah khatam Quran sejak umur 2 tahun. Sejuk perut mengandung. Mesti besar nanti jadi jutawan pulak. Tapi dia tak pernah cerita kat orang pasal kelebihan dia takut orang dengki nanti, santau pulak.

Tu la, anak saya pun hebat baq hang! Dah la boleh berjalan atas air dan ada lesen pilot walaupun baru umur 7bulan. Tapi dia tak bagitau kawan-kawan dia, sebab takut diorang semua nak free rides.


Bila bersembang dengan mak bapak lain, jangan le SS sangat. Asyik cerita pasal anak sendiri je. Duh! Macam kau sorang je ada anak. Huh! Dasar attention-seeker!
Sesekali tanya la jugak pasal anak diorang, baru la nampak caring!

19 Simple Rules Of Etiquette All Parents Should Follow

Sounds familiar? Hahaha

Meluat gak kalau semua anak dia je hebat. Sembang kencang sangat, sampai KLCC pun boleh goyang. Grrr....
Aku selalu ingat this rule masa gathering, supaya orang tak bagi first bad impression masa mula-mula kenal. Hahaha

Kalau dengan orang yang belum ada anak, agak-agak la sembang tu

Sikit-sikit, sudah la. Tak semua orang yang dah kawin, tapi belum ada anak excited nak dengar kisah 1001 malam pasal anak hang sorang.
Maybe boleh buka topik lain- tentang aktiviti masa weekend ke, kat mana nak makan mee udang sedap ke, tentang tempat best nak gi travel ke. 

Pernah gak aku ngan laki aku pergi housewarming rumah si X ni. Laki dia punya la beruk kera sumbang, boleh sepatah haram tak bercakap dengan laki aku yang dok kat sebelah dia punya la lama. Walhal sama-sama ada anak.



Kalau dah blur sangat... bak kata Sudin, buat la cerita tentang ikan berlaga ke, kumbang terbang ke...



 Kalau anak kita pergi rumah orang (sleepover or playdate)...

At least, call/sms la sekali untuk check keadaan. Just as a courtesy. Takde la nampak sangat macam mengambil kesempatan pergi lambak anak kat rumah orang, dan terus senyap sampai time nak jemput balik.
Macam aku, biasanya aku whatsapp gambar dan update sikit the parents what's going on (anak-anak tengah main apa, dah tidur ke belum, dok makan apa, etc.) kalau ada yang datang playdate/sleepover.

 

Laaa... Ingatkan semua free. Eh, tak ehhh? 


Kalau ada events/activities yang kita tak sure free atau kena bayar (playgroup ke, bawa anak kita keluar jenjalan ke), just touch base beforehand. Kalau pun ada orang bayarkan, offer la kot-kot boleh chip in sikit.
19 Simple Rules Of Etiquette All Parents Should Follow
At least, kalau everything has been covered, kita boleh ucapkan terima kasih sebab ajak anak kita.

I remember at once, Maryse siap datang bawak purse lagi masa nak drop Felix kat rumah aku... tanya how much nak bayar, sebab aku bagitau dia nak bawak bebudak tu tengok movie dalam kereta aritu. Takde la aku minta dia bayar pun, bcoz aku dah bayar harga tiket tu, but it's a courtesy la kan dia tanya tu.

 

Kalau ada invitations, jangan lupa RSVP


Style orang kita, main terjah je ke majlis orang. Jarang RSVP. Kekadang tu, jemput sorang... tapi dia bawak 5,6 orang yang lain (yang kita langsung tak kenal). Gulp!

19 Simple Rules Of Etiquette All Parents Should Follow

Bukan apa, kan elok kalau RSVP dulu... Sepertimana kita risau takut makanan tak cukup, atau terbazir sebab banyak sangat, kita takut party goodie bags tak cukup... macam tu jugak la orang lain.
So, kalau boleh, RSVP la. Senang orang nak kira siap-siap.


Read: 
RSVP =  Répondez s'il vous plaît a.k.a "Reply if it pleases you" or "Reply please"

 

Dan... kalau majlis tu menjemput sorang anak je, jangan le gatai menghantar se-batalion anak yang ada


Aku pernah buat birthday party untuk budak-budak sebaya Lil Adam je (yang dah boleh bawa diri sendiri) supaya aku tak terkelam-kabut top-up makanan, uruskan games.
Ada parents yang bijak, dia tak hantar pun anak dia yang sorang lagi sebab dia ingat aku cuma jemput yang sebaya Adam je.  Kesian pulak, walhal anak dia tu dah pandai bawa diri.
19 Simple Rules Of Etiquette All Parents Should Follow
Ada yang sengal pulak... aku tak jemput si X (sebab obviously anak dia masih kecik dan clingy dengan parents), si Y pulak pegi counter check "Eh, tak dapat ke invitation daripada Is?"
What-the-fotosintesis betul la! Memang dasar Melayu betul!


Kids only or Adults only
Kalau macam birthday party budak-budak yang hanya cater untuk kids, mak bapak tak payah la bersidai kat tepi tu. Contohnya kalau buat majlis kat fast-food restaurants. 
Kan awkward?! 
Nak ajak, tak patut... sebab semua kids je dan akan incur cost. 
Tak ajak pun, ishhhh...nampak obvious sangat. Awkward la!

Aku sendiri pernah terpaksa tak pegi my friend's big day, hanya sebab konsepnya jemputan untuk 2 adults. Aku bagi alasan lain, sebab masa tu aku tak sampai hati untuk tinggal Lil Adam kat sitter/nursery hanya untuk attend majlis malam-malam. Dan aku tak sampai hati nak rosakkan majlis orang. Hehehe.
So, aku faham-faham sendiri la. Takde la pulak aku nak tanya, sebab it's just gonna put her in a bad spot kalau terpaksa jawab "Oh, sorry la, no kids allowed." atau terpaksa kata "Boleh bawa kids" (walhal anak aku sorang je nanti kat situ)

 

Sports Day, or during games on Family Day

Oh well, this surely reminds me of one of the episodes of Everybody Loves Raymond. LOL
Masa main games/sports, kita mak bapak budak ni bagi support dan encouragement je la. Jangan emo sangat, sampai ajar anak mengelat kerana nak menang. 


Kalau ikutkan, aku ni kira competitive la jugak. Apa-apa hal, nak suruh anak pulun buat the best. Tapi memang sakit hati gak la masa Sports Day awal tahun aritu, tengok ada sorang adult ni masuk dalam team budak-budak dan mengelat sebab nak bagi team dia menang. Rasa nak je tunjal-tunjal kepala dia.
Tapi terpaksa la aku berlapang dada, dan ajar anak... it's okay not to win all the time. 
That way, anak aku takde la menghentak-hentak kaki kalau dia tak menang. Lega!


Bawa keluar anak yang melalak dalam panggung wayang/ restoran

Cer fikir sikit..berapa ramai thoughful parents yang sanggup tak makan kat restoran (esp. fine dining) sebab tak nak ganggu suasana orang lain. 
Berapa ramai yang sanggup download pirated movies tengok kat rumah, semata-mata tak nak anak dia bising menjerit-jeirt dalam panggung wayang dan kacau orang lain. 
So, kalau anak kita menangis/buat bising... bawa la ke luar jap. Bila dah okay, baru bawak masuk balik.

Tapi kalau anak melalak dalam masa dalam flight, jangan le bawak keluar pulek! Hehehe.

 Key: BF moms insyaAllah takde masalah ni, sebab if anything goes wrong, sumbat!!!Kan?

Pick up after your kid at restaurants.

Pick up after your kid at restaurants.

Aku teringat cerita Acik (abang aku) masa dia keje kat Kenny Rogers dulu, ada budak dengan riangnya meng-kecai-kecaikan muffin siap tabur-tabur lagi. Dan mak bapak dah jenis tak larat nak hadap, atau memang jenis "Lantak la, nanti ada orang tolong cuci/kemas!"
Kalau agak-agak kerek sangat tak nak tolong kemaskan/ bersihkan, at least leave a big tip.  
Kalau rasa laaaagi mulia, tolong tip pelanggan-pelanggan lain yang ada kat restoran tu sekali, sebagai tanda penghargaan sebab they have to refrain themselves from melempang your no-mannered-kids.

 

If your kid moves stuff around at a store, put it back.

If your kid moves stuff around at a store, put it back.

Don’t make extra work for people.
Jangan blah macam tu jer.


Sick? Stay away
Kalau anak kita tak sihat, just keep them home la. Kang bawak keluar, berjangkit pulak kat anak orang lain.
Lepas anak kita sihat, anak orang lain pulak sakit.   
Kalau orang buat macam tu kat kita, tau pulak kita hangin.


Food allergies alert

Budak-budak jaman sekarang ni ada yang ada peanut/soy/egg allergy, gluten-intolerant, lactose intolerant...blablabla. Punya la berjela-jela listnya.
So, kesian la sikit. Kalau dah tau anak kita akan makan benda-benda tu masa kawan-kawan dia ada kat keliling dia, bagi je la makanan yang not-in-the-list. Jangan la takdak akai sangat nak bekalkan nuts kalau satgi membuatkan anak orang lain tergolek dock. Bagi anak kita it is just a delicious food to eat, tapi bagi anak orang lain...antara hidup dengan mati. 
Alaa... kalau ignorant jugak, just imagine sama la macam kita rasa kembang tekak kalau kawan anak kita yang dok kat sebelah makan b*bi! Habis cerita.


Kepimpinan melalui tauladan

19 Simple Rules Of Etiquette All Parents Should Follow
Kids don't remember what we tell them to do/or not to do.
But they will remember what they see us doing.

Betul tak?


The magic words

19 Simple Rules Of Etiquette All Parents Should Follow
Jadikan kebiasaan.
Please.
Thank you.

Jangan tanya overly personal questions


You tak nak anak lagi ke? Kan dah 8 tahun dah kawin.
Eh, you tak BF anak you? Kesian dia minum susu lembu je.

Wahhh... Joyah sangat kan?
Aku cili mulut tu kang!


WHATTT?!! PECAH?!


Biasanya orang akan berbasa-basi cakap "Alaa...budak-budak je. Takpe la."

To me, that doesn’t change the fact your kid ruined something that belong to others.

If your kid breaks something, replace it.
Kalau pun barang tu tak mahal, maybe ada sentimental value (e.g. hadiah daripada orang yang tersayang, dibeli dari tempat jauh, dibeli masa pegi honeymoon, etc.). So, respect la sikit.

Ada sesetengah mak bapak yang jenis buat bodo je. Pinggan kat rumah aku pernah pecah masa ada ramai orang datang. Si anak pecahkan, dan si mak... sampai sekarang buat derk saja! Hoihhh... Pinggan Corelle kot. 
Takpe..takpe...ni aku tujukan pantun ni kat mak bapak budak tu...
Pecah kaca, pecah gelas,
Dah pecah, kalau hang tak ganti, nanti aku balas!


Stay calm bila orang komen pasal anak kita

Forever terpasak kat kepala aku ni... masa sorang makcik ni buat remarks pasal anak aku.
Puncanya, I lost my temper masa Lil Adam terbalikkan easel kat rumah orang. Silap aku jugak la, memang nobody's hurt dan barang pun takde la 100% damaged, tapi sebab aku tak nak orang anggap aku tak larang anak aku, so aku pun marah la.
But oiiii... that doesn't give her a permit to say "Kalau anak-anak nakal macam ni... baca ayat (surah blablabla...)"
C'mon la makcik. Kau tu dah tahap makcik, takkan fail sangat nak guna terms "aktif" atau "hyper" atau "ligat" supaya tak obvious sangat!

19 Simple Rules Of Etiquette All Parents Should Follow
But the key to this situation is to stay calm.
Aku pun tak tau camna aku boleh calm masa tu. 
Kalau ikut baran aku ni, memang time tu aku dah sound balik "Makcik confirm ke nanti cucu-cucu makcik tak nakal? Tu pun kalau anak menantu makcik tak mandul kan?"



Evil gila kan? Takpe... kita tunggu dan lihat je nanti.
Bahahaha

Sekian sahaja guide untuk mak bapak sekalian, dengan ucapan... janganlah jadi mak bapak yang buta perut (walaupun aku tau perut memang takde mata)


Thursday, November 20, 2014

Anak liat minta maaf?

Orang kata sapa yang start minta maaf dulu lebih mulia. Especially kalau itu bukan salah kita.

Tapi bagi kita yang masuk kategori 'keras hati'.... 'keras kepala'.... 'kepala batu' atau 'kepala batu besar-juga-ada-duduk'....
  
Banyak cantekkkk!
Ingat senang ke?

Macam tu la jugak kalau anak-anak.
Tengah main dengan kengkawan/adik-beradik... tetiba sorang melalak, dan kita suruh dia minta maaf.
Kalau bukan salah dia, tapi kita tetap suruh dia minta maaf... mesti dia rasa "Eh, apahal pulak?!"

So, walaupun 'sorry seems to be the hardest word'...  kita masih boleh tackle anak-anak denagn beberapa cara ni...





Start dari awal
Ahhh..tak payah nak guna istilah 'lentur' atau 'rebung' bagai. Ajar mengaji ke, ajar makan sayur ke, ajar berenang ke, ajar kerja-cari-duit-sendiri ke... memang semua benda pun elok kita introduce dari awal.
Tapi untuk Lil Adib, aku rasa aku ter-start lambat sikit. Rasanya la. Maybe sebab dia jenis tak banyak cakap, atau sebab dia memang jenis berwajah stoned sejak azali, bila kena marah pun buat derk.
Tapi, tak kisah la.. sebab dari situ la aku belajar secara susah sikit, dan dapat bezakan approach yang aku guna dengan Lil Adam.


Ajar minta maaf walaupun untuk kesalahan kecil
If you think small matters are just small--- then you could be WRONG!
Walaupun se-simple tertumpahkan air. Ye, memang boleh lap. Tapi minta maaf le jugak.
So, walaupun sekadar terrrr... just say sorry.


Get used to it
Biasakan anak-anak minta maaf.
Tapi jangan le pulak sampai tahap rajin-buat-salah-sebab-tak-kisah-nanti-boleh-minta-maaf-je.


Guna ayat yang betul
Bukan setakat "I'm sorry!"
Explain kenapa minta maaf.
Contohnya... "This is a bad attitude. It hurts other people's feelings. Do you want people to do it to you too?"


Well, actually aku lagi suka guna ayat "Maaf!" instead of "Sorry!" sebab aku rasa the former tu lebih ikhlas. The latter tu bunyi macam kekwat dan macam do-u-really-mean-it?
Hahaha.
Tapi kalau dah kat sini, dengan matsaleh semua, nak tak nak, aku guna je la "Sorry!".


It's a pride!
So, puji la melambung-lambung apabila anak korang willingly minta maaf.

"Yay! Adib said sorry. Adib is a good boy!"
(*insert aksi tepuk tangan dengan muka girang ala cheerleaders)

"You see, that's a very good thing. Now you can play together again."

"Uiii...hemsem anak Mama sebab minta maaf dengan orang."
Eh. Tetiba.


Jangan paksa minta maaf

Biasa la kan. Kita yang besar panjang (besarrr??? panjang??? hahaha) ni pun kalau disuruh/kena paksa buat apa-apa pun, mesti liat. Tapi kalau dengan sukarela nye, humang aiii... ringan je rasa.

So, kalau anak maybe dia tak bersedia lagi. Slow-slow la pujuk.

Contohnya kalau macam Lil Adam refuse to apologize, maybe sebab dia rasa dia tak bersalah. So, kena la bincang panjang sikit. Maybe buat pillow talk ke, buat forum perdana ke.



Thursday, October 30, 2014

Pilih-pilih taska, terpilih yang cel*ka

Wohhh..kasar betul bunyinya.  
But well, that's the truth. 

Bila keluar je cerita ada yang tersedak susu, ada yang lebam kena luku dek pengasuh... berapi-api semua orang hamun.
Dalam seminggu dua lepas tu, aman balik suasana 'panas' kat nursery....  semua orang lupa.

Bila jadi lagi kes muka anak jadi biru masa ambil dari taska, umpama bara dikipas-kipas supaya menyala balik api tu.

Arini kecoh pasal  pengasuh kena reman pasal ikat anak orang pulak.
Read HERE.

Alasannya budak tu nakal.



Hang gila ka apa?

Dah nama pun pengasuh,  deal with it la. (Ye, aku takkan kata 'dah nama pun budak'...sebab that is too mainstream). Takkan semua nak mudah, dah la kau dapat gaji untuk jaga budak tu.

Kalau aku ikat kau macam tu, dengan alasan kau ni pengasuh yang bangang, boleh tak?!
Grrr...berasap aku!


Okay...so sekarang ni,  aku nak buat list of tips mengenali taska/pengasuh yang baik.

Antara perkara yang kena consider masa survey taska:-

  • Berdaftar dengan JKM atau paling hamsap pun, dalam proses untuk mendaftar JKM
Yang ni memang susah nak cari. Aku sendiri pernah telan liur dan buat tutup sebelah mata je bila dah jumpa yang elok, tapi tak berdaftar. Yang berdaftar pulak, entah ke mana jauhnya... dah penuh la... apa la.
Terserah la kat korang, nak call tanya JKM terus ke, atau check website ke.
Check website JKM? Click SINI.


Kalau nak minta owner taska tu fotostat sijil tu ke...pun boleh. Tapi kalau kena tuduh lorat, korang katok je kepala dia. 
Biar korang pulak masuk paper, instead of pengasuh yang tak semenggah.
Muehehehe.

  • Persekitaran taska yang sesuai
Macam dulu, aku consider yang senang aku nak park kereta untuk hantar anak-anak.
Dari segi interior pulak... aku tengok dari segi hygiene, safety, (hahaha! very-the-OSH-lecturer kan?!), decoration dan toys apa yang ada. Jangan le harapkan pemerhatian dengan mata kasar je. 


Buntangkan sikit mata tu..tengok dapur diorang bersih ke tak, budak-budak boleh akses ke dapur ke (atau ada safety gate). Dan aku, siap tumpang toilet lagi... sambil-sambil tu boleh la aku belek, tahap kebersihannya. Hehehe.

  • Aktiviti
Jangan lupa tanya apa aktiviti yang ada kat situ. Ada taska yang offer ngaji Iqra', ada yang buat aktiviti mewarna, menyanyi, menari...main kat laman kalau cuaca tak panas sangat/tak hujan.
Tapi sekali-sekala tinjau le aktiviti diorang. 
Biasa la kan.. masa kita survey taska, diorang cakap ada aktiviti menyanyi, menari, belajar doa ke hapa ke. So sesekali try la check-- betul ke ada aktiviti tu semua? 
Ke umpama janji-janji politician je? 
Masa kita hantar... anak kita dipaksa tidur je sampai ke petang dan tengok TV je. 
Tak ke lembam jadinya?

  • Ratio pengasuh:budak-budak
Bilangan budak-budak yang ada kat situ pun aku amik kira.Ye la kan, anak kita mesti la ada kawan sebaya untuk bersosial. Sebab umur tu dia tak pandai main Facebook lagi. Eh.
Masa aku survey taska untuk Lil Adam, ada satu taska tu...aku masuk je... semua budak kerumun kat aku. Ramai jugak la. Aku ter-overwhelmed kejap!Ada yang tetiba datang kat aku dan panggil "Cikgu...cikguuuu!!!". Hahaha.

So, kena tengok gak berapa orang ratio budak untuk setiap pengasuh. Senang cerita, korang bayangkan je la diri sendiri nak handle 3 anak. Mau terbalik dunia kan? Haa...so bayangkan la kalau nisbahnya 1 pengasuh = 10budak. Hehehe.



  • Pengasuh yang terlatih dan dihantar berkursus.
Yang ni pun agak susah nak jumpa. Especially kalau taska asyik bertukar pengasuh. Lepas dua tiga bulan, eh dah muka pengasuh lain pulak jaga anak kita.
So, harus la kan taska owner tu susah nak hantar diorang pegi kursus lagi.
Jangan tak tau... aku pernah panassss dengan sorang pengasuh yang cynical yang amat. Read HERE.


  • Menu makanan
Selain aktiviti, tanya-tanya juga la pengasuh tu... apa menu makanan setiap hari. Ada jadual ke?
Takkan tiap-tiap hari makan bubur nasi?
Macam Lil Adam dulu, walaupun pengasuh pertama dia (Sue/nenek) ada raaaamai budak, tapi masih boleh handle makanan yang kita provide untuk anak kita. Masa tu, Lil Adam baru start solid food. So, selalu la aku bekalkan buah/blended vegetables untuk campur dalam makanan dia. 
Tapi jangan le pulak kita susah-payah bekalkan makanan untuk anak kita... tapi anak orang atau pengasuh sendiri yang dok tibai makan. Nak-nak pulak macam Farley's rusks yang mahal tu. Dah le sedap. Hahaha.



  • Parents boleh masuk ke dalam taska tanpa larangan.
Bagi aku, kalau parents tak boleh masuk ke taska... tu adalah sesuatu yang berbau ikan, that is fishy.
Ye la, takkan orang dah ada anak sendiri tak boleh masuk kot?! Jadah apa kau nak tuduh aku pedophile?!!!
Aku assume ada le benda yang nak disorokkan. Alaa...macam kita jugak la. Kalau tetiba MIL terjah ke rumah, dengan rumah bersepah...maka kantoi tahap gaban la kan? Itu contoh saje. Aku kan menantu mithali.... (moksu jamal tak baca blog aku kan?) Hewhewhew.


  •  EBM-friendly?
Buat mak-mak yang nak bekalkan EBM untuk anak-anak, sila tanya dengan pengasuh... willing tak diorang uruskan, dan pandai tak diorang handle. 
Read: 
Pandai = tak reheat dalam microwave, tak bagi EBM yang dah few hours at room temperature, tak campur dengan EBM orang lain, blablabla...


Sebut bab ni, aku sedih sikit la, sebab pengasuh ke-2 Lil Adam unwilling to handle EBM. So, aku continue direct feeding je la sampai 2tahun 8bulan.

  • Masa di taska
Ada yang boleh terima anak-anak mulai jam 6, ada yang start pukul 7am. 
Ada yang pukul 6pm onwards, dah start kira Over-Time (OT). 
Ada yang tak kira OT, tapi muka ketat bila kita datang ambil anak lewat 10 minit. Yang ni memang pernah jadi kat aku. Mentang-mentang semua anak lecturers je dia jaga, dia expect aku pun boleh balik pukul 4 macam lecturers lain. 
Hadoiiii... kak oiii, saya pun nak duit gaji saya berkat jugak!

Ada jugak yang boleh jaga anak sampai malam (at a different rate)--- yang ni sesuai untuk yang kerja shift. Tapi kalau boleh, jangan le tinggal anak sampai pukul 10pm sebab kau nak gi dating tengok wayang dengan laki kau lepas kerja!
Aku pernah consider option ni masa nak bersalin dulu je, kot-kot aku nak terberanakkan Lil Adib waktu malam. Tapi, lepas balik kerja, aku fetch jugak Lil Adam--- sebab tak sampai hati.

  • Bonus: Pengasuh yang menutup aurat
Ye, aku tau...yang tutup aurat ala -lindungan-Kaabah pun ada yang perangai macam lahanat jugak!
Tapi, kita doa je la...at least orangnya ada iman, sebab tu tutup aurat, maka tendency untuk berbuat onar tu kurang la sikit.

  • Cost
Dah settle semua, pikir la pulak cost. Mampu ke nak bayar RM300 per child? Kalau tak mampu, lower your expectations sikit untuk factors yang aku dah list kat atas tadi tu.
Maybe boleh hantar kat tempat yang cuma RM250 per child.


Tapi...
Bila dah hantar tu, kita masih berperanan jugak. Jangan le dah consider factors semua tadi tu, then tiap-tiap hari main lambak je anak kat taska.

So, antara yang boleh dan perlu dibuat adalah...


  • Observe perubahan anak sebelum hantar dan semasa ambil anak di taska
Kalau awal-awal dulu anak excited pegi taska untuk main dan jumpa kengkawan, lama-lama dia melalak tak nak turun dari kereta masa dihantar... hmmm...there must be something fishy.

Lil Adam pernah at once macam ni. 
Aku bertahan jugak. Tapi lama-lama aku rasa macam ada yang tak kena. Maybe dia selalu kena marah. Eh kena marah, aku tak kisah lagi.
Maybe dia kena pukul... atau dia tak enjoy sebab pengasuh sangat garang tahap-biji-mata-nak-terkeluar. So, last-last aku tukar ke taska lain with a very short notice. Puas hati!


  • Dengar cerita/aduan anak
 Kalau anak yang dah reti bercakap, tanya la anak... apa aktiviti dia, kena pukul ke tak, etc.
Tapi kena pandai menilai jugak... kalau anak tu jenis hidup di alam fairy tales, kang dia mereka-reka cerita ke.
Kalau korang rasa macam tak masuk akal anak-anak nak mereka cerita fantasi, sila tengok movie Orphan. Confirm korang cuak dan terpengaruh dengan cerita Hollywood, macam aku. Kahkahkah.




  • Belek kot-kot ada kesan lebam pada badan anak
Belek la tangan muka, kaki anak-anak.
Dulu, kalau ada luka atau lebam kat Lil Adam dan Lil Adib, pengasuh taska akan bagitau aku sebelum aku tanya. Dari situ aku nilai ketelusan pengasuh tu. Alaa..lagipun aku tau anak-anak aku lasak. Biasanya bila pengasuh bagitau, aku tak marah pun.
Kalau aku marah, nanti esok-esok dia dah tak bagitau pulak... lagi susah!

Cuma bila ada anak orang lain yang suka pukul, cubit anak aku...memang aku bising la jugak. Aku minta pengasuh tolong bagitau parents budak yang nakal tu, yang anak dia dok pukul orang. 
Siap ayat aku "Cikgu tolong bagitau mak dia ekk. Kalau anak dia dok buat (read: pukul anak orang) jugak, nanti akak je ganyang dengan mak dia."
Hahaha. Cenggitu sekali. Kau ingat anak kau je boleh samseng?

Day1 Lil Adib was going to the nursery. Harap ke Lil Adam je la tolong observe


  • Jangan bebankan pengasuh
Pengasuh kan banyak kerja. Penat. 
Aku pernah sembang dengan pengasuh anak aku. 
Dari Subuh diorang dah bangun prepare air panas untuk mandikan baby, sapu/mop lantai, sediakan makanan...
So, kita cuba la minimize kerja diorang. Macam aku dulu, sebelum hantar anak-anak, biasanya aku akan mandikan dulu dan salin diapers. Kalau yang ber-EBM tu, maybe boleh siap-siap dalam botol tu amount untuk sekali feeding supaya tak payah transfer-transfer dah.

 Aku percaya, bila pengasuh rasa kerja dia dipermudahkan, diorang pun senang hati nak jaga anak kita.
Cer korang bayangkan kalau pagi-pagi hantar anak dengan bau busuk masamnye,  plastik untuk baju kotor tak disediakan, nak anak ...yang tau, pukul 6 nak ambik anak dah siap berbedak wangi bagai. Banyaaaak cantek!



  • Hygiene check-ups
Sesekali, korang kena mempunyai pundi kencing yang penuh masa pegi fetch anak kat nursery. Hahaha. So, boleh tumpang toilet dan spot-check macam masa mula-mula pergi survey taska tu dulu.
Lagi satu... dulu, aku jenis tak bawak balik (EBM) bottle teats. Maksudnya, aku cuma bertukar EBM bottles je, teats tu pengasuh akan pasang kat bottles yang aku baru bekalkan. Tapi pernah sekali, EBM dah dipanaskan dan aku terambik anak aku awal, so bila belek, aku tengok tak berapa bersih. Since then, aku rajin la jugak bekalkan teats baru untuk botol anak aku... sebab kang nampak obvious sangat aku mintak bawak balik untuk dicuci. Hehehe

Ada gak yang jenis main campur je baju kotor dan towel dah pakai dalam beg pakaian tu. So, observe la. Dari situ dah boleh nilai whether pengasuh tu pembersih ke tak.



  • Pelbagaikan waktu ambil anak 
Ni kira macam spot-check la jugak, a.k.a sesi "Terjah!" cuma bukan dengan Abang Naz/ Michelle Wee yang siap bawak cameraman dan microphone je.
Terjah ni penting... so taska tak sempat bersiap sedia dengan kepura-puraan.
Hehe..


  • Bina rapport dengan pengasuh
Ni kira berbuat baik je, bukan la bodek. Sebagai tanda korang appreciate pengasuh tu menjaga anak korang dengan baik.
Sesekali belanja makan ke, belikan ole-ole kalau pergi travel ke.... 
Kalau taska yang pengasuh tu diorang panggil cikgu, boleh gak raikan diorang masa Teacher's Day.
Kalau diorang happy, insyaAllah diorang tak tergamak buat benda-benda jahat kat anak kita. Tak gitu?


Aku sangat terhutang budi dengan Sue/Abg Muharam dan nenek, pengasuh Lil Adam yang pertama dulu. Walaupun ramai budak yang diasuh kat rumah Section 8 tu, entah apa specialnya Lil Adam tu, diorang sangat sayang kat dia.
Sampai pernah keluar artikel aku kat majalah tentang anak aku lebih sayang diorang daripada aku. 


Tak lupa juga TMB2.
Teacher Effa, Teacher Erin, Teacher Ainna, Cikgu Sue, Cikgu Dayah dan beberapa orang lagi yang silih berganti. Walaupun aku tau penjagaannya tak perfect mana, tapi sebagai ibu yang bekerja, aku tak boleh banyak songeh.
Aku tak expect diorang layan anak aku special daripada anak orang lain. Tapi aku tetap nampak diorang layan Lil Adam dan Lil Adib dengan elok. Bagi aku, anak aku sihat... anak aku selamat, dah cukup. What more can I ask for?



Cikgu-cikgu kat Little Caliph TTDI Jaya pun sama. Especially yang kat daycare lepas sekolah.


Aku cuma doakan cikgu-cikgu/ pengasuh taska yang muda-muda tu...nanti diorang kawin dan dapat anak, diorang akan dapat pengasuh yang baik untuk anak diorang.
That way, mesti diorang ingat balik betapa besarnya harapan mak-mak yang terpaksa tinggal anak kat taska suatu masa dulu supaya anak masing-masing terlindung dari perkara-perkara tak elok.

Buat mak-mak yang masih mencari taska/pengasuh...
ALL THE BEST!

Jangan lupa tawakkal tiap kali lepas drop anak sebelum pegi kerja.

Nuffnang ads

My Heartbeat