Friday, June 29, 2012

Cara-cara memangkin semangat utk mengemas





Ofis aku dah kosong. 
"Kosong...kosong...oww oww" *laguNajwaLatifjadibackgroundmusic*

Clear.
Botak licin macam kepala Saddiq Segaraga bila Abdul Wahub menzakatkan barang-barang antik dalam kedai bapak mertua dia.

Boleh dikatakan semua aku angkut bawa balik rumah dah.
Masalahnya, rumah aku pulak jadi bersepah dan penuh barang.



Sampai nak hulur kaki nak melangkah pun tak boleh. (nampak sangat bedo'oh nye)

Naik tak lalu aku mengemas.


Haihhh...
Alangkah indahnya kalau yang bersepah-sepah nak dikemas tu...aku nampak macam ni....

 

Mesti terus bersemangat aku kemas, kan? Hehehe


Wednesday, June 27, 2012

Babai Cinta lamaku...

Hari ni 27 Jun 2012 adalah hari yang bersejarah.  Setelah hampir 7 tahun bercinta menyulam asmara, akhirnya kami pun berpisah.
Sedih, serba salah, excited, syahdu ...semua dah macam gado-gado dalam pinggan.

Berat hati memandang buat kali terakhir.
Saat pertama aku bersama 'dia' adalah bila MrBoyfren fetched aku dari KLIA masa aku balik summer holiday (Christmas 2005). Sebelum tu, aku hanya tengok gambar je dalam email (ala-ala orang bercinta jaman dolu, tengok gambar je)
Itulah BigRedCar, the-so-called-ferrari-merah kami. Well, it's not that BIG, tapi Lil Adam panggil BigRedCar sempena lagu The Wiggles.




Walaupun berat, keputusan tu tetap terpaksa dibuat. Memandangkan kitorang satu family akan ke Aussie untuk beberapa tahun, memang tak berbaloi la nak tinggal atas tangan orang. 

"Kita bukan nak untung besar, asalkan terjual dah la. Dengan cara kita considerate kat orang macam tu, mungkin satu hari nanti orang pun tak tergamak nak tindas kita." 
Macam tu la laki aku.

Aku ingat lagi, masa mula-mula nak beli kereta dulu, MrBoyfren berbincang dengan aku, (walaupun baru berkapel) sebab esok-esok aku jugak yang bakal naik kereta tu. Calon-calon competitor yang lain adalah kereta preloved (ehehe, sesuai tak guna 'preloved' untuk elak guna second hand?). 
Dan disebabkan aku ni jenis yang praktikal, aku consider design (bukan dua pintu yang susah tertonggeng-tonggeng nak masuk ke seat belakang), costs (takkan la aku nak pinjam duit sedara-mara untuk buat down payment kan?Lepas tu siap pesan jangan bagitau kat orang lain. muehehe) dan of course la kemampuan untuk maintenance. Walaupun bukanlah kereta idaman, but in the end, we ended up with this red Aerosport jalopy.


Lepas dapat kereta ni, MrBoyfren email kat aku. Nak bagi aku jadi perempuan pertama yang melabuhkan punggung kat atas seat co-driver tu, memang tak dapek la. So, kalo tak silap aku, MIL la perempuan pertama yang dia bawa.

7 tahun bukan la sekejap.
Macam-macam kenangan kami dengan BigRedCar.
Kereta tu la yang bawa MrHubby masa kami kawin (nasib baik gak kitorang tak pinjam atau sewa keta mewah besar-besar untuk bawa pengantin. Kalau tidak, mesti ada rasa riak dalam hati).

Kereta tu jugak la yang bawa aku ke Hospital Putrajaya waktu orang sibuk bersahur, bila waterbag aku pecah masa nak lahirkan Lil Adam.
Dan masa panik ke hulu-ke hilir cari klinik pada petang Raya Haji bila Lil Adam kena febrile fits (gambar ni aku snap dari tingkap wad pediatrik Hospital Mersing tu masa MrHubby 'berkhemah' dalam kereta).


BigRedCar juga la yang memecut umpama Watson Nyambek (tak berapa laju) masa aku bergegas masa nak bersalinkan Lil Adib walaupun nampak je dengan-relax-dan-tersengih-sengihnya-sebab-dah-sakit-sejak-pagi-kat-ofis.

 Jag berisi air bunga fatimah tu tumpah sikit dlm kereta. Kenangan jugak tu T-T

Mileage jangan cerita la... sebab kampung kitorang...satu kat Penang, satu kat Johor. Haaa... memang ronda sakan. Semua negeri kat Semenanjung ni BigRedCar dah pernah sampai.

Awek-awek MatSaleh pun merasa naik. 
Jeanette- masa aku bawa ke INTEC, Caroline pun pernah naik (masa ni aku bawa Caro naik ke uni aku)... 


dan saat-saat cemas masa kitorang stranded dalam BigRedCar dengan Lesley dan Guri sebab flashflood kat Section 2.

Selain adventures tu semua, BigRedCar jugak adalah tempat kitorang bersembang sambil gelak dengar HotChat AM Crew, berbincang masalah hati ke hati, menari-nari "To The Left" lagu Beyonce...dan tempat aku 'temankan' MrHubby drive. Konon "Jom la kita sembang. Mama kesian Ayah drive sorang-sor..... *krohhh-krohhhh* (ayat tak sempat abis, aku dah tertido. Hahaha)

Itu la juga 'port' untuk Lil Adam dan Lil Adib membon-bon paling lama non-stop. Kalo balik kampung, sepanjang perjalanan yang mata dia terpejam tu la bonbon tak lepas.

Kalau ikutkan hati, memang tak nak jual...sebab di situlah terabadinya semua kenangan masa memulakan hidup. Dari zaman gaji kecik...masa bujang...sampai la ada anak dua.

Lil Adam la yang faham kot, how much we love the car.



Lil Adib maybe baru setahun lebih bersama kereta tu, so dia blur-blur je la.


Sticker kat belakang kereta ni pun ada kenangan... sempena kelahiran Lil Adam.
Tapi sticker UQ tu jangan harap la aku nak biar. Maka aku dengan kejinya telah mengopek semula sticker UQ tu. Hahaha. Penat wei aku belajar jauh-jauh untuk ada sticker tu. Banyak cantekkk aku nak tinggalkan, walaupun lepas aku kopek tu, sticker tu dah takleh tampal balik.










 Sticker access untuk ke Taska Lil Adib, UiTM dan NRE pun aku korek... Hahaha.Tinggal sticker McD je (selain roadtax) aku biar tempek kat windscreen depan.



Few mins sebelum berpisah, sempat la aku bercamwhore sekali kat cermin co-driver.




Ni adalah perbelanjaan terakhir kami untuk BigRedCar. Resit parking sebelum pegi ke CIMB tadi.



Haishhhh...
Lepas ni, bila aku buka pintu rumah, di sebalik grill tu, takkan ada lagi view macam ni....


 *sob sob*

Apakan daya, buyer keta ni (owner baru) jenis yang ketaq-tak-dan-dan.
Tepat jam 11.20 pagi tadi, menjejeh-jejeh air mata aku tengok kereta kesayangan kami dipandu pergi jauh dari kami. Masa menaip ni pun, air mata aku turun lagi.
Well, that's the price we had to pay for my dreams (to go abroad, bringing my loved ones with me).

Cuma aku harap, keterpaksaan ni akan mengajar aku agar lebih bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah bagi. Kecik ke, besar ke.... keta murah atau mahal... semua tu Allah yang bagi.
Balik dari PhD nanti, tak semestinya aku akan drive kereta besar. Kalau ye pun aku drive kereta besar, mana la nak sama dengan kenangan aku dengan BigRedCar.


One big hug for our BigRedCar...
 25 Okt 2005 - 27 Jun 2012


I never thought it would be this hard.
Kalau jual kereta lama untuk beli kereta baru, maybe kurang sikit kot sedihnya. Ekkk?

Ok la...aku nak sambung layan blues jap ni.
Sedih wo...

Fuiyoo...Ummi Hafilda in the house!



Exam week has started.
Tapi aku tak payah invigilate, sebab dah cuti. Yay!!!

Anyway, all the best la to my dear students. Nanti dah abis exams, datang le rumah, tolong ngemas ye. Hehehe.

Walaupun tak invigilate sem ni, aku tingat last sem...Hehehe.
Masa dok ronda meja ke meja...this caught my attention...

 UMMI HAFILDA tuuuuuu!


Mesti masa aku snap gambar ni dia kata dalam hati kan "Qojjaq ni, snap-snap pulak." :D


Monday, June 25, 2012

Kebahagiaan dalam perpisahan versi aku





Woh...tajuk macam lagu Shahir je. Propa!

Dalam pada sedih-dan-semak-kepala nak mem-blahkan diri dari kerja, ada-ada je benda yang bagi aku senyum. Ye, aku tau..orang gila je yang senyum sorang-sorang. Tapi, ada aku kesah?

Sebab aku dapat hadiah tudung mahal weiiii... daripada students. To be specific, daripada MT ETES. Ngehehe. Itu la gunanya jadi Penasihat Persatuan. Ngehehe.
(Eh, korang guna duit persatuan ke beli hadiah ni? Haha)

Lepas menyampaikan amanat dan mencuak-cuakkan diorang dengan perancangan persatuan, tetiba eh...ada hadiah pulak!






Yours truly ni tak pakai tudung mahal-mahal sebenarnya. Orang pakai Ariani, aku pakai Ariana je. Hehehe. So, bila dapat tu...syok lebih la.
 Nak nak pulak memang aku dok fikir nak kena cari tudung untuk bawak ke Aussie nanti. Koman-koman kena ada sekodi tudung baru supaya lambat lagi nak rasa jemu. Eh, boleh gitu?

So, thanks la korang ye. I love u lah (dan-dan love!)

Sebelum tu jugak, SKS (a.k.a ex-students yang tgh buat Master kat fac ni) pun ada bagi hadiah...




Comel tau knitted mufflers ni. Boleh la aku perasan winter sonata ala k-pop sikit nanti. Muehehe.
Haihhh...


Hmmm...apparently, all these surprises memang membuatkan aku sengih sampai telinga, sebab all these while, aku jenis yang dapat predict dan selalu over-expect sampai menghilangkan 'fun' yang sepatutnya. 
Contohnya, bila birthday aku... "Elehhh... nanti mesti si-polan-si-polan buat surprise." 
Lepas tu aku blame MrHubby jarang dapat surprisekan aku. Poyos arrr aku ni!

Last fortnite, masa Family Day pun aku dah disurprisedkan oleh students.
Dengan muka super-serabai, baju pun tak proper..tetiba aku disuluh oleh limelight. Ditambah dengan menangis terharu, lagi la huduh.

 

Kalau aku tau awal-awal, mesti muka aku dah mampan siap dengan bulu mata Rozita Che Wan.


On a lighter note... Bila aku fikir-fikir balik, aku realize how much the students love me.
Okay la...kalo diorang tak love pun, diorang appreciate aku la. Itu balasan yang aku dapat bila ikhlas laksanakan tanggungjawab sebagai lecturer/advisor walaupun mulut asyik membebel tak benti.

Semua yang berlaku lately ni terang-terang la menunjukkan I AM TRULY BLESSED. (syukur, Ya Allah)
Sedih rasanya nak berpisah..tapi kalo berpisah, dapat hadiah, happy ler. Aku ingat couple-couple yang ada boifren/girlfren hamsap jer yang mengalami 'kebahagiaan dalam perpisahan'


Jumaat lepas, aku ajak admin staff (Mimi, Kak Liha & Kak Intan) lunch sama-sama. Maklum la..diorang ni banyak tolong mudahkan urusan aku selama ni.
Pikir punya pikir, last-last kitorang gi Nyonya Kitchen kat Plaza Shah Alam.







Ada sambal udang petai, beancurd with minced chicken, baby kailan, air laici 2 jag...dengan Ikan Geram Asam. Aku tak tau la Ikan tu geram kat asam ke...ikan tu genus/spesis geram ke. Wahahaha. 
Selama ni dengar orang sebut 'gerang asam' je. Tak perasan lak maybe Orang Ganu kot yang sebut.
Whatever la... Yang penting kitorang sapu bersih. Aku rasa senang la pekerja Nyonya Kitchen tu nak cuci pinggan. Hehe

So, barangsiapa nak menghappykan aku...sila la...sila...
Hehe. Senang kan?


 



Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, June 22, 2012

Hari last keje

Well, by right hari ni adalah hari last aku kerja. Secara rasminya la, sebab aku nak kaut habiskan cuti rehat.
Tapi aku tetap akan dilihat datang ke ofis lagi minggu-minggu depan. Aku kan workaholic!(*tangandibahu,matakeatas)

p/s: Eliss, kalo kau nak belanja aku, aku sanggup datang. Muehehe

Workaholic la sangat!
Sebenarnya keje tak abis lagi.
Ofis macam tongkang pecah, sebab aku tak lalu nak packing.

Itu satu hal...
Lepas tu dalam kepala aku ni, aku dok plan macam-macam. 
Nak kuar makan dengan admin staff yang banyak tolong aku, dengan kawan-kawan yang rapat dengan aku. Nak gi ronggeng dengan students (jom karoks lagi!). Nak gi massage, nak bawa anak-anak gi dentist, nak gi berbekam, nak bawa Lil Adib gi jabs, nak gi potong rambut....
Semalam lepas dinner bila tetiba aku tanya MrHubby, bila nak buat itu ini semua dia kata "Memang la nak buat. Tapi mama ni tanya masa yang tak sesuai la, masa kita balik ke rumah."
Hahaha. Aku velasah je sebut. Supaya esok-esok kalau ter-miss, aku boleh kata "Kan mama dah remind aritu." Heh. Itu adalah strategi escapism ye kawan-kawan.

Sebut pasal gunting rambut...Actually kan.. online ni ada banyak portal dengan program untuk kita test camner rupa kita dengan fesyen rambut yang berlainan. Cer tengok ni....




Tapi aku rasa sebab minah tu lawa, maka rambut macam mana pun, dia tetap la hot.
Kalau berwajah kedesaan, mungkin kena elak rambut blonde dan pendek curly supaya orang tak tersilap ingat kita ni orang asli. Hehehe

Kali ni, aku tengah berkira-kira...nak gunting macam mana. 
Impian aku nak ber-sexy curls memang punah ranah la. Sebab rambut aku lembut sangat, dan kalau aku degil gak nak buat, maka ia umpama memasukkan duit ke dalam poket yang koyak.Siang tadah kepala berjam-jam kat saloon, petang nanti stratight balik. Tak payah tunggu malam.

Walaupun ada hati terdetik nak ber-shoulder length bob cut, tapi aku rasa aku patut serik. Sebab the last time aku potong super-pendek masa preggy, sekarang ni (Lil Adib dah setahun setengah) baru rambut aku panjang balik. Rambut pun pandai merajuk ehh?

Colour, highlight, semua memang aku tak buat dah la. 
Extension apatah lagi. Biar la wayar telefon je ada extension. 

Yaaa...dan dengan melencongnya topik hari ini (daripada 'hari last keje' ke 'things to do' ke 'gunting rambut') maka, aku tetap tak start mengemas hari ni. Gunting rambut pun next week le kot.
Padan muka aku.

Monday, June 18, 2012

Okay, time to reveal...

Aku memang perasan busy since the past few months. Blogging ke mana, apa ke mana.
Tak terupdate dah kawan-kawan blogger mana yang dah preggy lagi, atau dah bersalin, atau dah apa-apa la... (unless they are in my FB).

What have I been up to?
Been busy preparing to leave.



Setelah bertungkus-lumus menyiapkan segala dokumen, turun naik ofis submit itu ini untuk scholarship... sekarang aku rasa dah boleh reveal dah la.

InsyaAllah... kalau semua berjalan lancar, bulan depan aku akan berhijrah ke Aussie for my PhD.
Kali ni ke Adelaide pulak (for up to 4 years).

Actually, mula-mula tu nak ke US tapi sebab panels sangat lorat, maka aku tak jadi ke US.
Lepas tu, aku dah nyaris ke Korea. Tapi itu pun terpaksa kensel walaupun dah interview bagai dengan supervisor. Kalau tidaaak, cer korang bayangkan MrHubby ku ittew menjadi K-pop. Hewhewhew.
My previous uni in Brissy pun ada bagi offer, tapi bila consider beberapa faktor, terpaksa aku tolak.
Yang New Zealand pun tak jadi.
Senang citer, last-last aku pilih Adelaide je la.

So, sekarang ni masih ada banyak urusan tak settle. Naik chuak aku pikir. Masa dah tak banyak.
  • Urusan visa & medical check-up tengah ongoing (tunggu CoE).
  • Urusan dengan lawyer pun bila tahun la nak siap.
  • Barang-barang, keta, moto yang nak jual. Sape nak beli, sila kelip mata. Hehe
  • Packing jangan cerita la, entah bila nak start. Rumah aku tu dah macam tongkang pecah dan usaha mengimport MIL untuk tolong mengemas menemui jalan buntu sebab kesihatan FIL yang kurang memberangsangkan.
  • Barang kat ofis pun tak kemas lagi. Huwaaa...

Ni pun aku baru balik dari Penang, baru je bagitau family that I am leaving.
Takkan nak kecoh awal-awal sangat kan, lepas tu satu hapa pun tak jadi :P

Oh ye... to those who are wondering.
Yes, MrHubby dengan supportivenya akan ikut aku selama 3 tahun untuk tolong jaga anak-anak. Alhamdulillah suami aku bukan jenis yang selfish dan gila nak naik pangkat. Unpaid leave tu... tapi kalau Allah dah tetapkan rezeki masing-masing, tak ke mana la.

So, at the moment...aku sangat 'fibrous'. #Gagalbahasainggeris.
Eh, I mean, aku sangat berserabut.

Nanti aku akan start cuti awal for few weeks untuk berjimba setelkan apa yang patut.

By that time, harap-harapnya aku ligat la berblogging balik.

Korang tolong doakan la semua berjalan lancar ye.



Monday, June 11, 2012

How i relate my work with bus station and train station


Hmm..fasa-fasa M itu pun sudah bermula :P




Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, June 8, 2012

Alasan tak makan sayur yang *duhhhhh*

Masih dalam mood World Environment Day, sebab arini ialah World Ocean Day (apakejadah la banyak sangat celebration... dah jadi irrelevant lak aku rasa).

Dalam ke-kambing-an aku yang sangat suka makan sayur (bak kata MIL), aku wonder gak kenapa Lil Adam tak mewarisi tabiat tu. Sedangkan sejak kenal solid food, macam-macam jenis sayur dan buah aku bagi. Dah besar ni, pandai lak dia memilih. Ni mesti perngaruh rakan sebaya kat daycare nih...


Kadang-kadang aku wonder, dah la kitorang laki bini orang environment, adakah nanti anak-anak kitorang akan tererist when it comes to basic science tentang alam sekitar.

Ada possibility tak kitorang akan bersembang macam ni...

Mama: Adam, why don't u eat the vege?

Adam: It's not that I don't want. I just can't, Mama

Mama: Why not?

Adam: Sekarang kan kecoh pasal GLOBAL WARMING. Mama kan lecturer bidang environment- mesti Mama tau. Kat sekolah pun, cikgu cakap salah satu kesan global warming ni ialah haiwan ternakan jadi kecil Cer Mama tengok, kalau kita makan kat restoran...ayam kecik-kecik je. Ni semua sebab kita la!

Mama: Eh, apasal pulak salah kita?


Adam: Well, kalau kita makan sayur tu nanti, kesian dia tak sempat besar.. Poor vege! Lepas tu, there will be less oxygen la. Laaaaagi la panas suhu bumi.

Mama: Cetttt... Sudah. JANGAN MENGADA-NGADA, MAKAN JE SAYUR TU!!

Nuffnang ads

My Heartbeat