Wednesday, June 27, 2012

Babai Cinta lamaku...

Hari ni 27 Jun 2012 adalah hari yang bersejarah.  Setelah hampir 7 tahun bercinta menyulam asmara, akhirnya kami pun berpisah.
Sedih, serba salah, excited, syahdu ...semua dah macam gado-gado dalam pinggan.

Berat hati memandang buat kali terakhir.
Saat pertama aku bersama 'dia' adalah bila MrBoyfren fetched aku dari KLIA masa aku balik summer holiday (Christmas 2005). Sebelum tu, aku hanya tengok gambar je dalam email (ala-ala orang bercinta jaman dolu, tengok gambar je)
Itulah BigRedCar, the-so-called-ferrari-merah kami. Well, it's not that BIG, tapi Lil Adam panggil BigRedCar sempena lagu The Wiggles.




Walaupun berat, keputusan tu tetap terpaksa dibuat. Memandangkan kitorang satu family akan ke Aussie untuk beberapa tahun, memang tak berbaloi la nak tinggal atas tangan orang. 

"Kita bukan nak untung besar, asalkan terjual dah la. Dengan cara kita considerate kat orang macam tu, mungkin satu hari nanti orang pun tak tergamak nak tindas kita." 
Macam tu la laki aku.

Aku ingat lagi, masa mula-mula nak beli kereta dulu, MrBoyfren berbincang dengan aku, (walaupun baru berkapel) sebab esok-esok aku jugak yang bakal naik kereta tu. Calon-calon competitor yang lain adalah kereta preloved (ehehe, sesuai tak guna 'preloved' untuk elak guna second hand?). 
Dan disebabkan aku ni jenis yang praktikal, aku consider design (bukan dua pintu yang susah tertonggeng-tonggeng nak masuk ke seat belakang), costs (takkan la aku nak pinjam duit sedara-mara untuk buat down payment kan?Lepas tu siap pesan jangan bagitau kat orang lain. muehehe) dan of course la kemampuan untuk maintenance. Walaupun bukanlah kereta idaman, but in the end, we ended up with this red Aerosport jalopy.


Lepas dapat kereta ni, MrBoyfren email kat aku. Nak bagi aku jadi perempuan pertama yang melabuhkan punggung kat atas seat co-driver tu, memang tak dapek la. So, kalo tak silap aku, MIL la perempuan pertama yang dia bawa.

7 tahun bukan la sekejap.
Macam-macam kenangan kami dengan BigRedCar.
Kereta tu la yang bawa MrHubby masa kami kawin (nasib baik gak kitorang tak pinjam atau sewa keta mewah besar-besar untuk bawa pengantin. Kalau tidak, mesti ada rasa riak dalam hati).

Kereta tu jugak la yang bawa aku ke Hospital Putrajaya waktu orang sibuk bersahur, bila waterbag aku pecah masa nak lahirkan Lil Adam.
Dan masa panik ke hulu-ke hilir cari klinik pada petang Raya Haji bila Lil Adam kena febrile fits (gambar ni aku snap dari tingkap wad pediatrik Hospital Mersing tu masa MrHubby 'berkhemah' dalam kereta).


BigRedCar juga la yang memecut umpama Watson Nyambek (tak berapa laju) masa aku bergegas masa nak bersalinkan Lil Adib walaupun nampak je dengan-relax-dan-tersengih-sengihnya-sebab-dah-sakit-sejak-pagi-kat-ofis.

 Jag berisi air bunga fatimah tu tumpah sikit dlm kereta. Kenangan jugak tu T-T

Mileage jangan cerita la... sebab kampung kitorang...satu kat Penang, satu kat Johor. Haaa... memang ronda sakan. Semua negeri kat Semenanjung ni BigRedCar dah pernah sampai.

Awek-awek MatSaleh pun merasa naik. 
Jeanette- masa aku bawa ke INTEC, Caroline pun pernah naik (masa ni aku bawa Caro naik ke uni aku)... 


dan saat-saat cemas masa kitorang stranded dalam BigRedCar dengan Lesley dan Guri sebab flashflood kat Section 2.

Selain adventures tu semua, BigRedCar jugak adalah tempat kitorang bersembang sambil gelak dengar HotChat AM Crew, berbincang masalah hati ke hati, menari-nari "To The Left" lagu Beyonce...dan tempat aku 'temankan' MrHubby drive. Konon "Jom la kita sembang. Mama kesian Ayah drive sorang-sor..... *krohhh-krohhhh* (ayat tak sempat abis, aku dah tertido. Hahaha)

Itu la juga 'port' untuk Lil Adam dan Lil Adib membon-bon paling lama non-stop. Kalo balik kampung, sepanjang perjalanan yang mata dia terpejam tu la bonbon tak lepas.

Kalau ikutkan hati, memang tak nak jual...sebab di situlah terabadinya semua kenangan masa memulakan hidup. Dari zaman gaji kecik...masa bujang...sampai la ada anak dua.

Lil Adam la yang faham kot, how much we love the car.



Lil Adib maybe baru setahun lebih bersama kereta tu, so dia blur-blur je la.


Sticker kat belakang kereta ni pun ada kenangan... sempena kelahiran Lil Adam.
Tapi sticker UQ tu jangan harap la aku nak biar. Maka aku dengan kejinya telah mengopek semula sticker UQ tu. Hahaha. Penat wei aku belajar jauh-jauh untuk ada sticker tu. Banyak cantekkk aku nak tinggalkan, walaupun lepas aku kopek tu, sticker tu dah takleh tampal balik.










 Sticker access untuk ke Taska Lil Adib, UiTM dan NRE pun aku korek... Hahaha.Tinggal sticker McD je (selain roadtax) aku biar tempek kat windscreen depan.



Few mins sebelum berpisah, sempat la aku bercamwhore sekali kat cermin co-driver.




Ni adalah perbelanjaan terakhir kami untuk BigRedCar. Resit parking sebelum pegi ke CIMB tadi.



Haishhhh...
Lepas ni, bila aku buka pintu rumah, di sebalik grill tu, takkan ada lagi view macam ni....


 *sob sob*

Apakan daya, buyer keta ni (owner baru) jenis yang ketaq-tak-dan-dan.
Tepat jam 11.20 pagi tadi, menjejeh-jejeh air mata aku tengok kereta kesayangan kami dipandu pergi jauh dari kami. Masa menaip ni pun, air mata aku turun lagi.
Well, that's the price we had to pay for my dreams (to go abroad, bringing my loved ones with me).

Cuma aku harap, keterpaksaan ni akan mengajar aku agar lebih bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah bagi. Kecik ke, besar ke.... keta murah atau mahal... semua tu Allah yang bagi.
Balik dari PhD nanti, tak semestinya aku akan drive kereta besar. Kalau ye pun aku drive kereta besar, mana la nak sama dengan kenangan aku dengan BigRedCar.


One big hug for our BigRedCar...
 25 Okt 2005 - 27 Jun 2012


I never thought it would be this hard.
Kalau jual kereta lama untuk beli kereta baru, maybe kurang sikit kot sedihnya. Ekkk?

Ok la...aku nak sambung layan blues jap ni.
Sedih wo...

13 comments:

  1. Replies
    1. Bergenang mata tiap kali dgr Lil Adam sebut 'bigredcar'

      Delete
  2. woaaaaahh entry ni sedih..

    such a memories with bigredcar..

    sobs...

    takpe kenangan itu tetap ada walaupon bigredcar da takde depan mata kan...cheers :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syahdu sgt...sbb dia byk berjasa spjg 7tahun tu.

      Delete
  3. woh yang membaca pong duk bergenang. sobsss :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasaannya x sama mcm jual kereta utk beli kereta baru,dik

      Delete
  4. sedih..keta i eksiden pun i sedih tau..ape lagi nak juai kt org.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 ada rezeki lg utk bersua lps beberapa tahun nanti

      Delete
  5. Serius sedih. Anyways Belle, since ko da type besaq2 kat situ...bertahun kat Aussie, chances utk aku menumpang kasih kat rumah ko nnt ada x? Plan nak jejak sna la pula nnt. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila la Bie.
      Tp ko kena bwkkan brg2 pesanan aku la dr Msia ye.hehe

      Delete
  6. mmg sedih kalau dah byk kenangan dan kereta tu dah byk berjasa. Kami pun masih dok pakai Kancil kesayangan kami sejak 2002. (knur beli sblm kawin)

    ReplyDelete
  7. xpe, ada rezeki lebih nnt u bwk balik kereta lain nnt from aussie hehehe *wink*

    tp i faham la kesedihan dia. i nak siap cium bonet kereta lg sblm fly hari tu, bole? huhu..

    ps: i pon tgh mood sedey2 syahdu gak ni. jiran kitaorg dah balik msia hari ni (abis PhD dah), and my parents pon blk pg td after their visit. it's just a reminder that masa i nak kena balik pon dah x lama jg sob sob.. leaving msia is hard, leaving FOR msia, is equally hard, if not harder, kan? (i bet you know this all too well). smg Allah tabahkan hati2 kita dan permudahkan segala urusan

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat