Tuesday, November 30, 2010

Susahnya membuat pilihan


I always have problems when it comes to decision-making. As simple as 'what/where to eat tonite' sampai la ke serious matters in life.
Kalo aku jadi pilot, memang mati la semua orang dalam flight tu during emergency. Hahaha.


Well, apparently Lil Adam pun ada pe'el susah buat decision ni.
Tapi ni kes rambang mata la...

He was once taught by MrHubby to play this game.
Alaa...yang boh 50sen (or 50sen X 2) untuk dptkan bola yang isinya ntahapahapa tu.

Maunye tidak, kalo lalu je kat selekoh untuk ke klinik Dr.S (untuk check up), mesti lalu kedai yang ada mesin pujaan dia tu.

Asal nampak je mesin tu, mula la dia bodek aku or MrHubby.
Pernah sekali aku kata "I don't have any money."

Dia jawab "Tu ada...in the bag" (pointing to my handbag).

Adoiiii...

Setelah puas rambang mata, he decided on one... and tadaaaa....

Mama...I got this one.


Ni masa ni aku tengah tuntut 'kiss' drp Lil Adam sebab aku bagi dia duit untuk main benda alah tu.




p/s:
Walaupun menyesal tak sudah, sekali-sekala kalo dia super-cranky tu... we just have to drive pass the shop yang ada benda ni. Terus mood Lil Adam jadi baik. Cisss...

English name

Bila tengok citer kat TV, masa nama-nama actors/actresses & orang-belakang-tabir kuar tu..MrHubby ada cakap "Camna la diorang ni pilih nama ye? Surname tu kadang-kadang pelik je."

Meh kita tengok contoh sikit.
  • Christina Applegate : Pagar Epal.
  • Britney Spears: Lembing
  • Justin Timberlake: Tasik Kayu Pokok
  • Lindsay Lohan: Ikan lohan

Bulleted ListWahahahaha...



I addressed most of my non-Malay friends (kat Aus dulu) by their English names.
Yang nama pelik-pelik dari Thai, macam Namfon Pantarat... we called her Beth.
Nama dari China yang tergeliat lidah nak sebut, we call Benson, Julia dan ntah apa lagi.

Those from Germany, France, Aussie and the like.. use common English names.
The not-so-tongue-twisting ones (e.g. from Vanuatu, India, Japanese, Vietnam)...guna nama masing-masing la. Roy, Enneth, Sanket, Sandip, Suguru, Thao.

My two best friends....
The one from Korea, Myung Jin is Kelly. Her bf (now hubs) is Wayne.
The Taiwanese Chien Ting is Rebecca.




Aku sendiri diorang panggil 'Is' je. Pernah sekali tu aku test tanya Kelly "Do u know my real name?"
"Ermm.. I think it's Isabella."

Hahaha... Nak berguling atas lantai pun ada, nak kembang hidung pun ada.
No wonder la Rebecca sent my birthday present with the name Isabella (not Isabelle) on the envelope.

Giler la. Berkawan sikit punya kamceng, eventually when I asked Kelly to collect my booking details from the StudentFlights dia belek passport aku... baru dia tau nama penuh aku.


I once asked my other Korean housemate, Chris (the one in orange)- HOW DID HE GET HIS ENGLISH NAME?
He said... his Aussie godmother wanted to make things easy, so he was asked to pick one English name.
And?
Bcoz I simply think 'Chris' is easy, I decided on the name.

Laaa... mati-mati aku bayangkan pemilihan nama tu ada cara dan salasilahnye. Buang karen jer.
Patutlah Rebecca boleh berangan nak tukar nama jadi Cynthia. Yet, she still used the former on her wedding day.

Anyway, I was strictly reminded by them not to use their English names kalo call umah diorang dulu, sebab parents diorang maybe ingat salah nombor. Hahaha.
So, I learnt several Korean/Mandarin words to start the phone conversation, before uttering their real names.


So, peeps...if u were to pick one English name (saja suka-suka), what'd it be?
I'm happy with mine bcoz ISABELLE tu ada makna yang sangat mendalam bagi aku.


Monday, November 29, 2010

Pon... Ponnnnnn!!!!




Today, MrHubby will drive me to the campus.
As usual, dia kan penyabar sikit...maka kurang la hon-hon sepanjang 12km perjalanan tu.


Aku ni, kalo hangin je dengan drebar lain, sama ada aku menambah dosa atau aku hon je sekali dua,
Tapi korang tau tak sebenarnya SETIAP HON ADA MAKSUD TERTENTU?

Meh kita tengokkorang selalu hon jenis yang mana satu....


1 x HON PENDEK - pemandu tu cakap "HAI"

2 x HON PENDEK - pemandu tu cakap "TERIMA KASIH" atau "JUMPA LAGI"

3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau xreti2 nak jalan)

1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa dorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan.

2 x HON PANJANG - pemandu tu marah "HOI!!!... BODOH XDER OTAK KE"

4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap....
"TILAM! TILAM!... TILAM LAMA TUKAR BARU.. TILAM!... TILAM!"

Hehehehe.
Betul tak?



p/s: Semalam masa aku tengah buka pintu pagar rumah, tiba2 lalu la lori dengan 4Xhon tu. Maka tersengih-sengih la aku kat MrHubby :P

Sunday, November 28, 2010

4th Eniberseri: Part 2

Dah ada Part 1, mesti la ada sequel kan? Hahaha.
Anyway, for our eniberseri that day, as mentioned before, we went for my check-up. Everything was good, according to Dr S. Aku je yang gatal mengharap ada berita menarik sempena eniberseri, mana la tau kan? Hahaha

Dr S tanya where were we going for the candle light dinner?
Hoh? Takde maknanye. Harus la makan dalam gelap...baru sesaat lilin tu nyala, dah ada tukang tiup.

So, we just went out for a decent meal at Ayam Penyet Ria at Section 9 (twas our 2nd time there).


Kepada yang nak try, jangan tersilap ye...
Sila baca signage betul-betul dan rujuk map.
Kalo korang pegi yang lagi satu (yang sederet dengan McD) tu... I don't guarantee it's gonna be yummylicious okay?


Masa datang dulu dah order Ayam Penyet (the signature dish) and Ayam Bakar. This time, sebab yang tinggal hanya bahagian wings/dada... I'd rather order Iga Penyet for myself.MrHubby setia la dengan Ayam Bakar, and Lil Adam's fav is Telur Penyet. Hehehe


Ni je gambar yang sempat posing, sebab dah lapar sangat. Huduh benar kalo aku upload gambar tengah makan. Hahaha

Prolly from these pix, u can tell how tasty the Telur Penyet is....


And there's also sinful pleasures from the Big Apple Donuts. Maklum la... dah melepasi check-up dengan jayanya, harus la ada reward kan?


And also the big bouquet of lilies (korang ingat lagi kegilaan aku kat bunga lily?)Tengok gambar kawin kat belakang tu, pon dengan bunga lily jugak. Bezanya masa tu aku senyum 'teqempon' sebab tak kasi nampak gigi. Hihihihihi...

Sekian sahaja laporan sambutan eniberseri yang ke-4.
InsyaAllah berkat doa korang, aku akan sambut lagi tahun depan dan tahun2 berikutnya. U guys have no idea how much I appreciate the wishes & doa. I love u all.


Friday, November 26, 2010

4th Eniberseri: Part 1

Dear friends,
Thanks a bunch for the wishes (and the clicks ;P ). Mudah-mudahan makbul la doa korang sempena hari Jumaat arini.

Well, just a lil update on today's relaxed, low key celebration.

I've been working on the handmade card (yang x seberapa pun hasilnya ni) since two days ago.



Haaa..yang ni je aku hadap ada la dekat 2jam. Sebab nak buat baju/suar drp kain... perut mak buyung yang timbul tu... dan details kat baju masing-masing.


Sambil buat tu, Lil Adam dok menyibuk tanya... "Haaa...Mama/Adam/Ayah takde mouth?"
"Ayah tak put on clothes, malu!"
"Mana Adam's/Mama's/Ayah's shoes?
"Ayah ada janggut..."



Ada aku tambah scroll kat tepi tu, bertulis ayat-ayat cinta. Tapi xyah la snap yang tu kan? Hehe


Before midnite semalam, I got an MMS from MrHubby. Korang ingat lagi treasure hunt masa birthday aku aritu?

Haaa.. kali ni walaupun MrHubby wasn't around, aku kena bertreasure hunt jugak rupanya.
Maka turun la aku ke tingkat bawah mencari hadiah /kad yang di'hint'kan tu.

Yay! Dapat...

I got these two books sebab aku suka baca buku lifestyle gini dengan gaya penulisan of Adibah Amin & Lydia Teh. (perghh..aku guna terms 'gaya penulisan!' Skema sungguh).


Layan jiwang baca luahan MrHubby.

Hadiah daripada aku?
Lambat sampai maaaa... Order dari jauh! :P

Anyway, pagi-pagi buta tadi, while Lil Adam was still sleeping, aku dah bangun untuk buat muffin yang dah sekian lama aku janjikan kat MrHubby.
Kebetulan lak baru ni Lil Adam dok suruh aku buat muffin macam yang dia tengok dalam 'Ben & Holly's Little Kingdom.' Jenuh tiap hari dia dok keluarkan muffin mix tu tunjuk kat aku bila ada kat kitchen.



Dalam banyak-banyak tu, ada sebijik je yang merekah macam selalu pro chef buat. Yang lain, tembun macam perut aku je... Hihihi


Then, when it's time...
I brought Lil Adam to fetch MrHubby.


Bunga ni tak bungkus sebab aku ada customize sikit kat daun tu. Kalo bungkus nanti tak nampak.


The man I've been sharing my life with. Ailapi, Cinta :)

Japgi, we're going for my check-up. Perut aku dah 2 hari cekang-cekang, ntah somersault apa si baby buat kat dalam tu.

Then, tengok la nanti apa plan seterusnya.

Sapa Cinta?


Maybe ramai yang perasan dalam entry eniberseri-seri tu aku guna panggilan 'Cinta.'

Since the endearment 'Abang' dah pupus (jarang guna) dari kamus harian aku... MrHubby and I occasionally address each other as 'Cinta.'

"Cinta nak makan apa malam ni?"
"Cinta... tolong ambikkan tu (anything)..."

Tak perasan pulak ada budak cepat pick-up.


Lil Adam: Cinta, let's eat.

*MrHubby & I membuntangkan biji mata sesama sendiri*

MrHubby : Sapa Cinta ayah?

Lil Adam: Mama.


When he saw MrHubby holding the massage oil to start massaging me, dia akan menyibuk jugak...

"Adam nak massage Cinta."




Kadang-kadang, bila dia dengar bunyi de-gas (tak kira la daripada sapa pun)...

Lil Adam: Hihihi.. Cinta pot-pott!! (muka cheeky)


Haihhh.. anak... anak...
Agak-agak adik Lil Adam nanti notty & cheeky macam dia tak ye?


p/s: Apa kata untuk hadiah eniberseri-seri kitorang, korang klik kat iklan Nuff tu? hahaha

Happy eni-berseri seri, Cinta!

Hoyeh-hoyeh!
It's our 4th anniversary, peeps! (mata kuar love-love macam dalam kartun)


Tahun ke-4, ada 3+1.
4 la tu kan?

So, here I dedicate this song to u, Cinta... dengan ucapan...

Walaupun lagu ni dinyanyikan oleh cinta-lama Mama, anggap la Mama tengah miming lagu tu sambil buat video clip kat Cinta ye? Hehehe :)




So far, the 1st, 2nd and 3rd year was kinda celebrated a bit later/earlier. Ada-ada je benda yang membuatkan we had to be away (at different places).
And bcoz it falls in the school hols season, I really hate to plan for a vacation to celebrate.

This year, nasib baik la MrHubby abis kursus arini. So, apa lagi?


BTW, korang tau tak...

Scientists have discovered that the longer people stay married, the more they begin to look alike.

Aiyooo... bahaya ni. Tak lama lagi... kena tulis nama la kat spender. Kang ada yang tertukar pulak! Kuikuikui...



Thursday, November 25, 2010

Mata jenis ni, pasangan begini





Mata selalu menjadi daya penarik. That's why people say, dari mata turun ke hati. Tapi kalo tak menjaga pandangan tu, asyik meliar je pandang merata, satu kes lagi la pulak... Hahaha

Ada orang kata, mata jenis begini-begini...personaliti tuan punya mata begini-begini.

Okay..pertama sekali, sila ambik cermin (tak kisah la cermin muka ke, compact powder ke, side mirror moto yang korang simpan dalam beg ke).
Then, telek mata anda betul-betul.
Kategori manakah mata anda?

Mata besar dan bundar
Petanda mata anda kategori ni: Kalo masa korang membaca atau berdiri tengah panas pun orang tanya "Nape kau beliakkan mata macam tu?"


Orang bermata besar ni biasanya pemarah, kuat berahsia, otak kurang cergas, bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Alamak. Tak jadi nak ngaku ni kategori mata aku! Hampes.



Mata kecik
Kalo tak masuk kategori atas tadi, atau tak pernah ada orang tegur "Besarnya mata u! Cantik la!" (ehem, sila makan hati)... jangan ragu-ragu lagi. Ini la kategori anda.

Orang macam ni biasanya peramah, banyak cakap, tapi kurang pertimbangan. Periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Oops!



Mata sepet
Adapun sesetengah orang pulak, mata dia saiz sederhana (lagu Yang Sedang-sedang Saja nyanyian Iwan sebagai background music) tapi sepet without double eyelids.
Petandanya: kalo dah selalu strangers tiba2 sembang dengan korang dalam Bahasa Mandarin/Kantonis may be sebab muka korang macam Cina la kan).


Orang ni biasanya sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab dan perlukan belaian mesra.

Woh! Takkan semua Chinese masuk kategori ni? Tak aci la...



Mata terkedip-kedip
Orang kata, jenis mata rajin kedip ni pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar.

Tanda-tandanya: 10 kali sekejap dok buat batting eyelids tu (ala-ala minah gedix) dengan meliuk-lentokkan kepala.

Research mengatakan dalam sehari, kita berkedip 15 000 kali. Si kalo dah sampai 30 000 kali tu, bagi aku itu menandakan bahawa...
  • Anda sedang panik atau takut
  • Anda sakit mata/mata masuk habuk
  • Anda saja gatal nak main mata
Aku cucuk mata tu kang, baru tau!




Mata jarang berkedip
Kalo tak cecah 15000 kali, maka dikira kategori ni la.

Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.


Orang yang mata jarang berkedip adalah yang sesuai dibuat pasangan. Kenapa?
La... kan tadi aku dah cakap, kalo rajin kedip tu tanda gedix.

Ahhh..takde kuasa aku nak kira berapa kali mata laki aku berkedip dalam sehari. Korang ada kira ke?
Wahahaha....

Coolnya... bad romen



Wah wah wah... nampak je title 'romen' gitu, laju je yer?
Maklumlah malam ni MJ. Hahaha.

Ni saja je buat hiburan korang, dah lama aku nak share, asyik tertangguh.
Cool kan?




Okaylah korang, enjoy the video.
Aku nak pi berlatih jap macam diorang ni. Mana tau esok2 boleh perform masa dinner dengan students ke..Hahahaha


p/s:
Tadi masa datang ke ofis, aku terasa ala2 VVIP gitu, sebab ikut belakang keta Abang Mizan (err..Tuanku Mizan, I mean) yang datang mencemar duli untuk konvo kali ni. Hehehe.

p/s/s: Aku address sebagai 'Abang' Mizan tu, ada sejarahnya. MrHubby tau la citer ni. Hahaha


Wednesday, November 24, 2010

Lawak buah


Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.


Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama.

"Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas.


Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, "Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!"

Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.


Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan.
Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.


Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama.


Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa buah durian!!"

Dia buat onar lagi!

I was waiting to watch Robocop with Lil Adam semalam. (Haha... aku & MrHubby addressed FIL as Lil Adam's Tok Ki Robocop, jahat kan kitorang? Hehehe)


Robocop ni jaman aku kecik dulu kira abis cool la. It was in fact the first movie yang Abah bawak aku & Acik pegi tengok kat panggung Cathay (panggung tu pun dah x wujud dah).
So, semalam aku nak menerapkan kekaguman terhadap Robocop tu kat Lil Adam la pulak kononnya. Hahaha... (berjaya weiii!)

Sambil tunggu lagi setengah jam tu, aku call la MrHubby.
Elok aku letak je hp, dapat alert yang baki aku tinggal ciput. Ada la luak dalam RM11. Bajingan betul.

Ini dah kira Celcom telah berbuat onar dengan aku lagi untuk kali kedua. Demmit!
Gamaknya dia jeles sangat kot dengan aku.

How did it happen?
Tu la UOX. Celcom plan yang untuk users aged 18 – 25yrs.
(Ya..sila buntangkan mata anda sebab aku berada dalam range usia tersebut. Hehehe. Mesti students aku lagi susah nak terima hakikat)


Pelan dia memang morah. Untuk

* 8pax: panggilan 10 sen/minit dan ½ sen/SMS
*Suara: 15 sen/minit ke semua rangkaian
* SMS ke rangkaian sama: 1 sen/SMS
* SMS ke rangkaian lain: 6 sen/SMS

Dan kalo aku top-up RM5 je pun, it can last sampai aku cecah 25 tahun (kalo tak abis guna la).

Sepatutnya seminggu ni aku dapat free calls ke no. 8 pax (fav no. yang guna pelan UOX jugak). Aku ada register 3 numbers je, maklum la..mana lagi nak cari kwn2 se'remaja' aku yang pakai plan ni kan?
MrHubby's is one of them.


Bila aku call Customer Service, diorang cakap aku guna internet.
Kepalahotak dia! Time yang dia cakap tu, I was on the phone, nak berinternet apanya?

Aku siap call tanya Acik, check setting untuk Internet kat hp aku... Memang banyak yang aku dah delete pun. Sebab dulu dah pernah jadi sekali... konon aku guna internet secara accidental la.

Sempat la aku sound adik customer service tu.. "Eii..Celcom ni memang selalu macam ni tau! Teruk la!"

Dan dia hanya mampu berkata "Err... maaf la, Cik. Ada apa2 lagi boleh saya bantu?"
Hoh! Kalo aku tau mcm tu, baik aku call guna Maxis je. Sebab no. aku & MrHubby bawah 1 akaun, memang free calls pun ANYTIME, tak payah tunggu seminggu ke hapa ke. Sialan!

Tuesday, November 23, 2010

Artis kita kata...


Ni aku dapat drp Acik.
Nak tergelak aku baca... sebab ada yang memang aku ingat masa scene artis-artis ni buat statements tu.


Calon pertama: CHEF WAN
"Tolonglah! ia sebuah kelab tarian dan sudah tentu niat saya pergi ke sana untuk menari. Bagi saya itu tidak salah kerana niat saya untuk berhibur sambil bersenam. Bukankah menari satu daripada riadah seperti aerobik?",


Calon kedua: MISHA OMAR
"Misha rasa gembira menyambut kemerdekaan negara kali ini kerana kali ini, dapat berduet ngan abang jamal".

Calon ketiga: SYANIE
"Syanie...apakah niat anda apabila anda berjaya mengurangkan berat badan"...
Jawapan dari Syanie.."Niat saya yg pertama..ingin memakai bikini di tepi pantai.....".

Calon keempat: AHLI KUMPULAN X FACTOR (tak tau sapa)
"Saya gembira menyambut hari kemerdekaan kita bila negara kita berjaya mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos, 1956," jawab salah seorang ahli kump X-Factor apabila ditemubual dalam satu rancangan khas mengenai kemerdekaan tahun lalu dalam siri "Bersama Norman" yang disiarkan di TV1.

Calon kelima: FIZA
"Fiza pakai seksi sebab bersyukur dengan penberian tuhan"



Calon keenam: ANITA SARAWAK
"Petua kecantikan saya baca selawat setiap kali basuh muka"

Calon ketujuh: IFA RAZIAH
"Tak ade lah.. amik air sembayang je" - menjawap soalan kenapa muka nampak berseri-seri

Calon kelapan: JESLINA
saya pakai baju seksi2 kerana malaysia ni panas...hehehehe!

Calon kesembilan: ARTIS2 BARU
"saya masuk dunia seni bukan carik glamor"



Calon kesepuluh: INA NAIM
"Saya buat buku ni untuk menjelaskan segala fitnah yang melanda saya"
"Cinta pertama bang...susah nak lupa".... dan "Jaga mak, jaga mak, jaga mak....."

Iklan boleh blah, iklan tak boleh blah

Korang dah tengok iklan pencuci muka ke apa ntah...
Alaa...yang si mamat sengal tu, bila dia angkat je muka dari sinki, terus jadi hensem. Siap rambut paras bahu lagi.

Hahaha. Tak boleh blah betul iklan tu....



Iklan Jacobs Oatmeal tu korang dah tengok?

Macam bajet ciput je aku tengok.
MrHubby sampai tanya "Nape gemuk sangat pompuan tu?"

Memang betul pun. Dah pupus sangat gamaknya pompuan langsing. Atau diorang takde duit nak bayar model yang kurus skit.

Kalo iklan tu untuk iklan lain xpe la jugak. Ni untuk high fibre biscuits. Kang tak pasal-pasal orang ingat "Eee.. kalo makan biskut tu nanti jadi gemuk!"

Nanti la kalo aku jumpa agensi yang rekmen model untuk iklan tu, aku introduce Hanie ke... Yatiechomeyl ke... Mamapasha ke.... (yang aku tak list nama, jgn kecik hati ye... Ni aku list lebih kurang jer). Hehehe

Monday, November 22, 2010

Lil Adam is sad




MrHubby is outstation for one week (again!).
Dia bajet attend kursus tu boleh kurus la tu. Hehe.

Yesterday, when we told Lil Adam "We're sending Ayah to work'..
he said... "No, Ayah tak work. Nanti Mama is sad."

When MrHubby asked him to salam/hug, muka dia berubah. Terus sebek.
Tiba-tiba tarik baju untuk kesat mata yang baru bergenang.

Alahai... anak aku dah pandai sedih rupanya.
Prolly he understands that Mama garang macam singa. Kalo Ayah ada, boleh la jadi tempat bermanja.

Justify Full
Walaupun he's Mama's little boy (harus la kerana bon-bon)... he's also Ayah's little darling.


Nuffnang ads

My Heartbeat