Thursday, November 25, 2010

Mata jenis ni, pasangan begini





Mata selalu menjadi daya penarik. That's why people say, dari mata turun ke hati. Tapi kalo tak menjaga pandangan tu, asyik meliar je pandang merata, satu kes lagi la pulak... Hahaha

Ada orang kata, mata jenis begini-begini...personaliti tuan punya mata begini-begini.

Okay..pertama sekali, sila ambik cermin (tak kisah la cermin muka ke, compact powder ke, side mirror moto yang korang simpan dalam beg ke).
Then, telek mata anda betul-betul.
Kategori manakah mata anda?

Mata besar dan bundar
Petanda mata anda kategori ni: Kalo masa korang membaca atau berdiri tengah panas pun orang tanya "Nape kau beliakkan mata macam tu?"


Orang bermata besar ni biasanya pemarah, kuat berahsia, otak kurang cergas, bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Alamak. Tak jadi nak ngaku ni kategori mata aku! Hampes.



Mata kecik
Kalo tak masuk kategori atas tadi, atau tak pernah ada orang tegur "Besarnya mata u! Cantik la!" (ehem, sila makan hati)... jangan ragu-ragu lagi. Ini la kategori anda.

Orang macam ni biasanya peramah, banyak cakap, tapi kurang pertimbangan. Periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Oops!



Mata sepet
Adapun sesetengah orang pulak, mata dia saiz sederhana (lagu Yang Sedang-sedang Saja nyanyian Iwan sebagai background music) tapi sepet without double eyelids.
Petandanya: kalo dah selalu strangers tiba2 sembang dengan korang dalam Bahasa Mandarin/Kantonis may be sebab muka korang macam Cina la kan).


Orang ni biasanya sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab dan perlukan belaian mesra.

Woh! Takkan semua Chinese masuk kategori ni? Tak aci la...



Mata terkedip-kedip
Orang kata, jenis mata rajin kedip ni pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar.

Tanda-tandanya: 10 kali sekejap dok buat batting eyelids tu (ala-ala minah gedix) dengan meliuk-lentokkan kepala.

Research mengatakan dalam sehari, kita berkedip 15 000 kali. Si kalo dah sampai 30 000 kali tu, bagi aku itu menandakan bahawa...
  • Anda sedang panik atau takut
  • Anda sakit mata/mata masuk habuk
  • Anda saja gatal nak main mata
Aku cucuk mata tu kang, baru tau!




Mata jarang berkedip
Kalo tak cecah 15000 kali, maka dikira kategori ni la.

Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.


Orang yang mata jarang berkedip adalah yang sesuai dibuat pasangan. Kenapa?
La... kan tadi aku dah cakap, kalo rajin kedip tu tanda gedix.

Ahhh..takde kuasa aku nak kira berapa kali mata laki aku berkedip dalam sehari. Korang ada kira ke?
Wahahaha....

19 comments:

  1. aku perempuan bermata sepet sampai cikgu ingat aku tido dlm kelas bila tunduk.hampeh:p dan jarang berkerdip :p

    ReplyDelete
  2. aku gelak jer baca dari awal smpai abis..
    hauhuauahua

    ReplyDelete
  3. elissmie,
    haha.. dan dan nak ngaku yg ciri elok2 ye?

    sidratul muntaha,
    so, kategori mana?

    ReplyDelete
  4. minah ni ade jer idea dia..ayt plg klaka tang side mirror moto tu..ade ke org buat ha?haha...

    ReplyDelete
  5. aku mata ape Belle? mata kecik kot..haha

    mata bulat dan bundar jugak best,..gorjes gitu. hehe

    ReplyDelete
  6. err.. err.. mata sepet kot ngeh ngeh ngeh.. actually dulu x sepet sangat tp sejak pakai spek jadi sepet semacam pulak smpi sekarang! nape ek agaknya?

    ReplyDelete
  7. saye, mata jarang kedip kot.. ngahahaha.. dan dan nak ngaku diri sgt bahek.. hehe..

    ReplyDelete
  8. Hahaha..dulu En.Rusdin pernah suruh saya kira kerdipan mata. keesokan hari, dia tanya, "Adlil! berapa kali awk kelip mata semalam?" mcm siuuut asik duk membuli aku je abg din nih. Menci taw! :P

    p/s kalo org buta kategori mana? Heh.

    ReplyDelete
  9. Hahaha..
    Aku bila terbaca part ni.."Woh! Takkan semua Chinese masuk kategori ni? Tak aci la..." terus aku tergelak besar smpi kena tegur ngan ofismate aku..hohoho..
    Dan dan tu jugak aku teringat yg kelmarin husband aku ckp kentut aku busuk mengalahkan taik cha ya nun alip..hehehe
    Aku kategori mane..kau agakla..xkan xtau kot..hihi

    ReplyDelete
  10. azni,
    mana la tau..takut ada org curik ker..haha

    nia,
    kategori mata kecik kot. unless u rajin nak kedip2.kuikui

    aidaikmal,
    a'ah...betul la.
    i pun dulu cenggitu.

    mrbear & cik kacang,
    tu bukan baek tu..tu gedix oiii.kweng3x

    jiji-fify,
    wahaha.adlil tuuu...
    sib baik akak x buat onar kat awak dulu2 kan? hehe

    zeta,
    mata juling. hehe.
    ampun woi... aku tgh pregnant ni...
    nnt i buat entry psl kentut lak ekk?

    ReplyDelete
  11. saya si mata besar *yang malu nak ngaku*
    dan jarang berkelip!*yang ini harus ku ngaku dulu*

    ReplyDelete
  12. munira,
    tu la..baru nak ngaku mata besar, sekali 'fail' la pulak

    ReplyDelete
  13. skali skala gedix pe salah nye.. hehe.. =p

    ReplyDelete
  14. hahaha my ex-kelig ada side miror moto dia. letak kat tepi PC so that he can see who's coming from behind...tergelak teringatkan tu :)

    opps salah topic...

    ReplyDelete
  15. Mata besar tapi aci x klu I xnak ngaku. Ngeh~~

    ReplyDelete
  16. mrbear & cik kacang,
    hehehe.sanggup tu.

    reitak,
    hahaha. azni kena baca komen u tu.

    bibier,
    ok la..set. kita sama2 jgn ngaku.

    ReplyDelete
  17. belle~ tak sanggup rasanya nak ngaku kategori mana lol~

    ReplyDelete
  18. mata tak besar sgt tak kecik sgt. hehehe. "Dari kerana mata, Yg mempunyai kuasa, Oh...aku tirgoda, aku tirgoda terkeciwa".

    ReplyDelete
  19. kire mata berkedip x pernah. tp kire mulut bape kali mengunyah ade la muahaha. nmpk sgt aku kuat makan kan??

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat