Tuesday, January 31, 2017

Sapa kata orang kurus tak banyak cholesterol?


Aku ni bukan la kaki gym.
Tapi disebabkan figure aku yang slender (dah macam Slenderman pulak! Haha), maka tiap kali balik dari zumba, kalau terselisih dengan orang, mesti ada yang cakap "Dah kurus dah, nak exercise apanye?"

Biasanya aku jawab..."Ni pasal nak sihat la, bukan nak kurus!"

Ye la kan... kalau dah sedia kurus, makin bersenam, lama-lama kang makin nipis melayang ditiup angin, boleh ikat buat layang-layang. Hewhewhew.

Sebenarnya aku pun tak tau camna nak ubah pemikiran typical orang kita.
Asal kurus je, ingat dah sihat.
Asal kurus je, ingat tak payah bersenam.
Haihhh...

Kolesterol ni dalam darah/salur darah.
Tak perlu ada simptom pun... tau-tau je kong!



FYI, aku start buat blood test masa tahun 2001.
Time tu aku kat Pathology, HKL. So, senang la. Tak yah go through clinic, amik sample, terus proses kat lab tu jugak.
Dan WITHOUT FAIL, cholesterol level aku selalu CEMERLANG.
Read: Cemerlang di sini adalah range yang moderate atau high risk.

So, tiap kali buat medical check up

  • untuk masuk universiti
  • untuk kerja clinic
  • masuk keje gomen
  • nak sambung study abroad
  • nak buat student visa


...aku sangat-sangat look forward nak tau keputusan cholesterol test aku.


Biasanya lepas dapat blood test results, aku akan insaf dan stay awaaaay daripada deep fried food.
Agak berat jugak la nak tahan godaan bila tengok KFC dengan kulit Hot & Spicy yang rangup tu.
Terpaksa buat-buat jeling saja kakak cucoq pisang kat Seksyen 6 tu.
Char kuetiau hanya boleh ambik bau macam Abdul Wahub buat.
Fuhh...memang menderita!



Namun disebabkan iman manusia adalah senipis kulit bawang, biasanya keinsafan aku tu bertahan ada la dalam seminggu dua (saja! Hahaha).
Lepas seminggu, hati aku akan berbisik "Alaaa..sikit je ni" sambil tangan menyuap cucoq pisang.
Lepas dua minggu, syaithonirrojim akan berbisik "Sedap ni, baq hang! Rugi kalau tak makan!"... dan aku pun melayan nafsu makan seolah-olah aku ni siang berjoging, malam pegi gym.
Lama-lama lepas tu, kalau musim ketam MIL ajak balik, aku kata kat diri aku "Tak baik wo kalau tak makan, dah mak mentua suruh." Harharhar


Fast forward to last 2 years masa aku di Adelaide, aku sempat buat test sekali. School of Nursing, Faculty of Health Science tengah recruit orang untuk health screening, aku tadah je la.
As usual, bila kuar result untuk cholesterol, aku sengih-sengih je kat Nurse Practitioner tu, sebab aku dah tau memang off-range. It was a bit lower than the previous test though, maybe sebab makan secara sihat dan banyak berjalan kaki.
Disebabkan BMI, waist measurement, blood glucose semua okay...maka takde la aku kena bebel. BP naik sikit je time tu, dan aku kata sebab aku nervous tengok dia hensem stress dengan lab works. Hahaha.


Last year masa baru 2 bulan lebih aku balik ke Malaysia, masa jalan-jalan kat Kompleks PKNS, aku tengok ada roadshow by National Kidney Foundation, Diorang ada buat free health screening.
Being a health freak (la sangat!), aku pun ajak MrHubby buat few tests.


Memandangkan time tu aku tengah period, urine sample tak ambik la. So, aku cuma buat glucose test, dan yang paling aku nak tau sangat...CHOLESTEROL!!!


Guess what?!!
Dah nama kalau balik Malaysia tu, semua makanan aku boleh bedal, sekali reading aku 7.0 (high risk adalah >6.2 mmol/L... tapi borderline untuk high risk is 5.2 mmol/L).


Time tu aku fikir, elok gak la start all over again. Maklumlah..baru balik Malaysia, boleh la nak monitor balik ikut cara pemakanan aku.

Aku pun start makan oat dan segala mak nenek lain yang dikatakan boleh mengurangkan kolesterol. Seperti mana kesungguhan untuk tak makan cucoq pisang, demikian la juga hot-hot-chicken-dung aku dengan oat.
Tak sempat habis sebungkus besar oat, aku dah bagi alasan...err.... busy, tak sempat buat la.
Atau ehh..dah bulan puasa, lepas raya la baru start makan oat balik.


So, aku pun start join zumba (alternate with piloxing that wasn't very enjoyable).
Zumba dengan Teacher (ZIN) Azie memang best.
Dah memang aku pun suka aktiviti gedik-gedik macam tu, maka aku boleh la survive berbanding nak kena kontrol makan.


Masa awal-awal join tu, ada blog reader aku ternampak muka aku terselit dalam gambar zumba dan tanya Teacher Azie, aku ni blogger tu ekk? 
Wahhh fefeeling retis kejap. Muehehehe


Lepas 8 bulan gitu (kena tolak 2,3 bulan aku mengelat tak pegi zumba sebab busy masa bulan 11,12)... last 3 weeks, aku rasa macam ada palpitations lagi. 
Ish...dah lama sangat tak kena, last dulu masa 2010. 
So, pegi klinik dan lepas buat ECG, aku pun merelakan blood sample diambik untuk test. Memang timely sangat la...sebab aku memang nak test cholesterol sekali.

And the results.....
*drumrolls*

Ta-daaa!!! 6.2.
Walaupun masih dalam high risk range, kira berkurang la daripada beberapa bulan lepas.
Low Density Lipoprotein (LDL) aku pun memang tak cukup low, tapi aku assume..untuk aku yang melantak tak hengat dunia (bagus sebab ingat akhirat) ni, I owe it to the physical activity la. 

All hail zumba!!!

Hoyeahhhh!!!


Moralnya di sini...


  1. Exercise la.
  2. Sesapa yang kurus tu, bawak-bawak la buat blood test untuk check cholesterol tu. Mana la tau kan. Tak nak la tiba-tiba je sakit dan dah terlambat.
  3. Kalau rasa nyawa korang need to be insured, boleh register insurance dengan MrAgent  aku yang informative, helpful lagi hemsem (dua puluh lima persennnnn. Kehkehkeh)


Nuffnang ads

My Heartbeat