Thursday, December 30, 2010

Cekang dan tegang

Semalam dalam kemeriahan orang dok menonton bola Malaysia lawan Indonesia, aku buat muka kelat... sebab aku nak tengok Sivaji the Boss kat Channel 110 (channel baru ek?).

Lagipun, aku kan ada daulat... Dah hujung-hujung tu, bila aku tengok... tak pasal-pasal Indonesia boleh gol sampai 2! Sedangkan masa start tengok tu, skor baru 1-0 (Malaysia leading).
Whatever la... janji overall kita menang, dan esok cuti. Hehehe.

Cuti tu penting tu... Perut aku cekang-cekang sejak semalam. Kasi cuak jer.
Kot ye pun, tunggu la lagi 36jam lepas masuk new year. Hahaha.


Ni tengah lapar ni... tapi nak makan pun rasa takut. Kang lagi cekang pulak!!! How ley?



Wednesday, December 29, 2010

Confused: superhero or monster?



Biasanya budak-budak akan mengagumi superheroes kan?
In Lil Adam's case, aku confused sikit sebenarnya. Dalam pada dia minat giler kat Ultraman, aku ragu-ragu bila tengok his passion towards the monsters as well.

Dah berminggu-minggu, berkali-kali Lil Adam demanded that we buy him the Ultraman-Monster set. "Nanti Mama buy Monster Crab & Baltan ye?"

Dah la set tu mahal (bagi aku la). Dan takde jual kat Jusco.
So, everytime he requested, we'd dilly-dally je la. Budak-budak kan... kalo lama sangat dok dilly-dally, kang dia ingat kita tipu pulak.

Eventually, petang semalam, I suggested to MrHubby... beli je la. Lagipun Lil Adam has been a very good boy since the past few weeks.

Kebetulan lak semalam harga dia dah discounted by RM11-12. So, Lil Adam gave me a big hug...kiss bertalu-talu.

Dengan hati berbunga-bunga dan mata bersinar umpama Shin Chan, sambil mulut menyebut "Thank u, Mama. I love u, Mama..." Lil Adam memilih 1 kotak pujaan dia.


Bila dah dapat idaman hati, penyakit ketaq-tak-dan-dan tu memang tak dapat dibendung lagi. Sebelum bayar lagi, dah nak buka.
Kitorang kebulur makan kat KFC pun, dia buat derk je. Kenyang dapat toys yang diidamkan.
MrHubby cakap "Alaa..macam Mama la jugak. Kalo dapat beli CD Anuar Zain, terus kenyang. tak makan pun xpe!"


Kat rumah, aku & MrHubby senyum-senyum tengok gelagat dia. As I said earlier, korang tengok la.. Ultraman dibiar terbaring tertonggeng, dan dia dok sibuk main resaksa-resaksa aneh tu.



Tapi akhirnya, dia susun jugak...

Kali ni, bila aku tanya macam aritu... "Do u love Mama or Ultraman?"
dia jawab... "Love Mama."

:P


On a lighter note, these are his latest artworks...

siap ada 'happy face' katanya.


Yang ni 'monster'... (punya la obses kat monster).

Yang ni pun monster.

Yang ni Lil Adam cakap..is a tortoise. Kira jadi la tu kan?

Muka notty budak yang tau gambar dia kena snap :P


2 days to go

Oppp...oppp... 2 days to go for the new year lah.
Norchet due maaa :P

Speaking of the new year, ramai la yang dah start buat flashback dan plan untuk azam baru.
As for me, biar aku imbas dulu... pastu baru boleh plan ahead.

Mmm... what's your highest achievement dalam tahun 2010 ni?
Aku...errr... aku telah berjaya mencapai sesuatu dengan significant nye. Tak payah la sebut apa yang aku tulis dalam SKT tu, sebab aku bukan gila nak naik pangkat pun.
But pencapaian aku yang PALING MEMBERANGSANGKAN ialah BODY WEIGHT NAIK DENGAN JAYANYA SEBANYAK 16KG!!! (to date).


Hehehe. Itu pun sebab preggy la kan? :P (ngelat tak?)


Meh aku korek sikit gambar awal tahun aritu. Ni masa MBP gath...


... dan ni masa main bowling dengan students.

Amacam? Cemerlang kan?

p/s:
Apak Cikidong, kalo nak naikkan berat gak, jom la join Kelab Mengandungi. Hehehe



Tuesday, December 28, 2010

Langgar dan samun di Shah Alam: ada berani?



Ishhh.. ngeri rasanya bila semalam terbaca link yang BerryBear bagi kat Mamapasha pasal kes langgar dan samun kat Shah Alam.

Berlaku masa daylight (tengahari buta), kat depan rumah sendiri pulak tu.
Dah la si mangsa tu dah cuba berhati-hati. Tapi kena jugak.

SHAH ALAM: Seorang wanita mengalami detik cemas apabila disamun tiga lelaki ‘geng langgar dan rompak’ di hadapan rumahnya di Seksyen 7, di sini semalam.

Kumpulan penjenayah terbabit sengaja berlakon melanggar belakang kereta ViVa milik mangsa bagi memperdayakannya memberhentikan kereta sebelum merompak selepas mangsa keluar dari kereta.

Mangsa, Siti Zalina Md Isa berkata, ketika kejadian dia yang berseorangan ingin membelok masuk ke dalam rumah kira-kira jam 12.40 tengah hari, namun terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian belakang kereta.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan insiden itu terus masuk ke dalam kawasan parkir kereta di rumah dan membunyikan hon beberapa kali kerana bimbang di apa-apakan.

“Saya lihat pada mulanya mereka yang melanggar kereta saya ingin melarikan diri tetapi tidak jadi apabila Proton Saga warna perak berkenaan berundur semula menghala ke arah rumah saya.

“Kemudian keluar dua lelaki daripada kenderaan itu menghala ke arah saya yang masih berada di dalam kereta kerana takut. Mereka mengetuk cermin tingkap kereta menyuruh saya keluar untuk berbincang menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya.

Siti Zalina berkata, dia kemudian membuka sedikit cermin tingkap kereta dan seorang daripada lelaki terbabit meminta maaf dengan memberitahu rakan mereka yang memandu dalam keadaan mabuk menyebabkan dia terlanggar keretanya.

“Sejurus kemudian saya pun keluar daripada kereta apabila berasa selamat dan mereka berulang kali meminta maaf.

“Bagaimanapun, mereka turut menyalahi saya kerana tidak memberi lampu isyarat ketika ingin membelok sedangkan saya sudah berada di hadapan rumah,” katanya.

Katanya, dia pada mulanya langsung tidak mengesyaki kejadian itu bermotifkan rompakan sebaliknya menyangka ia kemalangan biasa, tambahan pula lelaki itu memberi alasan mabuk menyebabkan berlaku pelanggaran.

“Bagaimanapun, tanpa disedari seorang lagi lelaki yang berada di dalam kereta tiba-tiba menghampiri saya dari belakang sebelum menutup mulut menggunakan tapak tangan.

“Saya cuba meronta bagi melepaskan diri sebelum bergelut dengan mereka. Dalam keadaan cemas itu , saya mengalami kecederaan di muka akibat dipukul mereka,” katanya.

Beliau berkata, seorang daripada mereka kemudian masuk ke dalam keretanya yang berada di kawasan parkir.
“Selepas mengambil apa yang dihajati, lelaki itu terus meninggalkan saya.

“Sebaik dilepaskan, saya kemudian menjerit meminta pertolongan. Mujur rakan serumah ada ketika itu dan dia membantu saya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam,” katanya.

Menurutnya, akibat rompakan itu dia kehilangan kamera digital, pasport dan wang tunai RM600.

“Ketika membuat laporan saya turut diberitahu kejadian ini bukan kali pertama sebaliknya sebelum ini kejadian sama berlaku di Seksyen 17 menggunakan modus operandi sama,” katanya.




Macam @#$%^*^%$# betul penjenayah zaman sekarang!!!

Terus aku terfikir whether diorang aim orang yang nampak fragile as a victim.
Kalo dulu aku drive memang ala-ala keje-menyumpah-pemandu-slow-kat-depan, tapi sejak dah sarat ni, aku memang super-berhemah betul. Kaki letak kat pedal minyak tu pun lemah gemalai jer.

Sekarang aku terfikir pulak... kalo musibat-musibat tu nampak preggy ladies, harus dia lagi suka nak attack. Senang!

Hmmm... maybe aku kena buat muka ketat la kot sambil drive, supaya tak nampak macam wanita lemah macam Natasya (drama si Fasha Sandha dulu).

Errr... atau aku kena gantung yellow tag dalam keta yang selalu macam ni tu...

jadi...
Hehehe... Kan orang mengandung, kalo mati, jadi kuntilanak!!! Hiiiihiiiihiiiii


p/s:
Sori yer, komen untuk entry semalam terhilang. Huhu...
Kalo rajin, komen la balik :P Aku kan sentimental

Monday, December 27, 2010

Picking the right wedding song




Standardlah... cuti sekolah ni ramai yang berkenduri kawen. Weekend kelmarin, I had 2 invitations, but I attended only one.

Aku tak nak la bebel bab makanan, perhiasan dewan atau door gifts, sebab bagi aku... itu semua dah yang terbaik daripada pihak pengantin. Cuma satu je yang aku nak tergelak... Part DJ yang syok sendiri.

Tak dinafikanlah kalo majlis senyap sunyi takde lagu/iringan nasyid, tak meriah pulak. Tapi, DJ kenduri kawin kena la tengok-tengok gak lagu apa yang dipasang.

Masa aku dok menjamu perut kelmarin, tiba-tiba dipasang lagu Kuda Hitam...

Kalaulah naik kuda hitam
Lari kencang nafas pun panjang

Kalaulah punya pacar hitam
Walau hari panas, senyum senang...

Nak kata pengantin lelaki/pompuan tu hitam, tidak le jugak. Tapi dah takde lagu lain ke? Ooo... layan dangdut kot.

Then, kuar lagu Maher Zain. Ohh..fenomena Maher Zain la katakan.

Abis mood jiwang, tetiba lagu D'lloyds- Cinta Hampa berkumandang...

Bila kau lihat pemuda yang lebih gaya
Cintamu pun segera berpindah kepadanya
Tapi biarlah kau cari yang lain

Kan kau buat sebagai korban cinta palsu hampa

Nanti disuatu masa kau juga kan merasa

Betapa sedihnya hati kecewa kerana cinta


Hohh?!! Terus aku bisik kat MrHubby "Apa kes ni pasang lagu putus hati macam ni? Ni la masalahnye kalo DJ berumur, syok sendiri."

The next song was Biru Mata Hitamku (Wings). Ish..krisis identiti sungguh DJ nih.



Masa wedding sorg lagi kawan aku tengah tahun aritu, cenggitu gak. Kot ye pun minat giler dengan band Indon, agak-agak la pilih lagu. Ini tidak... dipasangnya Kekasih Gelapku-Ungu.



Hmmm... Terus aku tingat wedding sorang kawan MrHubby (few mths ago). Si Abangnye pernah buat album dulu, tapi tak laku. So, masa majlis adik dia tu, dia sorang la yang pulun nyanyi, tak lepas-lepas mikrofon (ala-ala lepas gian gitu) :P
Lepas lagu BM, lagu English... Then lagu Jawa, lagu Jepun (cewah..nak tunjuk terer byk bahasa la tu! kekeke).
Yang bestnya, bila aku lalu nak balik tu, saja le aku hala kamera nak snap gambar si syok sendiri menyanyi, dia siap bagi pose baekkk punyaa!!! Tersengih-sengih aku tahan nak gelak.

(gambar tu xleh la upload kat sini.hehe)


Kalo aku la kan... aku nak lagu Everyday I Love You atau lagu Keabadian Cinta la.
Sayangnya, masa aku kawin dulu, meriah dengan bunyi hujan lebat kat luar.


p/s:
Ada tak yang pasang lagu Tenda Biru masa kawin ye?!! :P

Sunday, December 26, 2010

Not all Santa Claus are the same



MrHubby : Nape diorang sibuk-sibuk buat deco dengan 'snow' untuk Christmas ye? Macam la Christmas tu asal dari North Pole/South Pole je.

Me: Ntahnye. Kalo deco dgn Santa Clause tu, logik la... bcoz it's one of the components dalam Christmas kan?

MrHubby : ...

Me: Tapi tak semua Santa pakai baju macam tu tau.

MrHubby : Ye ke?


Me: A'ah.. Kat Aussie kan Christmas masa summer. Banyak cantik dia nak pakai tebal-tebal.

MrHubby: So, dia pakai shorts la ye?

Me: A'ah... Janggut pun kalo tampal, longar-longgar je. Panas! :P


T'was amongst the funny things I observed @ Aussie dulu. Aku je terlupa nak ajak Santa berseluar pendek bergambar dengan aku. Hahaha.


p/s:
Dalam keghairahan aku hantar XMas card last fortnight, semalam baru aku tingat... aku terlupa hantar kat Mary (my godmother) and my crush :P Kira halal la.

500 blog



Aku rasa ramai yang kenal or at least pernah dengar nama Ben Ashaari. Ni dia tengah buat pencarian 500 blog dalam masa 24 jam.

Pls click the banner for further info.

About myself

Si chatty yang kena kurangkan bercakap sebab dah terlalu banyak membebel kat students, so blog is the alternative. Selalu mengaku umur 18tahun, walaupun terang-terang tidak. Sebabnya? Aku hanya berpegang pada 1 prinsip je. Hehe (prinsip mana boleh ubah-ubah) :P


Nape jadi blogger?
Dah tagline pun 'Isabelle...frankly'... So, banyak yang diblog adalah pasal apa yang aku experience/observe, benda-benda lawak keliling aku, pendapat peribadi aku, etc.
Not to mention la untuk networking dengan kengkawan cyber. Cool wei, dapat tegur dan share pendapat dengan orang asing macam dah kenal lama jer...


Dah la tu, Citer banyak pun tak guna, kang orang meluat pulak. Keh keh keh


Saturday, December 25, 2010

A to Z

***A to Z***



A - AVAILABLE: Married but available. Hahaha. Err.. MrHubby baca tak entry ni? :P

B - BIRTHDAY: 26th Feb
(sama bulan dgn Abg Nuar Centaku)


C - CRUSHING ON: Ehehe. Sudah terang lagi bersuluh. Abg Anuar Zing ler.

D - DRINK YOU LAST HAD:
Iced Milo & Iced Tea kedai mamak (ye, aku tamak, semua nak)

E - EASIEST PERSON TO TALK TO: MrHubby and very-very close friends

F - FAVORITE SONG AT THE MOMENT:
Ku Berjanji Karna Cinta (ish..awat kuat sangat pengaruh Centaku itu? Gara-gara ASK2010 semalam la nih)

H - HOMETOWN: Pearl of d Orient



I - IN LOVE WITH JUSTIN BIEBER: Tak heran la muka budak tak baligh tu. Macam pompuan!

J - JUGGLE:
Career and mama-hood

K - KILLED SOMEONE: Bagus gak kalo dpt buat ni. List dah lama ada.

L - LONGEST CAR RIDE: Penang-S.Alam-Endau (ni kes balik Penang, x bagitau MIL la ni. Sekali ada kematian..hah. Padan muka kena drrive double jauh).

M- MILKSHAKE FLAVOR: Vanilla or others (but not choc!)

N - NUMBER OF SIBLINGS: 5

O - ONE WISH: To ask for more wishes. Hehehe. Ngelat.

P - PERSON YOU CALLED LAST: (sat nak check hp)... From 012- called myself sebab cari hp tak jumpa utk jwb soalan ni. From 019, called Winie.


R- REASON TO SMILE: Tengok cheeky Lil Adam (tak jadi nak marah), bila MrHubby membuat tarian 'hoyeh2 awindewek' :P

S - SONG YOU LAST HEARD:
Lagu Dora the Explorer (baru je abis kat TV)

T - TIME YOU WOKE UP: Biasanya ngam-ngam la sempat solat Subuh. Jarang bangun lambat, bangun awal sangat pun jarang.

U - UNDERWEAR COLOR: Aisey..kena selak pulak. Ooo... putih. Aku boleh argue dengan MrHubby kata bukan aku punya, tapi jauh beza sangat kalo nak kata dia punya atau Lil Adam punya (kes baru keluar dari simpanan) :P

V - VEGETABLE: Mmmmbekkk... Aku suka almost semua vege, exc bittergourd. Kalo makanan x sedap, aku masih boleh abiskan dengan syarat ada sayur melimpah ruah

W - WORST HABIT: Bad tempered, simply bcoz I want everything to be in place.



X - X-RAYS YOU'VE HAD MOST RECENTLY:
Hushh..lama dah ni. Last 4yrs.

Y - YOYOS ARE: toys for those yang reti main je.

Z - ZODIAC SIGN: Pisces.




Friday, December 24, 2010

Artis jadi duta produk


Jaman sekarang ni dah banyak sangat produk amik artis jadi duta... Tak kira la produk makanan ke, pelangsingan ke, kecantikan ke... u name it. Mesti ada terselit sorang dua artis.

Yang aku nak tergelak dulu masa tengok Raja Azura (KE) jadi duta Keepslim. Punya la Photoshop bagi nampak kurus, sedangkan hakikatnya...errr...
Last-last DrHanie gak jadi pengganti (yay!)


InnerShine dengar katanya baru-baru ni amik Maya Karin jadi duta. Haih... aku rasa tiap kali lalu Fed Hiway tu aku pun tak cukup kenal lagi bebudak AF yang jadi model produk tu...Adira, dengan sapa ntah. Tau-tau je dah ada yang baru (ke penambahan ekk?).

Tapi produk Brand's ni memang asyik sapu bebudak AF je. Shahir la, Hafiz la, Akim la, Aril la...
Pendek kata, dia nak emphasize kot, kalo amik produk Chicken Essence tu boleh bertenaga dan suara power macam bebudak tu.

Garnier pulak dengan Lisa Surihani dan Heliza AF si mata bulat itu. Sebelum tu, Fasha Sandha la kan?

Maybelline dulu dengan Sitikus, then Fasha Sandha. Sekarang ni dengan Liyana Jasmay pulak.

Cuma aku wonder...
Betul ke diorang ni menggunakan produk tu sebelum dilantik jadi duta?
Ada yang dah dilantik, baru try guna ke?
Ke ada yang dah dilantik pun, tak guna jugak produk tu... sebab jaga kelas.

Safi Rania pernah amik Amy Mastura kalo x silap.
Safi Balqis: Lepas Dynaz, diorang amik Shila (anak ND Lala)

Farah AF dilantik jadi duta Syahirah, dan Ezlynn jadi duta Syurah.

Rozita Che Wan jadi duta One Drop Perfume.
Lagi la aku juling biji mata memikirkan... nak ke dia pakai perfume tu kalau selama jadi stewardess dulu dah biasa dengan perfume mahal-mahal?

Makcik bulu mata unta ni jugak kan jadi duta Avon.
Ada orang pernah bagitau aku, masa nak disolekkan untuk iklan Avon tu, dia demand kat makeup artist untuk guna mekap mahal (MAC ke hapantah).


Memang dia banyak menggayakan Avon Jewellery, tapi rasanya untuk barang mekap (lipstick, etc) pun ada muka dia gak.


Maka semak la kepala si makeup artist tu nak mix&match kaler yang ada supaya nampak seakan-akan guna produk Avon jugak. Haihh...

Tak tau la sejauh mana kebenarannya....

Korang ada gak ke terpedaya (dengan penampilan artis yang jadi mana-mana duta) untuk beli any products?

p/s:
Tetiba teringat iklan bedak talkum Chrissie lama dulu (1999 onwards). Masa tu penampilan awal Rita Rudaini... Sepanjang iklan tu, ada la dalam 10x dia sebut "Chrissie...mmm.. wangi..."
Ada sesapa ingat iklan tu? Kekekeke


Mungkinkan bersama 2 jiwa ini



...how i wish...

Thursday, December 23, 2010

How Dinosaurs Really Got Extinct



Sapa kata dinosaur pupus pasal global warming?
Sapa kata dinosaur pupus pasal lawan dengan Ultraman?

Kalo tak kerana melayan anak bujang kesayangan aku tengok klip pasal dinosaur, aku pun tak tau jawapannye.
Hilarious! Hehehe.




90 days- lamanyeeee....

It's a very lazy day... dengan hujan pagi-pagi. Memang semua jadi slow :P
Kalo sampai malam ni macam ni kan bagus...maklumlahhh..malam Ssss..ssumaaat! :P

Such a shame I had to cancel the first date with Bibier Karim today :(

At the fac, aku rasa aku la WANITA PALING SOPAN SANTUN at the moment.
Berjalan dengan kelajuan 0.5m/s, sedangkan dulu aku berjalan memang x jejak tanah (eh, tu bunyi mcm hantu pulak!). I mean, dulu aku jalan macam ribut.

So, bila orang tegur dan sembang pasal the beauty of the 90-day maternity leave, I have started to develop this worry.
APA AKU NAK BUAT YE?
(dulu cuti 60 hari tu pun aku naik biol tak tau nak watpe)


I better start planning the activities for my loooonggg maternity leave soon.
So far, in my list... aku cuma ada...

  • Nak khatam Desperate Housewives (Season 7) -Mamapasha, simpan utk aku ya?:P
  • Blogging actively (aku akan try cari topik yang bukan psl berpantang semata-mata) -TQ aidaikmal)
  • Reading?!? Aiyooo...so not-me lah! But still have to.

Tolong bagi cadangan sikit.
Kang kalo takde aktiviti, aku asyik makan pulak... Hehehe.

Wednesday, December 22, 2010

Yuzu and Pastis, The Gardens

Ingat lagi aritu aku tanya tempat best untuk ngeteh/ngopi? (read here).
Thanks so much for the suggestions.

Tapi last minute, MrHubby rasa macam nak makan lunch terus, so we had to opt for a place with heavy meals :P

Kaedahnya senang je.
I called my godparents, and let them decide nak makan apa dan katne. It was for PakNgah's birthday the following day tu, actually. 2ndly, aku saja gatal nak makan dengan diorang before aku bersalin.

So, we ended up going to the Yuzu Japanese Restaurant, the Gardens (dekat2 Isetan). Aku agak jakun pegi situ sebab baru kali ke-2 rasanya aku jejak the Gardens. Ni semua gara-gara laki bini tak suka crowds :P




There are lotsa Japanese restaurant there, actually. So, aku pun ikut je la what have been decided.

We had ishiyaki goya (erkkk... bittergourd?) and my fav edamame as appetizers.


An unagi set for myself. Ikut hati yang gatal ni, nak je aku balun fish roe dengan raw salmon, tapi..err... berkorban la demi baby (macam tak percaya ekk, aku 'kuat iman' mcm tu)


muka orang tamak tapi kuat iman :P



MakNgah, with her sakana set.


...and PakNgah with his cod fish... apakenama-ntah meal nye. (muka PakNgah ada ala-ala...apa nama..Tun Mahathir tak? kekekeke)



MrHubby shared his bento with Lil Adam.


Lil Adam ni nama je Ultraman dari Jepun, tapi tak berapa nak makan. Dah jemu kot! :P So, dia bedal tempura (oh..tidak, terpaksa korbankan udang aku)... dengan watermelon jer.



We had a great time chit-chatting. Banyak topik la keluar.

And after that, kitorang turun untuk coffee pulak kat Pastis.

Memang bagi aku juling bijik mata betul. Well, tantalizing my tastebuds kan... takde istilah kenyang punye!

Photo-0018 Photo-0017

Coffee for the guys.
And Pearl of the Orient tea for the ladies (laa... MrHubby tak amik gmbr tea rupanya).

And this stack of desserts..ehehe. I loike!
But I wished... I had the oozing Chocolate Lava Cake with Ice Cream la (demand la pulak.)



Mana aku nak cari ekkk? Kalo tak dapat, harus la aku kena buat sendiri pulak. Adoiyaiiii

Berkhatan lelaki dan pompuan



"Hihihihi... nanti Mama cut Adam's bird!!!" macam tu la selalu aku usik Lil Adam.

Mengekek-ngekek dia gelak sambil tutup 'di situ' sambil balas..."No, Mama potom onion, Adam cut the paper." (ikut dia la, kadang sebut cut, kadang sebut 'potom')


Mana-mana pun pilihan anda....

  • Berkhatan (sebab bahagian yang terlibat tu adalah khitan)
  • Bersunat (Melayu je guna terms ni rasanya)
  • Potong (ini terms dalam bahasa slanga/percakapan seharian la ni, esp. dengan non-Muslims) e.g. "Aiyaaa... u belum potong aaa?"

sebenarnya bendanya sama je. Semua pun tau lah kan?
Orang kampung aku sebut 'circumcise' je. Kekeke.

Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda:
“Khitan itu sunnah buat lelaki dan memuliakan buat wanita.”
(Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Recently Tifa pun ada blog pasal umur yang sesuai untuk berkhatan ni.
Aku tak pasti la ramai tak yang tau kita memang boleh sunatkan anak lelaki masa diorang masih baby.
Orang kata, senang jaga. Ye la..baby kan?
Tak risau bentan kalo dia lasak-lasak masa dah umur bebudak.
Tak jenuh kena berpantang makan (walaupun dalam seminggu je).

As for berkhatan for girls, aku pernah tengok masa keje kat klinik bersalin dulu...memang sikit seco'et jer. Tapi klinik tu takde servis untuk budak/baby lelaki.



Bila bincang dengan MrHubby, we agreed to let Lil Adam experience the normal childhood. Tiba masanya, umur budak-budak (janji sebelum baligh la), baru nak disunatkan.
Apa nak dikecohkan budak tu membawa 'najis' ke apa ke. Biar dia rasa macamana sakit tu (eleh..sikit je pun).
Dan yang paling penting, biar dia faham tujuan sebenar bersunat tu, daripada sedar-sedar je dia dah 'bersih'.


Zaman sekarang, bukan nak kena berendam dalam sungai, diarak dan duduk atas batang pisang pun. Luka pun dalam beberapa hari, dah boleh baik. Tak payah gerun-gerun dengan Tok Mudim.

Elehhh... lagipun masa sekolah rendah tu, takkan dia nak tunjuk bird dia kat kawan-kawan sambil cakap "Tengok..aku punya dah potong!!!" (dengan berlagaknye).

Anak sorang kawan tu (umur 7tahun) baru jer bersunat. Ingatkan dia takut giler, sampai kena umpan macam-macam dek atuknya.
Sekali dah lepas potong, dia cakap "Alaaa... tak sakit pun! Tadi tu abang saja je nak gempaq Atuk."


Korang pulak... ada yang plan nak sunatkan anak korang awal ke?

Tuesday, December 21, 2010

Jenis handbag dan personaliti tuan punya


Rasanya macam dah lama aku tak beli henbeg untuk diri sendiri (rasanya la..ehehe). Sebenarnya henbeg hadiah daripada MrHubby aritu masih elok lagi, dan kalo dah membeli sendiri pun, main borong selambak.

Meh kita kaji... jenis henbeg dan personaliti tuan henbeg tu...
Kali ni siap dengan ulasan dan nasihat pakar perunding lagi, Isabelle Norell (woh! nape nama itu kedengaran macam pinggan mangkuk Corelle je?)


Henbeg besar
Orang yang praktikal. Semua boleh sumbat dalam beg tu. Botol susu anak, hand towel, pen/buku, stapler, gunting.... Confirm takde barang tertinggal.
Tapi kalo badan tu kecik/petite, toksah la gatal nak bawa beg besar (nampak macam beg tu pulak yang bawak tuan). Dan jangan sentap kalo ada orang tegur "U nak balik kampung ke ni?"


Henbeg kecik

Orang yang bawak henbeg kecik ni bajet comel la konon. Tapi macam kurang bijak pun ada, sebab kalo ada benda-benda penting yang lain, kena bawak lagi beg tambahan.
Dah lama aku tak feeling remaja dengan henbeg kecik yang muat-muat letak purse dgn bedak/lipstick jer (walaupun aku masih remaja). Hahaha.


Beg silang (Sling bag)
Yang ni memang praktikal sesangat, sampai peragut makan hati la. Nak ragut, susah. Terpaksa heret badan tuan punya beg sekali. Kalo set-set Adibah Nor, haaa... kau telan liur je la.
Kalo wkend, biasanya aku bawak sling bag jer.


Beg kepit celah ketiak
Fuh... retro sungguh! Orang yang bawak beg camni musti dipengaruhi oleh mak dia dulu. Pi market je rapat kat ketiak, pi majlis ala-ala Anugerah Bintang Popular pun dok kat ketiak.
Tiba-tiba aku terbayangkan kisah riwayat "Aku sebuah beg kepit celah ketiak." Hahaha. Mesti ending nya "... dan aku mati akibat tidak tahan lagi menghidu gas beracun sepanjang hidupku..."


Beg Plastik
Haaa.. yang ni bagus orangnya. Mesra poket.
Tapi aku gerenti orang jeling tajam dengaan maksud "Amboi..sengkek sangat ke minah ni. Pakai baju kemain lawa, tapi bawak beg plastik je."

Lagipun kureng mesra alam dan kurang mesra baby la. Eheks!




Okay..okay... kita ke tips yang serius sikit la.

Henbeg besar yang ada banyak poket, ada logo besi Channel/Guess palsu atau ropol-ropol yang overdone hendaklah dielakkan, esp. bagi orang yang berbadan besar. Nampak macam 'bulky items' weiii :P


Henbeg kecil/clutch yang ada deco bling-bling sampai silau bijik mata orang hanya sesuai untuk majlis malam, dengan pakaian yang sesuai/elegan. Jangan sesekali pakai T-shirt/jeans dan bawak clutch ke kedai mamak.

alololo..comelnya...


Kalo ke ofis, elok la pilih beg yang sederhana, sebaiknya beg kulit. Nampak serius dan profesional. Nak nak yang kaler hitam, beige atau brown.


Kalo jenis yang suka kaler-kaler 'mambrang' (bright) macam shocking pink, kuning kunyit atau hijau serindit... elok la guna masa santai je.
Tapi kalo bright red macam ni, mmg pojaan aku la. Err... sesuai dibuat hadiah bersalin ni. *hint hint* Ehehe


Kalo perlu bawak banyak fail/dokumen, jangan la perasan ayu pegang kat tangan. Tu bajet kalo ada orang terlanggar, kertas berterabur kat tangga, boleh berkenalan dengan mamat hensem la tu?! Bawa je dalam beg dokumen- kemas dan senang!


Nuffnang ads

My Heartbeat