Dalam pada aku dok tergelak-gelak baca
25 random facts Jiji, sudahnya... aku pun kena tag ropanya. Terus berhenti gelak dan tepuk dahi.
Dan baru je aku dok karang sambil pikir nak tulis apa lagi, ropanya
DrHanie pun dah tag aku. Argghhhh..tidakkk!!!
Random fact #1: Tingin derma darah, tapi x pernah qualifiedBaca betul-betul. Aku tak takut nak derma darah, tapi tiap kali nak derma, mesti aku tak lepas minimum weight, 45kg. Dulu masa Form 1 - Form 5, berat aku 48kg (makan byk dgn konsisten kat hostel), tapi masa tu below 18, pun x cukup syarat.
Kalo masa berat aku 46 onwards tu, aku pregnant pulak. Maka punahlah harapan aku untuk buat good deeds walaupun aku ni universal donor (O +ve).
Ada sekali tu siap kantoi dengan nurse yang check masa aku timbang berat, sebab aku dok galas beg..Huhu
Random fact #2: Suka hiris tumit kakiDah tumit, kaki lagi. Mana ada tumit dahi atau tumit tangan kan?
Ni aku dah pernah mention dulu. Mula-mula aku buat, mesti kena tegur. Ada yang ngeri tengok. Diorang tak faham, aku hiris tu sebab aku rasa ada benda dalam tumit aku. Aku puas hati kalo berdarah sekalipun, asalkan bila aku pijak lantai, rasa sakit sikit kat situ. Konon 'padan muka' la kat benda kat dalam tu.
Sekian lama aku berhajat nak pi operate/korek tengok apa ada kat dalam tu.. tapi kalo Dr tanya, mesti dia kata aku gila sebab aku 'just rasa macam' ada benda.
Random fact #3: Pernah main tembak je DrM tu PM ke-3Ni berlaku masa interview untuk jadi prefect masa darjah 5. Aku ni mana la peduli pasal politik, esp. yang melibatkan sejarah. Maka bila ditanya DrM tu PM yang keberapa, aku pun hantam sajalah Labuuuu... simply bcoz aku suka no.3.
Walaupun jawapan aku bongok, aku tetap dapat jadi prefect. Hahaha
Random fact #4: Hanya 3 jenis buluOf all types of hair (rerambut/bulu), aku hanya suka bulu mata, bulu kening dan rambut. Yang tumbuh di bahagian lain tu tidaklah aku favour walaupun setiap bulu tu ada fungsinya tersendiri (sib baik aku bukan jenis berbulu lebat).

Bulu mata tu pulak, aku sangat obses untuk melentikkan ke'kepam'annya. Dan kalo tak pakai eyeliner, I believe aku nampak macam orang sakit.
Pernah aku guna pen untuk ganti eyeliner, sebab aku terlupa pakai dan tak bawak dalam henbeg. Hahaha.
Random fact #5: Tak senang duduk kalo tak solat lagiBukan la aku baik sangat, tapi hati aku rasa tak tenang kalo tak solat lagi. Rasa macam berhutang dengan Tuhan (memang la kan).
Lagi satu, aku cukup pantang kalo tetamu yang datang stay kat umah aku tak solat. Sebab aku dah sediakan telekung kat guest room dan bilik solat. Apatah lagi kalo yang jantan, tak payah nak kata kau tak solat sebab takde telekung. Aku sepak karang! Nak bawak bala, jangan kat umah aku.
Random fact #6: Kemahiran menipu aku adalah C-Rasanya it's simply bcoz aku malas nak tanggung dosa bodo2, sampaikan bila boyfrens lain nak approach dulu, aku mesti bgtau aku dah ada bf. So kalo diorg masih gatal gak nak couple ke berkenalan ke, it's up to them.
Tapi standard la kan, kalo hal-hal lain aku jadi telus ni, ada orang yang menanah telinga la sebab terpaksa telan ayat-ayat aku yang dah terang2 betul.
Random fact #7: Dengki kalo nampak pompuan lebih tinggiSuper-lawa macamana pun aku x kesah, tapi tolong la jangan tinggi drp aku. Aku cukup jaki. Hahaha.
Memandangkan average wanita zaman sekarang (of about my age) kebanyakannya kategori 'lebih rendang' daripada aku (165cm), dah tentu la kalo ada yang tinggi lampai lalu tepi aku, aku akan pandang dengan muka tak puas hati sambil membebel "Ishhh... camna dia ni boleh tinggi drp aku? Hampeh betul..."

dalam ramai2 ni, sapa paling tinggi?
Random fact #8: Masa paling indah dalam hidup adalah masa umur 25tahunMost people rasa chilchood is memorable, tapi aku dah besar gajah..eh, beruang... baru rasa hidup best. And the best one is masa aku umur 25. Malas citer la kan, tapi segala keindahan berlaku masa tu. Kweng3.
Alamak. Kantoi pulak... aku kan baru umur 18. Teeeheee
Random fact #9: Toilet yang samaTak kira la tempat karaoke ke, toilet kat tempat keje ke, tempat kursus ke.... kalo seminggu berkursus kat satu2 tenpat tu, seminggu tu la aku masuk toilet cubicle tu, selagi tak terdesak (tau la mak buyung bukan boleh nak 'hold lama-lama sgt).
Tapi korang jangan tak tau, aku pernah sekali tersalah masuk toilet lelaki. Apa lagi? Buat-buat muka macho la.. Hahaha
Random fact #10: Kuat ingatan tak bertempatAku boleh ingat nama orang siap dengan bin/binti dia... walaupun kawan2 yang aku kenal sejak primary school. Kadang2 tu siap dengan birthday diorang pun aku ingat. Ada yang terharu kalo aku wish diorang, tapi MrHubby kata daya ingatan aku tu memang ganaz.
Tapi dah masuk 'remaja' ni, takde lak aku nak ingat benda2 ilmiah yang patut aku ingat. e.g. Fakta-fakta dari journals yang aku baca. Dushhh...dushhh...(dah banyak dosa sangat kot)
Random fact #11: Kuat melantak tapi hardly gain weightTak payah tunggu preggy, aku makan memang banyak macam 'tak harus dibawak ke majlis'. Hahaha. Silap besar la kalo ada yang nak cabar aku abiskan portion makanan yang orang biasa takleh abiskan sorang2.
The best part is, despite the gluttony, nak naik sekilo pun susah. BMI aku tak pernah normal. Masa preggy ni, standard la kan... "baby yang makan." :P
Dan sebab tabiat makan-apa-saja ni jugak la aku jadi penternak kolesterol yang agak berjaya.
Random fact #12: Rabun sejak Standard 5Dah lama tak merasa nikmat melihat dunia dengan terang tanpa glasses/lenses. Tapi aku tak pakai la lens kaler brown/purple/kaler pelik2 tu esp. kalo muka tak mampan. Kang jadi macam sorang hamba Allah tu, nampak huduh sangat. (Kesian dia, dia ingat nampak lawa kot.)
Tingin nak buat LASIK, tapi kalo dah asyik excused by pregnancy and Bfeeding, ntah bila la baru tercapai.
Random fact #13: Minah tudung pesyen-pesyen Selalu orang tegur aku tentang cara aku lilit tudung. Kat tempat keje, tempat kursus... dan ntah mana-mana lagi. Kalo tak kerana Malaysia ni panas, ntah dan macam2 pesyen lagi aku buat. Sampai 3,4lapis gamaknya.
Aku taklah sampai tahap trend-setter dan bukanlah yang paling lawa pun, tapi part yang ada orang obviously pakai sebijik sama dengan style aku dulu tu, tak tau lah nak kata apa. Aku ni idola la kot (sila makan hati).
Random fact #14: Favourite? No, thanks.MrHubby & I memang tak hingin langsung jadi favourite menantu, tapi aku rasa la kan... MIL memang sayang kat aku pun. Hehehe. (biras aku ada baca tak blog ni ha?). Okaylah, to be safe, kategori menantu pompuan, aku rasa menang kat aku la walaupun aku ni jenis mulut tak tapis,. Hahaha. Maybe sebab aku kuat menyakat dia kot.

Bila aku call, FIL akan panggil MIL "Oiiii...ni menantu kesayangan awak ni telipon oiii..."
Random fact #15: Rambut yang sangat licin dan lembutNi bukan ayat 'masuk-lif-tekan-sendiri' ekk? All hairdressers dan mak andam aku dulu komen benda yang sama. It's not always a good thing sebab rambut tu akan jadi ketegaq, taknak ikut style yang aku buat (e.g. blowdry for big waves ada la 3,4 jam je bertahan).
Korang bayangkanlah, masa rambut paras pinggang dulu pun, x gerenti boleh buat sanggul sebab hujung rambut tu kena ada 'ekor' to lock the sanggul. Mak andam yang konfiden tengok rambut aku boleh dibuat hair bun, tiba-tiba cuak takut takleh buat pesyen yang aku nak, siap dia tanya "Awak cuci rambut ke pagi tadi?"
And in case u are wondering, yes... aku memang pernah gak kaler/highlight rambut segala, dan pernah ada masalah rambut berbuah.
Random fact #16: Hantu teddybear & topiDari sekecik-kecik jari, sampai sebesar-besar budak sekolah, aku punya teddybear collection tu sekarang dok dalam kotak je la. Sayang nak bagi kat orang, tapi takkan nak bagi Lil Adam main teddybear lak kan? Kang dia berjiwa lembut sangat, nahas pulak aku.
Aku pernah buat
entry pasal koleksi topi ni. Ntah bila, tau2 je topi aku dah berlambak, but again.. kat Malaysia ni, bukan semua jenis topi sesuai dipakai. Duh!
Random fact #17: Ikan masak singgangBukan... tu bukan fav. aku, tapi itu adalah dish pertama yang aku masak untuk hsemates masa dok umah sewa dulu (ada turn memasak). Cuak punya pasal, aku siap angkut 3org kwn datang umah untuk tlong aku masak singgang tu. Hahaha. Kecoh la lu, minah.

Anyway, terer atau tak aku memasak arini... does not owe to anybody.
Random fact #18: Tido dalam apa jua keadaanMemang sedap kalo tido dalam aircond, tapi bagi aku kalo tengah penat tu... aku boleh tido hatta dalam super-kepanasan sekalipun. Membongkang atas katil sorang-sorang ke, bersesak-sesak dalam bas mini ke, aku boleh terlentok-lentok layan tido. Tak main lah kontrol-kontrol ayu ni!
Random fact #19: Peluan keemasanSejak kecil, aku banyak terlepas peluang keemasan. Masa tadika, budak-budak baru pandai mengenal huruf, aku dah pandai baca buku BM/English, dah pandai baca & tulis tulisan jawi. Masa sekolah rendah, bakat terpendam aku jadi bakat terendam. Bosan oo belajar benda yang kita dah tau! Dah la masa tu takde 'lompat-kelas', kalo tidak, takde la aku buang umur.
Di sekolah menengah pun, aku tak dapat maximize kebolehan aku sebab hmmm..malas nak cakap la. Aku terlepas scholarship drp 1 bank hanya kerana sekolah takde simpan data/gambar passport aku (apedaaa!!).
Masa kat uni, aku terlepas dapat ANC hanya kerana 1 semester aku miss Anugerah Dekan (sikit je lagi nak dt 3.5)... dan hmm.. banyak lagi la.
So, masa aku jumpa MrBoyfren dulu, aku taknak terlepas peluang keemasan lagi. Maka aku telah ngorat dia. Pedulik hapa orang nak kata, janji aku tak nyesal seumur hidup! Kehkehkeh.
Random fact #20:Kawin terlambatMarried at the age of 26, aku kira terlambat la tu... simply sebab aku punya target dulu adalah 21, 23 atau 25. Sekali... adik aku (Ina) kata "Hang ni, jangankan umur maksimum, dah terlebih daripada target pun, baru nak menikah..."
Itu target aku je, at least takde la by 25 tu baru dok terhegeh-hegeh cari pasangan yang tak tentu lagi boleh commit tak. Err... ada sesapa lagi yang terlepas target macam aku?
Random fact #21: Sweet 18 foreverSemua students menanah telinga dengar aku mengaku umur aku 18. Tiap-tiap tahun ditanya pun, umur aku 18.
Ada yang tak nak kalah, akan ngaku diorang 17. Tapi aku tetap 18, sebab 17 tu kira under-aged la pulak :P
So apa yang faktanya kat sini? Faktanya... Aku berpegang pada satu prinsip. Prinsip kan.. mana boleh tukar-tukar. Hahaha.
Random fact #22: Hidup tanpa hutangYezza... sungguh bahagia hidup tanpa hutang. Kad kredit pun aku bayar penuh every month, sebab aku tak suka bayar interest. Hahaha.
Memang aku patut pakai debit card je, tapi kat negara ni, bukan semua tempat leh guna debit card pun.
MrHubby cakap "Sayang ni memang takleh berniaga la. Bla...bla... the power of buying...bla...blaa.."
Aku angguk je la. Janji hati aku senang, dan orang tak umpat aku.
Random fact #23: Appreciate virtual friendshipMaybe ada yang anggap benda ni biasa je. As a matter of fact, I realize kawan-kawan blog atau yg kenal one-off ni 'lebih dekat'. Kurang dengki khianat, lebih kerap update perkembangan aku, lebih caring (korang ngaku tak?).
Contohnya, kalo aku tengah down/marah... korang akan bagi nasihat. Dan korang lebih banyak update tentang perkembangan aku.
Sebab tu la aku harap followers/readers aku come to surface. I really appreciate u, guys. Renti-rentikanlah tabiat malu tenuk tu. Yang jadi stalker tu, tak yah la desperate sgt dok update pasal hidup aku dalam diam...
Random fact #24: Musical instrumentsHaaa.. jangan tak tau, walaupun aku bukanlah keturunan Kassim Selamat, aku terer main beberapa alat muzik. Takde la main saxophone, violin segala. Tapi aku reti main kastenet, kerincing, kayu tik-tok, loceng, tamborin... Hahahaha.

*dah start merapu nak bagi cukup 25 facts*
Random fact #25: LegaAku lega sebab akhirnya berjaya complete tag ni. Aku memang suka buat tag, tapi banyak sangat, jenuh la...
So, sekarang, aku nak balas dendam kesumat aku lak kat
Bibier Karim
Zeta
Apak Cikidong
Elissmie
*Azni
Heh heh. Buat tau..nanti aku check...
p/s: Mana-mana random facts yang menarik tu, nanti aku citer lagi detail dalam entry yang akan datang.