Korang percaya tak, aku ada hati baekkk punya? :P
Namun begitu (cewah!)... antara niat murni aku yang masih tak kesampaian sampai sekarang adalah...nak derma darah. Bukan sebab aku takut jarum, atau mabuk tengok darah. Bukan! Tapi sebab remeh yang lain.
Aku ni berdarah O +ve, universal donor. Tapi tak dapat berbakti kat orang yang memerlukan. Aku jeles bila tengok orang siap ada rekod dalam buku derma darah. Benci! Benci! Sebab aku dengki tak boleh buat benda yang sama.
Sebab apa tak boleh?
SEBAB TAK CUKUP SYARAT!
According to Malaysia Blood Donors, anda BOLEH menderma jika..
berat badan anda 45 kg atau lebih. haemoglobin anda adalah 12.5 gm% minimum. derma darah terakhir anda sekurang-kurangnya 90 hari sebelum ini. anda sihat dan tidak menderita malaria, tifus atau penyakit berjangkit lain di masa lalu. anda telah makan dan mendapat tidur yang mencukupi. |
Aku tak lepas kat berat badan minimum tu -_-
Lame!
Aku ingat lagi, masa ada kempen derma darah kat Menara SAAS dulu. Aku siap galas beg lagi sambil timbang berat. Sekali nurse tu nampak, dia suruh letak beg. So, bila timbang... dia cakap "Awak ni tak cukup berat ni. Tak payah la derma."
Kecik hati mak, noks!
Aku pernah dengar orang kata, lepas derma darah, berat boleh naik sikit, tu yang aku excited nak berbakti tu. Elehhh...maybe sebab lepas derma tu, diorang bagi makan minum sikit. Itu pun kira naik berat ke?
Anyway... bila dah maju sikit berat aku... (maju pun, setakat 48kg)... aku tetap tak layak. Sebabnya?
Anda TIDAK BOLEH menderma jika anda mempunyai keadaan ini .. |
di bawah rawatan dengan antibiotik atau ubat lain. masalah jantung, hipertensi, epilepsi, diabetes (pada terapi insulin), sejarah kanser, buah pinggang kronik atau penyakit hati, pendarahan kecenderungan, penyakit kelamin dll. pembedahan utama pada 6 bulan terakhir. vaksinasi dalam masa 24 jam terakhir. mengambil minuman beralkohol dalam masa 24 jam terakhir. mengalami serangan pengsan semasa derma terakhir. telah secara teratur menerima rawatan dengan produk-produk darah. berkongsi jarum untuk menyuntikkan dadah / memiliki sejarah ketagihan dadah. mempunyai hubungan seksual dengan rakan kongsi yang berbeza atau dengan individu berisiko tinggi . telah diuji positif untuk antibodi terhadap HIV . mempunyai tatoo, semi-kekal make up atau rawatan kosmetik yang melibatkan kulit menusuk dalam 6 bulan terakhir. mendapat rawatan gigi (ekstraksi, tampalan, pembersihan, pemulihan) * Untuk pembersihan atau tampalan: sampai hari selepas rawatan * Untuk ekstraksi, saluran akar gigi atau pembedahan gigi: 72 jam asalkan ada pemulihan penuh |
Eh..bukan sebab senarai yang tu... sebab yang kat bawah ni... |
Wanita TIDAK BOLEH menderma jika mereka memiliki keadaan ini .. |
mengalami keguguran dalam 6 bulan terakhir telah hamil / menyusui dalam satu tahun terakhir. mereka dapat menderma selepas 6 minggu selepas kelahiran biasa dan ketika mereka tidak menyusui. mereka mengalami menstruasi berat atau kram menstruasi. Again. Tak boleh derma. Lepas bersalin pun, walaupun berat aku dah kembali 48kg... aku masih tak cukup syarat.... sebab aku BREASTFEED Lil Adam dan Lil Adib. Bear in mind, aku BF Lil Adam sampai 2tahun 7 bulan, that is sampai the next pregnancy. So, the cycle goes round and round. Until today. Huhu. Bila aku nak boleh derma |
tak pelah, sekurang-kurangnya niat nak menderma tu dh ada walaupun tak kesampaian.
ReplyDeleteSaya dulu pernah juga menderma darah. Sampai kali keempat je. Sebabnya, darah sendiri pulak yang kurang. Sabar jelah...
akak pernah derma sekali, tu pun sebab teman kawan hehehe, pastu dia yg tak bulah derma. tp buku tu akak tak tau kat ne
ReplyDeleteTak cukup syarat juga nak menderma. Tak cukup berat dgn fully BF ☺☺
ReplyDelete