Dalam ramai-ramai umat Malaysia yang buat PhD kat sini, sembang memang kitorang dah sembang sakan. Tapi kekadang tu, tak tau pun what their PhD is all about.
Aku cuma tau, si polan buat Social Science... si polanah buat bidang Science. Tu pun aku boleh kira je dengan jari yang buat bidang science. Sampaikan bila aku blur je pasal procedures untuk CCSP aritu, aku tak tau nak tanya kat sapa.
So, as an initiative, MyPSA (SA) ada organized the 1st Higher Degree Symposium and Research Day, last Saturday kat UniSA Mawson Lakes. Bukan la formal sangat pun... it's more like a sharing session, to let others know kitorang study tentang apa.
Yours truly menyibuk kat registration counter.
The blokes (some of).
Anep, the President memberi kata-kata aluan.
Then proceed terus dengan Dr Nordin's talk (as a keynote speaker), sebab Dr Jumiati (the Director of Education Malaysia Australia) tak sampai lagi since her flight was cancelled.
The crowd wasn't big.
Aku pun tak faham kenapa masih ada orang reluctant untuk join aktiviti santai ni. Bukan la skema pun, nak kena pakai necktie and suit bagai... Dan siap ada kelonggaran lagi nak present in English or BM.
Dah nama pun sharing session, so tak la sampai kena prepare slides sampai tak tidur malam pun. Cuma suka-suka untuk buka minda tentang ongoing research by kawan-kawan yang sama-sama dari Malaysia. Takde la sekadar ambil tau kawan kita kumpul Corning bunga apa :P
Lepas morning tea, kitorang split kepada dua bilik, untuk bidang Science dan Social Science.
Where I was (Science), Abg Deris was the first to present. Semangat gitu... siap dengan tangan ala-ala aksi cakaran harimau. Ekekeke
Then Fared, Aqilah, Syahr... semua share yang inspiring dan membuatkan masing-masing terlopong "Oooo..."
Anak-anak kat belakang sibuk main gadgets...
...kecuali yang sorang ni. Siap enterfrem masa Papa dia dok syok cerita tentang cara-cara nak ajar robot berfikir logic.
Acecece...muka masing-masing khusyuk le konon.
Walhal, sempat lagi ber-selfie :P
Aku pulak?
Lepas dah dilly-dally bila dah dua kali dipanggil,
bila dengar je DrJumiati dah sampai (dan tengah dengar presentation kat
bilik sebelah), terus berebut turn dengan Arshad. Hahaha.
Kes takut kena tanya soalan pelik-pelik dengan Director EMAS la nih :P
Asfizah pun baik-baik niat nak share secara spontan je tentang study dia (she's still new), terus terbantut niat. Hahaha
Habis semua presentations, solat Zuhur jap... and we gathered to listen to DrJumiati's briefing... tentang extension, the upcoming colloquium in NSW, yada yada.
And a group photo before dismissal.
Salam...
ReplyDeleteWow cantiknya dewan kuliah! Baru ye?...
Sikit sangat orang yang datang..rugi3x..nak jugak tau orang lain buat research ape..hihi
ReplyDeletehehe,..senyum masa presentation ke sebab nak ambil gambar tu Belle? hehe
ReplyDeletei'm really proud of u Is.
ReplyDeletek.dah
your old friend