Bawang kat Adelaide ni saaangat murah. Disebabkan 10kg cuma AUD5 (kadang-kadang boleh jadi lebih murah daripada tu), maka boleh la jadi tamak haloba-loba, terus beli 10kg... walaupun kadang-kadang tu tak habis guna pun.
Bak kata King Istana Hinggap (AbangShibie), "Tak habis kalau... (tauk) buang saja la. Tak rugi pun."
Jangan simpan bawang sekali dengan potatoes supaya tak cepat busuk. So, kena la store asing-asing in a cool, dry place.
Untuk potatoes pulak, to make sure they don't sprout (bertunas tuber macam dah boleh tanam tu), store them with apples.
Baru-baru ni apples kat rumah aku dah abis dimakan oleh Lil Adib, maka potatoes semua telah menjadi macam anak hulk. Hijau-hijau semua -_-
Apples pulak, jangan simpan sama-sama kalau dah ada sebijik yang busuk. If you put them together, alamatnya berjangkitlah kebusukan tu kepada epal-epal lain.
Strawberries kan mahal kat Malaysia. So kalau beli banyak-banyak tu, takut pulak benyek. The tip is... Soak strawberries in vinegar solution (BEFORE keeping them).
Boleh guna white vinegar or apple cider vinegar (ACV), ratio nya 1 cuka ke 10 air. Rendam jap, tos, bilas dan simpan dalam fridge. InsyaAllah tak lembik benyek dan tak tumbuh molds. Jangan direndam pulak!
Masa gi apple and strawberry picking aritu, aku tak bawa balik banyak... so tak sempat nak rendam pun. Tau-tau je dah jadi smoothie, masuk dalam perut.
Pisang kat Aussie ni mahal. Tak macam kat Malaysia. So, kalau beli tu mesti la nak simpan tak nak kasi lebam-lebam. Ahhh... poyo la. Kat Malaysia, tak peduli pun nak makan pisang. Tau-tau dok negara orang pulak gatal nak makan pisang.
Anyway, for a longer lasting bunch of bananas... guna la cling wrap untuk bungkus sikat pisang tu.
One more, disebabkan pisang banyak release ethylene gas... so you should keep them away isolated... cuma jadi tak lawa la bila atas fruit basket ada pisang sebiji-sebiji (instead of sesikat). Nak bawa belayar masa sebiji di atas peti pun tak boleh. Eh.
Tapi elehhh.. kat Adelaide ni, kalau pisang dah benyek pun, takde hal la. Boleh buat kek pisang.
Kat sini, orang kaya je makan cekodok/kek pisang. Hahaha
Untuk salad/ lettuce pulak... use a paper towel letak macam ni, untuk absorb the moisture. Baru la dedaunan tu tak 'lecur' (freezer burn).
Aku selalu ada masalah bila beli broccoli. Kalau tak terus masak, simpan dalam fridge..tak sempat lama mana, dah mula la jadi kuning-kuning.
So try tips ni... bungkus broccoli, celery atau lettuce dalam foil, then baru simpan dalam fridge.
Tomato pulak, kalo korang taknak dia cepat benyek, jangan simpan dalam plastic bags.
Tomato yang tak masak lagi, cer simpan upside down (tertonggeng, bahagian tangkai dia hala ke bawah) dalam paper bags.
Kalau nak bagi cepat ripened, letak la dekat-dekat dengan buah lain (sama macam konsep pisang tadi tu).
Daun bawang pun senang 'lecur' jugak kalo dok dalam fridge. The trick is... keringkan dulu, then freeze them in a plastic bottle.
Herbs yang lemah gemalai sikit...kena simpan dalam plastik dan ikat dengan getah, lepas tu baru simpan dalam fridge.
Tapi kalo pakai herbs yang dari botol tu (dried herbs), tak payah la lorat nak bungkus pulak.Last but not least, make a list of the guide... dan tempek kat fridge.
Jadi tiap kali nak simpan, boleh terus refer. Tak payah la asyik nak kena buka blog aku ni. Hehehe
great tips..nk kena print la ni..kang asyik2 nk kena bukak blog u pulak ehhehe
ReplyDeletekihkihkih...suka suka....great tips.....tempek kat fridge.....
ReplyDeletevery handy. thanks 4 sharing!
ReplyDeleteohhh..ada tips yg baru tau :)
ReplyDelete