Friday, December 24, 2010

Artis jadi duta produk


Jaman sekarang ni dah banyak sangat produk amik artis jadi duta... Tak kira la produk makanan ke, pelangsingan ke, kecantikan ke... u name it. Mesti ada terselit sorang dua artis.

Yang aku nak tergelak dulu masa tengok Raja Azura (KE) jadi duta Keepslim. Punya la Photoshop bagi nampak kurus, sedangkan hakikatnya...errr...
Last-last DrHanie gak jadi pengganti (yay!)


InnerShine dengar katanya baru-baru ni amik Maya Karin jadi duta. Haih... aku rasa tiap kali lalu Fed Hiway tu aku pun tak cukup kenal lagi bebudak AF yang jadi model produk tu...Adira, dengan sapa ntah. Tau-tau je dah ada yang baru (ke penambahan ekk?).

Tapi produk Brand's ni memang asyik sapu bebudak AF je. Shahir la, Hafiz la, Akim la, Aril la...
Pendek kata, dia nak emphasize kot, kalo amik produk Chicken Essence tu boleh bertenaga dan suara power macam bebudak tu.

Garnier pulak dengan Lisa Surihani dan Heliza AF si mata bulat itu. Sebelum tu, Fasha Sandha la kan?

Maybelline dulu dengan Sitikus, then Fasha Sandha. Sekarang ni dengan Liyana Jasmay pulak.

Cuma aku wonder...
Betul ke diorang ni menggunakan produk tu sebelum dilantik jadi duta?
Ada yang dah dilantik, baru try guna ke?
Ke ada yang dah dilantik pun, tak guna jugak produk tu... sebab jaga kelas.

Safi Rania pernah amik Amy Mastura kalo x silap.
Safi Balqis: Lepas Dynaz, diorang amik Shila (anak ND Lala)

Farah AF dilantik jadi duta Syahirah, dan Ezlynn jadi duta Syurah.

Rozita Che Wan jadi duta One Drop Perfume.
Lagi la aku juling biji mata memikirkan... nak ke dia pakai perfume tu kalau selama jadi stewardess dulu dah biasa dengan perfume mahal-mahal?

Makcik bulu mata unta ni jugak kan jadi duta Avon.
Ada orang pernah bagitau aku, masa nak disolekkan untuk iklan Avon tu, dia demand kat makeup artist untuk guna mekap mahal (MAC ke hapantah).


Memang dia banyak menggayakan Avon Jewellery, tapi rasanya untuk barang mekap (lipstick, etc) pun ada muka dia gak.


Maka semak la kepala si makeup artist tu nak mix&match kaler yang ada supaya nampak seakan-akan guna produk Avon jugak. Haihh...

Tak tau la sejauh mana kebenarannya....

Korang ada gak ke terpedaya (dengan penampilan artis yang jadi mana-mana duta) untuk beli any products?

p/s:
Tetiba teringat iklan bedak talkum Chrissie lama dulu (1999 onwards). Masa tu penampilan awal Rita Rudaini... Sepanjang iklan tu, ada la dalam 10x dia sebut "Chrissie...mmm.. wangi..."
Ada sesapa ingat iklan tu? Kekekeke


24 comments:

  1. Xingat pon... Rita Rudani? Crissie? Crissie ni bedak yg mana 1 ek? gua mmg fail bab bedak.. minta maap lah ye.. xleh pki bedak.. kalau pki jenuh le nak terbersin aje x berenti2.. tp mg bulu mata unta itu perempuan kan...

    ReplyDelete
  2. asik amik artis jer.. cuba amik org2 biaser macam kita ni.... lagi berkesan.. dekat di hati pelanggan....:)

    ReplyDelete
  3. ntah pape je rozita tu tak abis2 ngn bulu mata palsu dia tu..kalo berlakon babak semayang pun still pakai bulu mate gak..

    ReplyDelete
  4. adD,
    ada ler.. hang ni saja je nak bg aku kdgrn mcm tua :P

    ayin masliza,
    x cukup unta la bulu mata kita, kak.

    azni,
    biar tuhan senang nmpk..yg paling lawa masa solat

    ReplyDelete
  5. heheh.. Na ingat..
    Crissie... herm wangi!!!
    :p
    Heheh, lawak la u nie.

    ReplyDelete
  6. aku pun terpengaruh dengan lisa surihani tu psl pakai garnier :p iklan crissie tu memang aku ingat :p

    ReplyDelete
  7. alahai tu lah dah glamor dan banyak duit... tak cukup2 jugak... orang cam kita yang tak der rupa nihh sapa nak amik... huuhuhu

    ReplyDelete
  8. cik nana,
    emmm..wangiiii...*sambil buat mmuka gatal*

    elissmie,
    woh..ni buleh jadi muka heliza/lisa xlama lagi..:P

    yangbaik,
    diorg xnak org 'yang baik' kot.kekeke

    ReplyDelete
  9. kak hanie rawks okeh! hahahahaha

    i dun think they weat the products. but maya karin ckp dia try minum a month before dia jd duta. huhu...

    i dun really like rozita che wan. i think she's fake. kihkih...

    ReplyDelete
  10. Safi Rania gold pun muka Rita Rudaini n dengar sora dia dlm iklan tu rasa lemah gemalai..hissh, rimas

    ReplyDelete
  11. Tu la , kadang kadang buat orang terpengaruh , bila pakai tak cantik mana pun last last biar kat situ bertahun , at the end bedak baby johnson jugak pilihan Tifa

    ReplyDelete
  12. fizamior,
    never been seen without fake lashes. ish..x confident sgt gamaknye.

    salzahari,
    xperasan lak i.ye ke?

    cik epal,
    kalo kita, dibayar berapa baru sanggup ye?:P

    tifa,
    haha..suci betul dgn baby johnson's je

    ReplyDelete
  13. teringat ada satu iklan sabun ni amy mastura jadi duta. siap ada 'making of' iklan tu lagik. kalau tak silap diorang 'repair' kulit amy mastura kasi kaw-kaw punya gebu+lembut+licin before shooting iklan tu.

    ReplyDelete
  14. haa bab raja azura mmg nampak sgt nk tipu customer huhuh

    ReplyDelete
  15. haha mmg banyak sgt pun artis ni jd duta.. klu bukan yg cantik, mesti yg miks2. of kos la sbb nak jenama tu laris, wpun sbnrnya hasil produk tu nda la bagus sgt pon. ;p

    tp setakat ni nasib gak la sy tak beli produk sbb duta tu tp sbb hasil produk tu ;)

    ReplyDelete
  16. zety zin,
    ekkk? iklan mana ekk?

    eliza,
    fafau pun paha jadi kecik.kekeke

    kizzy tf,
    uishh..kuat iman betul.

    ReplyDelete
  17. Tag line Crissie tu aku ingat, tapi aku tak ingat muka Rita Rudaini masa tu. Aku memang tak terpengaruh dengan artis yg jadi duta ni, kalau aku nak, aku beli aje.hehe..

    ReplyDelete
  18. Chrissie? tak ingat ler....hehehe

    tapi mmg tak terpengaruhlah with any procduects based on the duta! takpercaya tat they themselves used it. Perhaps sekali dua je sebab dah dapat product tu.

    ReplyDelete
  19. Ye ke Rita ada dlm iklan tu. Igt ad tu tapi xperasan lak Rita in it.

    Tapi serius, I beli produk hanya bila dah ramai kawan suggest. And hasil mmg dpn mata. Wah kekonon kuat iman la ye. Hampas.

    ReplyDelete
  20. jrg terpengaruh ngan artis yg jd duta, in fact the reverse happen selalu la. kalo x suka sesatu artis tu, pastu dia gi promote, jgn hrp le i nak beli produk tu.

    sbnarnya i lebih senang terpengaruh kpd packaging - botol sticker, etc, to be honest hehehe...

    ReplyDelete
  21. mmg berlambak artis jd duta. pasal diaorg guna betul ke tak tu, most of the time, bila dpt brg2 free baru diaorg pakai. Tu pun ada yg ngelat mcm Rozita tula.

    ReplyDelete
  22. Crissie?
    wujud ek bedak tu? hahaha.. camne boleh tak tau ni. agak2 kalau cari dlm utiub ada tak?

    fiza, takde mananya rawks.. muahaha. diorg dah nak cari duta lain dah tu, sbb i tak aktif mempromote diorg.. kihkihkih

    ReplyDelete
  23. nia,
    it really was her.

    reitak,
    haha.harus la sgt diorg nak guna

    bibier karim,
    susah nak percaya u kuat iman.kweng3x

    oyis,
    mcm i la. byk lg faktor nak consider :P

    TH,
    benda free, kalo diorg x pakai pun, diorg x rugi.

    h4nie,
    aikkk? baru je lantik, dah nak lantik org lain lak?

    ReplyDelete
  24. mak aih.. raja azura tu memang nampak sangat photoshopnya.. keji!

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat