Tuesday, December 28, 2010

Langgar dan samun di Shah Alam: ada berani?



Ishhh.. ngeri rasanya bila semalam terbaca link yang BerryBear bagi kat Mamapasha pasal kes langgar dan samun kat Shah Alam.

Berlaku masa daylight (tengahari buta), kat depan rumah sendiri pulak tu.
Dah la si mangsa tu dah cuba berhati-hati. Tapi kena jugak.

SHAH ALAM: Seorang wanita mengalami detik cemas apabila disamun tiga lelaki ‘geng langgar dan rompak’ di hadapan rumahnya di Seksyen 7, di sini semalam.

Kumpulan penjenayah terbabit sengaja berlakon melanggar belakang kereta ViVa milik mangsa bagi memperdayakannya memberhentikan kereta sebelum merompak selepas mangsa keluar dari kereta.

Mangsa, Siti Zalina Md Isa berkata, ketika kejadian dia yang berseorangan ingin membelok masuk ke dalam rumah kira-kira jam 12.40 tengah hari, namun terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian belakang kereta.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan insiden itu terus masuk ke dalam kawasan parkir kereta di rumah dan membunyikan hon beberapa kali kerana bimbang di apa-apakan.

“Saya lihat pada mulanya mereka yang melanggar kereta saya ingin melarikan diri tetapi tidak jadi apabila Proton Saga warna perak berkenaan berundur semula menghala ke arah rumah saya.

“Kemudian keluar dua lelaki daripada kenderaan itu menghala ke arah saya yang masih berada di dalam kereta kerana takut. Mereka mengetuk cermin tingkap kereta menyuruh saya keluar untuk berbincang menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya.

Siti Zalina berkata, dia kemudian membuka sedikit cermin tingkap kereta dan seorang daripada lelaki terbabit meminta maaf dengan memberitahu rakan mereka yang memandu dalam keadaan mabuk menyebabkan dia terlanggar keretanya.

“Sejurus kemudian saya pun keluar daripada kereta apabila berasa selamat dan mereka berulang kali meminta maaf.

“Bagaimanapun, mereka turut menyalahi saya kerana tidak memberi lampu isyarat ketika ingin membelok sedangkan saya sudah berada di hadapan rumah,” katanya.

Katanya, dia pada mulanya langsung tidak mengesyaki kejadian itu bermotifkan rompakan sebaliknya menyangka ia kemalangan biasa, tambahan pula lelaki itu memberi alasan mabuk menyebabkan berlaku pelanggaran.

“Bagaimanapun, tanpa disedari seorang lagi lelaki yang berada di dalam kereta tiba-tiba menghampiri saya dari belakang sebelum menutup mulut menggunakan tapak tangan.

“Saya cuba meronta bagi melepaskan diri sebelum bergelut dengan mereka. Dalam keadaan cemas itu , saya mengalami kecederaan di muka akibat dipukul mereka,” katanya.

Beliau berkata, seorang daripada mereka kemudian masuk ke dalam keretanya yang berada di kawasan parkir.
“Selepas mengambil apa yang dihajati, lelaki itu terus meninggalkan saya.

“Sebaik dilepaskan, saya kemudian menjerit meminta pertolongan. Mujur rakan serumah ada ketika itu dan dia membantu saya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam,” katanya.

Menurutnya, akibat rompakan itu dia kehilangan kamera digital, pasport dan wang tunai RM600.

“Ketika membuat laporan saya turut diberitahu kejadian ini bukan kali pertama sebaliknya sebelum ini kejadian sama berlaku di Seksyen 17 menggunakan modus operandi sama,” katanya.




Macam @#$%^*^%$# betul penjenayah zaman sekarang!!!

Terus aku terfikir whether diorang aim orang yang nampak fragile as a victim.
Kalo dulu aku drive memang ala-ala keje-menyumpah-pemandu-slow-kat-depan, tapi sejak dah sarat ni, aku memang super-berhemah betul. Kaki letak kat pedal minyak tu pun lemah gemalai jer.

Sekarang aku terfikir pulak... kalo musibat-musibat tu nampak preggy ladies, harus dia lagi suka nak attack. Senang!

Hmmm... maybe aku kena buat muka ketat la kot sambil drive, supaya tak nampak macam wanita lemah macam Natasya (drama si Fasha Sandha dulu).

Errr... atau aku kena gantung yellow tag dalam keta yang selalu macam ni tu...

jadi...
Hehehe... Kan orang mengandung, kalo mati, jadi kuntilanak!!! Hiiiihiiiihiiiii


p/s:
Sori yer, komen untuk entry semalam terhilang. Huhu...
Kalo rajin, komen la balik :P Aku kan sentimental

13 comments:

  1. takut kan skrg ni macam tu..kalau kena gesel atau langgar, teru bawa tempat ramai orang.. atau balai polis terus... haritu, ada gak kerete berhesel ngan kereta akak, tp akak takut nak berenti...biarlah kereta bergesel, takut bender lebih teruk jadi...

    ReplyDelete
  2. huish..scary giler kak.. makin keatif penyamun2 skarang.. tsk

    ReplyDelete
  3. DTA-dont trust anyone eh.. betul ke aku eja trust?

    ReplyDelete
  4. Yang Tifa tahu shah alam dah jadi crime area. Di atak kisah siang ke malam . ada can diorang sebat . Mari kita berhati hati kay...mintak jauh amin.

    ReplyDelete
  5. omg.. menakutkan okay.. orang sekarang ni memang susah nak dipercayai.. ni yg nervous nak drive ke sana-sini sorang.. huhu..

    ReplyDelete
  6. i pon baca berit ni dgn terkejutnya..despite the victim being extra careful pon, ttp dia jd mangsa

    i guess if thi skind of case happen, we should juts call police, and bila police sampai, baru leh keluar dr kereta to talk

    *tapi polis selalu smp lambat kot kat tmpt kejadian, mesti penjahat dh smpt larik dulu*

    ReplyDelete
  7. alamak! kat sek 7 ke? ni yg tatut nak kua umah ni. scary nya...tak selamat dan aman dah shah lam ni..

    ReplyDelete
  8. takutnya. mcm2 idea buat kerja jahat skrg. mmg diaorg target perempuan pulak tu rasanya. huhu

    ReplyDelete
  9. scary nya. mintak dijauhkn nauzubillah. apa nak jd negaraku msia, crime meningkat2. nak park masuk rumah sendiri pon dah x selamat

    ReplyDelete
  10. skang ni mane2 pun x selamat..kt lrt yg ramai umat manusia pun blum tentu selamat...

    ReplyDelete
  11. belle~ knw wat klu sy nampak board baby tu, i'll sy: "who's care on the board" hahha

    tp memandangkan kejadian ni mmg sgt signifiken, jd sy tarik balik la hehe

    sebab tkut kena kejar kuntila____k!

    aisehh!

    ReplyDelete
  12. Takutnya, kena kat depan rumah plak tu. Penyamun skang makin berani & terdesak.

    Byk gak dpt email pasal kes yg mcm nih. Kena leboh berhati² lah.

    ReplyDelete
  13. aduh risau tul bab2 gini!! thanks beb sharing mende ni...

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat