Monday, December 20, 2010

Isobel bukan anak saya- kantoi!

Ni citer pasal Isobel ye, bukan Isabelle.
Aku adalah antara manusia terlewat dapat tau pasal Daphne Iking bercerai dengan laki dia (baru 2minggu gitu aku tau). Hehehe. Terkejut la jugak, sebab masa awal-awal dapat baby dulu, diorang ala-ala jiwang gitu.

Anyway, kepada yang ketinggalan jaman macam aku boleh baca details kat bawah ni...

Isobel bukan anak kandung saya - Ryan Chong Yiing Yih

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Bekas suami model dan pengacara Daphne Iking memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa dia terkejut selepas mengetahui Isobel Daniella, bukan anak kandungnya hasil perkongsian hidup dengan wanita itu.

Ryan Chong Yiing Yih), 31, berkata, dia mengesyaki perkara tersebut selepas terbaca kiriman emel antara Daphne dengan seorang ahli perniagaan, Darren Choy Khin Ming, pada 16 Ogos 2008.

Menurut Ryan, dalam emel tersebut Daphne, 31, menceritakan kepada Darren, 45, bahawa seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Kamajit memberitahunya, wajah Isobel, 1, mirip kekasihnya itu.

Sebaik sahaja mengetahui perkara tersebut, menurut Ryan, dia terus membawa Isobel ke sebuah klinik di Petaling Jaya, Selangor untuk menjalani ujian darah dan asid deoksiribonukleik (DNA) bagi memastikan sama ada kanak-kanak tersebut, anak kandungnya atau tidak.

Ryan selaku saksi pertama memberitahu hasil kedua-dua ujian tersebut mendapati jenis darah Isobel berbeza daripadanya dan Daphne.

''Darah saya daripada kumpulan O dan begitu juga Daphne. Tetapi darah Isobel kumpulan A,'' kata Ryan.

Saksi itu memberikan keterangan di hadapan Majistret Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah dalam saman peribadi yang dikemukakannya terhadap Darren atas dakwaan memikat bekas model tersebut yang ketika itu masih isterinya.

Darren didakwa memikat atau membawa pergi Daphne dengan niat untuk membolehkannya melakukan persetubuhan yang ditegah di sebuah rumah beralamat di B-13-2 The Plaza, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr. Ismail di sini antara Julai 2007 hingga September 2008.

Darren dipercayai individu pertama didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Ryan yang diwakili peguam Wong Kian Kheong, mengemukakan kiriman-kiriman emel dan salinan perbualan sembang maya (chatting) antara bekas isterinya dengan ahli perniagaan tersebut.

Emel itu mengandungi ayat-ayat percintaan antara pasangan tersebut seperti I love you (saya cinta awak), You are my baby (awak kekasih saya) dan beberapa lagi emel dari 13 September 2006 hingga 3 Jun 2008.

Ryan turut mengemukakan invois percutian Daphne dan Darren di sebuah hotel di Bali, Indonesia sebagai bukti pasangan itu pernah bercuti bersama.

Perbicaraan bersambung pada 20 Disember ini.




Hmmm... agak-agak kalo muka Lil Adam & adik dia ada iras-iras Anuar Zain (oh...centaku), MrHubby akan bawak diorang pegi buat DNA test tak? Hihihihi...


p/s:

Kalo aku pujuk dengan ayat ni... "Alaa... Muka Cinta kan macam Anuar Zain!" (Bahaha).. agak-agak MrHubby percaya tak?

20 comments:

  1. yer lahhhh... ada muka anuar zain... cuba nyanyi skeeettt... cik ayin nak dengar... ehhehe

    ReplyDelete
  2. mcm2 skang ni kan..seb baik muka anak aku iras muka aku dan hubby :p

    ReplyDelete
  3. i lagi lah ketinggalan jaman, hari ni baru i tau kisah isobel ni haha

    ReplyDelete
  4. ayin masliza,
    ahaha... jangan cik ayin. kang menangis abg nuar dgr.

    elissmie,
    kekeke. selamattttt

    lady of leisure,
    haha. ingat i saja yg terakhir

    ReplyDelete
  5. i pun baru baca pasal ni.. memang kantoi kaw kaw!

    ReplyDelete
  6. pasal kes mahkamah tu mmg its been a while, but the news bout her doter tu mmg came as a surprised. sungguh tak sangka kan...

    tapi lover dia nih lagi hensem dr ex-laki dia ;p hahahaha add salt to the wound!

    ReplyDelete
  7. aku semalam pon bergossip dengan husband pasal ni..

    haihh ape nak heran,yang melayu pon dah macam2 kes skang..dalam tv,surat khabar memang la loving2..tp citer sebenar haaaa mereka dan tuhan je yg tahu.

    ReplyDelete
  8. aidaikmal,
    ngehehe....

    reitak,
    xboleh blah..nak gak tmbh bagi pedih lagi :P

    farah,
    haha.layan gak si asri dgn gosip2 hiburan ni ye?

    ReplyDelete
  9. cehhh..macam shilaker je bini wat perangai gitu kan..ish3.. btw, muka abg sham macam bang nuar? err.. err.. macam bonzer bang nuar lojik kot. lariiiiiikkkk!!! ;P

    ReplyDelete
  10. jiji-fify,
    hang jagaaa..satgi abg sham balun hang. perut hidung hang penyet macam ayam penyet RIA kat sect9

    ReplyDelete
  11. is, saya pon baru trpikir ttg statemnet itu... dh lah anuar zain tu pon chenta hatiku!! dan hsband ku x suka sungguh dia...

    ReplyDelete
  12. laaaaaaaa i pon taktau, nasib baca blog u! haha

    i nampak muka adam macam otroman lah! hahahahha

    http://twinkywinkystars.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. wohhh.. pasal tu ker diorg cerai.. i pun baru tau
    camne la laki dia dpt password si daphne tu ek.. tak pasal da kantoi.. haha

    ReplyDelete
  14. dah jd mcm jerry springer la plak, siap buat paternity test semua. teruk betul perangai si daphne ni.. eiii..

    ReplyDelete
  15. emi dino,
    oh tidakkkkkk....

    drama mama,
    huk aloh.. i x jumpa otomen lagi la.xdan nak buat skandal lg.haha

    h4nie,
    saved pword kot.

    transformed hsewife,
    dah terbiasa kot.

    oyis,
    aisey...sape la si springer tu?

    ReplyDelete
  16. isabelle pun bukan anak saya.. hihihihi

    ReplyDelete
  17. hehehe.. ketinggalan gaks..
    ni baru tahu..
    terkejut bc.. kantoi!

    ReplyDelete
  18. hahahahha buat DNA betul kang, kuar paper lak kang

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat