Tuesday, November 2, 2010

After 5 mths


Sedar tak sedar dah 5bulan aku hantar Lil Adam ke Taska MB2.
Ada rasa nyesal sikit sebab dulu membazirkan 1tahun setengah hantar kat sitter. Dah la lebih mahal, cuti pun tak tentu, amik lambat muka ketat dan paling penting, aktiviti untuk budak-budak macam x berapa nak ada (aku rasa le).

Early last mth, masa nak fetch Lil Adam, aku tengok board kat luar nursery tu selain notis-notis penting, gambar/hasil seni budak-budak kat situ pun dah bertukar.



Macam tak percaya bila aku tengok yang paling atas tu....
Hehehe. Kira kemas jugak la dia kaler kan?


Siap Lil Adam boleh identify lagi yang mana dia punya... "Mama, Adam kaler ellopayne!!!"
Which one?
This one (pointing to the one he did)

Apart from that, macam-macam lagu jugak dia dah belajar. Sib baik aku ni jenis pengingat, sampaikan lagu masa aku tadika pun aku hafal lagi. Jadi bila Lil Adam nyanyi yang tak berapa jelas butirnya, aku boleh tangkap la lagu apa.
Kalo harapkan MrHubby..."Lagu apa Adam nyanyi ni?"


Anyway, antaranya...

Lagu Nenek-nenek si bongkok 3 jadi...
Nenek-nenek si momok 3

atau lagu

Dari ulat jadi kepompom (masih tak reti sebut 'ng' kat hujung perkataan)
Kepompom hidup dalam kelonsom
Tiba masanya kepompom pecah, POMM!!! (dulu xde pun bunyi POMM tu!)
Jadi rama-rama yang indah...


Comel bila dia nyanyi siap dengan aksi macam haiwan2 ni...

Saya ayam...kok-kok-kok-kok-kok
Saya itik...kwek-kwek-kwek-kwek-kwek
Saya burung...peep-peep-peep-peep-peep
Kami bunyi... kok(5x), kwek(5x), peep (5x)

His first book yang aku belikan dulu (masa tu dia pun x reti appreciate lagi), dah jadi his favs. Sebab ada banyak lagu yang dia tau.
Lil Adam ni sangat suka monkeys (agaknya sebab cheeky and naughty macam dia kot). Kalo nyanyi lagu 10 Little Indians... dia siap tukar lirik lagi...macam lagu 5 Little Monkeys Jumping On The Bed.

1 little 2 little 3 little monkeys
4 little 5 little 6 little monkeys
7 little 8 little 9 little monkeys
10 little monkeys...JUMPING ON THE BED!


Aku tak jumpa pulak video yang aku try record dia nyanyi aritu. Haihhh...

And u should also see him pretending being a teapot dalam lagu "I'm a little teapot..."
Giler comel... sebab selalu aku yang jadi teapot bila perut aku buncit macam skrg. Tapi kali ni, dia pulak jadi teapot, siap konon nak tuang air kat aku. Hahaha.

Anyway, aku tak pelik la bila dia happy kat nursery tu. Kalo aku hantar pagi-pagi, jarang sangat dia buat perangai.

Some pics of Sambutan Hari Raya diorang kat nursery aritu....



Muka tu nampak sangat kuih yang dia mkn x sedap :P


Budak yang Lil Adam tolak tu adalah yang gigit dia tu (nak mention jugak lagi).



Oh ye, to those yang anak-anak selalu tak happy kalo dihantar ke nursery, prolly u should encourage them to watch Timmy Time. Channel 612 ke 613 ye?
Masa starting citer tu (kat montage lagu dia tu la), aku selalu citer kat Lil Adam...as if he's Timmy, sent to school by his Mama. Then, Mama dia sedih (wiping tears). Tapi dia happy kat sekolah dan bila balik, dia tunjukkan gambar yang dia lukis kat Mama dia.

19 comments:

  1. ooo tu budak yg tolak adam ye...meh sini aunty piat tinge dak baju purple tuh ekekekkeke *aunty sibuk2 nak piat tinge anak orang, kang mak dia piat tinge anak aunty pulak, padan muka baby SN*

    ReplyDelete
  2. yatie chomeyl,
    xpe...i dah biar dia mkn hingus sendiri masa celebrate bday adam aritu.hahaha

    ReplyDelete
  3. cutenyaaaa!!! tetiba i ter'recall' balik lagu2 zaman kanak2. siap boleh ternyanyi-nyanyi lagi masa baca entry akak. haha ;D

    ReplyDelete
  4. best kan when u know they were enjoying themselves...and learning in the process..
    Asrul pun suke lagu yg ada 'action'...

    ReplyDelete
  5. haha, u tau tak..anak i sara bila tgk timmy times tu siap buat bunyi lagi..kan kartun tu interact dengan bunyi je..dia pun join sama. cam paham je apa diorg borak.hahaha..

    memang budak2 ni suka pi taska sbb byk belajar lagu..sara plak kdg i tak phm gak apa butir dia sebut, tapi dari rhythm dah boleh agak lagu apa yg dia nyanyi..

    pandai betul adam wat aksi sambil nyanyi.hehehe

    ReplyDelete
  6. jiji-fify,
    lagu yg mana tu dik.meh kita test power berapa byk lagu kanak2 yg kita ingat. hahaha

    reitak,
    legaaaa sgt rasa hati.kalo x, kita nak gi keje pun, rasa berat je.

    lin,
    pandainya sara...now i wonder, kalo adam jumpa sara, lagu apa gamaknya diorg nyanyi ye?

    ReplyDelete
  7. bagus gak ye..teringin aku nk anta anak ke nursery..cuma hubby ckp anak kecik lg..aku tggu je dia ceceah 2thn..aku nk gak anta nursery..mcm best je tgk kalau cenggini..
    thanks for the info psl timmy time tu..

    ReplyDelete
  8. zeta,
    when my baby is born, i akan hantar situ gak. senang... dan biar abg adam leh tlg monitor (iye lah sgt).

    ReplyDelete
  9. wah bagusnya! lebih baik pegi nursery dari duduk kat rumah babysitter x buat pape kan? kurang2 boleh belajar banyak mende and make new friends.. bagus untuk children's mental growth! keep it up!

    ReplyDelete
  10. pandainya adam...dah pandai warna2, dah pandai nyanyi2. kalu anak happy2 jer kat nursery, senang hati mak ayah nak pergi kerja hari2..

    psstt..nanti letak ler video adam nyanyi sambil buat aksi tuh..huhu

    ReplyDelete
  11. aidaikmal,
    betul tu. biar ada aktiviti. maju le sikit

    mata hati,
    mcm x jumpa je..nanti la kena paksa dia nyanyi balik. tapi dia selalu sibuk nak belek kamera kalo tau org tgk record dia.cess!!!

    ReplyDelete
  12. i pun suka nyanyi2 lagu kanak2 riang nih. kalau husband i sama je mcm hubby u tu. pening manjang kalau dengar anak dia mnyanyi/bcakap. i je la yg jadi tukang translate. ye la, wpun bahasa derang x betul lagi, tp dari nada tu kita dah boleh pick up lagu or apa yg dia sebut kan.

    ReplyDelete
  13. wahh cantek aa adam kaler, kemas! & nampak mcm dia enjoy kat nursery tu. (comel ok dari Dari ulat jadi kepompom Kepompom hidup dalam kelonsom) hahaa :)

    ReplyDelete
  14. cutenye..glad to see kids were doing great at their nurseries..tp cikgu nursery ni (point to myself) yg letih melayan bdk2 ni..haha..

    ReplyDelete
  15. i_sofia,
    tu la mak-mak. tetap faham anak2. kan kita pernah berkongsi heartbeat dgn diorg.

    pinkerton,
    jgn dia pelat smpi besar dah ler.masa tu bukan comel lagi dah...

    atiqah,
    akaka x dpt bygkan camna adam memeningkan cikgu dia.hihihi

    ReplyDelete
  16. biasanya nursery akan ada aktiviti2 utk budak2. tu yg lg baik dr hantar babysitter. tapi Knur kan ada beranggan nanti nak propose kat Kementerian Pelajaran spy mewajibkan babysitter pun ikut kursus2 Earyly Childhood Education. baru kualiti ECE bawah jagaan babysitter pun bagus.

    ReplyDelete
  17. mmg hati rasa bahagia je bila tahu ada gak development dari segi knowledge and motor skills anak ni bila hntr nursery. Mcm berbaloi la jgk kuar duit mahal2, esp bila anak tu sendiri yg suka nak gi nursery (u know something is wrong bila diorg x nak pegi kan - mcm kes sitter u tu la).

    psl lagu plak, halamaks, satu pon aisyah x tau lagu2 tu. agak different the songs taught over here, maybe sket2 kena ajar gak kot lagu2 melayu ni. btw, i pon suka jgk mengagak apa yg dia nyanyi sbb pelat2 kan. kdg tu, bole guess drpd melodi more than the lyrics, sbb yg dia sebut lain sebatu drpd lirik asal!

    pandai little adam kaler. mmg paling lawa la auntie tgk. good boy!

    ReplyDelete
  18. transformed hsewife,
    mslhnya kalo pun sitters pegi kursus mcm tu, diorg implement ke nnt?

    oyis,
    hahaha.ntah apa la si aisyah buat lirik sendiri tu ye?
    a'ah... i too, was impressed 2c-betul ke si adam yg kaler ni?haha

    ReplyDelete
  19. yes..Timmy Time really help! tp we all ni x sempat2 lg cari nursery...tunggu i habis pantang! huhhu....

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat