Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Wednesday, April 2, 2014

WW- Why no slippers in the lab?



Ahhhh... I'm glad summer is over (I still wear slippers when my co-SV is not around. Hehehe. Syhhhh!).

Winter, bring it on. 
I can't wait to put on my knee high boots! 

Wednesday, December 18, 2013

Winding down. It's end of the year!

Ah-hah!
Eventually summer is here!

It's been pretty cool since December started, until today... 38'C! And it's gonna be 40'C tomorrow. Niat nak datang ofis naik bas terus terbantut sebab malas nak berbas-ket (read: basah ketiak). So drive je la.




Well, ada just few more days untuk 2013 ni.
Kat sini, basically semua orang dah mood cuti. Most people will take two-week off.  Yours truly? Mak kan rajin, noks! Mestilah setiaku di sini (sedang menuntut ilmu bodek).

Last two days, our neighbour (celah mana ntah aku tak pernah perasan kewujudan diorang), invited us for lunch.
Well, kat Thebarton campus ni memang la scattered, sebab campur dengan industri (good idea, eh... university and industry!).




Anyway, masa berjalan ke venue tu, dapat la aku snap gambar kat gerbang masuk ni...
Dah lama aku nak buat actually, tapi rasa macam lawak bodo pulak lepas park kereta, nak berjalan sensorang kat situ untuk amik gambar.

The venue was said to be adjacent to the chimney.
Ni ler chimney nya. Aku pun xpernah tau ada chimney kat sini. Hmmm...


Plenty of food. All covered up, sebab musim panas ni banyak lalat.



Aku just go vegetarian la kan. Wasn't that bad though.


 ...paling best adalah desserts!
Ga-ga-ga.


How could I say no?
Mmmmm...
Lemony cheesecake.... and Chocolate mousse.


Tima kasih la ye jiran. Eh..sapa nama dia? Jap aku belek balik invitation...
Ooooh. Evans Ayers and APT-Tech.
Lusa ada nibbles/drinks lagi dengan officemates. Nasib baik aku ni tak reti diet. Kalau tidak, memang merana la bijik mata menengok je. Hehehe.

Friday, December 13, 2013

Lots of reasons to celebrate!

Christmas lunch is not necessarily for Christmas. Yesterday, we had a Christmas lunch, at La Vita Ristorante, Kidman Park.



Beautiful setting (I guess kalau bukan musim Christmas pun, it is lovely too!). Nice ambience.
Last year's was a bit lousy. but this one was good indeed. Maunye tidak... memang Dino is a regular customer there.



So, apart from this year's achievement (collaboration with the US Govt...yada yada....), Sharyn's been awarded the Best Paper-God-knows-what, Dino also announced that he has been promoted to Professor!
Hoyehhh!!! Hoyeh!!!
No more 'Ass' in front of the 'Prof' - as we made joke about it :P

Anyway, aku tetap panggil dia nama jer. Orang Malaysia je poyo, kalo ada title Dato Seri Prof Madya Dr Haji Mabrur Tawaf Qudum semua nak sebut.



We had garlic bread and schiacciata antipasto (pizza bread with olive tapenade, bocconcini, prosciutto and rocket) as entrees.
Then masing-masing order la meal apa yang nak...  boss bayar. Hehehe


I wanted to order Mare Piatto, but ended up with this pan seared Atlantic salmon fillet served on a potato rosti, sautéed asparagus and brocollini topped with hollandaise sauce
Not bad. Tapi aku kan perut elastik... makan sikit-sikit ni mana le puas. Mihmihmih.

Us!
 Linda and Xiao were not there, but these are the muka-wajib, anyway.


Desserts time!!!! Mmmm... bahagia la sweet tooth aku!
They ordered Tiramisu (which I couldn't eat, sebab ada coffee liquer), Panna Cotta, and Zeppole...



Zeppole- italian doughnuts! Sebijik macam churros rupanya. Dipped in chocolate and ice cream. Nyummm...


Sila bayangkan...Sv aku yang snap gambar ni guna henpon dia. Hehehe


Hmmm...
Looking for a more fruitful year ahead. Aminnn...


Monday, June 25, 2012

Kebahagiaan dalam perpisahan versi aku





Woh...tajuk macam lagu Shahir je. Propa!

Dalam pada sedih-dan-semak-kepala nak mem-blahkan diri dari kerja, ada-ada je benda yang bagi aku senyum. Ye, aku tau..orang gila je yang senyum sorang-sorang. Tapi, ada aku kesah?

Sebab aku dapat hadiah tudung mahal weiiii... daripada students. To be specific, daripada MT ETES. Ngehehe. Itu la gunanya jadi Penasihat Persatuan. Ngehehe.
(Eh, korang guna duit persatuan ke beli hadiah ni? Haha)

Lepas menyampaikan amanat dan mencuak-cuakkan diorang dengan perancangan persatuan, tetiba eh...ada hadiah pulak!






Yours truly ni tak pakai tudung mahal-mahal sebenarnya. Orang pakai Ariani, aku pakai Ariana je. Hehehe. So, bila dapat tu...syok lebih la.
 Nak nak pulak memang aku dok fikir nak kena cari tudung untuk bawak ke Aussie nanti. Koman-koman kena ada sekodi tudung baru supaya lambat lagi nak rasa jemu. Eh, boleh gitu?

So, thanks la korang ye. I love u lah (dan-dan love!)

Sebelum tu jugak, SKS (a.k.a ex-students yang tgh buat Master kat fac ni) pun ada bagi hadiah...




Comel tau knitted mufflers ni. Boleh la aku perasan winter sonata ala k-pop sikit nanti. Muehehe.
Haihhh...


Hmmm...apparently, all these surprises memang membuatkan aku sengih sampai telinga, sebab all these while, aku jenis yang dapat predict dan selalu over-expect sampai menghilangkan 'fun' yang sepatutnya. 
Contohnya, bila birthday aku... "Elehhh... nanti mesti si-polan-si-polan buat surprise." 
Lepas tu aku blame MrHubby jarang dapat surprisekan aku. Poyos arrr aku ni!

Last fortnite, masa Family Day pun aku dah disurprisedkan oleh students.
Dengan muka super-serabai, baju pun tak proper..tetiba aku disuluh oleh limelight. Ditambah dengan menangis terharu, lagi la huduh.

 

Kalau aku tau awal-awal, mesti muka aku dah mampan siap dengan bulu mata Rozita Che Wan.


On a lighter note... Bila aku fikir-fikir balik, aku realize how much the students love me.
Okay la...kalo diorang tak love pun, diorang appreciate aku la. Itu balasan yang aku dapat bila ikhlas laksanakan tanggungjawab sebagai lecturer/advisor walaupun mulut asyik membebel tak benti.

Semua yang berlaku lately ni terang-terang la menunjukkan I AM TRULY BLESSED. (syukur, Ya Allah)
Sedih rasanya nak berpisah..tapi kalo berpisah, dapat hadiah, happy ler. Aku ingat couple-couple yang ada boifren/girlfren hamsap jer yang mengalami 'kebahagiaan dalam perpisahan'


Jumaat lepas, aku ajak admin staff (Mimi, Kak Liha & Kak Intan) lunch sama-sama. Maklum la..diorang ni banyak tolong mudahkan urusan aku selama ni.
Pikir punya pikir, last-last kitorang gi Nyonya Kitchen kat Plaza Shah Alam.







Ada sambal udang petai, beancurd with minced chicken, baby kailan, air laici 2 jag...dengan Ikan Geram Asam. Aku tak tau la Ikan tu geram kat asam ke...ikan tu genus/spesis geram ke. Wahahaha. 
Selama ni dengar orang sebut 'gerang asam' je. Tak perasan lak maybe Orang Ganu kot yang sebut.
Whatever la... Yang penting kitorang sapu bersih. Aku rasa senang la pekerja Nyonya Kitchen tu nak cuci pinggan. Hehe

So, barangsiapa nak menghappykan aku...sila la...sila...
Hehe. Senang kan?


 



Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, June 11, 2012

How i relate my work with bus station and train station


Hmm..fasa-fasa M itu pun sudah bermula :P




Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 5, 2012

Bahana cuti panjang


First day of the new semester.
T-T


Wednesday, January 18, 2012

How to get better marks in exams -dari perspective seorang lecturer

Minggu-minggu exam ni, perasaan aku perlu dijaga. Aicehhh...
Stress dengan meeting. Stress dengan students yang last minute baru terhegeh-hegeh nak tanya apa yang tak faham sepanjang semester. Stress dengan colleagues yang hampeh kunyit. Tu belum lagi dengan anak bini atau laki yang buat onar mengganggu emosi lecturer tu nak marking exam scripts.

Jadi adalah penting untuk students tak cari pasal supaya lecturers dapat marking dengan aman damai, dan tak dipengaruhi oleh emosi.

For that, ni aku bagi tips sikit untuk dapatkan markah bonus masa exams.

1. Tulisan kemas
 
Walaupun mungkin korang saja gatal cas-hebat-macam-doktor-dengan-tulisan-serabut, sebab dulu korang bercita-cita nak jadi doktor, tolong la jangan biar untuk exam tulisan tu macam cakaran ayam serama.
Lagipun tak semua tulisan doktor tu serabut. (Read HERE.)


2. Jawapan tersusun

Tulisan elok, jawapan pun biar la tersusun elok. Point by point.
Jangan melompat sekejap citer A, B...tetiba terus K, L.

Setiap point tu bagi la huraian barang satu dua ayat.



Kalaupun berniat nak menggoreng, biar la sampai kuning keemasan je... agak-agak la jangan sampai rentung.

Contoh untuk my dear students...
Kalau subject Env Biotech, kalau ditanya pasal advantages/disadvantages of a technology...jangan le kejap kome cakap expensive, kejap kome tulis costly.
 Takdenye korang akan dapat dua markah kalau bagi synonyms jer... :P


Walaupun setiap soalan tu ada skema jawapan, tapi tolong la jangan tulis balik sebiji-sebiji macam dalam lecture notes. Nampak sangat kome tu memang baca lecture notes je. Tak baca bahan bacaan tambahan. Tak berkembang langsung!!!




3. Mudahkan lecturers yang menanda

Untuk berlaku adil, kebanyakan lecturers akan tanda soalan 1 untuk semua students dulu. Lepas tu baru tanda soalan 2 untuk semua students...dan seterusnya. (In other words, most lecturers tak habiskan satu exam script untuk Student 1, lepas tu beralih kepada exam scripts yang lain)

So, jangan la biar lecturer tu buka je exam script, terus nampak jawapan untuk soalan 5. Tanjat boboi tau!!!
Lepas tu ada pulak tulis note kecik "Jawapan untuk soalan 1 ada di page 8." atau ada anak panah merentasi page nak direct ke arah mana.

Haishhh..memang kasi bad tempered betul kalo macam tu.


4. Good grammar

Tolong la jangan meraban sangat ayat tu. Ini ayat dah la kontot ala bahasa sms.
Aku tau la aku pun masih *cough* muda *cough* dan faham juga kependekan BTW, FYI...tapi jangan la make yourself look retarded, okay?
Lagipun, bukan semua lecturers korang muda macam I, kan? Kan? (tangan di bahu, mata ke atas, lidah jelir)

Tau la English is not our mother tongue... tapi make sure juga la  tau bezanya...macam kat bawah ni...




 Contoh untuk my dear students...
Kalau subject OSH, most likely korang akan guna perkataan SAFE rather than SAVE.
Maklum la..kalau salah spell, maksud pun berubah. So takkan nak bagi markah kan?



5. Nota cinta

No matter se'blur' mana pun korang masa exams... tak payah la nak tulis nota cinta untuk lecturer tu...

Contoh random:
"Puan...tolong la bagi saya dapat A. Kalau tak dapat Anugerah Dekan sem ni, terlepas la saya nak dapat ANC"

Aku pernah dapat dulu daripada student X....
"Dah study dah, tapi nampak gaya kalau fail pun, fail la. Ambik supp paper la jawabnya..."
(silap aku tak snap dulu untuk upload kat blog ni)

Atau ada yang lebih sengal, maybe ugut lecturers...
"Kalau saya fail paper ni, saya akan bunuh diri..."

Korang jangan ingat lecturers akan rasa bertanggungjawab dengan ugutan pendek akal cenggitu. Ada aku kesah??? Sure ke amal ibadat tu dah cukup banyak?
Kalau nak sangat bunuh diri... make sure la bayar dulu hutang PTPTpu tu, minta halal dulu ilmu yang diajar daripada lecturers/guru... dah taubat nasuha.

Tapi budak X tu...walaupun aku dah neutral masa marking (tak bias pun)...dia tetap fail.
Dia amik supp paper pun, fail jugak.
So, nasib dia la the following sem kena repeat lagi satu paper tu semata-mata. Dengan lecturer lain pulak tu (sebab masa tu bukan aku ajar).Hmmm...


Tips tu semua bukan untuk students yang berlecturerkan aku je. Tapi jugak untuk orang lain.
So, all the best la ye... Semoga dengan ikut tips tu korang takkan membuatkan lecturers yang menanda kertas korang tu rasa "Eiii..budak ni merapu apa ni?" dan terus pangkah besar-besar kat jawapan korang tu. Maka dapat la telur ayam. Ngehehe






Nuffnang ads

My Heartbeat