Showing posts with label students. Show all posts
Showing posts with label students. Show all posts

Monday, June 25, 2012

Kebahagiaan dalam perpisahan versi aku





Woh...tajuk macam lagu Shahir je. Propa!

Dalam pada sedih-dan-semak-kepala nak mem-blahkan diri dari kerja, ada-ada je benda yang bagi aku senyum. Ye, aku tau..orang gila je yang senyum sorang-sorang. Tapi, ada aku kesah?

Sebab aku dapat hadiah tudung mahal weiiii... daripada students. To be specific, daripada MT ETES. Ngehehe. Itu la gunanya jadi Penasihat Persatuan. Ngehehe.
(Eh, korang guna duit persatuan ke beli hadiah ni? Haha)

Lepas menyampaikan amanat dan mencuak-cuakkan diorang dengan perancangan persatuan, tetiba eh...ada hadiah pulak!






Yours truly ni tak pakai tudung mahal-mahal sebenarnya. Orang pakai Ariani, aku pakai Ariana je. Hehehe. So, bila dapat tu...syok lebih la.
 Nak nak pulak memang aku dok fikir nak kena cari tudung untuk bawak ke Aussie nanti. Koman-koman kena ada sekodi tudung baru supaya lambat lagi nak rasa jemu. Eh, boleh gitu?

So, thanks la korang ye. I love u lah (dan-dan love!)

Sebelum tu jugak, SKS (a.k.a ex-students yang tgh buat Master kat fac ni) pun ada bagi hadiah...




Comel tau knitted mufflers ni. Boleh la aku perasan winter sonata ala k-pop sikit nanti. Muehehe.
Haihhh...


Hmmm...apparently, all these surprises memang membuatkan aku sengih sampai telinga, sebab all these while, aku jenis yang dapat predict dan selalu over-expect sampai menghilangkan 'fun' yang sepatutnya. 
Contohnya, bila birthday aku... "Elehhh... nanti mesti si-polan-si-polan buat surprise." 
Lepas tu aku blame MrHubby jarang dapat surprisekan aku. Poyos arrr aku ni!

Last fortnite, masa Family Day pun aku dah disurprisedkan oleh students.
Dengan muka super-serabai, baju pun tak proper..tetiba aku disuluh oleh limelight. Ditambah dengan menangis terharu, lagi la huduh.

 

Kalau aku tau awal-awal, mesti muka aku dah mampan siap dengan bulu mata Rozita Che Wan.


On a lighter note... Bila aku fikir-fikir balik, aku realize how much the students love me.
Okay la...kalo diorang tak love pun, diorang appreciate aku la. Itu balasan yang aku dapat bila ikhlas laksanakan tanggungjawab sebagai lecturer/advisor walaupun mulut asyik membebel tak benti.

Semua yang berlaku lately ni terang-terang la menunjukkan I AM TRULY BLESSED. (syukur, Ya Allah)
Sedih rasanya nak berpisah..tapi kalo berpisah, dapat hadiah, happy ler. Aku ingat couple-couple yang ada boifren/girlfren hamsap jer yang mengalami 'kebahagiaan dalam perpisahan'


Jumaat lepas, aku ajak admin staff (Mimi, Kak Liha & Kak Intan) lunch sama-sama. Maklum la..diorang ni banyak tolong mudahkan urusan aku selama ni.
Pikir punya pikir, last-last kitorang gi Nyonya Kitchen kat Plaza Shah Alam.







Ada sambal udang petai, beancurd with minced chicken, baby kailan, air laici 2 jag...dengan Ikan Geram Asam. Aku tak tau la Ikan tu geram kat asam ke...ikan tu genus/spesis geram ke. Wahahaha. 
Selama ni dengar orang sebut 'gerang asam' je. Tak perasan lak maybe Orang Ganu kot yang sebut.
Whatever la... Yang penting kitorang sapu bersih. Aku rasa senang la pekerja Nyonya Kitchen tu nak cuci pinggan. Hehe

So, barangsiapa nak menghappykan aku...sila la...sila...
Hehe. Senang kan?


 



Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, March 26, 2012

'Incomplete' students

Why la some students can simply write like this?




 Incomplete = Tak lengkap

Tak Lengkap = Tak cukup seringgit

Tak cukup seringgit = Tak betul (mental)

Tak betul = Salah


Haishhh...itu pun kena explain ke?

Wednesday, February 29, 2012

3X pampered by dear ones

Just because my birthday was a very quiet one (macam tahap nenek-nenek yang dah tua gitu)... I was thinking 'Should I stop celebrating excessively?'

Nah...I was wrong.
I had another THREE SPECIAL TREATS!

The day after my birthday, I was surprised by my dear students :)

My FYP students  -Anas, Faisal, Farah, Kirin, Myma, Shakir brought me a cake! Ayun & Yana, though in different boats (not under my supervision) pun terlibat gak.



It was such a blessing having them around-it made me feel special (lantak la kalo aku SS 'feel sensorang' je pun. Ekekeke)
Bee & Nurul my ex-students and Winie who happened to be there pun join jugak.


The Strawberry Chocolate Cake was sooooo...toothsome!

 Kalo korang tereris, cer cari perbezaan pada kedua-dua gambar ni...

 Hint: Diskaun *hehehe*

Thank you very much dearies :")

Lain kali nak belanja, tak yah tunggu my birthday tau. Huahuahua

 

Later that day, I had a date with geng berjimba kat Aussie dulu. 
Last minute, date dengan Andy je kat Empire, sebab Fiza (my partner-in-crime) went MIA.

Went to Belanga. 

Nice settin, ay?


The restaurant serves Kelantanese cuisine.

We tried this Nasi Tumpang as an appetizer.
 
Cenggini rupanya bila dah buka. It's like nasi impit yang dipadatkan berlapis dengan sambal bilis dan udang/ikan.

Nasi goreng belacan for me (terasa 'char' tu)


and Nasi Kerabu Ikan Bakar for Andy (air asam dia best)



Then, we sat at T forty Two for the sweet tooth treat :P
Agaknya nama cafe tu macam tu just to make it sound like Tea-for-Two...tapi confirm la bukan yang umur Forty Two je boleh celebrate kat sini. Hehehe

The lovely setting reminds me of  The Banquet.




We had a great chat rekindling my birthday at the park (by the Brisbane River) once ago.








We ordered my fav. Chamomile Tea (a bit too strong, maybe I got the 'essence' kot. Kakakaka), 
Red Velvet (not soury cheesy enough),  macarons (what is so speacial about macarons?) and Macadamia brownie (sedap nak mamfus---bias tau aku nih)
.
Naik kembang tekak nak abiskan semua yang manis tu. Amekkaw! 
Thanks, Andy...for the treat.


And here's a 'galak' pose from the birthday girl :)


Motif??????

:P






Yesterday, I was treated at Tony Roma's.
Gluttony! Oh my gluttony!



Beef ribs and breaded shrimps for me.



Shrimp and salmon for him.



Nyum..nyum...
Please excuse the buruk-lantak pose.









And this rose gold watch is added to my collection.
Yay! Thank you my dear friend.




Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, January 18, 2012

How to get better marks in exams -dari perspective seorang lecturer

Minggu-minggu exam ni, perasaan aku perlu dijaga. Aicehhh...
Stress dengan meeting. Stress dengan students yang last minute baru terhegeh-hegeh nak tanya apa yang tak faham sepanjang semester. Stress dengan colleagues yang hampeh kunyit. Tu belum lagi dengan anak bini atau laki yang buat onar mengganggu emosi lecturer tu nak marking exam scripts.

Jadi adalah penting untuk students tak cari pasal supaya lecturers dapat marking dengan aman damai, dan tak dipengaruhi oleh emosi.

For that, ni aku bagi tips sikit untuk dapatkan markah bonus masa exams.

1. Tulisan kemas
 
Walaupun mungkin korang saja gatal cas-hebat-macam-doktor-dengan-tulisan-serabut, sebab dulu korang bercita-cita nak jadi doktor, tolong la jangan biar untuk exam tulisan tu macam cakaran ayam serama.
Lagipun tak semua tulisan doktor tu serabut. (Read HERE.)


2. Jawapan tersusun

Tulisan elok, jawapan pun biar la tersusun elok. Point by point.
Jangan melompat sekejap citer A, B...tetiba terus K, L.

Setiap point tu bagi la huraian barang satu dua ayat.



Kalaupun berniat nak menggoreng, biar la sampai kuning keemasan je... agak-agak la jangan sampai rentung.

Contoh untuk my dear students...
Kalau subject Env Biotech, kalau ditanya pasal advantages/disadvantages of a technology...jangan le kejap kome cakap expensive, kejap kome tulis costly.
 Takdenye korang akan dapat dua markah kalau bagi synonyms jer... :P


Walaupun setiap soalan tu ada skema jawapan, tapi tolong la jangan tulis balik sebiji-sebiji macam dalam lecture notes. Nampak sangat kome tu memang baca lecture notes je. Tak baca bahan bacaan tambahan. Tak berkembang langsung!!!




3. Mudahkan lecturers yang menanda

Untuk berlaku adil, kebanyakan lecturers akan tanda soalan 1 untuk semua students dulu. Lepas tu baru tanda soalan 2 untuk semua students...dan seterusnya. (In other words, most lecturers tak habiskan satu exam script untuk Student 1, lepas tu beralih kepada exam scripts yang lain)

So, jangan la biar lecturer tu buka je exam script, terus nampak jawapan untuk soalan 5. Tanjat boboi tau!!!
Lepas tu ada pulak tulis note kecik "Jawapan untuk soalan 1 ada di page 8." atau ada anak panah merentasi page nak direct ke arah mana.

Haishhh..memang kasi bad tempered betul kalo macam tu.


4. Good grammar

Tolong la jangan meraban sangat ayat tu. Ini ayat dah la kontot ala bahasa sms.
Aku tau la aku pun masih *cough* muda *cough* dan faham juga kependekan BTW, FYI...tapi jangan la make yourself look retarded, okay?
Lagipun, bukan semua lecturers korang muda macam I, kan? Kan? (tangan di bahu, mata ke atas, lidah jelir)

Tau la English is not our mother tongue... tapi make sure juga la  tau bezanya...macam kat bawah ni...




 Contoh untuk my dear students...
Kalau subject OSH, most likely korang akan guna perkataan SAFE rather than SAVE.
Maklum la..kalau salah spell, maksud pun berubah. So takkan nak bagi markah kan?



5. Nota cinta

No matter se'blur' mana pun korang masa exams... tak payah la nak tulis nota cinta untuk lecturer tu...

Contoh random:
"Puan...tolong la bagi saya dapat A. Kalau tak dapat Anugerah Dekan sem ni, terlepas la saya nak dapat ANC"

Aku pernah dapat dulu daripada student X....
"Dah study dah, tapi nampak gaya kalau fail pun, fail la. Ambik supp paper la jawabnya..."
(silap aku tak snap dulu untuk upload kat blog ni)

Atau ada yang lebih sengal, maybe ugut lecturers...
"Kalau saya fail paper ni, saya akan bunuh diri..."

Korang jangan ingat lecturers akan rasa bertanggungjawab dengan ugutan pendek akal cenggitu. Ada aku kesah??? Sure ke amal ibadat tu dah cukup banyak?
Kalau nak sangat bunuh diri... make sure la bayar dulu hutang PTPTpu tu, minta halal dulu ilmu yang diajar daripada lecturers/guru... dah taubat nasuha.

Tapi budak X tu...walaupun aku dah neutral masa marking (tak bias pun)...dia tetap fail.
Dia amik supp paper pun, fail jugak.
So, nasib dia la the following sem kena repeat lagi satu paper tu semata-mata. Dengan lecturer lain pulak tu (sebab masa tu bukan aku ajar).Hmmm...


Tips tu semua bukan untuk students yang berlecturerkan aku je. Tapi jugak untuk orang lain.
So, all the best la ye... Semoga dengan ikut tips tu korang takkan membuatkan lecturers yang menanda kertas korang tu rasa "Eiii..budak ni merapu apa ni?" dan terus pangkah besar-besar kat jawapan korang tu. Maka dapat la telur ayam. Ngehehe






Tuesday, November 22, 2011

Tuesday, November 15, 2011

What I like about ex-students' wedding?



Amongst the things I love most about my ex-students' big day is...


1. I could see their nerdy look transformed into a glowing bride/groom.
Yang dulu serabai-serabai, sekarang dah macho. Yang dulu berlemoih, sekarang dah pandai make-up dan ber-high heels.
p/s: Topex the bridegroom wasn't a selekeh student back then, by the way.



2. Time to b*tch about  gossip this and that. 
Adihana dengan Wan la kepalanye nih. (#tangan genggam macam nasyid)


3. Time to check out, who has had a bigger diameter around the waist. Yang dah kawin ke yang belum kawen? Ehehehe.
p/s: It is soooo not right to talk about work ala-boasting-myjobissodamngood-kau-ado?


 4. And I am truly happy to see these faces again!
FYI, these are amongst my first students when I started my job (antara my fav batch). They were there since I was single... sampai tolong-tolong for my wedding... sampai datang visit ramai-ramai when I gave birth to Lil Adam... sampaiiii la sekarang.
That's why some of them call me 'Kak Is' je. Tak main la Puan-Puan lagi dah... Lagipun we are just like 2-4 years apart.


Seriously, I was sooo touched, rasa macam nak nanges. (okay, stop it Isabelle the Neng Yatimah!)



Congrats, Topex & Faatimah. Moga cepat dapat baby.

Lepas ni sapa nak kawen, jangan lupa ajak so we can have this kinda gathering again.

Monday, September 19, 2011

What most teachers think



Bahahahahahahaaaaa....
Make sure to be the 3 out of 10.
Hahahahahaha

Ooops... my students read my blog from the FB networkedblog :P

Wednesday, May 4, 2011

'Redo' or 'redo'?



Whew! What a boring 3-hr invigilation task! Maklumlah exam week.
My students' FB status pun mostly tentang stay up untuk study, dapat jawab exam atau x, nervous, etc.
One of them yang dah pasrah gamaknye sebab dah study sampai tepu letak status
Redo je esok :(



Confuse jap aku sebab dia budak brilliant.
Yang dia maksudkan tu nak re-do (repeat the exam) ke redho/redha?

Bila aku komen tanya, rupanya yang dia maksudkan tu is the latter.
Haaa...cakap biar terang, jelas dan nyata macam izhar halqi.

To all my students sitting for the exams...
All the best. U don't need the good luck wishes bcoz it's all your effort- don't depend on your luck!

Friday, April 29, 2011

Dia sorang je la ada laki



Semalam, ex-students aku datang makan-makan kat rumah. Adihana, Epi, Miji & Haqeem. Yang lain tak dapat datang sebab ada yang masih setia kat ofis (cemerlang weiii!) dan ada yang outstation.

Biasa la kan..sambil menyumbat mulut dengan makanan, sambil citer pasal perkembangan diri masing-masing (perut si Haqeem memang berkembang lah!) dan tentang classmates yang masing-masing dah ada haluan sendiri.

Part yang buat kitorang rasa nak tersembur semua makanan adalah tentang kawan-kawan diorang yang dah kawen.
Tau la dia dah kawin, tapi komen kat wall tu semacam tak boleh blah jer.
"Best tau kawen. Korang kawen la cepat."

... dan ada lagi la komen-komen yang berunsur wei-aku-dah-kawen-korang-loser...


FYI, kawan diorang yang dimaksudkan tu memang jenis malaikatul punye (I mean, baik dan pendiam) masa belajar dulu. Tu yang kitorang macam xleh terima bila kuar statement yang gitu-gitu.



Moralnye:
Jangan le buat statement as if kau sorang je ada laki.


p/s:
Aku sangat happy bila ex-students masih sudi datang rumah aku, walaupun dah 3tahun grad. Tak kira le kalo ada hidden agenda ke hapa ke, tapi aku anggap diorang thoughtful :)

Tuesday, April 12, 2011

Tengok la sapa pengiringnya...

Haaa.. Kan last Saturday, aku tak pegi Tateh Playgroup sebab iring students gi UPSI...
Meh nak citer skit apa yang terjadi.

Seawal subuh sepi'ee kitorang gerak dari Shah Alam ke Tg Malim.
Kemain semangat langkah students aku.

This was the event- Kuiz Alam Sekitar Sejahtera Peringkat IPT.


Gambar pensyarah pengiring bersama 'peserta termuda' mesti selit jugak :P


So, mula-mula isi perut dulu sebab penganjur tak sediakan makanan. Kesian diorang, aku tapaokan nasi lemak dengan teh je.


Ada yang kata team kitorang poyo, siap dengan jaket bagai.
Laaa...dah memang ada jaket, kitorang pakai la. Dengki pulak!!!


Well, nak kata ramai, tak ramai sangat la...
Cuma ada sedikit sengal bila tuan rumah sendiri je hantar sampai 5,6 kumpulan. Diorang tak fikir ke kalo diorang menang 2 drp 3 tempat akan membuatkan orang ambiguous?



Ni team bagus ni... sebelum 'turun padang' baca doa dulu...


Budak-budak aku (2 teams) terus duduk je dan sengih-sengih amik gambar... Hehehe


Agaknye diorang dah minum satu tong air penerang hati kot. Tu yang relax jer...


Peserta semua ready untuk pusingan pertama. 20soalan objektif

So, kaedahnye... lepas dengar soalan, angkat le jawapan...

...A, B, C atau D.
Cuma aku bengang sikit la sebab ada group tiru group anak murid aku. Pembantu yang berdiri kat tepi tu pun tak kata apa. Grrr...


Overall, utk 1st round... they did pretty well.
Kitorang kat belakang tu, main dengan anak-anak le.

Lil Adam ada geng (Fitri, my student) tolong layan dia main dinosaur... happy la dia.


Ni muka-muka confident masuk final...


Masa break, MrHubby tolong explain a few terms yang mungkin akan keluar untuk final round nanti. (nasib baik laki aku bidang sama, senang hidup aku)


Alhamdulillah... both teams masuk final with 6 other universities.

Zen was the first one kena jawab soalan.


Yana dengan sopannya tangan kat belakang.

Lil Adib tersandar tido kat MrHubby. Dreamland la katakan...

Nak tergelak kitorang dengar jawapan pelik-pelik semua peserta (termasuk students aku ler).

Wani siap dengan gestures lagi bagi definisi. Takde markah untuk gaya le dik oii..Hahaha


Zen mencuba bakat terendam sebagai bapak mithali


Lil Adib dengan aksi rempit di atas paha MrHubby.




Masa majlis penutup & penyampaian hadiah... aku sorang je kot pensyarah pengiring yang tak duduk baris depan. I kan pemalu :P


So, the 3rd place goes to golongan baik yang berdoa sebelum kuiz tu. Hehehe.


My team... dapat Naib Juara!!! Hoyehhhhh... (aku memang over drp students)

Dan juara drp UniSZA.

Dapat je plak & mock cheque....


terus snap gambar, MMS kat Ketua Program. Hahaha


Gambar dengan urusetia/tuan rumah pun ada jugak...


Balik dari Tg Malim, aku tapaokan durian untuk makan dengan budak-budak tu. Happy la diorang.


Sila jangan usyar muka orang gelojoh makan durian. Hahaha.



Yang aku happy

  • Tak sia-sia apa yang students aku belajar selama ni.
  • Team kitorang menang, sedangkan selalu ada tulah-kalo aku sokong, mesti tak menang!
  • Nak lagi best, kejayaan dikongsi dengan team sendiri yang kurang bernasib baik. Diorang anggap tu kemenangan UiTM. Bukan group mana-mana.
  • Dapat makan durian dengan students kesayangan aku.


Yang aku tak puas hati

  • Soalan objektif yang berkaitan statistik tak mention 'menurut statistik jabatan sekian-sekian'... 'isu pembakaran terbuka disebut denda je... instead of kompaun oleh JAS'
  • Soalan definisi (final round) banyak yang bidang Biologi instead of bidang Environment. Tau le yang sediakan soalan tu lecturer Bio. Tapi kuiz ni Kuiz Alam Sekitar...
  • Team yang define 'pencemaran' sebagai 'kotoran' tu dapat markah. Hello, kotoran tu pencemar... bukan pencemaran!
  • Pembantu buat buta je bila ada team yang asyik tiru jawapan students aku. Team yang meniru tu menang lak tu!

Pasal sambutan terhadap universiti luar, tentang makanan tak disediakan tu aku overlook je la.

So, kalo pihak penganjur atau peserta lain terbaca entry ni... please learn the lesson.
Kalo nak kondem team aku, sila buat blog sendiri. Jangan nak jadi 'ponen' buat komen anonymous kat blog aku... Hahaha


Nuffnang ads

My Heartbeat