Thursday, October 30, 2014

Pilih-pilih taska, terpilih yang cel*ka

Wohhh..kasar betul bunyinya.  
But well, that's the truth. 

Bila keluar je cerita ada yang tersedak susu, ada yang lebam kena luku dek pengasuh... berapi-api semua orang hamun.
Dalam seminggu dua lepas tu, aman balik suasana 'panas' kat nursery....  semua orang lupa.

Bila jadi lagi kes muka anak jadi biru masa ambil dari taska, umpama bara dikipas-kipas supaya menyala balik api tu.

Arini kecoh pasal  pengasuh kena reman pasal ikat anak orang pulak.
Read HERE.

Alasannya budak tu nakal.



Hang gila ka apa?

Dah nama pun pengasuh,  deal with it la. (Ye, aku takkan kata 'dah nama pun budak'...sebab that is too mainstream). Takkan semua nak mudah, dah la kau dapat gaji untuk jaga budak tu.

Kalau aku ikat kau macam tu, dengan alasan kau ni pengasuh yang bangang, boleh tak?!
Grrr...berasap aku!


Okay...so sekarang ni,  aku nak buat list of tips mengenali taska/pengasuh yang baik.

Antara perkara yang kena consider masa survey taska:-

  • Berdaftar dengan JKM atau paling hamsap pun, dalam proses untuk mendaftar JKM
Yang ni memang susah nak cari. Aku sendiri pernah telan liur dan buat tutup sebelah mata je bila dah jumpa yang elok, tapi tak berdaftar. Yang berdaftar pulak, entah ke mana jauhnya... dah penuh la... apa la.
Terserah la kat korang, nak call tanya JKM terus ke, atau check website ke.
Check website JKM? Click SINI.


Kalau nak minta owner taska tu fotostat sijil tu ke...pun boleh. Tapi kalau kena tuduh lorat, korang katok je kepala dia. 
Biar korang pulak masuk paper, instead of pengasuh yang tak semenggah.
Muehehehe.

  • Persekitaran taska yang sesuai
Macam dulu, aku consider yang senang aku nak park kereta untuk hantar anak-anak.
Dari segi interior pulak... aku tengok dari segi hygiene, safety, (hahaha! very-the-OSH-lecturer kan?!), decoration dan toys apa yang ada. Jangan le harapkan pemerhatian dengan mata kasar je. 


Buntangkan sikit mata tu..tengok dapur diorang bersih ke tak, budak-budak boleh akses ke dapur ke (atau ada safety gate). Dan aku, siap tumpang toilet lagi... sambil-sambil tu boleh la aku belek, tahap kebersihannya. Hehehe.

  • Aktiviti
Jangan lupa tanya apa aktiviti yang ada kat situ. Ada taska yang offer ngaji Iqra', ada yang buat aktiviti mewarna, menyanyi, menari...main kat laman kalau cuaca tak panas sangat/tak hujan.
Tapi sekali-sekala tinjau le aktiviti diorang. 
Biasa la kan.. masa kita survey taska, diorang cakap ada aktiviti menyanyi, menari, belajar doa ke hapa ke. So sesekali try la check-- betul ke ada aktiviti tu semua? 
Ke umpama janji-janji politician je? 
Masa kita hantar... anak kita dipaksa tidur je sampai ke petang dan tengok TV je. 
Tak ke lembam jadinya?

  • Ratio pengasuh:budak-budak
Bilangan budak-budak yang ada kat situ pun aku amik kira.Ye la kan, anak kita mesti la ada kawan sebaya untuk bersosial. Sebab umur tu dia tak pandai main Facebook lagi. Eh.
Masa aku survey taska untuk Lil Adam, ada satu taska tu...aku masuk je... semua budak kerumun kat aku. Ramai jugak la. Aku ter-overwhelmed kejap!Ada yang tetiba datang kat aku dan panggil "Cikgu...cikguuuu!!!". Hahaha.

So, kena tengok gak berapa orang ratio budak untuk setiap pengasuh. Senang cerita, korang bayangkan je la diri sendiri nak handle 3 anak. Mau terbalik dunia kan? Haa...so bayangkan la kalau nisbahnya 1 pengasuh = 10budak. Hehehe.



  • Pengasuh yang terlatih dan dihantar berkursus.
Yang ni pun agak susah nak jumpa. Especially kalau taska asyik bertukar pengasuh. Lepas dua tiga bulan, eh dah muka pengasuh lain pulak jaga anak kita.
So, harus la kan taska owner tu susah nak hantar diorang pegi kursus lagi.
Jangan tak tau... aku pernah panassss dengan sorang pengasuh yang cynical yang amat. Read HERE.


  • Menu makanan
Selain aktiviti, tanya-tanya juga la pengasuh tu... apa menu makanan setiap hari. Ada jadual ke?
Takkan tiap-tiap hari makan bubur nasi?
Macam Lil Adam dulu, walaupun pengasuh pertama dia (Sue/nenek) ada raaaamai budak, tapi masih boleh handle makanan yang kita provide untuk anak kita. Masa tu, Lil Adam baru start solid food. So, selalu la aku bekalkan buah/blended vegetables untuk campur dalam makanan dia. 
Tapi jangan le pulak kita susah-payah bekalkan makanan untuk anak kita... tapi anak orang atau pengasuh sendiri yang dok tibai makan. Nak-nak pulak macam Farley's rusks yang mahal tu. Dah le sedap. Hahaha.



  • Parents boleh masuk ke dalam taska tanpa larangan.
Bagi aku, kalau parents tak boleh masuk ke taska... tu adalah sesuatu yang berbau ikan, that is fishy.
Ye la, takkan orang dah ada anak sendiri tak boleh masuk kot?! Jadah apa kau nak tuduh aku pedophile?!!!
Aku assume ada le benda yang nak disorokkan. Alaa...macam kita jugak la. Kalau tetiba MIL terjah ke rumah, dengan rumah bersepah...maka kantoi tahap gaban la kan? Itu contoh saje. Aku kan menantu mithali.... (moksu jamal tak baca blog aku kan?) Hewhewhew.


  •  EBM-friendly?
Buat mak-mak yang nak bekalkan EBM untuk anak-anak, sila tanya dengan pengasuh... willing tak diorang uruskan, dan pandai tak diorang handle. 
Read: 
Pandai = tak reheat dalam microwave, tak bagi EBM yang dah few hours at room temperature, tak campur dengan EBM orang lain, blablabla...


Sebut bab ni, aku sedih sikit la, sebab pengasuh ke-2 Lil Adam unwilling to handle EBM. So, aku continue direct feeding je la sampai 2tahun 8bulan.

  • Masa di taska
Ada yang boleh terima anak-anak mulai jam 6, ada yang start pukul 7am. 
Ada yang pukul 6pm onwards, dah start kira Over-Time (OT). 
Ada yang tak kira OT, tapi muka ketat bila kita datang ambil anak lewat 10 minit. Yang ni memang pernah jadi kat aku. Mentang-mentang semua anak lecturers je dia jaga, dia expect aku pun boleh balik pukul 4 macam lecturers lain. 
Hadoiiii... kak oiii, saya pun nak duit gaji saya berkat jugak!

Ada jugak yang boleh jaga anak sampai malam (at a different rate)--- yang ni sesuai untuk yang kerja shift. Tapi kalau boleh, jangan le tinggal anak sampai pukul 10pm sebab kau nak gi dating tengok wayang dengan laki kau lepas kerja!
Aku pernah consider option ni masa nak bersalin dulu je, kot-kot aku nak terberanakkan Lil Adib waktu malam. Tapi, lepas balik kerja, aku fetch jugak Lil Adam--- sebab tak sampai hati.

  • Bonus: Pengasuh yang menutup aurat
Ye, aku tau...yang tutup aurat ala -lindungan-Kaabah pun ada yang perangai macam lahanat jugak!
Tapi, kita doa je la...at least orangnya ada iman, sebab tu tutup aurat, maka tendency untuk berbuat onar tu kurang la sikit.

  • Cost
Dah settle semua, pikir la pulak cost. Mampu ke nak bayar RM300 per child? Kalau tak mampu, lower your expectations sikit untuk factors yang aku dah list kat atas tadi tu.
Maybe boleh hantar kat tempat yang cuma RM250 per child.


Tapi...
Bila dah hantar tu, kita masih berperanan jugak. Jangan le dah consider factors semua tadi tu, then tiap-tiap hari main lambak je anak kat taska.

So, antara yang boleh dan perlu dibuat adalah...


  • Observe perubahan anak sebelum hantar dan semasa ambil anak di taska
Kalau awal-awal dulu anak excited pegi taska untuk main dan jumpa kengkawan, lama-lama dia melalak tak nak turun dari kereta masa dihantar... hmmm...there must be something fishy.

Lil Adam pernah at once macam ni. 
Aku bertahan jugak. Tapi lama-lama aku rasa macam ada yang tak kena. Maybe dia selalu kena marah. Eh kena marah, aku tak kisah lagi.
Maybe dia kena pukul... atau dia tak enjoy sebab pengasuh sangat garang tahap-biji-mata-nak-terkeluar. So, last-last aku tukar ke taska lain with a very short notice. Puas hati!


  • Dengar cerita/aduan anak
 Kalau anak yang dah reti bercakap, tanya la anak... apa aktiviti dia, kena pukul ke tak, etc.
Tapi kena pandai menilai jugak... kalau anak tu jenis hidup di alam fairy tales, kang dia mereka-reka cerita ke.
Kalau korang rasa macam tak masuk akal anak-anak nak mereka cerita fantasi, sila tengok movie Orphan. Confirm korang cuak dan terpengaruh dengan cerita Hollywood, macam aku. Kahkahkah.




  • Belek kot-kot ada kesan lebam pada badan anak
Belek la tangan muka, kaki anak-anak.
Dulu, kalau ada luka atau lebam kat Lil Adam dan Lil Adib, pengasuh taska akan bagitau aku sebelum aku tanya. Dari situ aku nilai ketelusan pengasuh tu. Alaa..lagipun aku tau anak-anak aku lasak. Biasanya bila pengasuh bagitau, aku tak marah pun.
Kalau aku marah, nanti esok-esok dia dah tak bagitau pulak... lagi susah!

Cuma bila ada anak orang lain yang suka pukul, cubit anak aku...memang aku bising la jugak. Aku minta pengasuh tolong bagitau parents budak yang nakal tu, yang anak dia dok pukul orang. 
Siap ayat aku "Cikgu tolong bagitau mak dia ekk. Kalau anak dia dok buat (read: pukul anak orang) jugak, nanti akak je ganyang dengan mak dia."
Hahaha. Cenggitu sekali. Kau ingat anak kau je boleh samseng?

Day1 Lil Adib was going to the nursery. Harap ke Lil Adam je la tolong observe


  • Jangan bebankan pengasuh
Pengasuh kan banyak kerja. Penat. 
Aku pernah sembang dengan pengasuh anak aku. 
Dari Subuh diorang dah bangun prepare air panas untuk mandikan baby, sapu/mop lantai, sediakan makanan...
So, kita cuba la minimize kerja diorang. Macam aku dulu, sebelum hantar anak-anak, biasanya aku akan mandikan dulu dan salin diapers. Kalau yang ber-EBM tu, maybe boleh siap-siap dalam botol tu amount untuk sekali feeding supaya tak payah transfer-transfer dah.

 Aku percaya, bila pengasuh rasa kerja dia dipermudahkan, diorang pun senang hati nak jaga anak kita.
Cer korang bayangkan kalau pagi-pagi hantar anak dengan bau busuk masamnye,  plastik untuk baju kotor tak disediakan, nak anak ...yang tau, pukul 6 nak ambik anak dah siap berbedak wangi bagai. Banyaaaak cantek!



  • Hygiene check-ups
Sesekali, korang kena mempunyai pundi kencing yang penuh masa pegi fetch anak kat nursery. Hahaha. So, boleh tumpang toilet dan spot-check macam masa mula-mula pergi survey taska tu dulu.
Lagi satu... dulu, aku jenis tak bawak balik (EBM) bottle teats. Maksudnya, aku cuma bertukar EBM bottles je, teats tu pengasuh akan pasang kat bottles yang aku baru bekalkan. Tapi pernah sekali, EBM dah dipanaskan dan aku terambik anak aku awal, so bila belek, aku tengok tak berapa bersih. Since then, aku rajin la jugak bekalkan teats baru untuk botol anak aku... sebab kang nampak obvious sangat aku mintak bawak balik untuk dicuci. Hehehe

Ada gak yang jenis main campur je baju kotor dan towel dah pakai dalam beg pakaian tu. So, observe la. Dari situ dah boleh nilai whether pengasuh tu pembersih ke tak.



  • Pelbagaikan waktu ambil anak 
Ni kira macam spot-check la jugak, a.k.a sesi "Terjah!" cuma bukan dengan Abang Naz/ Michelle Wee yang siap bawak cameraman dan microphone je.
Terjah ni penting... so taska tak sempat bersiap sedia dengan kepura-puraan.
Hehe..


  • Bina rapport dengan pengasuh
Ni kira berbuat baik je, bukan la bodek. Sebagai tanda korang appreciate pengasuh tu menjaga anak korang dengan baik.
Sesekali belanja makan ke, belikan ole-ole kalau pergi travel ke.... 
Kalau taska yang pengasuh tu diorang panggil cikgu, boleh gak raikan diorang masa Teacher's Day.
Kalau diorang happy, insyaAllah diorang tak tergamak buat benda-benda jahat kat anak kita. Tak gitu?


Aku sangat terhutang budi dengan Sue/Abg Muharam dan nenek, pengasuh Lil Adam yang pertama dulu. Walaupun ramai budak yang diasuh kat rumah Section 8 tu, entah apa specialnya Lil Adam tu, diorang sangat sayang kat dia.
Sampai pernah keluar artikel aku kat majalah tentang anak aku lebih sayang diorang daripada aku. 


Tak lupa juga TMB2.
Teacher Effa, Teacher Erin, Teacher Ainna, Cikgu Sue, Cikgu Dayah dan beberapa orang lagi yang silih berganti. Walaupun aku tau penjagaannya tak perfect mana, tapi sebagai ibu yang bekerja, aku tak boleh banyak songeh.
Aku tak expect diorang layan anak aku special daripada anak orang lain. Tapi aku tetap nampak diorang layan Lil Adam dan Lil Adib dengan elok. Bagi aku, anak aku sihat... anak aku selamat, dah cukup. What more can I ask for?



Cikgu-cikgu kat Little Caliph TTDI Jaya pun sama. Especially yang kat daycare lepas sekolah.


Aku cuma doakan cikgu-cikgu/ pengasuh taska yang muda-muda tu...nanti diorang kawin dan dapat anak, diorang akan dapat pengasuh yang baik untuk anak diorang.
That way, mesti diorang ingat balik betapa besarnya harapan mak-mak yang terpaksa tinggal anak kat taska suatu masa dulu supaya anak masing-masing terlindung dari perkara-perkara tak elok.

Buat mak-mak yang masih mencari taska/pengasuh...
ALL THE BEST!

Jangan lupa tawakkal tiap kali lepas drop anak sebelum pegi kerja.

No comments:

Post a Comment

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat