Sebab tu la kita takleh memandai-mandai nak ubah. Cucuk botox nak bagi muka cekang la, besarkan b(._I_.)bs la, bertatu la...
Read: Mengubah ciptaan Allah kat sini adalah membuat perubahan pada ciptaan Allah s.w.t. yang dah sedia sempurna secara umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu,
bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan.
In other words, tak boleh la nak tarik hidung bagi mancung ala Rani Mukherjee. Kalau dah penyet tu, penyet je la.
Kalau kulit tak berapa nak putis, tak payah la susah-susah jadi Michael Jackson atau mandi susu. Mengaku saja la keturunan (Eva) Mendes dan (Jennifer) Lopez macam aku ni. Heh.
Tadi, aku terbaca artikel pasal lelaki yang ada hidung kat dahi ni.
Tapi yang aku baca kat sini... Rupa-rupanya, lelaki tu accident dan hidung dia kena bacterial infection sampai ke dalam tulang rawan.
So surgeon pun reconstruct hidung baru untuk dia. Teknik sama...cuma tampal tisu kulit kat dahi, buat bentuk hidung.
Cuma yang aku pelik...AWAT LA HANG BUAT KAT DAHI, MENGHADAP KE ATAS PULAK TU?!!!
Kalau hujan, mesti air masuk dalam lubang hidung dia kan?
Tapi..kalau bulu hidung dia boleh buat fotosintesis, senang la nak gapai cahaya matahari.
Hehehe
Tapi kan..bila tengok gambar ni... aku teringat masa kecik-kecik dulu.
Kalau ada kengkawan nakal yang suka mencarut, mesti nanti ada yang berhati mulia sikit akan pangkas dengan ayat "Haaaa.. nanti tumbuh *benda tu* kat tepi mulut hang, baru tau!"
Kadang-kadang yang ugut tu takde la berhati mulia sangat pun. Tapi sekadar sebut untuk menakutkan si tukang carut.
Hehehe.
Cer korang bayangkan, kalau yang rajin mem'babi'kan orang... tetiba suatu hari tu dia bangun, tengok cermin, ada ketul macam muka Peppa Pig kat tepi mulut. Hahahaha.
Ni rupa Peppa Pig--in case ada yang tak kenal.
Alamatnya, peribahasa menanam tebu di tepi bibir kena la tukar jadi menumbuh babi di tepi mulut.
Wakakakaka. Parah!
Itu takpe lagi.
Kalau jenis yang suka mencarut sebut *anu*?
Tetiba tumbuh unjuran berbentuk *anu" tu kat tepi mulut.
Ngeri oiii.
Baru la satu dunia tau yang dia tu jenis suka carut sebut *anu*.
gambar hiasan je
Kihkihkih.
Lagi satu, aku ingat lagi, masa kecik-kecik dulu, suka kelepetkan eyelid. Err... eyelid tu pelipis mata ek?? Ke alis mata? Alaa...yang belah atas mata tu.
Aisey... Aku nak try buat, tak boleh pulak.
Kalau tidak, boleh snap gambar boh kat sini.
Tapi rupanya lebih kurang cenggini la...
Lepas keleptkan eyelid tu...boleh la momok-kan kengkawan.
Konon nampak scary la.
Tapi orang tua-tua pesan... "Nanti kalau cicak bunyi, dah tak boleh ubah balik macam asal."
Hehehe. Memandai je orang dolu-dolu kan?
Nasib baik cicak tak pernah bunyi masa aku buat cenggitu dulu.
Kat Sabah ada sejenis macam sihir or sumpahan. Selalu jadi kat lelaki ah. Diorang akan nampak anu tu kat dahi or memana tempat selain tempat asal. Walhal anu tu tetap kat bawah nun. Tu akibat kacau bini orang.
ReplyDeleteTapi gambar hidung kat dahi tu memang seriously feliks.
photoshop kot tu is...mustahil laah surgeon nak resconstruct buh kat atas..nak suh tapis apa? hahaha
ReplyDelete