Tuesday, October 7, 2014

When I least expected it...


Pagi tu, aku kelam-kabut sangat.
Cari baju yang nak dipakai, tetiba tak jumpa. Walhal biasanya kalau ada events, presentation or photoshoot, aku memang akan prepare awal-awal nak pakai apa. Kali ni, aku meraban cari tak jumpa...so main capai je la mana-mana yang agak matching.

Pagi tu jugak, cari MetroCard (untuk naik bas) pun tak jumpa.  I spent a good 15mins searching my bagpack, only to realize maybe aku letak dalam bizcard holder which was nowhere to be found (sekarang dah jumpa dah la!)

Lepas tu, rush hantar Lil Adam ke sekolah, dan hantar Lil Adib kat sitter... 
 
I was lucky though sebab tak terlepas bas. Tapi terpinga-pinga jugak la aku cari Hickinbotham Hall tu once dah sampai ke National Wine Centre. Tiap-tiap hari lalu je, tak pernah masuk. Events pun banyak je dibuat kat situ, tapi tak pernah pergi.


Dan nasib baik jugaklah Jane offered to put up my poster. So, by the time aku mencungap sampai, poster dah ta-daaaa! .... siap terpampang. Mihmihmih.
So, here we are, at the 2014 Florey FHS Postgraduate Conference!


Jadi boleh la aku buat-buat cool terus join opening ceremony masa baru sampai tu...
Buat muka paling khusyuk dengar ucapan pembukaan, walhal aku sempat dengar tak sampai 5minit pun.


Banyak gak poster rupanya. Macam-macam rupa ada. Yang oversized pun ada, despite organizer dah bagitau saiz board.
Aku tak tinjau sangat awal-awal tu sebab poster aku yang ke-10, takut kang tengah bergumbira meninjau-ninjau, judges sampai pulak.

So, aku just berdiri sengih tepi poster la.
Time tu baru gelabah pikir... "Alamak. Ni nak present apa ni? Tak prepare langsung!"


 (Amongst) the judges in action

And...yours truly in action.
Entah apa aku kelentong kat judges tu, tak tau la. Dengan takde preparationnya, aku cerita je semua.
Sambil explain, sempat lagi sengih kat camera. Memang takbolehblah betullah.

Thanks Yati, for coming... Izzah memang confirm datang, sebab dia pun present.
Thanks too for being interested to know what is it all about. Hehe.
Habis present, baru la gi kacau kawan-kawan lain. Hehehe.


Izzah and her poster...

Syahr.
 Manasi...

Dana

Jane.

Selain muka-muka kengkawan (my old) writing group, kengkawan yang baru aku kenal kat 3MT aritu, pun ada.
Maybe sebab all of us in (about) the same stage of the study. So masing-masing semangat la nak participate.



Masa yang dinanti-nanti... Makan time!


Humang aiii... sedapnya scones dia!!

Scones tu telah berjaya membuatkan aku craving seminggu selepas conference.
Tak pasal-pasal masa tengah buat keje kat ofis, aku terasa gatai tekak nak makan scones.


Actually, lepas present kat judges, paling lambat pun, lepas lunch by noon tu aku dah nak pegi la ke ofis. Takde la benda urgent pun, nak minta sign daripada Sharyn untuk Annual Review form aku je, which could be done on the following day... dan nak edit balik report aku (kalau dah dapat feedback).


Tapi, Izzah ngan Syahr telah meracun aku supaya stay untuk award ceremonies. "MANA LA TAU KOT-KOT MENANG KE..."kata diorang.
Sebab nanti Prof Warren Bebbington yang sampaikan award. Hahaha.
Dengar nama VC je, aku terus berubah fikiran. Apakah?
So, lepas lunch, aku gi ofis dan pegi  balik ke conference venue (instead of balik rumah direct dari ofis).
Penat jugak la, sebab aritu aku naik public transport...kena bergegas-gegas. Sempat dok ofis pun 45minit je.



Sebelum award/closing ceremony, ada presentation oleh finalists 3MT. Time ni aku bersyukur sangat aritu tersungkur di semi-final. Kalau tidak, mesti  basah ketiak nak kena present depan ramai orang. Hahaha.

Rupanya ada banyak gak awards, ada yang sponsored by banks and other companies, ada yang daripada fakulti.... Tapi dalam banyak-banyak tu, takde pulak nama aku dan kengkawan yang sebaris dengan aku dipanggil. Chaitt!!
Dalam pada aku rasa dah takde harapan dah tu, tetiba... aku dengar nama aku dipanggil.
Eh?
Eh?

Wahhh...macam mimpi!
Alhamdulillah...dapat award daripada school AUD500.



Next, terus nama kawan yang berdiri sebelah aku pulak, Manasi. Dia dapat AUD300.
Hihi..seronoknya.

A pic of those with awards on that day!
;)

 ...and Jane who saved the day, tolong aku put up the poster (and bcoz she's my writing buddy too!)


Cenggitu la. Dapat pun when I least expect it.
Masa dapat Best Oral Presenter kat ICCE dulu pun, aku dah cabut balik...
Aku tak tunggu pun conference habis. Sebab aku bukan jenis tinggal-tinggal anak kecik, walaupun boss aku suruh tinggal je anak aku kat maid dia. Hang gila? Dengan hang pun belum tentu aku tinggalkan anak aku, ni kan pulak dengan maid hang! (what kind of mother is that?)

Tapi, masa tu, aku tak pernah bother pun ada awards bagai ni. Tak pernah tau pun wujudnya benda-benda awards ni.
Bila dah tau, pegi SKAM kat Langkawi ngan conference kat Dubai pun, takde la aku berharap sangat, sebab aku rasa memang entah apa-apa je aku present time tu.

See... see... Allah bagi something bila kita dah susah-payah (dan bila kita tak put high expectation?).

So, next time takleh berharap la kan?
Dan jangan mengeluh la kalau ada kena harungi kesusahan. Heeee....
*chaiittt. cakap pandai!


Muka tersengih riang balik ke rumah aritu

8 comments:

  1. Congrats Belle. Xpena jumpa hang tapi aku selalu bangga dengan apa ko dah capai. Alhamdulillah. Sengih lebar macam tu terus ingat Adam hensem. Hello MIL. Krik krik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. menantuku...cepat la dtg sini oiii..
      lps jumpa aku, mesti kau kensel nak jd menantu aku..sbb MIL garang nak mamf.huahuahua

      Delete
  2. tahniah Is. i'm sure u did well than u think u had. bestnyeee zaman student. rindunya la hihi... *terus mengelamun*

    ReplyDelete
  3. ps; love ur top (purple). bila pki dgn blazer tu nmpk nampak cantek sgt, ruffle2 hihi

    ReplyDelete
  4. Congrats jugak!! Tumpang bangga!!

    ReplyDelete
  5. Congrats jugak!! Tumpang bangga!!

    ReplyDelete
  6. Congrats babe! Keep up the good work!

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat