Showing posts with label current issues. Show all posts
Showing posts with label current issues. Show all posts

Monday, February 2, 2015

Aku dan Latuk Jackie


Kecoh je semua orang cerita pasal Jackie Chan dapat title Datuk.
Nah, aku pun nak jugakkkkk.



We Asians, as Westerners always say...."see little." (sebab mata sepet)
LOL.

Wednesday, January 21, 2015

Komen pasal AJL29


Sejak jaman Francessca Peters masuk AJL pakai baju kurung tahun 1986 dulu, aku memang boleh dikatakan tiap-tiap tahun akan set masa untuk duduk tercongok depan TV. Memang favourite lah, walaupun aku masa tu kecik lagi. 
Kecuali jaman dok hostel masa Form 1 sampai Form 5 dulu. Gigih aku kerabat locker pasang telinga kat sebelah dinding rumah warden semata-mata nak dapat feel AJL. Macam orang bercinta la...tak dapat jumpa, dapat tengok bumbung pun jadik la. Yang ni... Tak dapat tengok, dapat dengar pun, jadik lah. Mihmihmih.

Semangat kan? Bajet macam pengkritik muzik la sangat.
Walhal bakat muzik ke laut, suara pun macam jantan kalau karaoke. Bahahaha. 
Tapi, disebabkan cikgu Cheah Eng Khoon (cikgu muzik aku dulu) pernah bagi A kat aku, kira valid je la komen-komen yang aku nak tulis kat entry ni.

Ye la... Ye la... 
Tau la aku ada banyak keje lain. 
Tapi sebab aku dah bosan mengarang Chapter untuk tesis aku, maka aku pun mengambil inisiatif (la  sangat!!!) untuk scribble benda lagho ni.


Anyway, AJL29 kali ni agak special bagi aku.
Sebab aku dah tak follow lagu-lagu yang 'in' kat Malaysia for the year. So, takde la bias. In fact, most lagu aku tak pernah dengar pun. Kira masa AJL tu la first time aku dengar. 
Bukan la aku tak layan lagu Melayu. Kalau karaoke, lagu Melayu gak aku tibai. Cuma sebab aku tak download lagu-lagu baru... so agak ketinggalan di sittew.

So, malam Ahad aritu, punya la semangat tunggu depan TV pukul 11.30 malam (9 malam Malaysia time), walhal esoknya kena gi uni. 
Start pun dah ngantuk. Tunggu habis AJL, confirm la ngantuk yang hamat.
Jangan tak tau, aku punya semangat tu, siap ingat hari Sabtu final AJL nye. Dah prepare brownies nak dikudap sambil depan TV. Sekali, tipah tertipu daaa... 
Hamsap betul Anep silap bagi info!


Okay, kita start dengan Persembahan Intro.

Kemain sakan otai-otai rock menggoreng gitar tanpa minyak, walaupun dok wonder... apakeheynya-yeop? Tapi aku layankan aje sebab nampak abangChik (sepupu aku, Black Wings) pun ada drumming atas stage. Tak jadi nak komen lebih-lebih.
Tapi bila M. Nasir keluar.... start la aura AJL tu. Ye la kan, dia pernah jadi Juara AJL apa.




Finalists AJL pulak, aku tak ingat sangat susunan... tapi lebih kurang la.


Hazama, Malaikat
Ewah! Kemain kau...tajuk Malaikat. Sekali tengah syok nyanyi tu, malaikat izrail datang tegur kang, baru tau. Hahaha. Okay, tak lawak.

Untuk aku yang first time dengar lagu ni, aku dengar lirik tu...tau la, ni taste budak-budak jaman sekarang. 
Aku rasa gimik dia pakai cadar baju kelawar putih jadi screen tu macam tak best. Sebab screen memang dah ada selebar-lebar stage. Jadah apa pulak aku nak tengok kat pungkoq Hazama tu bila start animation?
Lain la kalo sexy bums macam Alex O'Loughlin ke... Channing Tatum ke. 
Eh.


 Indah Ruhaila, Percayalah

Aku baru tingat malam tu, Indah ni produk AF. Tu pun setelah aku tanya Anep... minah ni datang dari mana hah? Hahaha.

Tajuk lagu tu dah la sama macam lagu Sitikus. Kat chorus pun, dok nyanyi Percayalahhhh... Percayalahhhh... dah macam nak sama je.
Vocal dia memang best, walaupun macam terse'et sikit dekat-dekat tengah.

Baju tu typical la ala-ala princess. Gittew.
Tapi aku sangaaat tak berkenan dalam lirik tu tetiba ada sebaris lirik in English. You're always in my heart.
Apa-ke-dah-habis-lirik-BM-untuk-lagu-Melayu? Walhal lassssst sekali, boleh je  dia sebut 'Kau selalu di hatiku...' 
Okay, ni salah Aeman a.k.a Zul 2By2 la... bukan salah Indah pun.

Bab lampu chandelier tu jatuh, aku tak tau la gimik ke hapa. Cuma aku terbayang, what if terjatuh bersepai time batalion Stacy dok terkinja-kinja atas stage tu?






Alyah, Sesal Separuh Nyawa

Saja je kan, time Alyah nyanyi, camera hala kat Ramli M.S. Hahaha. Propa gittew!

Aku suka gak gimik dia yang tak keluar-keluar tu. Ingatkan Alyah live, rupanya panel LED daaa. Tapi, dah separuh lagu, baru nak keluar tunjuk muka, macam dah lari konsep pulak orang nak negok rupa dia nyanyi live atas stage.

Tudung dia malam tu memang jadi bahan. Orang kata macam pakai foil. Tapi aku nampak macam medieval knight. Hahahaha. Sama  tak? Sama tak?





 Lepas tu... Hattan/ Waris, Gadis Jolobu.




Lagu ni catchy. Nampak diorang enjoy atas stage. Tak la nampak trying so hard.
Tak perlu Hattan pakai topi Minangkabau kerana nak emphasize on the Nismilan-ness tu. Kehkehkeh.



Mojo/Caliph Buskers, Romancinta

Setahu aku menjelang final AJL aritu, Edry amik vokalis Indon... sampai orang kecoh-kecoh, apa dah takde penyanyi Malaysia ke?
Maybe gimik, or maybe aku yang tak up-to-date... tapi bila muncul Caliph Buskers..... memang sah tidak menghampakan.

Untuk aku yang first time dengar lagu ni...memang aku rasa best. Lagu best, vokal best. 
Biasanya bila singer pause kejap masa nyanyi tu... memang best la sebelum dia tarik kaw-kaw punya key tinggi.
Tak tau la Aweera nyanyi best ke tak sebelum ni.



Bunkface and Amy Search/ Rentak Laguku
 
Maybe Sam Bunkface saja pakai rambut ala Aweera atau Slash... itu tidaklah diketahui. 
Lagu ni tak masuk dalam jiwa aku, sebab genre dia kot. (bunyi macam ancient sangat ke aku yang berumur *cough cough* 25 tahun *cough* ni?)

Most of the time, aku dengar suara Sam lagi dominant daripada suara Amy, kecuali time Amy solo la. So tak dapat la aku komen banyak.



Joe Flizzow and Sonaone/ Apa Khabar

Lagu ni bukan favourite aku jugak, walaupun aku suka hip hop. Hmmm... maybe sebab terlampau santai lirik dia. Rasa plain.


Aku suka lagi lagu hip hop dia yang Alhamdulillah tu.



Stacy/ Gilalah

Aku terperasan, macam most finalists pakai baju hitam, putih or kaler-kaler tak menonjol... tak tau la sebab tema ke hapa. Tapi tetiba Stacy kuar dengan colourful ala-ala funfair bergerak tu, terkejut jugak la.

As usual, Stacy sangat energetic. Tapi lagu ni pun bukan jiwa aku.



Dayang Nurfaizah/ Di Pintu Syurga

Lagu ni best. Feeling gittew walaupun maybe baru kali kedua aku dengar. First time aku dengar dulu, masa semi-final, orang kata "Nasib baik Dayang masuk final, bukan Fynn Jamal." Hahaha. 

Aku setuju sangat lah.

Again, vokal Dayang sangat menyerlah masa dia pause kejap sebelum sambung nyanyi.

Kat last tu, bila suara Captain Zahari MH370 dipasang, rasa sentap sangat.

Lyricist lagu ni, Iman Imran tu sebijik macam seseorang yang ada kat Adelaide ni. Tergelak-gelak aku ngan Anep dok cerita pasal persamaan diorang.

 
Hafiz/Matahari

Lagu ni pun best. 
Ish... macam aku ni bias ke lagu-lagu ballad pulak. Nampak sangat usia aku di sittew.

Standard la Hafiz. Vokal memang power. Tema props dia...isu banjir kat Malaysia. 

Cuma aku tak feel sangat macam aku feel lagu Dayang/ Shila/ Mojo.



Najwa and the Palauans/ Lelaki

Lagu ni pun antara yang aku rasa catchy. Penari-penari comel siap pasang misai-like-a-sir tu, memang kena. Cuma, maybe tak cukup hebat kot.


 

Shila Amzah/Masih Aku Cinta

Aku suka suara dia. So, aku harap Shila menang something. Attitude dan drama-drama dia yang sebelum ni, put aside la. 

Ada yang kata pakaian dia meraban, tapi aku rasa topi dia tu to blend in dengan music daripada instrument China (er hu) tu kot. 
Tapi bab backdrop yang ala-ala jaman Kak Melah/Aishah masuk AJL tu... tak dapek den nak nolong.



Oh ye... lupa lak.

Bila tetiba ada persembahan selingan kat tengah-tengah perjalanan AJL, aku macam "Eh?".


Whatever la. Aku nak komen sorang-sorang pun, aku tak kenal sangat diorang ni. Entah mmg gah ke.. entah sendu ke.

Masing-masing pulun nyanyi, serlahkan vokal. Tapi sebab aku bukan Sheila Majid's fan... so aku tak hadap sangat la lagu Ku Mohon tu. Hahahaha


Persembahan penutup pulak... Tomok ngan Ronnie. Hmmm... layankan aje lah. 
Suara Tomok memang jauh beza jaman Sejarah Mungkin Berulang dulu. Time dulu tu, pantang keluar lagu dia kat radio, laju je tangan aku tukar channel. 

Tapi, bila Headwind keluar... aku suka! (walhal dulu aku tak minat Zainal, sama level tak minat dengan Sheila Majid).

Aku suka lagu-lagu yang dia nyanyi malam tu, sangat nostalgia. In fact, tu la lagu-lagu yang aku masih nyanyi kat karok, dan masih ada dalam playlist aku (note: aku malas download lagu baru).

Dan lagu Suraya tu...memang dulu aku selalu nyanyi bila aku panggil kawan aku yang bernama Suraya. 
Cheh! Bunyi macam lesbo pulak. 
Tak... aku straight ye.


Cuma aku tak setuju bila Zainal minta audience sambung lagu. 
Ni bukan konsert, bang! Ni persembahan. Haishhh...dah jadi mentor pun, takkan tak tau lagi.



Gandingan AG ngan Scha sebagai emcee... hmmm.. okay la. Cuma masa dia baca twitter tu, macam main pilih je, dan tersilap pilih pulak yang meraban. 
Haaa...gelabah kau nak cover!

Dan aku terkejut gak tengok kali ni takde tukar-tukar baju. Takde sponsor kot. Hahaha.

Emcees belakang tabir pulak, memang terkinja-kinja (Juliana Evans je nampak calm)... dan berlumba-lumba nak cakap. Macam what-the?

Tu belum cerita lagi bab sponsor, yang penuh newsfeed kat FB orang mengutuk. Maunye tidak, setiap 5 minit, "Qu putih, qu putih, barula putih..."

Memang annoying la sangattttt.
Tapi lawak giler bila kengkawan kat FB share benda-benda ni...

 




Speaking of that, aku wonder la adakah masa diorang interview Dayang lepas perform tu secara kebetulan, atau err... nak buktikan sesuatu? Hahahaha
Ada bran makcik Qu Puteh? Kalau Dayang jadi putih, confirm ramai orang akan beli produk tu.
Aku yang Mendes dan Lopez ni pun sanggup beli.

Okay... keputusan AJL29 pulak....
Kali ni, nampak la matang sikit kot. Walaupun aku terkejut beruk jugak bila lagu Apa Khabar yang menang, tapi jelas la tak semestinya lagu popular je akan jadi juara, atau penyanyi cun je akan dipilih. 
Jauh sekali nak harap ke undian sms---apa kao ingat kau Mawi? Hahaha

 So, bila Persembahan Terbaik  dapat kat Caliph Buskers, yang tu memang ramai dah agak.

Dayang Nurfaizah dapat vokal terbaik  pun tak ralat. Cuma jenuh benau aku tengok Dayang nak kerabat tangga untuk naik stage bila pakai baju sarung cempedak berkepak tu.

Ketiga: Di Pintu Syurga- Dayang Nurfaizah
Naib Juara : Masih Ku Cinta -Shila Amzah
Yay! Aku suka jer... sebab aku tak kisah pun Dayang ke, Hafiz ke, Shila ke, Caliph Buskers ke...

 
Juara : Apa Khabar -Joe Flizzow and Sonaone.
Juri dah cakap lagu ni ada potential di peringkat antarabangsa. Dan blablabla.... so, aku tak kisah la. 
Aku pun bukan ada qualification dalam seni muzik, nak komen lebih-lebih. 
Tunggu la kot-kot lepas abis PhD ni, aku rajin nak buat second PhD in Music pulak ke...boleh la sembang kencang sikit. Bahahahahaha.

p/s: 
Sumber gambar adalah drp blog hiburan, macam kat watermarks tu la.

Tuesday, October 28, 2014

Hang buat la macam tu... nanti.....

Manusia adalah sebaik-baik kejadian (ciptaan).  
Sebab tu la kita takleh memandai-mandai nak ubah. Cucuk botox nak bagi muka cekang la, besarkan b(._I_.)bs la, bertatu la... 
Read:  Mengubah ciptaan Allah kat sini adalah membuat perubahan pada ciptaan Allah s.w.t. yang dah sedia sempurna secara umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, 
bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan.


In other words, tak boleh la nak tarik hidung bagi mancung ala Rani Mukherjee. Kalau dah penyet tu, penyet je la.
Kalau kulit tak berapa nak putis, tak payah la susah-susah jadi Michael Jackson atau mandi susu. Mengaku saja la keturunan (Eva) Mendes dan (Jennifer) Lopez macam aku ni. Heh.


Tadi, aku terbaca artikel pasal lelaki yang ada hidung kat dahi ni.


Tapi yang aku baca kat sini... Rupa-rupanya, lelaki tu accident dan hidung dia kena bacterial infection sampai ke dalam tulang rawan.
So surgeon pun reconstruct hidung baru untuk dia. Teknik sama...cuma tampal tisu kulit kat dahi, buat bentuk hidung.
Cuma yang aku pelik...AWAT LA HANG BUAT KAT DAHI, MENGHADAP KE ATAS PULAK TU?!!!

Kalau hujan, mesti air masuk dalam lubang hidung dia kan? 

Tapi..kalau bulu hidung dia boleh buat fotosintesis, senang la nak gapai cahaya matahari. 
Hehehe

Tapi kan..bila tengok gambar ni... aku teringat masa kecik-kecik dulu.
Kalau ada kengkawan nakal yang suka mencarut, mesti nanti ada yang berhati mulia sikit akan pangkas dengan ayat "Haaaa.. nanti tumbuh  *benda tu* kat tepi mulut hang, baru tau!"
Kadang-kadang yang ugut tu takde la berhati mulia sangat pun.  Tapi sekadar sebut untuk menakutkan si tukang carut.
Hehehe.

Cer korang bayangkan, kalau yang rajin mem'babi'kan orang... tetiba suatu hari tu dia bangun, tengok cermin, ada ketul macam muka Peppa Pig kat tepi mulut. Hahahaha.

 Ni rupa Peppa Pig--in case ada yang tak kenal.


Alamatnya, peribahasa menanam tebu di tepi bibir kena la tukar jadi menumbuh babi di tepi mulut.
Wakakakaka. Parah!





Itu takpe lagi.
Kalau jenis yang suka mencarut sebut *anu*?
Tetiba tumbuh unjuran berbentuk *anu" tu kat tepi mulut. 
Ngeri oiii.
Baru la satu dunia tau yang dia tu jenis suka carut sebut *anu*.


gambar hiasan je

Kihkihkih.

Lagi satu, aku ingat lagi, masa kecik-kecik dulu, suka kelepetkan eyelid. Err... eyelid tu pelipis mata ek?? Ke alis mata? Alaa...yang belah atas mata tu.

Aisey... Aku nak try buat, tak boleh pulak.
Kalau tidak, boleh snap gambar boh kat sini.

Tapi rupanya lebih kurang cenggini la...


Lepas keleptkan eyelid tu...boleh la momok-kan kengkawan. 
Konon nampak scary la.
Tapi orang tua-tua pesan... "Nanti kalau cicak bunyi, dah tak boleh ubah balik macam asal."

Hehehe. Memandai je orang dolu-dolu kan?
Nasib baik cicak tak pernah bunyi masa aku buat cenggitu dulu.


Friday, September 12, 2014

Kecik-kecik lagi dah pandai menipu

Masa raya aritu, kemain suka orang tengok iklan TM. Yang kononnya kata perangai adik tu comel. 
Ada-ada je alasan dia.
Tapi aku tengok dari perspektif lain. Kecik-kecik dah ajar budak-budak menipu dan anggap benda tu perkara biasa. Haaa...comel tak?


Sekarang ni dah kecoh isu menipu dalam exam UPSR, kecoh pasal paper bocor ni... ada yang nak kata comel tak? Hahaha
 

Sebenarnya, aku malas dan meluat sangat nak buat entry pasal isu paper UPSR bocor ni. Ye la...UPSR je pun.
Elehhhh... bangunan lagikan runtuh, bumbung pun boleh bocor...inikan pulak soalan exam!
Desperate sangat nak pulun semua A.

Kita dulu-dulu belajar jugak, pressure jugak. Tapi takde la teruk sangat. Maybe time tu cikgu-cikgu, Guru Besar, PPD semua tak desperate nak jaga status sekolah. Cap ayam pun, cap ayam la.
Tahun aku UPSR, kalau tak silap, tak sampai 10 orang pun dapat straight A's  kat SKTL. Takde nak gah apa pun. Aku pergi register kat sekolah menengah harian (sebagai formality je, sementara decide nak masuk sekolah mana), cikgu tu yang offer nak rekmen aku masuk boarding school (SBP). 

Tapi ye la kan... sekarang ni, dah wujud kasta SBP/MRSM/Sekolah Integrasi/Sekolah Berprestasi Tinggi. Banyak sangat dah. Sampai aku pun tak tau which is which. Zaman aku, kira SBP je la paling dewa.
Bila dah ada banyak kasta ni, mak bapak dan cikgu jadi overexcited. Bila keadaan terdesak macam ni, mula la ada bangsat yang buang amanah ke tepi dan nak kaut untung. 
Yang menjual satu hal... yang membeli pun, dua kali lima la. 
Cikgu pun bersatu-padu pulak tu. Share kat email, share kat Whatsapp. Demi menjaga prestasi sekolah kekdahnya. Hebatttt...hebatttt.

Dengar cerita, sebelum-sebelum ni pun dah pernah jadi kes bocor ni. Cuma kecoh dengan tak je. Tapi tahun ni, umpama kena-penampaq-sampai-melekat-kat-dinding la kot. Sebab kantoi-sekantoi-kantoinya.

Siap ada buat formula ayat macam cerita untuk hafal tuuuu...
 
https://www.facebook.com/mangkuk.hayun.7?fref=ts

Dollah Cakap Aku Cinta Budak Baru ---wakakaka! Takbolehblah.

Terjejas la pendapatan Tok Bomoh untuk dapat pengeras jual air penerang hati, sebab khidmat dah tak diperlukan.
Kesian orang yang buat bisnes kismis doa, coklat minda, air zam-zam tawaf 100 pusingan (ada ke ni? aku main tibai je. Apakah dia kendong tong air zam-zam sambil tawaf?). Mesti tak laku. Buat apa susah payah makan semua tu kalau cuma perlu hafal formula tu saja.

Kalau aku dulu, excited dapat wakil sekolah attend Kem Kecemerlangan Pelajar UPSR kat Al-Irsyad, jumpa kawan-kawan pandai dari sekolah lain. Aku rasa lepas ni, Kem Kecemerlangan pun dah tak dapat sambutan.

Ni la masalahnya bila semua surface. Exam-oriented.
Semua nak pulun biar on paper (dalam transcript) nampak huruf A je terkangkang. 
Tak nak ada huruf lain.

Kang aku kutuk pasal sistem ni, orang kata pulak "Macam la sistem pendidikan kat Australia tu bagus sangat!"
Tapi nampak gaya macam tu la. Kat Malaysia, seolah-olah kalau tak dapat semua A masa darjah 6 kira gelap terus la masa depan!

Walhal, aku bersembang dengan Sharifah aritu, dia pun admit... kawan-kawan dia yang corot masa sekolah dulu pun tau-tau sama study dengan dia kat UK. Kawan-kawan aku yang biasa-biasa dulu pun (tak pernah naik stage pun tiap kali Hari Penyampaian Hadiah), ada yang lagi hebat daripada aku sekarang.
Maksud aku, UPSR bukanlah segalanya. PMR, SPM pun sama.

Tapi standard la... mesti ada tekanan daripada mak bapak. 
Sedara-mara.
Jiran tetangga.
Sibuk je nak tanya result anak orang. Huh! Lepas tu canang la anak dia masuk sekolah ni la, universiti itu la. Ye la, makcik... anak awak sorang je paling hebat di mayapada ni!

Tapi, aku rasa mak abah aku kurang pressure kot masa nak jawab kalau orang tanya pasal result aku dulu.Nasib baik.
Aku tak tau la nanti anak-anak aku balik sekolah kat Malaysia macam mana. Nak-nak pulak sebab aku sendiri competitive. So, boleh ke aku buat derk je dengan isu macam ni? MrHubby dah warning aku siap-siap dah, jangan freak out. Hewhewhew


Haihhh...
Kalau bab nak revise gaji, lajuuu je jawatan cikgu yang disebut-sebut. Maklumlah... pendidik anak bangsa, pemangkin kemajuan negara. Geng-geng lecturer macam aku memang tak menyumbang apa-apa pun. Sebab graduan jadi doktor, jadi engineer, jadi lawyer.. semua kerana pendidikan kat sekolah kan? Bukan kat universiti!  #tangandibahumatakeatas



Aku tau, bukan semua cikgu macam ni. Ramai kawan-kawan sekolah aku pun sekarang dah jadi cikgu. Dan aku harap diorang tak masuk dalam kategori tak amanah ni...sebab masing-masing dah tahu pasal integriti halal/berkatnya gaji. 
So, toksah la buat-buat meroyan pulak lepas baca entry aku ni as if terlepas pandang ayat aku yang dituju kat cikgu-yang-tak-amanah-saja ni. 
Kang aku kata sapa makan cili banyak, dia yang cirit-birit.... baru tau!

Ye, aku sedia maklum... cikgu-cikgu pun ada dilema.
Mak bapak bebankan cikgu untuk ajar anak diorang jadi pandai. TAPIIIIII....
Ha...ada tapi di situ.
Jangan cubit, jangan jeling, jangan marah, jangan rotan,
Jangan calar sikit pun secara fizikal. Emosi pun jangan calar.
Kalau tidakkkk... "See you in court!"

Aku cuma rasa kebocoran exam papers ni menyerlahkan ketirisan dalam security and safeguarding the integrity of the exam. 
So, MOE la kena belek balik dan tighten up mana-mana yang cacat tu.
 
Malu la weh bila nampak masyarakat kita 'kiasu' sangat sampai sanggup menipu, walhal untuk UPSR je pun.
Kita pom-pang-pom-pang kat anak suruh jadi baik, yet we show them (at the age of 12??), it is okay to cheat? Kejadah apanye?
Then bila anak-anak jadi remaja, diorang punya moral tu ke laut, kita salahkan sebab tak belajar Pendidikan Moral. Eh?

Kalau takat cacat kat procedures (untuk jaga keselamatan exam papers supaya tak bocor lagi), boleh ampun lagi. Sekejap je boleh dibetulkan. Meeting, keluarkan arahan, put in in practice.
Tapi ni dah kira cacat character. Kalau yang ni, makan masa lama nak dibetulkan. 
 

Sekian entry emosional aku.

Calon UPSR SKTL 1992, 
Angka giliran PA010 K008

Friday, July 18, 2014

Terbantut. Lepas satu, satu


 
Patutnya hari ni nak ligat buat report dan siapkan kerja
Sambil gedik-gedik bahu dengar lagu raya
Terbayang petang ni BFF ajak iftar sama-sama
Berkerut dahi plan weekend ni nak kena datang lab untuk produce data
Sambil berangan nak buat kuih raya


Tapi lepas satu... satu.

Terbantut semangat
Cerita punya hangat
Sensasi tak hengat
Tergugat segala niat


Cerita MH370 terbang entah ke mana.
Senyap je. Apa perasaan ahli keluarga gamaknya?


Kemudian, adik OKU dan Puan Lola yang bergaya
Confirm lah dikutuk walau ada yang membela


Isu Cadbury babi, JAKIM diragui
Ada yang jawab 'tak makan Cadbury, bukannya mati'
Harga turun singgit satu, terjejas reputasi
Eh dah turun harga, nape takde orang puji?
#ehem



Soup Kitchen vs Ku Nan hebat didebatkan
Tafsir surah AlMaun jadi panduan


World Cup hangat dengan sorak Germany
Yang kalah pun tak kisah, 2018 jumpa lagi


Dalam pada dah hujung-hujung Ramadhan ni, ingat boleh la fokus kat ibadah dan raya.
Tapi sambung pulak dengan kisah si pengecut Israel menyerang Gaza
Baru dok sayu-sayu baca kisah saudara di sana
Hangat pulak pasal Kiki CDM25 dengan steering locknya
Terus jadi bahan troll merata-rata

p/s:
Tu la... Lain kali jangan compare wanita Palestin pegang senapang dengan wanita Malaysia pegang selfie monopod. Kan dah pegang steering lock!


Itu belum masuk lagi kisah Rozana Misbun kena hentam.
Kisah Neelofa, Ana Dahlia, Ziana Zain dah pakai tudung, terus tenggelam.

Tau-tau tambah lagi cerita MH17 pula
Haishhh... Beratnya rasa

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Semoga kita semua dalam lindunganNya
Teruskan bersabar dan berdoa
 

Monday, July 14, 2014

World Cup- apa kata mereka? :-P


Bisnesman
Jersi Argentina dan Brazil bakal dilelong dgn harga murah. Lai..lai... boleh buat pakai raya.

Ahli akademik
Perlawanan berkumpulan mengatasi individu.

Islamis

Kita boleh bangun tengok World Cup 1.5jam. Kenapa tak buat solat sunat walau 5minit?

Artis
♫ ♪ Don't cry for me Argentina! ♫ ♪


Politician
Perlawanan sudah diatur sebelum game. Heh.
 
Tahyul
Berkesan pun jampi tok bomoh. Itu pun ada orang nak kutuk lagi.
 

Philosopher wannabe
Brazil has Neymar. Argentina has Messi. Portugal has Ronaldo. Germany has a team
 
Lalang 
Actually, saya peminat German, dari mula lagi.

Perempuan 

Riuh hari ini kat rumah bunyi bising diorang jerit "Gollll!"
 

Bukan peminat 
Eh, Argentina menang berapa kosong?


 

p/s: 
Family kitorang memang sokong Germany pun.  Especially Lil Adam. Well, maklumlah....

 




Nuffnang ads

My Heartbeat