Masa raya aritu, kemain suka orang tengok iklan TM. Yang kononnya kata perangai adik tu comel.
Ada-ada je alasan dia.
Tapi aku tengok dari perspektif lain. Kecik-kecik dah ajar budak-budak menipu dan anggap benda tu perkara biasa. Haaa...comel tak?
Sekarang ni dah kecoh isu menipu dalam exam UPSR, kecoh pasal paper bocor ni... ada yang nak kata comel tak? Hahaha
Sebenarnya, aku malas dan meluat sangat nak buat entry pasal isu paper UPSR bocor ni. Ye la...UPSR je pun.
Elehhhh... bangunan lagikan runtuh, bumbung pun boleh bocor...inikan pulak soalan exam!
Desperate sangat nak pulun semua A.
Kita dulu-dulu belajar jugak, pressure jugak. Tapi takde la teruk sangat. Maybe time tu cikgu-cikgu, Guru Besar, PPD semua tak desperate nak jaga status sekolah. Cap ayam pun, cap ayam la.
Tahun aku UPSR, kalau tak silap, tak sampai 10 orang pun dapat straight A's kat SKTL. Takde nak gah apa pun. Aku pergi register kat sekolah menengah harian (sebagai formality je, sementara decide nak masuk sekolah mana), cikgu tu yang offer nak rekmen aku masuk boarding school (SBP).
Tapi ye la kan... sekarang ni, dah wujud kasta SBP/MRSM/Sekolah Integrasi/Sekolah Berprestasi Tinggi. Banyak sangat dah. Sampai aku pun tak tau which is which. Zaman aku, kira SBP je la paling dewa.
Bila dah ada banyak kasta ni, mak bapak dan cikgu jadi overexcited. Bila keadaan terdesak macam ni, mula la ada bangsat yang buang amanah ke tepi dan nak kaut untung.
Yang menjual satu hal... yang membeli pun, dua kali lima la.
Cikgu pun bersatu-padu pulak tu. Share kat email, share kat Whatsapp. Demi menjaga prestasi sekolah kekdahnya. Hebatttt...hebatttt.
Dengar cerita, sebelum-sebelum ni pun dah pernah jadi kes bocor ni. Cuma kecoh dengan tak je. Tapi tahun ni, umpama kena-penampaq-sampai-melekat-kat-dinding la kot. Sebab kantoi-sekantoi-kantoinya.
Siap ada buat formula ayat macam cerita untuk hafal tuuuu...
Dollah Cakap Aku Cinta Budak Baru ---wakakaka! Takbolehblah.
Terjejas la pendapatan Tok Bomoh untuk dapat pengeras jual air penerang hati, sebab khidmat dah tak diperlukan.
Kesian orang yang buat bisnes kismis doa, coklat minda, air zam-zam tawaf 100 pusingan (ada ke ni? aku main tibai je. Apakah dia kendong tong air zam-zam sambil tawaf?). Mesti tak laku. Buat apa susah payah makan semua tu kalau cuma perlu hafal formula tu saja.
Kalau aku dulu, excited dapat wakil sekolah attend Kem Kecemerlangan Pelajar UPSR kat Al-Irsyad, jumpa kawan-kawan pandai dari sekolah lain. Aku rasa lepas ni, Kem Kecemerlangan pun dah tak dapat sambutan.
Ni la masalahnya bila semua surface. Exam-oriented.
Semua nak pulun biar on paper (dalam transcript) nampak huruf A je terkangkang.
Tak nak ada huruf lain.
Kang aku kutuk pasal sistem ni, orang kata pulak "Macam la sistem pendidikan kat Australia tu bagus sangat!"
Tapi nampak gaya macam tu la. Kat Malaysia, seolah-olah kalau tak dapat semua A masa darjah 6 kira gelap terus la masa depan!
Walhal, aku bersembang dengan Sharifah aritu, dia pun admit... kawan-kawan dia yang corot masa sekolah dulu pun tau-tau sama study dengan dia kat UK. Kawan-kawan aku yang biasa-biasa dulu pun (tak pernah naik stage pun tiap kali Hari Penyampaian Hadiah), ada yang lagi hebat daripada aku sekarang.
Maksud aku, UPSR bukanlah segalanya. PMR, SPM pun sama.
Tapi standard la... mesti ada tekanan daripada mak bapak.
Sedara-mara.
Jiran tetangga.
Sibuk je nak tanya result anak orang. Huh! Lepas tu canang la anak dia masuk sekolah ni la, universiti itu la. Ye la, makcik... anak awak sorang je paling hebat di mayapada ni!
Tapi, aku rasa mak abah aku kurang pressure kot masa nak jawab kalau orang tanya pasal result aku dulu.Nasib baik.
Aku tak tau la nanti anak-anak aku balik sekolah kat Malaysia macam mana. Nak-nak pulak sebab aku sendiri competitive. So, boleh ke aku buat derk je dengan isu macam ni? MrHubby dah warning aku siap-siap dah, jangan freak out. Hewhewhew
Haihhh...
Kalau
bab nak revise gaji, lajuuu je jawatan cikgu yang disebut-sebut.
Maklumlah... pendidik anak bangsa, pemangkin kemajuan negara. Geng-geng lecturer macam aku memang tak menyumbang apa-apa pun. Sebab graduan jadi doktor, jadi engineer, jadi lawyer.. semua kerana pendidikan kat sekolah kan? Bukan kat universiti! #tangandibahumatakeatas
Aku
tau, bukan semua cikgu macam ni. Ramai kawan-kawan sekolah aku pun
sekarang dah jadi cikgu. Dan aku harap diorang tak masuk dalam kategori
tak amanah ni...sebab masing-masing dah tahu pasal integriti
halal/berkatnya gaji.
So, toksah la buat-buat meroyan pulak lepas baca
entry aku ni as if terlepas pandang ayat aku yang dituju kat
cikgu-yang-tak-amanah-saja ni.
Kang aku kata sapa makan cili banyak, dia yang cirit-birit.... baru tau!
Ye, aku sedia maklum... cikgu-cikgu pun ada dilema.
Mak bapak bebankan cikgu untuk ajar anak diorang jadi pandai. TAPIIIIII....
Ha...ada tapi di situ.
Jangan cubit, jangan jeling, jangan marah, jangan rotan,
Jangan calar sikit pun secara fizikal. Emosi pun jangan calar.
Kalau tidakkkk... "See you in court!"
Aku cuma rasa kebocoran exam papers ni menyerlahkan ketirisan dalam security and safeguarding the
integrity of the exam.
So, MOE la kena belek balik dan tighten up mana-mana yang cacat tu.
Malu la weh bila nampak masyarakat kita 'kiasu' sangat sampai sanggup menipu, walhal untuk UPSR je pun.
Kita pom-pang-pom-pang kat anak suruh jadi baik, yet we show them (at the age of 12??), it is okay to cheat? Kejadah apanye?
Then bila anak-anak jadi remaja, diorang punya moral tu ke laut, kita salahkan sebab tak belajar Pendidikan Moral. Eh?
Kalau takat cacat kat procedures (untuk jaga keselamatan exam papers supaya tak bocor lagi), boleh ampun lagi. Sekejap je boleh dibetulkan. Meeting, keluarkan arahan, put in in practice.
Tapi ni dah kira cacat character. Kalau yang ni, makan masa lama nak dibetulkan.
Sekian entry emosional aku.
Calon UPSR SKTL 1992,
Angka giliran PA010 K008
Bleh ingat no giliran upsr???
ReplyDeleteHaaa..mesti la.
DeleteHehe
ReplyDeleteLepas baca entry ni terus rasa nak duduk australia lama lagi.hihihi
ReplyDeleteTapi memang betul pun apa yg dikata.Exam oriented sangat sampai sanggup ajar bdk2 ni menipu.Straight A's on paper tapi bab nak straight A's in akhlaq takmau buat.Nak buat lagu mana.
Hehehe.Apapun,Assalamualaikum.
Bila diumumkan UPSR kena buat balik 2 paper, knur yg tension jugak sbb budak2 darjah 1 sampai 3 kena cuti lg. Diaorg cuti, pergi hantar pg2 lg kat tadika knur la. 3 hr tu pun dah tension sgt bila penuh sgt dgn diaorg sampai budak2 kecik (yg tadika) tak nak belajar. Jd, mmg menyusahkan byk pihak betul org2 yg tak AMANAH ni. hish...
ReplyDelete