Thursday, March 22, 2012

The convincing lawyer

Last two days, aku ada appointment dengan sorang lawyer. Melalui perbualan dalam telefon, aku assume dia ni jenis soft-spoken, orang muda remaja (macam aku. heh!) dan easy to deal with.

Tapi bila kitorang jumpa, apparently I was 75% wrong.
Dia memang jenis soft spoken. Lemah gemalai gitu.
Orangnya tak lah muda macam aku jangkakan. Tapi andalusia (anak dara lanjut usia).
Dan bila aku sembang dengan dia, aku rasa she does not know 100% tentang procedures yang aku nak buat. Hmmm...

Hati aku pun goyang.
Balik rumah, dengan muka bodoh alang (sebab takde alasan kukuh), aku cakap dengan MrHubby "Actually Mama tak suka close a deal on Tuesdays."

Dia kata "Laa...apasal tak cakap awal-awal?"

Aku takut kena gelak. It's funny when I think about it. Doesn't make sense pun ada. Tapi ada macam rasa tak best gitu. 
Dulu aku tak percaya sangat, tapi lepas aku kena bad hair day sekali sebab gunting rambut hari Selasa, terus aku serik.




So, kesudahannya semalam aku jumpa lawyer kitorang yang sedia ada.
Perghh... statement tak-boleh-blah kan? Kasi chance la aku riak sikit, perasan kaya sebab ada lawyer sendiri. Macam Winie perli aku "You aaa..high class people, ada lawyer sendiri."

Anyway, bila aku naik ke ofis Jaslina, receptionist dia tanya "Datang untuk interview ekk?"
See? 
Betapa 'remaja'nya muka aku. Wakakaka...
Err..on 2nd thought..maybe aku nampak macam orang tak berkerjaya lagi? :P

Dah lama tak jumpa lawyer aku nih. Ada la dalam 3 tahun kot. Last jumpa dulu, she was pregnant. Kali ni pun, dia pregnant. Hehehe. 
Sempat aku usik dia "Asal I jumpa you je, you pregnant." (macam celupar pulak aku rasa..kuikuikui)
 
Okay, to cut things short...
Jaslina explained in depth tentang apa yang aku nak tau. Step by step. Crystal clear.

Aku tak kisah untuk tanya soalan-soalan basic walaupun kedengaran bodoh, sebab itu bukan bidang aku. Janji aku dapat jawapan yang aku nak.
Puas hati aku!



Daripada encounters aku dengan these two lawyers, aku dapat conclude...

Betapa perlunya lawyer menunjukkan ciri-ciri firm yg ada kat diorang.
Tegas dan tak meleret meraban. Bercakap tu memang perlu sopan-santun, tapi jangan lemah gemalai sangat. Rasa macam nak tampar orang pun ada (ewah! berani la sangat). Ye la, as a legal practitioner yang perlu mempertahankan hak clients later on, kena la loud sikit (read:banyak)... jangan simpan suara macam nak buat persembahan makyong.

Having a good family is a bonus. So you can express your empathy to the clients
Bukan la aku pandang rendah kat andalusia. Tapi bila the first lawyer tu jumpa aku pun kat luar, instead of kat ofis dia..aku rasa dah tak proper. And she said she can meet me anytime kat luar sebab dia takde komitmen. Hmmm... *garu-garu dagu*

Dan korang jangan tak tahu, aku sempat sembang pasal breastfeeding lagi dengan Jaslina. She shared with me about her intentions to try BF selama mungkin untuk anak ketiga ni.
Sempat la aku recommend pam yang bagus dan citer cara-cara nak maintain BM production, cara-cara storage dan tips masa travelling untuk BF moms.

I was surprised to know... dulu kalau dia tak sempat pam susu kat ofis, bila balik rumah, dia akan pam dan buang dulu (sebab dia ingat susu tu dah tak elok/basi) sebelum dia direct feeding.
You see? Tak semua orang ada ilmu tentang BF. But I am happy I could share the knowledge with her (aku malas nak share dengan orang yang tak dengar nasihat aku).

A lawyer should also know the twists and turns behind a procedure. Bak pesan aku kat students aku sem ni "Kalau bodoh, jangan sampai semua orang tau awak bodoh."
Kalo tak tau pun, jangan la tunjuk sangat tak tau tu. Well..lawyers kan are trained to cover the truth. Eh ye ke? Hahaha (mamfus aku kena sue dengan lawyers lepas ni) :P

Dan lagi satu faktor yang mengabui mata aku adalah.... diskaun untuk legal fees. 
Actually, that first lawyer tu boleh bagi diskaun 20-25%. Tapi bila aku usik Jaslina "Return customer tak dapat diskaun ke?"...dia kata boleh bagi 35% (or maybe 40%). Heh..maunye tidak aku rasa nak appoint dia je terus.


p/s:
Jangan risau... Jaslina ni bukan lawyer syariah. Hubungan aku dan MrHubby masih bahagia. Hehehe.


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

  1. haritu beli kereta kat adik pun, chinese tu cakap fengsui dia tak bagi keluarkan kereta hari selasa.. bad luck.. hari selasa hari masukk $$..

    nak keluar kereta hari khamis..:P tu dorang nyer kepercayaan la...hehehe

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat