Setelah sekian lama berjanji palsu untuk buat entry tentang pengalaman aku ber-EBM di Dubai, hari ni la baru aku mendapat hidayah untuk menulis menaip.
Well, being a mom, aku tau..ramai yang tak sanggup berjauhan dengan anak. Nak nak kalo yang masih BF.
Tapi ada jugak colleague aku yang sanggup tinggal anak kat maid sebab gila buat itu ini untuk cepat naik pangkat. Heh.
Aku ingat lagi masa meraban berjauhan dengan Lil Adam masa kursus induksi kat Perak dulu (read HERE).
So, masa aku gi Dubai aritu... aku dah start semak kepala.
Stok EBM untuk Lil Adib memang cukup.
Masalahnya ialah AKU NAK SIMPAN DAN TRANSPORT EBM TU KE HULU KE HILIR.
Macam mana? Aku ingat aku pernah baca persiapan Farah.
Okay... untuk sediakan Coleman tu setakat sekali pakai maybe tak practical untuk aku. Sebab aku ada banyak perkara kena consider (which is not to be mentioned here). So, aku korek segala do's and dont's daripada Ina, adik aku yang keje dengan Royal Brunei tu.
Dia cakap, untuk hand carry, setiap botol hanya boleh isi 3oz je. Kang berapa banyak botol aku nak kena bawak?
Plastic bag untuk EBM? For certain reasons, aku tak nak guna plastik tu.
Sementara tunggu teksi datang depan rumah, aku bon-bonkan Lil Adib cukup-cukup. Biar betul-betul 'kosong'. Tapi time tu la jugak dia mengada dok membonbon main-main. Haishh...
Mengikut nasihat Ina... masa check-in, aku dah cakap awal-awal kat ground staff tu. Dia kata preferably ice pack tu aku simpan dalam cargo bag je. Fine.
So, yang aku bawak sebagai hand carry cuma sling bag dan satu bag berisi pam & botol susu.
Sepanjang dalam flight, aku cuba elakkan terlalu ingat kat Lil Adib. Maklum je la... Kalau asyik rindu kat anak, lagi stimulated la susu nak keluar.
Dan aku cuba jarakkan masa pumping. Ya, aku tau...kalau jarang pam, kurang la susu. Tapi aku terpaksa. Sebab takut nanti tak boleh bawak balik (just in case).
Lagipun, setiap botol hanya boleh isi 3oz je. Botol yang aku bawak untuk 3h 2m tu cuma berapa belas entah.
Lepas tu aku minta tolong stewardess tu (Naetty) simpankan untuk sejukkan.
Katanya, diorang xde freezer. Haihhh. Pasrah je la aku. So, aku kata, xpe..sejukkan je la macam mana pun.
Sebelum touchdown di Dubai, Naetty pulangkan EBM tu kat aku. So, bila aku dah collect bag kat carousel tu, aku cepat-cepat sejukkan dengan ice pack.
Ice pack tu pun dah lebih kurang 8 jam. Masih sejuk. Tapi dah half frozen je la.
Memandangkan aku sampai waktu subuh sepi'ee pun belum
menjengukkan diri, maka lepas melangut kat surau, aku try nak mengopi
kat kafe-kafe kat situ. Sebenarnya ada hidden agenda la kan? Nak tumpang EBM, or at least... nak sejukkan ice pack tu.
But man...I was turned down.
Kononnya policy diorang, takleh tolong simpankan apa-apa barang selain daripada barangan diorang.
Okay, aku faham.
Tapi sebagai seorang ibu, aku sedih la jugak kan.
Takpe..aku pujuk hati. Sebab at least, ice pack aku masih sejuk. So, I said to myself, I better rush to the hotel, to try my luck there.
Agak-agak dah cerah sikit, aku gi hotel. My attempt for an early check-in pun harommmmm tak dapat. Benci arrr.
Aku cuba bagitau hotel staff tu...yang aku perlu letakkan EBM tu dalam fridge. So, kalau aku boleh check-in kat bilik yang tak berkemas lagi pun aku tak kisah. Tapi diorang bagi alasan bodoh. Takde bilik kosong.
Again, aku rasa sedih dan cuak. Tapi aku tahan lagi.
Lama aku duduk kat lobi hotel tu, bersembang dengan Dr/professor dari Jordan & Georgia.
Sambil tu, bila ada peluang... aku cuba minta tolong staf yang jaga kat pintu masuk ke kafe diorang (for breakfast) untuk tumpangkan EBM/ice packs aku kat freezer diorang. Staf tu (aku refer sebagai X) entah Pakistani ke Bangla ke entah. Tapi dia buat acuh tak acuh. Dia kata tak boleh..dan suruh aku jumpa prang housekeeping.
Aku tunggu.
Sorang budak housekeeping (aku refer sebagai Y) datang. Bangsa tu jugak.
Aku explain pot-pet-pot-pet-takdapatcheckinawal-bla..bla... dan dia buat muka pelik, dan kata tak boleh.
Masuk kali ketiga dah aku turned down ni.
Agak-agak dah berdiplomasi tu tak jalan jugak, dan hati keibuan aku pun dah tersentuh...
Aku pun menggunakan senjata paling ampuh. AIR MATA.
Yes. Aku menangis.
Sebenarnya airmata aku menitik sebab automatik aku ter-sedih. Hehehe
Ye la kan... itu rezeki untuk anak aku. Yang diorang tolak aku ke-tepi ke-tengah tu, jadah apa?
Itu baru 4 botol X 3 oz. Kalau aku dah pam banyak?
Dengan storage yang entahapahapa tu. Kalau dah rosak? Tak ke aku kena buang je EBM tu???
Rasa nak je aku tunjal kepala mamat-mamat sengal tu sambil jerit "Kau gila?!!!"
Arakian menengok aku nangis macam tu, si X tanya aku kenapa.
Aku pun tersedu-sedan cakap (in English la kan) "U suruh dia tolong, tapi dia kata tak boleh. Apa ni? Kau ingat hotel ni atu kau punya ke?" (eh..okay. ayat last tu aku propa je lebih. Heh)
Dan dan tu jugak si X tetiba kata "Eh, kenapa pulak? Boleh..boleh..."
Macam @#*^$#$!@#$%^&**( kan?
Tapi aku pedulik hapa...janji EBM aku selamat.
Lepas tu, aku duduk balik kat lobi.
Dr dari Jordan tu tanya kat aku apa yang aku buat.
Dia pelik. Sebab kat negara dia...kalo BF, memang direct BF je. Takde pulak career moms pam jadi EBM bagai.
Hmmm... gitu rupanya.
So, dipendekkan citer.
Lepas aku shopping petang tu, baru aku balik ke hotel untuk check-in. Dan aku sengaja tak ambil lagi EBM aku tu.
Mini fridge kat bilik tu pun bukan la sejuk sangat. Ye la, bukan freezer pun!
So, aku call housekeeping malam tu. Minta tolong diorang masukkan icepacks aku dalam freezer, kalau boleh, EBM tu pun boh dalam freezer jugak.
Noted.
Esok paginya... masa aku dah nak check out, aku check lagi sekali.
Rupanya MASYA ALLAH.
DIORANG TAK FREEZE PUN BENDA ALAH TU. Cuma letak kat fridge je.
Nak hangin pun tak guna.
Aku cuma minta housekeeping staff tu tolong freezekan. Sapantah nama dia. Stephen ke Steve gitu lah.
Masa tu ada la dalam 2-3 jam lagi sebelum aku tinggalkan hotel (lepas check-out, aku gi jenjalan kat BurJuman sebelum pegi airport)
Masa dah betul-betul nak tinggalkan hotel, baru la aku minta diorang keluarkan EBM dan icepacks aku yang tak berapa nak frozen tu.
Dalam hati aku "Macamana la EBM aku nak bertahan kalo icepacks pun sejuk macam ni je?"
Time tu, tawakkal je la yang tinggal. Semua usaha dah buat.
Aku berpegang kepada satu je...Ini rezeki untuk anak aku. Kalau ditakdirkan tetap rezeki dia, InsyaAllah...EBM ni akan masih elok bila sampai nanti.
Sampai kat airport...
Aku tengok ada reminder tentang bawa liquid.
As usual, tak boleh lebih drp 100ml/ 3oz per bottle.
Dan kena masukkan dalam transparent plastic bag.
Mengenangkan aku ada banyak botol EBM x 3oz, aku decide untuk simpan dalam cargo je.
Dah queue nak dekat dengan turn, aku rasa - It's about time for another pumping session. Kalau tak pam, mau rasa macam nak meletup nanti :P Flight lagi dua jam.
So, aku keluar dari queue, puas aku mencangak cari nursing room. Nada.
I ended up pergi washroom. Terpaksa la kan. Kalau airport tu lapang dan banyak sudut macam KLIA, memang aku sanggup buat kat open area je. Ni harap lapang dan jauh-nak-mamfus lepas check-in je.
Masa aku pam tu, aunty janitor tu (Sri Lankan) siap tolong cover badan aku lagi dengan plastik hitam.
Aku cakap la terima kasih, tapi aku tak kisah pun kalau orang nampak..sebab semua pompuan.
Habis pumping, aku pack semua EBM yang ada dengan icepacks (yang tak berapa nak sejuk tu), balut dengan cling wrap, bungkus dengan plastik..dan bubuh dalam cargo bag. Sendal elok-elok dengan barang..supaya tak bergerak sangat.
Then baru aku check-in.
Pumping session dalam flight kali ni aku tetap buat walaupun aku duduk sebelah sorang mamat Serani. Well, orang educated usually don't act like sex maniac kan? So, senang la. Takde la dia perhati aku dan tanya aku macam-macam.
Kalau sesetengah jantan gatal tu, tengok je orang BF/ pam susu..mesti fikir boobs tu as a sex object. Low mentality sungguh!
As I happened to board the flight with the same cabin crews again, senang la cerita. So aku minta the steward pulak to keep the EBM for me.
Kali ni dia bagi a bag of ice for me to keep it. Puas hati aku. Dapat sejukkan sendiri EBM depan mata. Heh.
Touchdown in KL that morning of Lil Adib's birthday...
Ice dalam plastic bag tu makin mencair. So, beg aku dok drip air sana-sini. Tapi, ada aku kesah? Hahaha
Janji bila aku buka luggage... EBM aku semua ok.
Alhamdulillah...
Well, pengalaman aku ber-EBM di luar negara maybe tak semudah yang Farah lalui (read HERE). Tapi aku bersyukur dapat lalui jugak.
EBM tu semua pun dah selamat masuk dalam perut Lil Adib. Keh keh keh.
Kebetulan pulak kawan aku Ann (a Senior Lecturer in Hotel Management in NZ) ada minta kengkawan list down apa yang perlu sesebuah hotel buat untuk improvement,aku pun tibai la mengadu tentang alkisah EBM aku. Hehehe. Bagus kan?
Aku harap lepas ni lebih banyak hotels yang BF moms-friendly :)
tabik spring toing2 laa..aku gi induki perah masuk dalam sinki hari2..sedih2 :(
ReplyDeletedugaan berliku2 pengorbana seorg ibu utk anak dia. hope bila adib besar, dia akan baca pengorbanan mama dia ni utk dia *sob sob tumpang nangis jugak *
ReplyDeleteOHH...I PUN ADA CERITA SADIS JGK SEMASA KE KEINGAU HARI TU..
ReplyDeleteHMHHSS...NANTILAA CERITA SBB MINGGU NI MOOD DAH MCM HAREM DEK KONTRAKTOR :P
Alhamdulillah. Smg pengorbanan ibu2 BF mendapat ganjaran drpd Allah.
ReplyDeleteI nak share la jgk citer travelling with EBM I kat komen u ni bole? Harap u x kisah., Bkn apa, blog u popular, ramai readers, kot2 bole jd rujukan sesapa yg nak travel whilst still trying to keep their EBM intact. Ni citer i masa first pindah UK dulu (Aisyah baru 4 bulan, so susu tgh mewah, stock from Msia pon i hangkut sama. Alhamdulillah slmt sampai Plymouth. Total travelling time = ~20 jam lebih kot).
http://oyisbabyjourney.blogspot.com/2008/09/tips-untuk-travel-with-frozen-ebm.html
http://oyisbabyjourney.blogspot.com/2008/11/what-happened-to-my-frozen-ebm.html
Ni plak template surat utk minta paed baby kita endorse utk kita bawa susu atas flight (psl nak elak drpd x leh bawak liquid over 3oz tu la. Btw, i bawak 50 botol hand carry, masa ni tunjuk surat ni, and naik MAS):
http://oyisbabyjourney.blogspot.com/2008/10/random-writing.html
ok hope that helps. entry dah lama jg. sorry ye mcm enterframe plak pada entry u. tp i know how hard it is, and how semak nya kepala nak cari solution utk store/lugging EBM. kalo i tahu u pening2 dulu, dah bole holler2 sket2...
huhu... Susah nya nak ber ebm kat perantauan. Takpe, ada pengalaman kan? Saya ni takde pengalaman lagi. Harap2 tak perlu lah nak kena OT jauh2.. Huhu..
ReplyDeletebila dah keluar air mata baru diaorg nak tolong ye. mmg respect dgn U sbb tetap berazam nak buat EBM tu.
ReplyDeleteKagum!!!
ReplyDeleteakhirnya muncul jugak entry ni! bertanduk menunggu. hehe tengkiu!
ReplyDelete