Showing posts with label travelling. Show all posts
Showing posts with label travelling. Show all posts

Monday, September 14, 2015

Tempat berdating lagi dikenang. Eh

***sambungan***

Setelah berjimba di Gold Coast, hari yang dinanti-nanti pun tiba. 
Pagi Khamis tu, akhirnya kami pun menuju ke tempat dating lagi dikenang.

Brisbane...here I come!

Sekian lama plan tertangguh... dari abis Master, sampai tahun ni baru dapat jejak balik... 
Gila punya lama, dah 9 tahun.

 
Dah lama aku tinggalkan.... Brisbane has changed a lot. 
A LOT.
Dah busy, much traffic.
But somehow still ada port-port untuk aku mengimbas kenangan lama.


Anyway, mula-mula sekali, aku suruh MrHubby bawak aku ke rumah sewa lama. 
10 Twelfth Ave.

Dah tak bercat dah rumah ni. Masa aku dok dulu, kemain 'putih bersis' lagi.


This was where some of my lovely memories were created.
Rumah besar dengan 8 bilik, occupied by people of various nationalities. Ada masa happy with Korean, Taiwanese, Vanuatu, Vietnamese, Indonesian, Aussie... tapi ada masa tak best dengan Russian, Chinese, Philipino, Indian, whatnot.

Bilik aku adalah yang paling depan sekali.
So, walaupun aku tak dapat masuk (sebab tak dapat contact tuan rumah tu), jadi la berposing kat luar pun.
Takkan aku nak dingdong-bell semata-mata kerana nak nengok rumah, ye tak? Kang tenants tu kata aku sewel pulak.

Sayangnya, pokok bunga apantah yang besar kat garage dekat dengan bilik aku tu pun dah takde. Kalau tidak, dulu rajin la aku renung luar tingkap, especially masa musim hujan. Bajet-bajet tengah buat video clip. Hahahaha.


Dan tak lupa juga..satu gambar depan Banksia Park, opposite rumah... tempat lepak sambil ngeteh jaman remaja dolu-dolu.
Eh.

Habis fe-feeling kat rumah, pegi ke UQ!
Universiti tersayang.
Hahaha. Marah VC Adelaide Uni kalau tau ni...
Apa boleh buat... dah jodoh untuk PhD dengan Adelaide kan?
The signature arch.

 
Rasa macam nak berguling-guling kat Great Court tu.
Kalau lalu Great Court ni time petang-petang, especially weekend... romantic sangat.
Kebetulan masa aku dok cari orang nak tolong snapkan gambar aku, terjumpa sorang Malaysian Chinese. So... dia la berjalan dengan aku sambil sembang pasal study. 
Terkejut dia bila aku kata aku kat situ dulu 2005-2006, which is like almost 10 yrs now. Dia terkejut sebab aku cakap aku dah ada anak dua. Heh. 
Nampak tak apa maksud dia?
Nampak tak?
Mihmihmih.... :-P


Lepas tu aku ke building  tempat aku study dulu.
Aku bukan lepak library sangat...selalu dok kat PostGrad room je.

Tapi bila aku lalu koridor tu... humang aiii... dah renovate lawa kemain!
Jaman aku dulu, suriram suraaaam je kat situ.

Kat foyer, siap dah ada tempat reception.  Perghhh...



I tried to make an appointment with Ross (Barnard), but he was busy that day.
Tu la, gatai sangat nak buat surprise konon.
Aku malas nak plan awal-awal sebab just wanna go with the flow.
Anyway, bila Ross dapat squeeze in masa untuk jumpa aku, henpon aku pulak mengong. Aduiii... takde jodoh nak jumpa Ross. Huhu.


Cafe Physiol is so damn beautiful now.


Babai UQ. 
I might come again, one day.
Just because I love you so much.
Lepas tu, off we went to meet Mary at the Hillsdon Hermitage.
Mary ni was my first landlady masa aku mula-mula sampai Brisbane and we've been in touch since I left.
Sweet kan aku? Hahaha

Lil Adam and Lil Adib dok jakun main kat tangga. Haha.
Mary was sooo excited to meet us. Maklum la, dulu aku sorang-sorang. This time, aku dah kawen, siap ada dua anak. Dan dia paling kagum sebab aku tengah buat PhD. 
Hahaha. Dia tak tau berapa ramai mak-mak kat Malaysia tu dah buat PhD. Aku je terkedek-kedek baru nak buat.

Masa aku sembang dengan Mary, Lil Adam test power main piano...dan Lil Adib main puzzle.
Since it was already lunch time dan Mary tak sempat masak, dia bawak kitorang ke Abode Cafe...
Wahhh..dah ada cafe rupanya dekat-dekat port aku first time bertemu Mary dulu (dekat bus stop/laundrette). 
It was a sweet little cafe. We just ordered something simple for late breakfast. Matsaleh kan makan ciput je. Maka aku pun buat-buat la muka kenyang lepas makan skit. Haha. 
Lil Adib makan garam sementara tunggu makanan sampai.
Haihhh la anak bujang sorang ni...

Si Mary pulak, memang style mak-mak... habis semua orang kat cafe tu dia bagitau yang aku ni dulu dok rumah dia, sekarang buat PhD (again!). Hahaha
 

Habis ber-hug-cemolot, kitorang pun gerak ke St Lucia, semata-mata sebab nak naik CityCat dari Guyatt Park. Hehehe.
Gigih



To the Southbank, we go!

Acecece... touristy sangat atas CityCat pun nak bergambar sakan. Kehkehkeh. Kasi can laa... dah lama tak buat keje gini.
Kitorang turun kat Southbank sebab kat North Quay terminal tutup, tengah upgrade.
Then, dari Southbank...berjalan le ke city (Queen St!).
Rindu wehhh...

Queen St ni la tempat kalau nak janji jumpa sapa2 dulu (read: nge'date'). Dan port untuk tunggu? Mesti depan Hungry Jacks. Hahaha. Confirm!
 

Anak-anak lapar... so singgah makan kat Satay Club, Charlotte St. Ni pun bukan port aku sangat dulu. Maybe sebab tak sesedap Swinging Bowl kat Adelaide nih (abang Azam hensem, sila bagi diskaun next time saya datang SB ye!).
 

*sorang muka monyok kena marah, sorang lagi happy sebab Ayah layan tolong suapkan*
 

Malam tu, we had a dinner with Lesley/Guri and Prasad's family. 
It's been a while since we last met (few years before I started my PhD). So, it was fun bergelak ketawa sambil makan kat The Curry Connection, Hawken Drive.  
Dulu ada la sekali dua je kot aku pernah makan kat situ...
 
 Guri dah nampak tua sangat (eh,dia tak baca blog ni kan?). Prasad pun sama.... aku rasa last aku jumpa dia, kemain maintain chargas gittew. 
Dalam ramai-ramai tu...aku rasa aku je yang muda. Eh.
Anyway, since malam tu we had to drive back to the Gold Coast, maka balik le awal sikit. 
Ngantuknya humang aiii....
So, pagi esoknya...check out...dan kembali ke Brisbane.
Yes, that's how much I love BNE. Hahaha. 
Ye la kan... ada banyak nak di'qada'...
So, mula-mula pegi balik UQ jap. Ada hal sikit. Nak fe-feeling 'Scientia Ac Labore' gittew. Kehkehkeh.
Then, pegi ke Indooroopilly (we call it Indro). Ada orang tu nak cari jersey rugby pojaan dia.  Malangnya tak jumpa yang berkenan di hati.
 
Indro ni adalah port aku cuci mata masa dok kat rumah Mary dulu, sebab agak dekat dengan rumah. Tapi bila aku pindah ke St Lucia, aku berjimba di city sajork. 
Antara kenangan aku kat Indro tu... 
  • aku tengah down, terserempak dengan Mary dan dia ajak aku coffee sambil dengan ceramah dia  -__-
  • aku jalan-jalan dengan happy sambil sembang on the phone dengan Abah, bagitau results aku
  • where I watched my first movie in Aus---Hitchhikers Guide to the Galaxy (whatthe punya movie, tak best langsung!)
  • the shop where I fell in love at first sight with a winter coat yang mahal ($60), tiap kali aku pegi situ, aku masuk kedai tu... dan satu hari, aku tengok harganya $20. Maka dengan senyum lebarnya  aku sambar (lepas call untuk bagitau MrBoyfren, dan dia kata dia belanja.heh)

Well, from Indro, bergegas ada appointment dengan orang untuk amik barang...dan patah balik ke city.
Memandangkan masa dah suntuk, park je kat bawah Performance Arts Centre kat Southbank tu. Kos parking lebih kurang je dengan tambang naik public transport, kira convenient la sikit.

There, I caught up with my friend, Ashwini. Dia tinggal sikit lagi je nak submit tesis dia time tu...semangat lak aku dengar.

And last but not least, jumpa Richard pulak.
Tak jadi lepak kat Jo Jo's tempat dating dulu, so lepak sembang kat bench je. It was great to meet and recall all the old stories. 


Then, it was about time to say goodbye to Brisbane.
Dah la lambat, dengan traffic jam lagi. Punya la gelabah takut terlepas flight... berlari-lari sakan kitorang. Tak sempat nak snap-snap gambar lagi dah. Hahahaha.

In the flight.... ahhh...rasa best sangat. Tercapai hajat nak bawak anak-anak tengok tempat aku berjimba jaman remaja dulu. Walaupun tak lama, kira okay la... 
Lain kali kena tunggu ada conference kat BNE lah... confirm aku ngular je kejenye. Hahaha

Wednesday, September 2, 2015

Back to the Gold Coast

Entry tertunda.
************

Balik dari Seoul aritu, memang penat... maunye tidak...
Flight Incheon ke KL dah 7 jam, flight KL ke Adelaide dah tambah lagi 7 jam. Sampai pagi tu... rehat kejap, tengahari pegi birthday party Felix pulak. 
Tak boleh la tak pergi, dah kira family friends. Nanti la kalau rajin, aku buat la entry birthday party dia. Kalau rajinnn... (bunyi macam dah tau je tak berapa rajin)
Balik dari birthday party, petang tu terus zuppp ke airport.

Terbang lagi?

Yeszaaa... ke Gold Coast pulak.

Well, actually dah lamaaaa sangat aku nak kembali ke pangkal jalan tempat penuh kenangan ni.  Bertangguh punya tangguh, last-last ingat nak pegi masa spring bulan Oktober ke.. tapi atas sebab-sebab tertentu, terus cepatkan jadi bulan June.

Tengok dalam ramai-ramai ni, muka sapa paling excited? 
Muka aku le kot. 
Anak-anak tak tau lagi apa yang best kat sana.

Lil Adib kata "I'm strong!"... maka bersungguh-sungguh dia heret hand luggage tu.


Kitorang naik Tiger Air sebab malas nak stop kat Melbourne dan menganga buang masa. So, since Tiger tak fly ke Gold Coast, ke Brisbane pun okay la. 
Cuma lepas touchdown tu, kena drive ke Gold Coast la (tu pun MrHubby yang drive--aku krohhh krohhh je kat sebelah).


We stayed at Chidori Court Apartments.


We got it for like $20 per head per night. Kira murah la, setanding dengan backpackers punya harga... but we got the whole apartment to ourselves.




Siap ada pool lagi.
Silap pulak aku tak bawa swimwear anak-anak... konon sebab ingat sejuk winter. Lupa pulak aku temperature setakat 23'C tu kira ngam-ngam-sui la nak main air. Haishhh...




Esok paginya, lepas solat dan breakfast aku bantai sambung tido. Jetlag weiiii...
Gamaknya dah jemu tengok TV, Lil Adam kejutkan aku dan tanya "Why did we come here, Mama? There's nothing fun here."
Hahaha. 
Hang nak fun ye? Sat..sat...mama bersiap....


So, that day we went to the Seaworld sebab it was a public holiday, Queen's Birthday... Aku tak suka bersesak-sesak ke Movieworld kalau hari cuti.


SeaWorld ni kalau ikutkan, aku tak hadap sangat la... sebab well, ada ikan la kan...and marine life. Tapi since it was included in the package, dan MrHubby suka pegi tempat ala-ala UnderwaterWorld/ Aquaria ni... aku layankan aje...



 Ada Patrick la!!!


FYI, masa aku buat Master dulu, aku nampak Patrick ni kat DreamWorld, aku buat tak endah je.. sebab aku tak tau pun apakebenda nye menatang ni. Tapi, dah jadi mak-mak ni.. kekadang kat kelas, aku selalu nyanyi dengan students ..."Oooo..who lives in a pineapple under the sea?!"

Hahahaha.
See, what motherhood has done to me?


Yang bestnya, kitorang siap janji dengan Eddie, faculty-mate aku yang tengah buat PhD kat UQ.
Thanks, Eddie...datang jauh-jauh untuk jumpa kitorang.
 Apa lagi? 
Explore la satu-satu.

 
 Jellyfish, (ninja) turtle, dolphins....

Penguins....

 Polar bears... (awww.....)
 Stingray...
 

Tengah jalan-jalan tu, nampak ada show Dora the Explorer.
Berlari-lari aku nak gi tengok. Wakakakaka... 
Ngalahkan anak. Over tauuu..

For lunch, Eddie dengan besar hatinya belanja kitorang makan. 
Giler arrr...kaya Eddie.
Nanti dia datang Adelaide, kitorang kena bawak makan best-best la jugak.

 


Dah kenyang, tak larat berjalan...kita naik  skyway pulak.. Hehehe.
Gigih beratur punya lama... Kalau berjalan kaki pun dah sampai daaaaa...

 Dari atas skyway, leh la nampak tempat makan tadi---Dockside Tavern...



Kat tengah tu ada jetski show. Tapi dah penat sangat... so, tengok dari atas je la.




Penat-penat ni..kalau dapat Frozen Coke segedabak macam ni kan best....




So, that's it for the SeaWorld.
Penat...tapi, not bad lah...

************************************************************


On the second day, kitorang pegi Movieworld!!!
Haaa... sapa-sapa yang kenal aku, tau la ni memang 'makanan' aku. Masa single dulu, aku pegi dua kali je. So, memang niat aku kali ni nak bawak anak-anak pulak experience apa yang mak diorang gedixkan sangat.


We began with the Rio Show. Then pusing la, satu-satu....
 
Kitorang jumpa Zizan-tengah shooting Cinta Karipap dan Stroberi.
What-the betul la tajuknya.

Wild Wild West
Kalau dulu aku la sucker bab-bab mencabar diri naik rides yang bukan-bukan ni... tapi bak kata iklan "Dulu dia memang laju..." Hahaha... aku dah insaf weh. Bukan ageing factor, bukan..... tapi aku risau kalau apa-apa jadi kat aku. 
Acecece...Tapi skydiving tetap dalam bucket list. Hahaha.

Gila terjerit-jerit aku Nasib baik tak lencun.



 
Lil Adam & Lil Adib naik 
 
Malamnya, kitorang dinner kat Golden Legends Malaysian Seafood kat Surfers Paradise.
 

Pakej tiket kitorang tu actually inclusive of Wet & Wild Theme Park... tapi jadah mende la nak gi main air time sejuk-sejuk winter ni. Hahahaha.  
Maka, hari ke-3 kitorang shopping kat Harbourtown sajorkkk.

Dan makan....



Gambar shopping takde, sebab err... sebab penuh tangan kiri kanan. 
Hahaha.

Nuffnang ads

My Heartbeat