Monday, September 14, 2015

Tempat berdating lagi dikenang. Eh

***sambungan***

Setelah berjimba di Gold Coast, hari yang dinanti-nanti pun tiba. 
Pagi Khamis tu, akhirnya kami pun menuju ke tempat dating lagi dikenang.

Brisbane...here I come!

Sekian lama plan tertangguh... dari abis Master, sampai tahun ni baru dapat jejak balik... 
Gila punya lama, dah 9 tahun.

 
Dah lama aku tinggalkan.... Brisbane has changed a lot. 
A LOT.
Dah busy, much traffic.
But somehow still ada port-port untuk aku mengimbas kenangan lama.


Anyway, mula-mula sekali, aku suruh MrHubby bawak aku ke rumah sewa lama. 
10 Twelfth Ave.

Dah tak bercat dah rumah ni. Masa aku dok dulu, kemain 'putih bersis' lagi.


This was where some of my lovely memories were created.
Rumah besar dengan 8 bilik, occupied by people of various nationalities. Ada masa happy with Korean, Taiwanese, Vanuatu, Vietnamese, Indonesian, Aussie... tapi ada masa tak best dengan Russian, Chinese, Philipino, Indian, whatnot.

Bilik aku adalah yang paling depan sekali.
So, walaupun aku tak dapat masuk (sebab tak dapat contact tuan rumah tu), jadi la berposing kat luar pun.
Takkan aku nak dingdong-bell semata-mata kerana nak nengok rumah, ye tak? Kang tenants tu kata aku sewel pulak.

Sayangnya, pokok bunga apantah yang besar kat garage dekat dengan bilik aku tu pun dah takde. Kalau tidak, dulu rajin la aku renung luar tingkap, especially masa musim hujan. Bajet-bajet tengah buat video clip. Hahahaha.


Dan tak lupa juga..satu gambar depan Banksia Park, opposite rumah... tempat lepak sambil ngeteh jaman remaja dolu-dolu.
Eh.

Habis fe-feeling kat rumah, pegi ke UQ!
Universiti tersayang.
Hahaha. Marah VC Adelaide Uni kalau tau ni...
Apa boleh buat... dah jodoh untuk PhD dengan Adelaide kan?
The signature arch.

 
Rasa macam nak berguling-guling kat Great Court tu.
Kalau lalu Great Court ni time petang-petang, especially weekend... romantic sangat.
Kebetulan masa aku dok cari orang nak tolong snapkan gambar aku, terjumpa sorang Malaysian Chinese. So... dia la berjalan dengan aku sambil sembang pasal study. 
Terkejut dia bila aku kata aku kat situ dulu 2005-2006, which is like almost 10 yrs now. Dia terkejut sebab aku cakap aku dah ada anak dua. Heh. 
Nampak tak apa maksud dia?
Nampak tak?
Mihmihmih.... :-P


Lepas tu aku ke building  tempat aku study dulu.
Aku bukan lepak library sangat...selalu dok kat PostGrad room je.

Tapi bila aku lalu koridor tu... humang aiii... dah renovate lawa kemain!
Jaman aku dulu, suriram suraaaam je kat situ.

Kat foyer, siap dah ada tempat reception.  Perghhh...



I tried to make an appointment with Ross (Barnard), but he was busy that day.
Tu la, gatai sangat nak buat surprise konon.
Aku malas nak plan awal-awal sebab just wanna go with the flow.
Anyway, bila Ross dapat squeeze in masa untuk jumpa aku, henpon aku pulak mengong. Aduiii... takde jodoh nak jumpa Ross. Huhu.


Cafe Physiol is so damn beautiful now.


Babai UQ. 
I might come again, one day.
Just because I love you so much.
Lepas tu, off we went to meet Mary at the Hillsdon Hermitage.
Mary ni was my first landlady masa aku mula-mula sampai Brisbane and we've been in touch since I left.
Sweet kan aku? Hahaha

Lil Adam and Lil Adib dok jakun main kat tangga. Haha.
Mary was sooo excited to meet us. Maklum la, dulu aku sorang-sorang. This time, aku dah kawen, siap ada dua anak. Dan dia paling kagum sebab aku tengah buat PhD. 
Hahaha. Dia tak tau berapa ramai mak-mak kat Malaysia tu dah buat PhD. Aku je terkedek-kedek baru nak buat.

Masa aku sembang dengan Mary, Lil Adam test power main piano...dan Lil Adib main puzzle.
Since it was already lunch time dan Mary tak sempat masak, dia bawak kitorang ke Abode Cafe...
Wahhh..dah ada cafe rupanya dekat-dekat port aku first time bertemu Mary dulu (dekat bus stop/laundrette). 
It was a sweet little cafe. We just ordered something simple for late breakfast. Matsaleh kan makan ciput je. Maka aku pun buat-buat la muka kenyang lepas makan skit. Haha. 
Lil Adib makan garam sementara tunggu makanan sampai.
Haihhh la anak bujang sorang ni...

Si Mary pulak, memang style mak-mak... habis semua orang kat cafe tu dia bagitau yang aku ni dulu dok rumah dia, sekarang buat PhD (again!). Hahaha
 

Habis ber-hug-cemolot, kitorang pun gerak ke St Lucia, semata-mata sebab nak naik CityCat dari Guyatt Park. Hehehe.
Gigih



To the Southbank, we go!

Acecece... touristy sangat atas CityCat pun nak bergambar sakan. Kehkehkeh. Kasi can laa... dah lama tak buat keje gini.
Kitorang turun kat Southbank sebab kat North Quay terminal tutup, tengah upgrade.
Then, dari Southbank...berjalan le ke city (Queen St!).
Rindu wehhh...

Queen St ni la tempat kalau nak janji jumpa sapa2 dulu (read: nge'date'). Dan port untuk tunggu? Mesti depan Hungry Jacks. Hahaha. Confirm!
 

Anak-anak lapar... so singgah makan kat Satay Club, Charlotte St. Ni pun bukan port aku sangat dulu. Maybe sebab tak sesedap Swinging Bowl kat Adelaide nih (abang Azam hensem, sila bagi diskaun next time saya datang SB ye!).
 

*sorang muka monyok kena marah, sorang lagi happy sebab Ayah layan tolong suapkan*
 

Malam tu, we had a dinner with Lesley/Guri and Prasad's family. 
It's been a while since we last met (few years before I started my PhD). So, it was fun bergelak ketawa sambil makan kat The Curry Connection, Hawken Drive.  
Dulu ada la sekali dua je kot aku pernah makan kat situ...
 
 Guri dah nampak tua sangat (eh,dia tak baca blog ni kan?). Prasad pun sama.... aku rasa last aku jumpa dia, kemain maintain chargas gittew. 
Dalam ramai-ramai tu...aku rasa aku je yang muda. Eh.
Anyway, since malam tu we had to drive back to the Gold Coast, maka balik le awal sikit. 
Ngantuknya humang aiii....
So, pagi esoknya...check out...dan kembali ke Brisbane.
Yes, that's how much I love BNE. Hahaha. 
Ye la kan... ada banyak nak di'qada'...
So, mula-mula pegi balik UQ jap. Ada hal sikit. Nak fe-feeling 'Scientia Ac Labore' gittew. Kehkehkeh.
Then, pegi ke Indooroopilly (we call it Indro). Ada orang tu nak cari jersey rugby pojaan dia.  Malangnya tak jumpa yang berkenan di hati.
 
Indro ni adalah port aku cuci mata masa dok kat rumah Mary dulu, sebab agak dekat dengan rumah. Tapi bila aku pindah ke St Lucia, aku berjimba di city sajork. 
Antara kenangan aku kat Indro tu... 
  • aku tengah down, terserempak dengan Mary dan dia ajak aku coffee sambil dengan ceramah dia  -__-
  • aku jalan-jalan dengan happy sambil sembang on the phone dengan Abah, bagitau results aku
  • where I watched my first movie in Aus---Hitchhikers Guide to the Galaxy (whatthe punya movie, tak best langsung!)
  • the shop where I fell in love at first sight with a winter coat yang mahal ($60), tiap kali aku pegi situ, aku masuk kedai tu... dan satu hari, aku tengok harganya $20. Maka dengan senyum lebarnya  aku sambar (lepas call untuk bagitau MrBoyfren, dan dia kata dia belanja.heh)

Well, from Indro, bergegas ada appointment dengan orang untuk amik barang...dan patah balik ke city.
Memandangkan masa dah suntuk, park je kat bawah Performance Arts Centre kat Southbank tu. Kos parking lebih kurang je dengan tambang naik public transport, kira convenient la sikit.

There, I caught up with my friend, Ashwini. Dia tinggal sikit lagi je nak submit tesis dia time tu...semangat lak aku dengar.

And last but not least, jumpa Richard pulak.
Tak jadi lepak kat Jo Jo's tempat dating dulu, so lepak sembang kat bench je. It was great to meet and recall all the old stories. 


Then, it was about time to say goodbye to Brisbane.
Dah la lambat, dengan traffic jam lagi. Punya la gelabah takut terlepas flight... berlari-lari sakan kitorang. Tak sempat nak snap-snap gambar lagi dah. Hahahaha.

In the flight.... ahhh...rasa best sangat. Tercapai hajat nak bawak anak-anak tengok tempat aku berjimba jaman remaja dulu. Walaupun tak lama, kira okay la... 
Lain kali kena tunggu ada conference kat BNE lah... confirm aku ngular je kejenye. Hahaha

No comments:

Post a Comment

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat