Showing posts with label weekend. Show all posts
Showing posts with label weekend. Show all posts

Wednesday, August 31, 2016

Public holiday, ikan pun cuti

It was public hols. So, daripada tak buat apa-apa, tiba-tiba keluar plan nak gi fishing.
Lil Adam la paling excited, sebab dah lama sangat dia dok ratib kata nak gi mancing. Nampak gaya kau kena ikut Uncle Koben je la, Adam.

So, lepas breakfast, kitorang mula mencari port yang  best.
Kitorang jadi ma'am je kat belakang, so ke mana pun diorang bawak, kitorang ikut je.

Port pertama--kita tinjau dulu.
Wahhh.....Bersantai pun kena bayar RM3. Hahaha.
Esok-esok kau nak bersantai kat syurga, Allah charge kat kau, baru kau tau.

Kat sini ada jeti mengunjur ke tengah, tapi menurut kaki pancing a.k.a Koben, port ni tak best.


So cubaan untuk mengorat ikan terpaksa ditangguhkan.


Masuk balik dalam kereta, cari port baru.


Akhirnya bertemu la tempat ni. Nak panggil apa pun tak tau.




 So, apa lagi? Sementara anak-anak main pasir, kita memancing la...

Kalau tak mancing pun, at least buat la muka serius ala-ala tukang pancing sebelah tu. Muehehehe.


Aku paling meluat kalau mancing tak dapat hasil
Penat kot menunggu (ye, aku bukan penyabar sangat)...takkan nak balik tangan kosong je.

Tapi entah lepas balingan keberapa, aku dapat ikan!!!!
Yayyy!!!


Malangnya cuma ikan yang tak boleh dimakan.
Huhu. Maka Koben pun menjadi hero dengan menyelamatkan balik ikan tu ke laut.


Lepas dah jenuh umpan demi umpan diganti...Lil Adam trying his luck

Acecece... bersungguh-sungguh gayanya tu.
Lil Adam ni pun pe'el aku jugak. Aku tak rasa dia akan 'have fun' kalau ikan tak dapat-dapat.


Wahai bondaku bondaku si ikan kaloi
Timbullah bonda ooi timbullah tunjukkan diri
nasi melukut dengan sayur keladi
untuk bondaku di pagi hari
nasi melukut sayur keladi



Okay la bonda...kalau bonda tak mau timbul, lantak bonda la.
Anakanda balik je la ye, 
Nanti bonda lapar sayur keladi, pandai-pandai la cari sendiri....
'Hewhewhew

Sunday, August 21, 2016

The little robots at LittleBotz


Banyak betul child development centres jaman sekarang ni kan?
Belajar memasak la, belajar painting la... dan yang ni, LittleBotz!

Disebabkan aku dapat free pass sebab jadi juri jemputan untuk projek robotik SAS aritu, maka aku pun bawak le Lil Adam dan Lil Adib ke LittleBotz, Atria.

Terasa ulu pulak sebab aku jarang ke shopping malls baru. Haha. 

Tengok tu...berseri-seri muka walaupun nak ditinggalkan for few hours.



Lepas register, diorang pun start la main apa yang diorang nak. 

Aku dengan MrHubby? 
Dating la...apa lagi. Heh.

Actually, macam-macam yang diorang boleh belajar kat situ untuk cultivate creativity diorang. Banyak giler Lego. Gumbira la bebudak.
So untuk main kat situ, diorang kena guna thinking skills la dalam bidang Sains, Teknologi, Engineering and Maths. Wahhh...gitu!

Kecik-kecik dah nak jadi engineer?
Bukan ke aritu kata nak jadi chef?


Yang aku tau, anak-anak memang happy dapat pegi situ.

Time aku nak ambik balik, Lil Adib dah cranky. 



Sejuk katanya!



Rupa-rupanya Lil Adib merajuk time nak balik sebab abang dia tak layan dia masa try games apa ntah.

Tengok...nak amik gambar pun, muka dok sebek lagi.
Nanti kita datang lagi ye. 

Tengkiu, Aunty Jiji!

Monday, August 10, 2015

Glide and slide on ice

Winter tahun ni, aku tak gi main snow. Sebab aku PhD student yang komited...busy... (ni saja kot-kot VC terbaca blog aku).

Maka, aktiviti bersejuk-sejukan diganti dengan ice skating kat Ice Arena.


Skating rink ni actually sekangkang gorilla je dengan ofis aku... tiap-tiap hari aku lalu situ, tapi tak pernah aku jejak. So, dah masuk tahap afdhol sangat untuk aku berkunjung ke situ.
 


Admission for adult is about $15-$17 gitu, depending on peak or off-peak hours. Concession dan kids murah la sikit. Tapi kitorang dapat murah aritu.



It was pretty sunny that day...tapi bila dah masuk ke building tu, humang aiii...sejuk jugak rupanya.
 
Mula-mula kena la queue nak masuk kan? 
Untuk bayar, dan pilih kasut dan winter gear whatnot.



Sambil queue, kita selfie satu round untuk blog.

Dah dapat kasut semua... pakai skating shoes.
Tengok Lil Adib tu... selamba kodok je tak pakai jumper, kebal betul dia..walhal aku dah tergedik-gedik sejuk.


Ramai gak orang masa hari kitorang pegi tu.
Aku bukan apa... kalau kat Malaysia, jangan harap aku nak skating dengan ditonton oleh segala orang kat shopping mall macam Sunway Pyramid tu. Kalau jatuh tergolek, tukang nak gelak, ramai je. Nak tolong, belum tentu ada.


Orait...amik gambar dulu sebelum skating.
Anak-anak jenuh nak balance badan berdiri atas blade nak nipis tu.



Acecece..mula-mula, semua meniti tepi dinding je. Takut jatuh terkangkang.
Kehkehkeh



Actually, aku pun dah lama tak ice skate.
Last pegi dulu masa buat Master dengan geng Biotech dan housemates aku dulu.
Masa tu, kalau tak jatuh pun, buat-buat terjatuh...supaya ada mamat hensem datang tolong angkat. Hahaha.
Eh...kantoi pulak terbagitau.


Jenuh aku nak handle dua orang anak, sambil nak balance diri sendiri.
Konon 'tak main lah guna trainer bar tu kan...macam amateur sangat!'....

....last-last, jatuh terduduk jugak. Hahaha
Harapkan Lil Adib tolong angkat?
Alahaiiii.

Lama jugak nak tunggu ada orang tolong angkat kali ni.
Tu la...bila dah ada anak, lambat je orang nak datang tolong...
Zaman remaja dulu, dan-dan ada mamat hensem datang angkatkan. Huhu

Lil Adam try skating sorang-sorang kat tengah.
Good job!
Time ni Lil Adib dah keluar dari rink.

Haa..time ni la baru aku boleh naik syeikh...
Bajet-bajet masuk acara skating kat Winter Olympics. Kahkahkah


Nak pusing-pusing ala ballerina pun tak boleh nak amik gambar. Maka selfie je la.
Tolong la percaya....Hahaha

Adam with one of the assistants yang ada kat situ.

MrHubby pun dah terer sikit ni... dah berani ke tengah-tengah sensorang...
So, boleh la bergambar berdua... (walaupun ada pelakon tambahan dok lalu lalang).
Hehehe


Kira ice skating ni jadi la buat lepas gian nak main snow. Aritu snow turun kat Mt Lofty, takde pulak aku naik ke sana.

Nak mengharapkan snow lagi, macam dah tak tahan daulat sejuk sangat. Biar la tunggu spring pulak.

Monday, May 19, 2014

♫ ♪ Ewa-ewa...ewau bule ♫ ♪

Korang panggil layang-layang apa ekk? 
  • Layang-layang? *skemanya!*
  • Wau? *tapi wau tak sama dengan layang-layang*
  • Kite? *acecece. bajet oramputis*

Kat Malaysia, layang-layang tu kira benda biasa la jugak kan? Especially masa kita kecik-kecik dulu. Berlari sakan nak terbangkan layang-layang, unless kalo main kat padang masa angin kuat. 
Zaman anak-anak sekarang, tang mana la boleh main layang-layang. Padang? Hahaha. Tak payahhh... Main luar rumah pun rasa takut. Takut tetiba ada orang berhenti, buat-buat tanya jalan, then kidnap/ragut apa yang boleh. *syukurmalaysiamasihaman*

Kat Adelaide ni, ye-ye-o je, siap buat Kite Festival. 
Ye, aku tau Malaysia pun ada Pesta Layang-layang, tapi kita ada kebudayaan, ada seni kalau main wau. 
Sini? Sekadar pameran aesthetic bagi terbang je la kot. Hehehe...



Anyway, masa Easter break aritu kat Semaphore Beach ada Kite Festival ni, kitorang pegi je la tengok.


Read: 'Gold coin' yang dimaksudkan adalah AUD1 or AUD2. Takde orang kaya nak hulur duit emas betul. Hehehe.


Macam-macam bentuk kites ada.
Stingray ada.





Purple Gorilla dengan yellow banana pun ada.
Mermaid pun ada. Tapi bongok betul diorang ikat string kat bhgn ***** mermaid tu!

Katak terbangggg!!!
Yang merah tu...err.. Lizard? Gecko?





Lil Adib?
Dia sedap je tido sepanjang tu. Macam tu la selalu - missed the fun! -____-

 Lil Adam was so excited because he didn't know Maryse and I made plans to meet there! Suka la dia ada Felix.




The kids blowing bubbles.





Every now and then, ada lolly drop.
Diorang naikkan layang-layang dengan pouch, dan taburkan lollies. Lolly x seberapa, tapi biasa la budak-budak...excited nak rebut.
Eh, aku rasa bukan budak-budak je excited. Aku pun terlebih excited, sampai tak sempat buat video masa the kids tengah rebut-rebut tu. Hahaha.


Sina and I.
I love her hair!


 Fine weather.
Orang pun agak ramai. Nasib baik tak roboh jetty tu. Hewhewhew.


Before we left, had a photo of us with Felix's family.




The second day tu, aku pegi lagi sekali...
Tak kuasa pun nak beramai-ramai. Tapi pegi jugak sebab nak beli kites for the kids.


Walaupun ada banyak design, can you guess which one does he like?
Mesti la Plant vs Zombies!
Beli dua-dua sama design supaya tak berebut. Tomeyto tu, bukan boleh... kang apa yang abang pegang, semua dia suka. So, biar la sama je.




 Ada macam-macam rides, games and food, tapi kitorang tak layan pun.


Nuffnang ads

My Heartbeat