Monday, August 10, 2015

Glide and slide on ice

Winter tahun ni, aku tak gi main snow. Sebab aku PhD student yang komited...busy... (ni saja kot-kot VC terbaca blog aku).

Maka, aktiviti bersejuk-sejukan diganti dengan ice skating kat Ice Arena.


Skating rink ni actually sekangkang gorilla je dengan ofis aku... tiap-tiap hari aku lalu situ, tapi tak pernah aku jejak. So, dah masuk tahap afdhol sangat untuk aku berkunjung ke situ.
 


Admission for adult is about $15-$17 gitu, depending on peak or off-peak hours. Concession dan kids murah la sikit. Tapi kitorang dapat murah aritu.



It was pretty sunny that day...tapi bila dah masuk ke building tu, humang aiii...sejuk jugak rupanya.
 
Mula-mula kena la queue nak masuk kan? 
Untuk bayar, dan pilih kasut dan winter gear whatnot.



Sambil queue, kita selfie satu round untuk blog.

Dah dapat kasut semua... pakai skating shoes.
Tengok Lil Adib tu... selamba kodok je tak pakai jumper, kebal betul dia..walhal aku dah tergedik-gedik sejuk.


Ramai gak orang masa hari kitorang pegi tu.
Aku bukan apa... kalau kat Malaysia, jangan harap aku nak skating dengan ditonton oleh segala orang kat shopping mall macam Sunway Pyramid tu. Kalau jatuh tergolek, tukang nak gelak, ramai je. Nak tolong, belum tentu ada.


Orait...amik gambar dulu sebelum skating.
Anak-anak jenuh nak balance badan berdiri atas blade nak nipis tu.



Acecece..mula-mula, semua meniti tepi dinding je. Takut jatuh terkangkang.
Kehkehkeh



Actually, aku pun dah lama tak ice skate.
Last pegi dulu masa buat Master dengan geng Biotech dan housemates aku dulu.
Masa tu, kalau tak jatuh pun, buat-buat terjatuh...supaya ada mamat hensem datang tolong angkat. Hahaha.
Eh...kantoi pulak terbagitau.


Jenuh aku nak handle dua orang anak, sambil nak balance diri sendiri.
Konon 'tak main lah guna trainer bar tu kan...macam amateur sangat!'....

....last-last, jatuh terduduk jugak. Hahaha
Harapkan Lil Adib tolong angkat?
Alahaiiii.

Lama jugak nak tunggu ada orang tolong angkat kali ni.
Tu la...bila dah ada anak, lambat je orang nak datang tolong...
Zaman remaja dulu, dan-dan ada mamat hensem datang angkatkan. Huhu

Lil Adam try skating sorang-sorang kat tengah.
Good job!
Time ni Lil Adib dah keluar dari rink.

Haa..time ni la baru aku boleh naik syeikh...
Bajet-bajet masuk acara skating kat Winter Olympics. Kahkahkah


Nak pusing-pusing ala ballerina pun tak boleh nak amik gambar. Maka selfie je la.
Tolong la percaya....Hahaha

Adam with one of the assistants yang ada kat situ.

MrHubby pun dah terer sikit ni... dah berani ke tengah-tengah sensorang...
So, boleh la bergambar berdua... (walaupun ada pelakon tambahan dok lalu lalang).
Hehehe


Kira ice skating ni jadi la buat lepas gian nak main snow. Aritu snow turun kat Mt Lofty, takde pulak aku naik ke sana.

Nak mengharapkan snow lagi, macam dah tak tahan daulat sejuk sangat. Biar la tunggu spring pulak.

4 comments:

  1. Teringin nk merasa snow yg sebenar. Tapi snow tipu kt genting n i-city pun dah menggigil, mcm mana nk rasa yg sebenarnya.
    Btw, memang la org tak tolong angkat kalau nmpak anak sekali. Ye la, diorang takut kena marah ngan encik husband pula nnt. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk mmg sejuk. tpi bila dah gedik nampak snow betul, lupa segala sejuk tu... hehehe

      Delete
  2. Untungnya merasa dan berpengalaman hidup di negara orang.

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat