Monday, August 24, 2015

10 reasons to love winter in Adelaide

Every year, we say "I think this is the coldest winter ever!"
Brrrr....
So cold that wolves eat sheep just for the wool. 
Hahaha

Ingatkan perasan sejuk je. 
Rupanya the fact is, this year, Adelaide has had its coldest July in almost two decades!

Siap aritu.. it snowed on Mt Lofty. 


Sejuknya membuatkan aku rasa berkira nak shee-shee di toilet. Nak beristinjak pun kalau boleh, nak guna air suam. Hewhewhew.
Tapi, dalam sejuk-sejuk ni... there are great things gak about this winter.

So, here are
10 reasons--- WHY I LOVE WINTER IN ADELAIDE

Winter fashion!!! 
Ni la masanya nak melaram... a.k.a. make full use of the coats, mufflers/scarves and boots. Jumpers and puffy jackets, occasionally.
Masa kat Brisbane dulu, walaupun tergedik-gedik sejuk, orang akan pandang semacam kalau aku pakai knee length boots, mufflers.. hatta coat sekalipun. 
Almaklumlah...takat 23'C gitu- cuaca ngam ngam je cantik. Kat sana, kalau pakai coat/jacket yang berbulu-bulu, confirm akan dapat renungan pelik daripada orang sekeliling, as if saying "Duh! Macam la sejuk sangat!". 
Rasa macam nak je cakap "Hello... aku tak panas sebab kurang bahang neraka kot. Hahaha."
Tapi, masa aku gi Brisbane aritu, aku redah je pakai knee high boots.Muehehe. Strateginya? Jangan match dengan jacket atau coat yang jenis tebal tilam toto. Hewhewhew.

Kat Adelaide ni, mujur la ada masanya suhu mencecah 1 digit...atau belas-belas degrees, so kira sesuai sangat la nak bergaya sakan.


Makan!
Lepas makan main meals, makan comfort food, mengudap snacks yang deep fried/ cheesy, desserts ke, hapa ke... tanpa rasa susah hati. 
Alasan: perlu makan untuk 'panaskan badan'. Walhal lepas kekenyangan tu, membongkang je tido.

Dan lagi best, takde sapa pun perasan yang kau makin gemok gendut tali kecapi kenyang perut suka hati sebab isi-isi lebihan tu tersembunyi di sebalik lapisan baju tebal. Heh


Cuddles
Who doesn't love cuddles? Nak-nak bila bersempit-sempit dengan 3 lelaki di bawah selimut sambil tengok TV...  memang best!
Hehe.
Tapi kalau time tidur, rasa space makin sempit je, sebab kena tolak nak dapatkan body warmth.


Hot water bottles!
Disebabkan electricity super-mahal, so, tak dapat la nak turn on the heater setiap masa, hense, I opted for hot water bottles (HWB)! Lil Adam ngan Lil Adib pun dah jadi fans of HWB. Tiap-tiap malam, aku akan refill tiga, untuk kitorang 3 beranak.
Lagi syok, bertemankan HWB, dok atas beanbag, layan TV... dan snacks...


MrHubby tak heran sangat...sebab dia beruang kutub, dah cukup insulation layer. Hehehe.  

Speaking of HWB, teringat cerita lawak masa aku nak beli hot water bottles kat Malaysia dulu (read HERE)


Dengar bunyi raindrops  
The pitter-patter on the roof... hmmm... 
Adelaide kan the driest state in Aussie, so bila hujan tu...ala-ala nikmaaatt la sangat. 


Anyway, this is especially applicable masa Friday night atau weekend saja.
Kalau hujan masa weekdays, hilang la keindahan bunyi raindrops tu...confirm rasa liat nak bangun pagi. Huhuhu


Towel disalai kat heater. 
Especially kalau lepas keluar dari shower.... dalam sejuk-sejuk tu... tetiba aahhh...that feeling!
Almaklumlah, rumah aku takde dryer... so make use of heater pun, kira jadik la.
Jangankan setakat towel, baju yang nak dipakai lepas mandi pun siap layur dulu bagi warm. Hahaha. Melampau betul!

Hot chocolates! or coffees!
Kalau masa summer, asyik dengan Frozen Coke (or slushies)....time sejuk-sejuk ni adalah paling heaven menghirup air panas-panas. 
Hantu kopi, pilih la latte ke, cappucino ke... Bagi aku, kalau tak minum tea, hot choc la.
Ni semua alasan je ni, nak keluar melepak dengan kengkawan.


New achievement unlocked!
Biasanya when it comes to driving, I do it barefooted. Selesa. Rasa berpijak di bumi nyata.
But since I have been wearing sneakers or boots this winter, sejuknya membuatkan aku berkira nak buka kasut. So, in the past few months, aku dah  berjaya driving sambil memakai kasut. Satu kejayaan besar ni! Hahaha.
Sila ucapkan beribu-ribu tanniya.

 *gambar hiasan*

Apparently, aku hanya memerlukan sejuk winter sebagai motivasi.
Tapi kan, balik Malaysia nanti, dengan panas-panas tu, mungkinkah aku akan kembali berkaki beruang ayam sambil driving?!
Hmmm...


At least, it's not that cold.
Kat Europe katanya tiap-tiap hari sejuk. Gloomy. Haa... berakai kau!
At least, kat Adelaide ni sejuk bermusim. Kalau sejuk setiap masa... tak larat gak aku nak berbungkus berlapis-lapis setiap masa.
 Rundle Mall---wet this winter

Dan kena thoughtful sikit... at least, sejuk-sejuk ni, masih ada rumah nak berlindung, ada heater, boleh minum air panas. 
Tengok orang homeless tu, sejuk-sejuk ni nak dok mana?



And..at least, the cycle makes us appreciate changes. 
Kat Malaysia tu tiap-tiap hari panas, sapa je yang appreciate cuaca panas, kan? Bila musim hujan, baju kat ampaian tak kering, baru la teringat keindahan cuaca panas.
Hahaha. Tu pun, sebab malas nak sidai baju seminggu, lepas tu rush balik bila hujan, tapi dah terlambat..baju dah disirami hujan.
Anyway, only few more days to go.
Maybe spring is already here... cherry blossoms pun dah merata-merata pink.


At the moment, enjoy je la kesejukan ni... in no time, we’ll be complaining about how hot it is again. 
Uhuk uhuk

4 comments:

  1. bila baca tajuk entry tadi terus teringat frozen...bila baca...waaa terasa kesejukkannya...

    ReplyDelete
  2. bilela nak senow kat tawau ni..... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kome kan Ottawau...xkan xde senow.
      cer dtg kat rumah snowwybear...musti rasa kesenowannye

      Delete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat