Seronoknya bila dapat invitation utk pergi wedding kakak Kuhan.
Yang sebenarnya, sebab aku gedix nak mengikut tema... wakakaka. Maka aku pun put extra effort la untuk blend well. Hehehe.
Pagi tu jenuh la bersiap.
Aku setakat pakai anarkali je, okay lagi. Si Nab tu rupanya dari lepas solat Subuh dok jenuh melilit saree rupanya. Hahahaha.
Dah semua berkumpul, kitorang pun gerak la berjemaah ke PJ.
Wah wah gituuu...semangat bergambar dengan penyambut tetamu.
Terasa macam sampai kat Bombay pulak. Eh orang kat Bombay semua pakai saree ke?
Majlis berlangsung nuuuu...kat depan sana nu.
Time tu Kuhan tengah busy atas stage.
So, kitorang apa lagi? Bergambar la dulu. hehehe
...sambil membodek aci yang bagi goodies ni, sebab marukku dia sedap. Heh.
Habis majlis, time makan..kitorang pun turun ke bawah hall.
Ramai betul orang. So, instead of makan, kitorang bergambar.
Hahahaha. Dasarrrr
Our family.
Family Cina, Melayu dan Bang...err....
Eh..ampun, Affan! :-P
Nab and I with the jantung pisang!
Balik tu, kitorang melencong ke Aeon Mall.
Dah tak pasal-pasal semua orang pandang-pandang kitorang. Maklum la, ala-ala parade pakaian beragam dah pulak. Harharhar.
Gi kat toilet, sib baik ada akka janitor ni tolong kemaskan saree Nab.
Mesti sakit mata dia nengok saree Nab terlilit2 macam nak londeh. Muehehe.
Lepas tu lepak kat Mister Donut.
Kasi high sugar sikit.
Hasilnya...Ni la dia...bila masuk kedai berikutnya.
Ish ish ish.
No comments:
Post a Comment
Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.