Monday, January 31, 2011

Lil Adam & Lil Adib-sibling rivalry?

Having the 2nd child, soalan standard yang ditanya adalah "Lil Adam jeles tak dengan adik dia?"
To be frank... I haven't seen that 'sibling rivalry' yet.


Cuma bila dia nak tunjuk sayang kat Lil Adib tu, siap dia tenyeh-tenyeh hidung kat adik dia. Masa mula-mula usap kepala dulu pun, sambil sebut "Adam 'sayam' adik" tapi naik seriau aku tengok tangan dia 'mengusap' tu. Macam nak berlekuk kepala adik dia. Hahaha



Still rajin menyakat as usual, Lil Adam selalu sebut...

Adam is mangi (read: wangi).
Adik is mangi.

Kalo aku cakap Adik is smelly... cepat-cepat dia bela..."No! Mama is smelly. Smelly banyakkk..."



His appetite is very good nowadays.
"Mama, Adam is hungry again (*rubbing his tummy*)
Adam nak rice and egg and soy sauce."

Tak heran dengan lauk lain. Tiap-tiap hari dapat menu tu pun dah cukup.

Tapi kalau dapat donut... sama naik la dengan Mama dia...



But well, ada la nampak sikit-sikit pe'el attention seeker tu.
Tengok tu... sibuk nak enterframe.



Aku risau kalo tanpa sedar aku melebihkan salah seorang anak. Nak nak masa transition period (baru dapat adik) ni...




Adam, you are still Mama's cheeky boy!

Sunday, January 30, 2011

If u like it...


If u like this pix...

that it suits the 3C theme,

click HERE to vote for us ye.



Thanks :)

Saturday, January 29, 2011

Blogger award (from Kizzy)

Haha..Ni yang best ni... dpt award lagi.
Kali ni daripada Kizzy Nory lak. TQ dear.


1. Answer these questions :
-How long have you been blogging?
Uish..lama dah, 3yrs gitu. Ada gak yang backdated entries. Ehehe

-When did the first time you blogged?
2007. Walaupun aku tak 'private'kan blog ni, masa tu lama gak aku sengaja tak bagitau sesapa... sebab nak announce kat MrHubby on his birthday, as a surprise... sebab dia yang galakkan aku blogging.

-What is your purpose of making a blog?
As an online diary. Jaman sekarang, mana pulak aku nak sorok diari berbuku macam dulu kan? Dan lagi satu sebab aku suka kenal kawan-kawan baru, untuk bertukar-tukar cerita.

-Who inspired you so that your blog becoming like now?
Well, as I said... MrHubby encouraged me, sebab aku asyik dok citer tentang blog KakTeh, Bangkai and few more (that I adore the way they narrate the story). Citer yang best kalo cara penceritaan hampeh, tak guna gak kan?



2. Make post about this award
Ni... dah buat la ni.


3. Send this award to four other bloggers
So, now this award goes to:

4. Contact those bloggers and tell them about their award!
Okay, will do.

Friday, January 28, 2011

Forecasting is not easy


Baru few mths aku tak hadap students, which means tak formally converse in English during lectures.
Tiba-tiba tadi try menghadap report, terasa macam dah berkarat pulak. Uish... teruk nih. Nanti ditanya apa ditulis dalam report tu, mampuih aku kalo tak reti explain.

What should I do now?
Practise bercakap depan cermin?

Nay... it'd only make me hate myself (aku benci tengok expression yang dibuat-buat).

Or prolly the reflection will make me feel good about myself... (melampau ni, nanti aku perasan bagus pulak).


How ley? Susah betul nak forecast apa yang orang akan tanya...

Justify Full
Cinta... balik nanti kita speaking-speaking London eh?
Kalo tak dapat, kita skipping je la.

Tengkolok




Satu-satunya masa kita dapat tengok 'arjuna hati' kita hensem ala pahlawan Melayu adalah masa kawin (kalo dia tak pakai suit/tuxedo la). Lengkap dengan tengkolok/tanjak dan keris... set-set kalo ada centa lama kita datang mengamuk depan pelamin tu, dia boleh buka pencak silat macam Hang Tuah melawan Hang Jebat la gamaknya...




Macam tiara si pengantin pompuan, tengkolok tu kira hiasan kepala si lelaki supaya nampak segak la. Cuma aku paling alergik kalo tengok pengantin laki dah siap berbaju Melayu, sampin, tengkolok & keris... sekali pandang kat bawah... pakai kasut pulak!!!
Slack betul... macam jakun.
Orang pakai capal la, baiiii....


Back to our tengkolok...
Korang perasan tak ada banyak jenis ikatan tengkolok sebenarnya...

Dolu-dolu kalo tengok gambar Sultan kat setem, aku rajin gak belek kepelbagaian cara lipatan tengkolok diorang. Biasanya, lipatan tu is inspired by abstract ideas atau bentuk haiwan la. Sebab tu la wujudnya lipatan dengan nama-nama unik ni...

  • Dendam Tak Sudah -perghh... 'unfinished business' tuuu
  • Menyongsong Again -facing the wind (macam tajuk novel pulak)
  • Ayam Patah Kepak -ala2 terkulai gitu kot
  • Gajah Berjuang -tengkolok tu ada belalai kot
  • Bugis Tak Balik -hmmm... camna tu rupanya?
  • Pari Menyusur Akar -aku ingat ular je menyusur akar?
  • Balung Ayam -macam balung kat kepala ayam
  • Pucuk Pisang Patah -kalo patah2 ni, mesti terkelepek terkulai la
  • Getam Pekasam -paling susah nak buat


Tengkolok is so special that we don't see guys wearing it daily, tak macam songkok dan kopiah. Kalo pun si suami pakai baju Melayu untuk gi keje hari Jumaat (sebab nak semayang Jumaat terus nanti), adalah sangat mencurigakan kalo dia siap bertengkolok. Boleh diragui tu...kot-kot dia nak geng dengan Encik Jamil-butang-baju-melayu-aku-mana-Pah.




Thursday, January 27, 2011

Wanita Melayu terakhir je berkain batik?


Dalam menyahut seruan Allahyarhamah Datin Seri Endon memartabatkan batik, hari Khamis ramai la orang gomen gi keje berbaju batik. Batik yang dimaksudkan batik lukis la, aku rasa.

Tapi sebab aku tak kaya, kais pagi makan pagi... maka aku cuma ada beberapa pasang baju batik. Jadi kadang-kadang aku bantai pakai batik jawa (dengan kebaya pendek) je. Dan lebih daripada kadang-kadang, aku terlupa dan 'tersengaja lupa' yang hari tu adalah hari Khamis :P


baju yang tak-berapa-nak-batik tapi dipakai pada ari kamis


Sib baiklah Tok Rosmah tak buat seruan baru suruh pakai songket pulak. Kalo tidak, mesti aku buat petition minta elaun baju songket setiap tahun.


Other than that, batik yang aku pakai hanyalah kain batik, tapi itu pun bukan la pakaian 'ruji' aku. Rasanya boleh kira kot berapa ramai je antara kita yang pakai kain batik kat rumah kan?


The typical lame excuses are...
A. Tak reti ikat la, terbarai kang!
B. Rimas. Tak selesa.
C. Tak moden la. Macam kampungan!
D. Rasa terlalu ayu macam 'wanita Melayu terakhir'

Kalo korang tanya... aku jawab "Saya pilih D, Halim!!!" Kekeke


Ni pun... dalam confinement ni je la, I'd be donning the kain batik. Cukup haul nanti, aku basuh dan simpan le jawabnya.
Sama macam maternity wear/undergarments gak. Takde selera la aku nak pakai kalo bukan masa preggy. Alasan aku, tak sexy...
Kang lama pulak Lil Adam tunggu nak dapat adik. Hihihi


Wednesday, January 26, 2011

Dasar mulut banyak

The Wordless Wednesday entry earlier this morning (showing my big bro & I) memang x memuaskan hati. Sebab wordless kan? Dah dasar lecturer, nak membebel je kejenye...

Actually, I am supposed to start a very important task now. Tapi ada students sms tadi, cakap nak datang umah. So, tunggu je la. (alasan, Isabelle! Alasan!)

Lagipun Lil Adib ni suka sangat bau ketiak aku. Asyik nak berkepit je, membon-bon.
Nak makan pun, tak boleh feel.. macam nak tercekik rasanya.



Hmmm... aku sebenarnya tingin nak pegi bagi talk kat IMMB, as per last semester. DrWan ada bagitau diorang invite untuk bagi talk, tapi kang aku beria-ia sangat nak gi dalam pantang ni, tak elok pulak. MrHubby pun macam berat hati je.

Haihhh... kalo bab bagi talk, membebel-bebel depan orang ramai, depan students... memang aku suka.
Haa...see, I told u... dasar mulut banyak! Tu la..makan lagi tongkeng ayam banyak-banyak.

Wordless Wednesday -who's that?


Tuesday, January 25, 2011

Caught sleeping at work

MrHubby baru sms tadi. Ngantuk katanya.

Korang dah lunch belum?
Lepas makan, perut berat... mesti rasa mata pun berat kan? Nak nak bila dok dalam aircond tu...

Apa lagi? Lelap la kejap...
Kalo kantoi dengan bos, ni ada senarai jawapan bijak untuk korang cover ketiduran tu.

klik supaya x payah sepetkan mata utk membaca


Good luck eh?

Aku pun nak try qada tido lah.. semalam aku melantak sakan sebab Part 6 students datang bawak macam-macam...sampai Lil Adib x sedap perut. Padan muka aku, termamai-mamai bangun layan dia. Kekeke

Monday, January 24, 2011

Baby&Me Shopping Style Contest



Baby & Me Shopping Style Contest
Baby & Me



TIPS SHOPPING BERSAMA ANAK:


Kids are unpredictable. So, banyak la yang kita kena prepare before the little rascal menunjukkan belangnya, esp. masa kita nak shopping. Ye la kan... shopping pun kena hati tenang gak, supaya kita tak tersilap beli barang.


penting buat persediaan kalau taknak anak buat hal macam ni


Tips di bawah ni adalah based on pengalaman sendiri bershopping dengan Lil Adam, sebab tu ada contoh sekali.


Emergency needs
Rule no.1, kena la standby diapers/wipes/etc., especially untuk baby. Kang tengah syok memilih barang tu, tetiba dia buat 'kek' pulak... naya!
Aku letak ni no.1 sebab masa 1st time kuar beli groceries dengan Lil Adam (masa baby lagi), dia telah berbuat onar kat Tesco, sedangkan aku bawa handbag berisi barang-barang aku je. Hihihihi. So, lesson learnt.
Untuk toddlers, sediakan hand towel & sanitizers... just in case tangan dia comot pegang ntahapahapa nanti.



Elakkan crowds
MrHubby & I sangat tak suka tempat ramai orang. Tau je la, ramai orang... shelves kosong, risau anak hilang celah-celah crowd dan yang paling teruk, nak beratur kat cashier counter. Azab!
So,kitorang selalu elak bershopping masa weekends. Biasanya kitorang pegi lepas keje (weekdays) dan bukan sehari dua lepas 'pay day' kebanyakan orang.


Things to buy
Stay focused. Senaraikan barang yang nak dibeli supaya tak buang masa merayau dengan anak yang tak tentu akan buat perangai lepas sejam dua.
It'd be better kalau korang dah belek flyer yang dihantar kat rumah sebelum shopping... jadi dah boleh target terus brand apa, varian apa, colour apa... supaya tak rambang mata dan tersalah pilih.
Aku selalu buat list dalam handphone je. Senang, sambil shopping tu pegang handphone. Kalo orang sms/call, takde la baru tergagau-gagau cari dalam beg.


Comfy
Untuk baby, make sure dipakaikan booties/mittens, siap dengan dibedung cukup-cukup. Maklumlah supermarket tu sejuk, nak nak bahagian perishables & frozen food. Aku yang tua..eh, kurang lemak.. ni pun kalau lalu kat situ meremang bulu roma kesejukan, apatah lagi baby.
Untuk toddlers/mama/ayahnye, make sure baju tu tak terlampau nipis/tebal... ikut keselesaan la. Kasut pun mesti sesuai... kalau ke pasar, takkan la sama dengan kasut ke shopping malls kan?


Tidur sebelum atau semasa shopping
Anda ada pilihan untuk make sure anak dah cukup rehat/tidur di rumah supaya dia tak buat drama semasa shopping...
atau biar dia main/aktif sebelum tu supaya dia terlena masa anda bershopping.
Tapi rasanya eloklah dia rehat dulu, biar dia sama-sama enjoy jamu mata dengan Mama/Ayah dia jugak.


Moving around
Carrying a baby would be easier in pouch/sling rather than in strollers sebab dia lebih rasa selesa/selamat dalam dakapan kita. Sambil pilih barang, sambil kelek anak... takde la tertoleh-toleh monitor anak dalam stroller.
For toddlers, pesan kat dia jangan lari.. nanti jatuh, nanti orang kidnap. Elok juga la bawa stroller, sebab dah penat berjalan bershopping, dia boleh duduk dalam stroller. But bear in mind, kalau tempat yang sesak, elakkan la bawa stroller tu.
Dulu masa Lil Adam, x sempat berpouch/sling dan dia tak suka dudduk dalam stroller, so lepas ni, selagi tak exceed the weight, Lil Adib akan dikelek je la jawabnya.


Hungry kids= Cranky kids
Macam juga kita 'isi tangki minyak keta' sebelum mulakan perjalanan, kalau boleh makan la dulu sebelum shopping. Biasanya kalau grocery-shopping on weekdays (lepas keje), kitorang akan makan siap-siap dan BF baby siap-siap sebelum memulakan misi. Kalau shopping dengan perut lapar, mesti mood swing sebab rasa terkejar-kejar.
p/s: Kaedah ni jugak bagus untuk menyelamatkan poket. Aku realize, bila shopping dengan perut kenyang, kita jarang meraban nak beli yang bukan-bukan.

Tapi kalau tak sempat, masa shopping tu, Lil Adam akan minta roti/Nutrigen yang nak dibeli. So bagi je dia makan yang tu dulu, tapi simpan la bungkusan untuk scan masa bayar nanti (cuma kena sengih la kat adik cashier tu, sebab diorang pun faham--- janji kita bayar!)


Umpan
Sebaik-baiknya bawa mainan pujaan/bantal busuk favourite anak supaya dia leka. Kalau terlupa...biasanya mula-mula nak start shopping, kitorang akan pilihkan atau biar Lil Adam pilih satu toy untuk dia belek sepanjang tempoh bershopping tu. Itu umpan untuk distract je, sebab kitorang dah biasakan dia sebelum lalu kaunter bayaran tu "Okay... kita pulangkan toys ni ye."
Kalau mainan tu murah, boleh la beli. Tapi kalau mahal... apa lagi? Distract lagi la dengan benda lain.
In the case kalau memang nak belikan sesuatu toys untuk anak, elok la bagi dia pegang dulu benda tu (sebelum start mencari barangan dalam shopping list kita). Contohnya Lil Adam masa nak dapat Ultraman/Monster set dulu. Pegang je benda tu, terus dia dok diam dalam troli... takde tarik muncung panjang, takde buat perangai minta itu ini... sampai la balik.


Involve them
Mengikut je bontot Mama/Ayah shopping mesti la membosankan. So, try ajak anak sumbangkan tenaga untuk pilih dan ambilkan barang, masukkan dalam troli. Lil Adam cukup rajin bab ni, sebab dia rasa kehadiran dia dihargai..bukan sekadar pak pacak yang tak buat apa-apa.
Best tau try minta anak pilihkan barang. Contohnya cereal yang nak dibeli, tanya la anak..."This one or that one?" (walaupun sebenarnya benda yang sama je, kotak je berbeza). Atau korang boleh minta anak ambilkan barang yang korang eja e.g. "I want an A.P.P.L.E. Can u please get one for me?"
Jangan lupa puji dia rajin dan pandai sebab tolong pilihkan.

Kalau anak tersilap ambil, jangan marah... tapi gelak la sama-sama dan ajar dia. In a way, dia akan belajar mengenal barang dan jenama yang kita guna. Suatu hari nanti, jangan terkejut tengok hasil observation tu dia mungkin akan sebut "Tengok tu... susu Adam. Syampu macam Mama punya..." etc.

Tapi beringat gak ye, kalau kat bahagian fragile items yang ada tulis "Once broken, considered sold' tu... Kang tak pasal-pasal kena beramal jariah kat supermarket tu pulak.


Bring a company
It'd be better to have someone else shopping with u, selain anak yang dimaksudkan. Ajak la suami, kawan atau saudara untuk temankan. Kalau penat mendukung, boleh bergilir. Kalau perlu ke tandas, takde la kena berkejar dengan anak dan tinggalkan troli... Biasa la kes troli dah isi barang pun hilang lepas balik dari tandas. Jenuh nak cari balik barang, timbang, isi dalam troli.


Cashier counter
Fuh! Ini cabaran yang agak susah. Dah la queue panjang... ada pulak godaan coklat/gula-gula kat tepi tu. Ini la masanya nak ajar anak benda yang betul. Bagitau anak, gula-gula tu merosakkan gigi ke, atau 'lepas ni kita beli biskut ye, tak nak la jajan ni.'
Tak guna bohong anak mengatakan benda rapu tu tak sedap atau mahal. Esok-esok dia tau kita bohong, haa..jenuh menjawab!
Kalau anak insist, apa lagi... kita kan mak bapak yang mencorakkan kain putih... bertegas la mengatakan 'No!' atau 'Next time'... tapi jangan lupa peluk dan cium anak untuk bagi diorang tau menolak permintaan diorang tu bukan bermakna kita tak sayang.

Tapi, kalau rasa anak dah behave sepanjang bershopping tu, reward la dengan sesuatu yang dia minta. Sekali-sekala je tau.




Pendek kata, jadikan shopping sebagai aktiviti untuk 'bonding' dengan anak.
Ingat... kalau kita biasa layan anak dengan baik, luangkan masa, bagi perhatian dan sabar dengan kerenah dia... InsyaAllah anak juga akan lebih bertolak ansur dengan kita sebab dia dah terbiasa dengan emotional support macam tu.



Nama: Isabelle
Nama Anak: Lil Adam (3 Tahun 4 Bulan), Lil Adib (1mth, masa gmbr ni diambil, ada dlm perut lagi)
Hubungan: Mama & Anak


Puas


Semua orang tau Ayu Raudhah dah selamat kawin dgn Zaquan Adha baru-baru ni.

Tapi ada ke satu paper tabloid tu...arini buat artikel tajuk AYU RAUDHAH USAHA PUASKAN ZAQUAN???



Aku tau la maybe dia maksudkan cuba menjadi isteri seperti yan laki dia nak.
Tapi aku rasa bukan kepala aku sorang je kot yang terpelesong ke lain. Hihihi.

How to hide your 'spare tyre'?



I guess, 95% lelaki yang dah jadi suami orang mesti akan menuduh seluar jeans mengecik lepas beberapa bulan/tahun berkahwin. Diorang takkan admit punye tang perut tu dah ketat, kat bumper pun dah sesak.
Tak lama lagi, maybe boleh dapat pingat PJK (bukan Pingat Jasa Kebaktian, Perut Jalan Kedepan daaa...)

Jarang sangat la jumpa lelaki yang kekal kurus atau makin kurus lepas kawin. Ada, cuma 2 dalam 10 orang kot.
Husbands korang termasuk dalam group mana?

Masa adik angkat aku, Jiji-Fify nak dekat-dekat kawin, aku dah pesan suruh dia bawak Fify gi timbang berat yang kuar kad tu. Simpan kad tu, dan lepas setahun, cuba tengok balik sama tak nombornya.

Ramai kawan dan sedara-mara MrHubby yang dah lama tak jumpa dia akan terkejut tengok dia 'membesar bagai johan'... When I first knew him, he wasn't slim either, tapi tak kisah la... memang aku suka ke'teddybear'an tu pun.


Anyway, when I left him temporarily for my study, I tot he'd suffer from the PJJ (long-distance relationship) sampai tak lalu makan... that he'd maintain the figure.

Man, I was wrong! Sampai la kawin, sampai la dapat anak 1... anak 2...
Dia kata "Ni Abang maintain apa? Maintain pertambahan. Hihihi."
Betul gak kan?

My excuse would be "Takpelah..kang kurus, orang kata bini tak pandai jaga. Masak tak sedap."


Well, it's a different story with ladies.

Ada yang bertambah sikit, ada yang bertambah banyak, selari dengan bilangan anak.
But definitely ramai yang bimbang kalo ter'develop' spare tyre. Jenuh nak kena beli baju baru, seluar baru (sebenarnya suka jugak dapat refurbish the wardrobe!)

So, sesapa yang ada spare tyre tu, jangan risau... meh kita berdiri depan cermin dan try kaedah ni. Dalam washroom kat shopping malls pun boleh.




Luckily I was underweight for so long, so I don't really plan to lose so much weight.
And for that, over the weekend (kelmarin)... I have indulged myself into sinful pleasures of cream puffs, Ritter Sport chocolates and Big Apple donuts. Hehehe. Kantoi!

Sunday, January 23, 2011

Pungkur?


Orang Penang biasa la bergurau dengan ayat "Pungk*q hang!!!"

Kalo orang tak biasa, orang akan anggap kasar... sebab menggunakan perkataan 'pungk*q' iaitu punggung a.k.a bontot.


Apa pun, walaupun orang utara menyebut Nyiur sebagai nyoq...
Tidur jadi tidoq...
Kebulur disebut kebuloq...

'Punk*q' tu tak pernah la dieja dalam Kamus Dewan sebagai 'Pungkur' atau 'Punkur'.

Jadi aku tak dapatlah memastikan sama ada Tabib kat Mersing ni...


bisnesnya adalah perubatan akupuntur (acupuncture) atau mengubati pungk*q.
Keh keh keh

Saturday, January 22, 2011

Ada apa dengan popcorn





As Malaysians, kalo tengok movie kat cinema, dah sinonim sangat dengan popcorns and soft drinks. Kalo Mat Saleh, being a couch potato pun dah boleh hadap semangkuk besar popcorns.


But what I love about popcorns in Malaysia is the variety.
Kat cinemas in Aussie dulu, they only have salty ones. Meluat aku! Sebab aku suka benda manis kan? Ala-ala butterscotch ke.. caramel ke...

So, when I am out for movies with Richard or John, I have no choice. Oh... certainly the other choice is tak payah makan popcorn lah.
Tapi jangan lupa, aku kan suka mengunyah... so tak sedap pun, aku makan gak la.. ngap..ngap... habis gak satu beg! :P

But I remember, there's a popcorn stall outside Woolworths at Indooroopilly. Situ je la syurga popcorn. Sweet, sour, savoury, colourful.... u name it!
Ada low fat, no fat, BBQ, cheese and cheese, double chocolate, roast chicken, pecan and chocolate, macadamia nut, etc.


Tapi bagi aku kalo AUD4 for a small bag agak mahal la.

Maybe ada yang anggap popcorn tu cuma kudapan celah gigi je. Haha. Memang la, dah tu..kau ingat makan popcorn boleh kenyang macam makan nasi lemak?

Anyway, sebenarnya popcorn is high in fibre (sebab ia menggunakan whole grain)... maka sesuwei lah untuk orang-orang sembelit yang bertapa lama-lama dalam toilet.

Terang-terang la popcorn ni lebih 'sihat' drp fries dan kalorinya lebih rendah, nak nak yang rasa plain macam yang aku tak gemar tu.

Korang suka popcorn yang plain ke, masin ke yang membunuh (manis) macam aku suka?


Friday, January 21, 2011

Alkisah bawang dan pisang

Aku selalu beli bahan mentah untuk masak sikit-sikit je kat kedai Wak Tong, selang 2,3 hari... atau bila aku rasa angin rajin-ke-dapur tu datang.
Tapi aku konpius kat bahagian bawang...bila tengok tanda harganya (per kilo) ada tulis untuk beberapa jenis bawang....
Bawang besar, bawang ros, bawang Holland.

Bagi aku bawang besar tu, bawang yang besar la.
Bawang ros... yang kaler ros. In fact bawang besar tu pun kaler ros.
Bawang Holland... err.. kalo bawang besar atau bawang ros atau bawang kuning tu asal dari Holland, itu pun boleh dipanggil bawang Holland.


Lama gak aku sorokkan question mark yang besar atas kepala aku.
Suatu hari yang hening (tak berapa ramai customer), aku pun tanya adik cashier yang selalu entertain aku.

"Dik, cuba bagitau akak jap.. mana satu bawang besar, bawang ros, bawang Holland?"

Dengan sengih-sengih...dia datang kat aku "Akak ni lawak la... Ni kenal tak? (dia tunjuk bawang putih)

"Yang tu akak tau la..."

"Yang ni...bawang besar (yang nampak tak berapa lawa- kulit pun x berapa nak ada), yang ni bawang ros (bawang merah), bawang Holland yang ni (kuning dan besar)"

"Oooo...."


Maka hari tu terjawab la persoalan aku.
Cuma syampu Bawang je aku tak sure dia guna bawang jenis apa (kalo betul guna bawang la) dalam ingredients nya.


Selang beberapa minggu, aku ke kedai Wak Tong lagi.
Masa tu tengah ramai customer. Adik tu sengih tengok aku mundar-mandir cari bahan nak masak. Dia tegur "Hai kak..beli apa arini? Dah kenal mana satu bawang besar?"

Dalam hati aku "Cis... dia gi tanya depan org ramai pulak. Buat malu je."
Tapi aku cuma bersedekah je. (read:senyum itu satu sedekah)

Then, dia tanya "Kak... yang tu pisang apa?" (sambil tunjuk kat pisang yang berlambak-lambak atas meja tepi aku). Tangannya ligat tekan cash machine dan masukkan barang customer ke dalam beg plastik.

2,3 orang customers yang dok queue toleh ke aku.

Aku jeling pisang-pisang yang dimaksudkan. Nampak macam pisang emas pun ada, macam pisang lemak manis pun ada.
Ahhh..sudahhhh... Kalo aku silap jawab, besar kemaluan aku nanti.

Lepas buat-buat belek sesikat dua, aku pun buat muka selamba kodok dan jawab "Oooo... yang ni namanya Pisang di Atas Meja" dan cepat-cepat meng'chameleon'kan diri di celah-celah shelf barangan yang lain. Hehehehe.

p/s:
Jangan tunjuk bijak, takut sebenarnya anda ter'tunjuk bodoh.'

p/s/s:
Mesti kena cepat berfikir untuk bagi jawapan yang menyelamatkan keadaan, sekaligus memastikan kemaluan tidak membesar. Hehehe


Thursday, January 20, 2011

Istimewanya masakan itu


Memandangkan arini adalah public holiday sempena mengangkat kavadi di Batu Caves, aku pun bersenang-lenang di rumah (eleh..macam la kau keje, Isabelle)... bersama MrHubby terchenta dan anak-anak. (Fuiyooo... dah 'plural' anak aku ye? Hihi)

Masuk waktu lunch, MrHubby ajak turun makan sebab katanya dia dah masakkan sesuatu yang special untuk aku.
Bila aku tanya masak apa, dia kata nak suruh aku rasa dulu... takut tak jadi.

Aku pun terus membayangkan special dish yang dia masak dulu.

Ye-ye-o je aku imagine lauk sedap, lupa pulak tengah berpantang, nak makan sedap apa sangat kan? Dipendekkan citer, lepas makan, aku nak menyelit guna laptop MrHubby jap... sekali terkantoi la dia buka page ni...

Mesra.net Recipes...

Kasi zoom sikit... MASAK SINGGANG IKAN SELAR!!!

Hihihi... comel betul! Susah payah laki aku memasak. Masak singgang pun siap tengok resepi!!!

Tapi bila fikir-fikir balik... apa nak heran kan?
Masa aku mula-mula duduk rumah sewa dulu (I was 18 then)... giliran memasak yang pertama, aku pun buat masak singgang ikan selar.
Cuma aku takde la tengok resepi. Tapi aku ajak 3 orang kawan untuk datang tolong aku masak (giler tak konfiden masa tu).
Hmmm... so aku rasa aku lagi teruk drp MrHubby :P

To Cinta,
Thanks for the dish. Nanti Sayang dah abis pantang pun, Cinta tolong masak lagi, buleh?



Wednesday, January 19, 2011

My Baby You

I started my day verrrrrrrrrrrrrrry late today. Sebab budak ni la.
Semalam dia 'oh-ehh-oh-ehh' tak nak tido. Jenuh di'bon-bon'... ditepuk-tepuk, tapi mata buntang jugak.

So, pagi tadi sebelum kol7 aku bangun mandi, pastu aku sambung qada tido. Hehehe.



Abang Nuar nyanyi...

My baby you
are the reason I could fly....

(masa rakaman ni adalah sangat special, bcoz I got something from Abang Nuar. Hehehe)






Tapi aku nyanyi...

My baby you
are the reason I couldn't sleep...

Tuesday, January 18, 2011

Jiranku artis!!!

Sepanjang hidup korang, mesti pernah terserempak dengan artis kan? Sapa yang korang pernah terserempak? Citer la sikit.

Aku pernah berkawan dengan...
  • Lydia Ibtisam -we were best frens kat skolah dulu., siap jadi KADA-kekasih awal dan akhir (tapi kitorang bukan lesbo ok!). Terkejut sebab walaupun dah 11tahun x jumpa, dia masih ingat nama aku (I'm glad dia tak lupa kawan walaupun dah glamer)
  • Mazidul -ni pun ada lahanat yang aku percaya pegi kecoh aku kawan dengan laki orang. Woh! Macam la Mazidul berkawan dengan aku sorang je yang perempuan! Budus.

Black Wings pulak adalah dia sepupu aku (dah lama tak jumpa)

Yang lain yang aku pernah nampak..standard lah... budak-budak UiTM yang jadi artis.

  • Zalia (lawa!!!)
  • Annahita (aku x puas hati sebab dia pendek drp aku, sdgkan dlm magz tulis dia tu ala-ala tinggi aku!)
  • Tam (Norazemi Suhaimi)

Sekarang ni dah ramai sangat budak UiTM jadi artis, tapi takde la aku jumpa semua. Masa konvo pun, aku jumpa A.Rahman Hassan (♫ ♪ Tapi tak mengapaa...aaa..hatiku..♫ ♪ parap-parap), dan Farid Kamil pun aku nampak kat Restoran Sri TTDI, bukan dalam UiTM.


Pernah gak jumpa Waheeda (shooting kat Concorde), A.Galak kat Midvalley, Anne Ngasri, Ezad Exists dan Wan Khatijah kat Plaza Masalam, bebudak AF... ish... ramai gak rupanya.

Artis yang aku jumpa masa jaman rajin pegi rakaman/siaran langsung rancangan TV dulu hmm.. Juliana Banos, Saripah Aini, MNasir, Senario dan ramai lagi lah.
Dan semestinyalah Ziana Zain (kakak ipar tak jadi) dan Anuar Zain centaku (drool..drool).

Aku rasa ada lagi kot... cuma tak terlintas sekarang. Tapi tu semua yang dolu-dolu lah...

Sekarang ni, ada sepasang artis yang selalu aku boleh nampak. Sebabnya? Rumah dia sederet dengan rumah aku, tapi kat hujung sekali.
Jarang terserempak, tapi ada la dengan la nampak dia sekali-sekala kat laman atau dalam kereta dengan anak-anak.


Asal lalu je kat rumah dia, kalo nampak si artis yang dimaksudkan... aku & MrHubby akan sama-sama menyanyi "Rimbaaaa....cintakuuuuu...."
Lepas tu, kitorang mengekek-ngekek dalam keta.

Hehehe... Agak-agak sapa ye?

Monday, January 17, 2011

Ngangkung perdana dengan students


Baru ni Astro buat channel baru... Astro First (Ch 480), yang tayangkan movies kat panggung sekarang.
Sekarang tengah ada citer Ngangkung, Damping Malam & Aku Masih Dara.
RM15 je per movie. Kira murah la tu. Boleh tengok berkali-kali selama 48jam... sampai muntah darah, sampai kau dah boleh 'miming' skrip setiap pelakon.



Aku taknak la fikir tentang impak ke atas industri filem sebabnya aku memang tak dapat gi cinema dalam musim ni. I don't have many choices, do I?


Pikir punya pikir, MrHubby & I decided to subscribe Ngangkung (actually kitorang mengharap nak tengok Hantu Kak Limah) sebab students nak datang the following day (semalam). Boleh buat tayangan perdana.

Nanti sebelum starkutip la duit tiket sorang RM2. Student price RM1 je la... Hahaha

So, semalam rumah aku meriah dari pagi sampai ke petang dengan kunjungan drp students & ex-students. MIL dah balik, so berjamu ala-ala koboi je la. Kesian students aku, asal datang rumah aku je.. kena self-service. Macam masa open house dulu.

Koboi tak koboi pun, syok gak diorang melepak sambil borak & tengok citer tu.
Dulu-dulu selalu gak ex-students datang makan-makan/BBQ, lepak, tengok DVD kat rumah secara berjemaah. Maunye tidak.. dari aku bujang, sampai aku nak kawen diorang datang tolong, sampai aku bersalin ke Lil Adam... Semua dah grad, ni la baru nak start balik ada batch yang happening.

p/s:
Memula tengok citer tu, aku wonder gak la apa maksud 'ngangkung' tu.
Tetiba tingat lagu dalam kaset 'Pedas' masa kecik-kecik dulu.. ada lagu Leman Ngangkung (nyanyi mcm lagu Lenggang Kangkung)

"Leman ngangkung...ngangkung lah nombor ekor
Nombor tidak keluar, Leman jumpa hantu jerangkung"



Nuffnang ads

My Heartbeat