Sunday, October 10, 2010

Make-urself-at-home open house


While orang lain sibuk dengan ke-poyo-an buat majlis kawen sempena 10.10.10, I had a great time with my some of my Hydro students. Diorang dah banyak kali tanya pasal open house, but since aku sedang 'membesar bagai johan susu Dumex', maka aku jemput diorang datang umah, tapi dengan syarat.

Syaratnya ialah... diorang masak sendiri.
Hehehe. Keji tak dapat lecturer macam aku? :P

Ye la kan... alang-alang nak datang, buat la macam rumah sendiri- masak sendiri, cuci pinggan sendiri, ngemas sendiri, potong kayu api sendiri, angkut air perigi sendiri, jahit langsir sendiri... hahaha. Dah menyimpang nih...

Anyway, out of 20 yang plan nak datang, mula-mula ada 11orang je datang. Yang lain mengambil keberkatan tarikh 10.10.10 untuk berdating gamaknye.

Mula-mula minum air dulu, then start la kaum hawa kat dapur.


Ni nampak je muka innocent. Jangan tak tau, kemain sakan bergosipan nih. Hahaha.
Cuba korang teka mana satu chef nye?


Haa..tengok ni, ada gaya Joyah di dapur tak?

Ni aku tengah try buat custard untuk bread pudding nih. Jangan tak tau, selama ni aku buat tak pernah jadi, kali ni aku buat... jadi la pulak. Hehehe.


Ayam masak lemak cili padi. Sedaaappp...


Lil Adam dah lapar sangat, dia la makan dulu. Berselera betul.

Okay, ni gambar kesebelasan pelakon utama untuk rancangan Ketuk-ketuk-sapa-yang-tak-reti-masak.

Bob, awat yang hang 'teqempon' lagu tu? Hehehe


Okay semua... buat peaceeee!!!


Ni la antara lauk yang dihidangkan tadi.


Ooo.. korang sabotaj ye, tak hidang bihun goreng yang mak buyung masak!!!
Puding roti pun time ni dok beristirahat dalam oven, cuma custard sauce yang menjadi kejayaan sulung itu kelihatan dalam gambar tersebut.


Ni semua posing dengan sorang satu dish.
Kelihatan Isabelle memegang 'glass rack.' Kira boleh lah tu... :P

Gambar masa makan xde, sebab masing-masing dah pelahap sangat. Lapar weiii..

Dan ini adalah selepas kekenyangan...
Scroll ke bawah untuk gambar yang lebih sengal... Hehe


Oh ye, Mamapasha & family came with this yummy Choc Moist cake masa kitorang tgh bergulingan tu (aku je yang berguling rasanya). Yang lain sopan santun duduk macam Gadis Melayu TV9 lagi.

Fofular gitu Mamapasha.
Dia masuk je, students terus kenal that's her. Students rajin baca blog aku rupanya.


Haaa... dan disebabkan korang baca dan tak tinggal komen, ni sini aku letak gambar sengal korang dengan topi bulu aku tu...

Hahaha. Macam tu la jadinye bila dah takde keje.

Lagi 3 orang, Aiman and the gang lambat sampai.
Tak sempat MrHubby amik gambar diorang, sebab Lil Adam buat perangai bila merajuk dengan Pasha.

Ni satu lagi gambar ala badut yang ntah sapa la pedajal snap masa diorang dah nak balik. Giler lawak!


Okaylah... anyway, thanks korang... for coming. Jangan serik datang lagi ye.
(Lagi sekali datang masing-masing mesti kontrol sopan punya sebab takut gambar keji masuk blog aku). Hahaha.

8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. bestnye..amal jamaie msk2 kat umah lecturer cmni..leh erat ukhwah

    ReplyDelete
  3. atiqah,
    tapi x semenggah skit la, sebab i didnt really cook for them, exc for the dessert.

    mamazharfan,
    nanti balik mesia, boleh buat lagi

    ReplyDelete
  4. bagus idea ni, xyah u susah2 fikir nk masak pe..bg diorg yg ketung ketung kat dapur

    ReplyDelete
  5. gile la relationship u with students. hats off 2 u!

    ReplyDelete
  6. yatie chomeyl,
    dah tu, tahap2 mcm ni..mana larat nak masak sakan2 dah

    oyis,
    ni kes berjiwa muda a.k.a perasan muda lah ni :P

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat