Sunday, October 3, 2010

Bowling with ETES-02102010

We couldn't make it to Fizamior's open hse yesterday, sebab ada Family Day with my students. Kali ni mcm last sem gak, main bowling.



X ramai staff yang datang, maybe sebab musim open house. Just me & DrWan. MrHubby yang ikut sekali masuk golongan staff la x pasal-pasal.

Ni anak sapa la buat memek muka dengan kakaka-kakak part6 nih?


Haaa..maybe ada yang tanya, mak buyung ni baling bola jugak ke? Sila la rujuk gmbr di bawah...


Ni sampai 2X Si Shakir (yang baju hitam tu) baling pun aku dok pegang bola lagi kat tepi tu, confirm la x strike kan? Kekekeke.


Okay, meh tengok aksi-aksi bowlers yang lain.


Gaya dah ada tu...

Si Anas ni macam gaya melempar cakera pun ada...

Gambar ni nape MrHubby B&Wkan aku pun xtau.


Ni geng lane hujung... 24
Ni ada mix dgn geng sebelah...Lane 23. Ayum pakai baju Melayu sebab baru balik dari open house.

Lane 22 (ours). Sue, Isabelle, Edayu, Lissa & Latt. Kebetulan lak pakai kaler pink. Si Lissa sorang je pakai merah putih. Kira kalo campur jadi kaler sirap bandung la jugak kan?
Eh, enterframe jap. Lil Adam pun nak baling jugak...
Mula-mula bila asyik masuk longkang, dia cakap "Mama, Adam x boleh..."
Bila dah terbalik skittles tu, baru la dia happy. Hehehe

Ni lane seterusnya.Eh. mana gambar geng MrHubby? Dia sibuk amik gambar orang, gambar lane sendiri xde?

Ni geng Part6: Sara, Piqah, Dina, Ina & KN.

Geng DrWan. Tak aci... sebab ada pemain import yang bukan AS229!!!
Ni geng terer gak nih. Si Fitri tu beraksi ala2 tunjuk muscle yang takde tu watpe la ha?

Aweks-aweks junior yang ayu.
Stef dengan Ex ni..orang datang bowling, dia sempat lagi layan gitar tu.

Junior part1. Ni semua muka suci murni lagi nih.

Part 1 jugak. Nampak kan... muka x berapa kuat merapu lagi :P
Aksi YB menjatuhkan pin. Macam nak bukak bunga silat pun ada...
Ni macam nak terlepas je bola tu. Jangan baling ke belakang sudahhh...
Dina yang sopan-santun.

DrWan dgn penuh semangatnye. Ada sesapa tak candid gambar KP kita ni berjoging2 warm up sakan dan masa dia bersorak menang tu?

Woh..ini memang tak boleh blah. Siap boleh nampak brand boxer yang dia pakai. Hihihi...

Kan aku dah cakap tadi. Part1 memang ayu-ayu je. Tengok gambar pun tau lemah gemalai balingannye.

Lil Adam enjoyed the game as he loves watching the animation kat skrin yang tunjuk score tu.

Yang ni asalnya nak bergambar 3org je. Tau2 je semua menyelit masuk.

Okay sambung balik aksi lontaran. Ni muka serius ni, kalo tak strike, saja sangat...
Jane, awek Tarzan. Dah bosan dok kat hutan, main bowling la pulak.

Fitri yang sengal itu. Sengal2 pun, terer gak dia nih.


Mana bola budak ni? Ooo... dah terlepas.

Ni main bowling ke kau berlatih pidato ni, dik? Siap tangan ala Karam Singh Walia ni.



Meh kira berapa ramai yang kemam mulut bila baling bola....
Farid the president.
Fazwan, class rep Part1.
Haa...yang awek pun kemam jugak. Nape ekk?

Ooo..yang ni tak. Dah nampak gigi.

Ni pun boleh join geng Colgate aku.

Haaa..leret, Ex. Jangan kau lambung bla tu macam awek kat lane 21 tu. Kasi berlekuk lane je. Hahaha.

Bukan macam tu, Bob. Hang guna stereng..baru bola tu ikut arah mana hang nak dia pi.


Nizam ni nak menari ke hapa ni?

Ni la hero dengan Jatuhan Pin Terbanyak. Farid.

Okaylah..dah tak larat tengok gambar banyak-banyak.


Ni gambar aku terima hadiah kategori staff paling corot daripada Anas, Pengarah Program. Eh..tidakkk. Ni hadiah saja2 untuk staff.


Yang ni pulak adalah Su, Heroin Jatuhan Pin Terbanyak. Memang banyak pun. Sebab dia ler tukang baling untuk nama Isabelle, bila aku awal2 lagi dah pancit.
The whole lot before everybody left. It was fun, but I couldn't enjoy myself very much. Penat giler...

Haihhh...asyik x merasa menang je!
Next sem nak kena cadang buat lawan karaoke la untuk Family Day. Hahahaha. Macam la kalo buat karaoke, aku boleh menang :P

4 comments:

  1. Sudah berjumpa bakal penganti salin zulkifli

    ReplyDelete
  2. ramai yg terlepas line hehehe... teetttt...!

    tp kan, mesti best main bowling. lama dah x main, setahun lbh kot. caya la korg, sporting gitu main ngan student.

    ReplyDelete
  3. wahhh sangat comel la mak buyong main bowling hehe

    ReplyDelete
  4. brutal solo,
    yg mana 1 ye?

    oyis,
    terlepas line?

    lady,
    1 game xdan abis, dah x larat.huhu

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat