Saturday, October 9, 2010

GTT -honesty is not always the best policy



Today, I was on leave for the MGTT/GTT. Kepada yang tak ingat GTT (sebab kuat makan kerengga macam aku), alaa...tu test yang kena minum air gula then tunggu 2jam tu la untuk tengok balik how fast gula tu diserap badan. Woh sungguh sesuai untuk layman ayatku itu.

Pagi-pagi lagi, sebelum Dr sampai, aku dah siap bagi urine sample while waiting for my turn.
Lepas prick jari aku, the reading showed 3.8, dan Dr pun cakap "It's too low. I don't think it's gonna exceed even after the test."


Dipendekkan citer, aku minum la air gula tu. 1 mug wei!!! Aku ingatkan satu penutup kecik mcm makan ubat tu jer.
Kembang-kembang tekak aku menelan sambil membayangkan aku tengah minum air sirap sejuk di tengah-tengah tanah yang gersang dan panas (imaginasi memainkan peranan penting untuk mengaburi hakikat sebenar).
Tapi aku benti sekali je untuk abiskan air tu. Kalo aku minum sikit-sikit, alamatnya berkurun la baru abis.

Then aku pun balik. Eh, pegi bengkel keta dulu, bla..bla... balik umah... sidai baju/lipat baju segala.
Lepas 2jam, aku pun pegi ke klinik tu balik.

Guess what?
Logiknya reading tu mesti la naik sikit daripada 3.8 kan? Koman-koman pun jadi 4.0 ker.
Tapi mine was 2.9!!!
Aku tanya la Dr, what's the expalantion. Dr. tu cakap, "Well, that shows ur body metabolises the sugar very fast lah!"
Happy lah aku kan. Pedulik hapa kalo readingnya pelik, kalo masih boleh interpret.

Sebelum aku kuar, Dr tu siap pesan suruh aku makan anything that could increase my sugar content.
Dengan sengihan gedix, aku pun tanya "U mean, I can eat sugary food like donuts?"

Hahaha. Kalo dah hantu donat, donat jugak la aku nak cari.



Petang sikit, aku saja pegi klinik kerajaan untuk survey kaedah-kaedah/strategi untuk rebut turn cepat (hahaha) sebab next week aku plan nak register kat situ. Amik syarat jer, kan aku nak bersalin kat spital gomen!

Sekali bila nurse tu tanya pasal GTT, aku pun dengan tulus ikhlasnya bagitau pasal 3.8 jadi 2.9 tu.
Arakian mendengarkan jawapanku itu, nurse tu pun tanya... amik darah kat hujung jari ke kat sini (sambil tunjuk pelipat siku)?
Aku pun cakap la hujung jari.
Dia kata..."Oooo..kat sini, kitorang amik kat sini (pelipat siku) sebab lebih tepat. Ni nanti puan datang, kena ulang GTT ye. Lagipun reading tu macam tak betul jer!"

Dalam hati aku *Menyesal aku ni baik sangat tadi berkata benar :P
Harus la kalo aku pegi nanti kena tunggu 2jam lagi. Kalo boleh makan, hilang la jugak boring.



Walau bagaimanapun (cewah, skema gitu) setelah mendapatkan khidmat nasihat drp doktor persendirian aku a.k.a Najah (my best fren), nampak gaya aku kena redha je la untuk re-do test tu. Huhu

7 comments:

  1. i dulu byk kali kena MGTT sbb masa tu i polyhydramnios (air ketuban byk) & baby besar (aisyah lahir 2 mggu awal, 3.8 kg). so Dr syik suspek i diabetes, n more than 4 kali buat test tu. teguk je la... Alhamdulillah for each test resultnya bkn diabetes. rupanya aisyah suka berenang2 n melampung2 dlm perut je agaknya hehe...

    ReplyDelete
  2. aiyoo tak sanggup mengulang minum air gula tu... kembang tekak.. tp pelik la, dulu time i wat test tu kt klinik gov, mmg die amik darah kt hujung jari.. tak pernah tau plak pasal amik darah kt pelipat.. kekeke...

    xpe la demi kesihatan mummy & bb terpaksa la mengulangkan..

    ReplyDelete
  3. knur pun pernah kena ulang buat GTT tuu sampai 4 kali masa mengandung anak first. dah la masa bln puasa dan tgh2 mlm kena pergi hosp. Nibong tebal sbb klinik dah tutup mlm. huhu

    ReplyDelete
  4. air gula satu mug lagi? ado laa..imaginasi tu penting Belle.,,hehe

    ReplyDelete
  5. hmm,
    masa mengandungkan darwisy, result sebelum dan selepas adalah sama, tak naik dan tak turun. mungkin sebab lepas minum, balik sekolah, masuk kelas, mengajar macam biasa, lepas tu pergi semula...
    nurse kata, kenu duduk berehat, tak boleh buat kerja... mungkin nak kan glukos tu digunakan secara semulajadi, bukan dipaksa guna... kut...

    petua kawan bagi, sila dahagakan tekak sebelum minum, biar rasa dahaga sangat dan mesti rasa air tu sedap... hehehe...

    ReplyDelete
  6. akak minum saja ecpi pasti turun bacaannya

    ReplyDelete
  7. apasal kene minum air gula, tak leh ke makan donut yang letak topping manis segala maknika ataupun ganti ngan eskrem je kan.. hehe

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat