Wednesday, July 8, 2009

Malu? (18SX)

Hey there...

I got this from a counselor. Well, I know the thing should be P&C, but in this case, the names are not revealed...so, kira okay lah kan?

So, I just would like to share with u, guys...
What say u?

Warning: please open up your mind to read and discuss this issue. Those who feel uneasy, just click on the X on the upright position.


Beliau ingin menyelamatkan rumah tangga beliau…
Salah satu isteri dia x pernah bg respons samada dia puas or tidak…sudah kahwin hampir 6 thn…
Dia x tahu cmner nak tahu tanda2 seorg isteri itu puas atau sudah klimaks…bagaimana cara untuk membuat seorg isteri tu klimaks…

wasalam.

Perkara yang dinyatakan ini adalah perkara lumrah yang sering berlaku dalam masyarakat melayu kita khasnya. Budaya dan kaedah pembesaran masyarakat melayu begitu halus dan tidak dicampur dengan budaya yang berlawanan denga agama seperti di amalkan oleh masyarakat barat.

Masyarakat barat itu hidup dengan memilih jalan keseronokan dan memenuihi khayalan dan impian. Lantaran budaya mereka adalah melakukan apa sahaja asalkan nafsu-nafsu mereka dapat dipenuhi baik, makanan, minuman, bersukan, bersosial dan seterusnya termasuklah hal-hal seksual.

Berbalik kepada perkara ini, jika dirujuk kepada mana-mana buku, kitab dan pelbagai rujukan, banyak ditulis dan diperkatakan tentang orgasm atau mencapai klimaks. Namun pengertian klimaks atau orgasm itu tidak bolehlah mudah difahami jika tidak dialami. Untuk mengalami klimak/orgasm pula, perlulah ada pengetahuan mengenai perkara ini.

Lazimnya masyarakat melayu tidak akan berbicara perkara ini. Apatahpula yang tidak gemar membaca dan mendengar nasihat dan teguran. Lazimnya wanita melayu adalah pemalu. Mereka tidak tahu bagaimana hendak berkomunikasi dengan sesiapa termasuk suami. Mereka tetap akan mempunyai perasaan malu walaupun sudah berdua-duan dengan pasangan dalam keadaan berbogel dan halal!. Itu adalah hakikat dalam masyarakat melayu khasnya!

Masalah yang dihadapi oleh pasangan ini boleh dikaitkan dengan pelbagai punca. Antaranya:

  1. kedua-dua pihak tidak boleh berkomunikasi dengan baik khasnya berkaitan dengan melafazkan perasaan hati.
  2. tiada adanya perasaan sentimental, loving dan caring diantara salah seorang pasangan
  3. salah seorang pasangan adalah lurus bendul dan tidak kisah dengan apa yang berlaku asalkan dia merasai telah melaksanakan kewajipan wajibnya
  4. salah seorang pasangan adalah terlau agresif sehingga pasangan tidak mengerti kehendak dan kemahuan pasangannya
  5. salah seorang tidak boleh terima hakikat bahawa adanya perasaan dan rasa klimak atau orgasm
  6. salah seorang tidak dapat menyediakan pasangan untuk mood 'istimtaq' atau 'foreplay' yang memberahikan
  7. salah seorang pasangan yang terlalu malu dengan apa yang akan diperlakukan kepada dirinya
  8. salah seraong merasakan dia tidak selesa dengan perlakuan pasangan khas yang melibatkan perkara perbuatan yang tidak boleh diterima fikiran.
  9. dll

Pada pandangan saya melalui sesi kaunseling yang lalu;
  1. ada wanita yang agresif dan boleh mendapat klimaks dan orgasm tanpa persetubuhan
  2. ada wanita yang klimak dan orgasm sama seperti seorang lelaki yang pre ejaculation
  3. ada wanita yang klimak dan orgasm setelah waktu istimtaq atau foreplay yang cukup
  4. ada wanita yang klimak setelah bertahun-tahun lama berkahwin
  5. ada wanita yang langsung tidak dapat dan tidak kisahpun dapat.

Apa yang lazimnya merosakkan rumah tangga ialah:

1. suami mahukan isterinya orgasm.. tapi isterinya tak kisah dan tidak merasakan perlu.
2. isteri yang mahukan orgasm, tetapi suami yang tidak pernah berjaya memberi kepuasan itu

Jadi dalam perkara di atas, nampaknya suami yang mahukan isteri nya orgasm dan isterinya tidak pernah complain pun walaupun dia tak dapat orgasm.

Apa yang perlu dibuat oleh suami ialah.;

  1. mendidik isteri supaya dia ada perasaan mahukan berkelamin. Latihkan isteri agar dia merasakan perlunya seks. Jangan dipaksakan isteri malakukan seks sekiranya dia tidak bersedia apatah mahukanya.
  2. mendidik isteri mengenal bahagian-bahagian tubuhnya yang apabila disentuh dia tidak geli dan suka menikmatinya sentuhan dan belaian suami
  3. mendidik isteri bahawa nikmat persetubuhan itu ialah datangnya klimaks orgasm. hendaklah suami perjelaskan takrifan-takrifan orgasm tu dari pelbagai bahan bacaan agar isteri faham.
  4. suami mesti medidik isteri beristimtaq / foreplay sehingga isteri memasukan sendiri z**** kedalam f****nya. Biarkan isteri yang menjemput masuk. Kalau sifat ini belum dapat dicapai maka usahlah mimpi untuk isteri tuu mendapat orgasm.
  5. 6 tahun perkahwinan adalah terlalu muda! masing-masing masih ada ego .. oleh itu cinta yang dicari tidak boleh disempurnakan sekiranya ego menggagalkan komunikasi.

Berkomunikasilah dengan pasangan secara yang berhikmah dan baik. Jangan berkomunikasi dengan menunjuk2kan ego...

Perkara di atas boleh diselesaikan insya Allah. Saya tidak nampak masalah seperti di atas tadi boleh memecahkan kemanisan bersuami isteri dan berumahtangga!


* * * * *
I don't understand why these people make it so hard for themselves. Malu pun, biar la bertempat...
I personally think that COMMUNICATION IS IMPORTANT!

p/s: I'll moderate the comments to avoid intervention from sex maniac. Hehe.




2 comments:

  1. let me be the first.I am totally agreed w u babe,itu lah yg terpenting after money:) be hot n be wild on bed even baru lps gaduh!

    ReplyDelete
  2. yes, u r rite.


    p/s: i waited so long for the first comment.
    semua readers takut ke ekkk?
    or perhaps they dont agree with me?

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat