Monday, February 28, 2011

Midnite of my 18th *cough*cough* birthday

Saturday was my birthday. Kali ni takde dah treasure hunt macam last year. Hihihi...

Few mins before midnite struck, Mamapasha texted asking for a favour. Tunggu punya tunggu, lambat pulak dia reply nak minta tolong apa.
Actually, aku dah kinda 'boleh baca' dia nak buat surprise. Hehehe. Tapi takkan la aku nak ruin everything lak kan? Bahahaha...

Then, she asked me to open the door, as it was pouring outside. Haaa....
Dia datang buat surprise.... :) Siap dengan RVC lagi.... TQ, dear!!!


sila abaikan aku yang serabai tu. I didn't wanna look ridiculously beautiful tengah malam buta. Hahaha. And I just chopped the fringe sendiri dalam bilik air.

So, tadaaaaa......
U see, lilin sikit je... Korang tak payah kira la ye :P


As usual..nyanyi-nyanyi lagu birthday, potong cake...



Sepatutnya ada 2 orang lagi dalam gambar tu yang excited nak celebrate my birthday. Tapi tunggu lama sangat kot, Pasha dah terlentok tido. Kesian diaaa...


dan Lil Adib la, yang tergolek tido kat bilik atas.



....then, baca birthday cards. 1 from MrHubby, 1 from the kids. Fuh... kidS! Plural tuuu.


...makan kek. Mmmm sedap giler.
Standard la aku... dok kaut kat cream cheese tu jer. Hahaha



Papabear mithali amik gambar dari jauh je.


The birthday present from Mamapasha. Pasha pun tolong colour tau wrapper tu..



Bakeware set!!! Confirm lepas ni aku kena rajin baking sendiri. Dah tak boleh mengendeng-ngendeng kat Mamapasha. Hahaha

Lil Adam asyik enterframe je dalam semua gambar.



And the birthday present from MrHubby?

Ta-daaaa....

can u guess?


p/s:
Thanks a lot, my dear friend...
Moga persahabatan kita kekal selamanya.

p/s/s:
Papabear, I tak kena buli this year (nyanyi kat public). Bulan 6 ni kita tak tau la your turn macamana kan? Hehehe

Friday, February 25, 2011

Things u should stop doing b4 u reach 25

Fine... this is for those yang belum cecah 25. Tapi aku saja nak check... aku masih buat tak (kes tak sedar diri). Hehehe.

1. Buying clothes from the junior section. Stop being a skank

-ooops! Awal-awal lagi dah kantoi. Aku masih buat ni masa kat Aussie, sebab baju girls lagi cute dan lebih murah. Haha


2. Forgetting her parents’ birthdays. An all time scum bag move, they gave you birthday presents for 25 years straight, get them something, anything.

-I never forget, walaupun aku tak dapat hadiah birthday every year pun sejak kecik.


3. Making out with her BFFs at bars for attention.

-Ni apa kes ni? Pass.


4. Making out with her boyfriend at bars for attention. It’s just gross to tell you the truth
-sama seperti di atas. Pass.


5. Filling her bed with stuffed animals (really, even one is too many).

-No more. Aku kemaskan semua ke dalam kotak when I was 25. Elehh..itu pun sebab nak pindah pegi abroad. Hahaha


6. Carrying a torch for anyone she hasn’t seen in the last five years.

-huh? Whatthefotosintesis?


7. Rebelling against her parents for the sake of rebelling against her parents. Get a face tattoo they will really hate that.

-mana ada buat tattoo? Harommm!!!



8. Declaring an entire gender “all jerks.”

-no way! Selamat lagi satu...


9. Holding a grudge against anyone who wronged her in high school. Grow up you sound pathetic.

-aisey...baru je menghela nafas lega. Kantoi lagi.


10. Skipping regular gyno exams.

-everything is normal, still need to check arr? :P


11. Going to bed without washing and moisturizing her face. The catchers mit face of yours aint getting any younger.

-sometimes, I do. Duh!


12. Being “that person” who had a bit too much to drink at the office party.

-I dont drink, I drive. Hehehe.


13. Crushing on Justin Bieber. He’s like 8 it’s illegal and not cute.

-Hahaha. A good one. Kot ye pun, bukan la dengan budak ni.


14. Thinking she’s got it all figured out.

-Nahhh. Not me


15. Calling her father “daddy.”

-Ni kes meleret2 konon anak manja kot? Takdenye.


16. Engaging in sibling rivalry.

-Huk-alohhh...


17. Trying to get by on her looks.

-Hmm.. tak.


18. Living paycheck to paycheck.

-No.


19. Expecting a man/knight in shining armor to swoop in and save her.

-Sangatlah tak mencecah akil baligh.


20. Aimlessly jumping from job to job. McDonald’s to Burger King to Wendy’s isn’t a good career path.

-Aku tukar keje sebab selalu keje masa cuti sem je. Otherwise, I just stick to the job.


21. Using MySpace to pick up guys.

-Ngorat je depan-depan. Apa barang guna Myspace?


22. Expecting a man to do all the wooing.

-So not me! Aku memang gatal.


23. Wishing she had someone else’s life.

-Dusyummm!!! Rasa macam kena penumbuk di batang hidung sendiri.


24. Expecting everyone to drop everything because it’s her birthday …

-Not everyone la. At least my loved ones.


25. … or because her “boyfriend” of two weeks dumped her.

-banyak cantekkkk

26. Measuring her self-worth by a number on the scale.

-bingainyaaaa...


27. Being cheap.

-saye semekin, incik!!!


28. Quitting a job without having a new one lined up first.

-Nope.


29. Blaming her mother for all her issues.

-No.


30. Romanticizing her college days.

-Errr... errr...Kantoi lagi.


So, the conclusion is... hmm.. terpaksa la aku kira aku ni umur 18 lagi la. Bahahaha...

Korang ada buat lagi tak keje-keje merapu ni at this age? Or maybe masa umur 25 dulu?


source:here


Hey, I'd 'peak' very soon

I'll be turning another year *cough cough* older *cough cough* tomorrow.

Still remember my entry about Wanita Paling Cantik Pada Usia 31 Tahun? Hehehe. That makes me feel good, y'know?

I guess it’s not about the age. It’s about confidence, and being in love (plus doing something u love) gives u the aura. Cewah!
So, I hope I'd look stunning even at 45 or 50.

Famous faces around their 31st years

Sat aku nak berangan muka aku macam celebrities kat atas nie.. :P

Alaaa... nowadays kan there's a slew of beating-back-time products. Skincare, make-ups, hair care. It certainly is possible!

Thursday, February 24, 2011

Oh! No...menanah biji mata aku




Dulu aku ada buat entry tentang Daphne Iking yang anak tu didakwa bukan anak kandung dia ka? (read here)

Sekarang Daphne Iking dah peluk Islam dengan nama Dalia Eleanor Iking. Dan dia gak dah kawin dengan bekas MD Redberry Group bernama Azmi a.k.a. Joe awal tahun aritu rupanya...

Alhamdulillah la...

Kes yang tak settle lagi tu... biar le mahkamah settlekan.

Tapi bukan itu yang membuatkan biji mata aku menanah... Yang ni haaa.....


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Masa siri jelajah ABP-BH 2010 kat SACC Mall Ahad lepas.

Aku nyaris-nyaris ajak MrHubby pegi (memang dah lalu kat SACC pun, tapi kitorg pi Alam Sentral) sebab Fafau & Johan ada sebut nak ke sana lepas Melodi.


Kalo tidak, mesti masuk headline ada pompuan meroyan nanges-nanges atas stage sambil jerit "TIDAKKKKK!!!!!!!!!"


p/s: Taknak kawan dengan Fafau...huhu

The NO-NO haircuts for kids




Semalam masa kat klinik, masa tengah tunggu turn... tetiba ada satu couple masuk dengan anak diorang. Then, clinic assistant panggil si ibu untuk minta no. IC. Masa tu, aku toleh dan nampak rambut si anak tu... terus teringat kat

... sebab dia masuk kategori No.2. (source: here)


Korang tengok la ye... kot-kot korang termasuk tak dalam kategori yang mendajal anak sendiri dengan fesyen rambut macam ni...



9 The Bowl Cut


Senang je. Letak tempurung/mangkuk atas kepala...gunting ikut tepi-tepi tu. Kalo tak mengingatkan kita kpd The Three Stooges, mesti korang terus terbayang Temenggung Jugah anak Barieng, masa belajar Sejarah dulu kan? Bahahaha....



8 The Jimmy Neutron


Macam rambut orang lepas naik rolle coaster. Kuikuikui...

Ni aku ada buat la... sebab masa kecik lagi Lil Adam's hair dah menjurus ke arah tu. Hehehe. Kira boleh la.. daripada buat rambut Astro Boy kan?




7 The Bieber


Obviously a more recent trend, tapi huduh gak la.

The article says 'if your kid happens to be ridiculously ugly… then by all means, let that hair grow until he looks like a young Cousin It.'



6 The School Picture Day


Dah la rambut skema Gaban... gel rambut sampai sekati... Mesti bila besar, anak malu tengok gambar sekolah dia :P



5 The Mohawk


Ish... agak2 le woi. Ini memang kena sumpa jadi peti ais dek anak bila dia dah besar nanti.



4 The Bart Simpson


Alang-alang kalo nak jadikan anak tu Simpsons, apa barang sikit-sikit je. Potong je satu jari dia (on each hands) and dye him yellow.


3 The Hair Helmet


Safety first la konon, tapi takde la sampai nak biar anak pakai 'hair helmet' at all times kan?


2 The Rat Tail


Ini le pesen rambut budak kat klinik semalam. Macam toooooooooot!!!! Macam letak sekor raccoon atas kepala. Zaman Rashid Sidek boleh la, baiii...


1 The Mullet


This hairdo is damn horrible.... nak panjang, nak pendek.... anak jadi mangsa.


So..korang ada ke buat pesen MasyaAllah macam ni kat anak korang?

Wednesday, February 23, 2011

Out and about with Lil Adib



Earlier today, I went to the clinic to seek advice from the Dr. Apparently she said, there's nothing much to worry about... So, harap-harap betul la katanya.

Then, I met my former boss, DrWan for a luncheon @ Plaza Shah Alam. Lil Adib behaved so well...


Lepas makan & borak-borak, I went to Mamapasha's place. Macam biasa la... ala-ala 2nd home gitu. Hahahaha. Ada buat 'keje jahat' sikit yang tak boleh reveal kat sini. Heh.

Tengah syok-syok Lil Adib tido tu, I had to make a move sebab cikgu kat nursery texted... saying that she's worried if the EBM yang aku simpan kat situ rosak, sebab freezer diorang macam tak sejuk betul.

Gelabah aku wei....
Aritu aku dah pam ada la dalam 6,7 botol je... tapi sebab freezer aku kecik, dan sebab aku nak defrost, so aku hantar la terus EBM tu ke nursery. Lagipun, tak lama lagi Lil Adib dah nak dihantar ke situ...

Dalam kepala aku dah terbayang nak kena buat entry bertajuk 'Crying over spilled...eh, spoilt milk'. Huhuhu.
Tapi, nasib baik.... aku bau susu tu masih okay. So, sekarang ni... umpama sirih pulang ke gagang, EBM aku pun sudah kembali ke dalam freezer aku... Hahaha

Sekian laporan untuk hari ini.

Mind test- Wrod Srcambel

Japgi aku nak pi klinik dan lunch sekali (ewahhh... pagi-pagi dah citer pasal lunch). Ada sakit 'aneh' yang perlu diperiksa...
Nanti petang ni aku buat entry lagi.


In the meantime, jom tengok... Berapa cepat korang boleh susun balik perkataan-perkataan ni?



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Did u answer...
  1. Penis
  2. Hitler
  3. Nigger
  4. Buttsex?





Well, the answers are actually...
  1. Spine
  2. Lither
  3. Ginger
  4. Subtext
Sila bersihkan minda anda :P

Tuesday, February 22, 2011

Want tanamera...



Pagi tadi masa dok mamai-mamai lagi... aku dpt sms drp Kak Mie (SIL), dia ajak pi Tanamera spa kat Sooka Sentral weekend ni.
Bila sebut Tanamera, mesti aku tingat 2benda je...
  • lagu Guantanamera... lalala... very-the-Julio Iglesias!
  • signage Tanamera kat Aussie dulu (heading towards the Gold Coast)- perasan macam Tanah Merah pulak.

The best part is.. bila aku cakap this Sat is my birthday, so I gotta check with MrHubby first kot2 ada plan lain... my SIL said, it's gonna be her treat for the birthday girl. Hoyeh hoyeh.
Aku pun setuju le, setelah MrHubby menyatakan kesanggupan untuk babysit Lil Adam & Lil Adib.



So, sambil aku browse benda lain, aku gak dah Yahoo! (sebab aku tak guna google) the things no-to-do at a spa.

  • Don't arrive for a 2 p.m. spa appointment at 2 p.m. Arrive at least 20 minutes early to check in, change and relax, or earlier if you want to enjoy the steambath and sauna.
  • Ooo..xpe. Kitorang nak pegi pukul 10am.

  • Don't spend your spa treatment talking about your problems at work, with your husband, your kids. You're just stressing yourself out
  • Dah tu, apa aku nak sembang nanti ye?

  • Don't work out and then show up for your massage all sweaty. It's not nice for you or the therapist.
  • Not to worry, aku dah la malas workout. Kalo workout pun, aku susah berpeluh.

  • Don't hop into the Jacuzzi and then go straight to your massage or facial. Rinse the chlorine off right away. It's not good for your skin.
  • Baiklah... saya yang menurut perintah (orang gomen la katakan)

  • Don't talk on your cell phone in the meditation room (or locker room, or anywhere in the spa.) It disturbs others and keeps you from relaxing.
  • Aiyooo... at least aku kena alert gak la. Kang ada emergency ke. Maklum la, MrHubby tukang babysit...

  • Don't treat the staff like they're servants and you're the Queen. You won't get their best work.
  • Ewah..ewah. Ni cas-dapat-royal-treatment-sempena-birthday la kot.

  • Don't expect miracles. You won't permanently get rid of all your muscle tension in one massage.
  • Kalo MrHubby aku urut 5minit pun aku boleh tido kemain sedap. Kalo spa tu teruk sangat, aku suruh diorang tutup je la.

  • Don't rush off right after your treatment. To get the most out of it, you need time to rest afterwards.
  • Paling-paling pun, aku pi jenjalan & makan dengan MrHubby je la.

  • Don't forget to tip.
  • Berapa nak bagi ekkk?

  • Don't go have a big heavy dinner with wine right after a massage. Take it easy and drink plenty of water.
  • Lalalalaaa... yg ni aku nak buat-buat tak baca. Sebab aku nak makan special sempena menjadi tua...oops! I mean, sempena meningkat remaja.

Okaylah...aku nak layan cha-cha Guantanamera ni... haha...






Pengajaran dari haiwan




Kena include dalam silibus cerita moral untuk kanak-kanak ni... Hahaha

Monday, February 21, 2011

How to teach English to ur kids

Whenever I call MIL, kalo Lil Adam nak menyibuk sembang jugak... dia meraban la cakap macam-macam.
MIL selalu bising "Adam ni cakap omputih je, mana la tok nak faham."

Lama-lama aku realize, Lil Adam managed to catch up many BM vocabs yang aku tak pernah ajar langsung. Maybe daripada kawan-kawan atau cikgu nursery dia la, aku assume.

So, the next time aku call MIL, aku cakap "Mak jangan risau la. Anak saya tu Melayu. Tak diajar pun, lidah dia lidah Melayu jugak. Nanti reti la dia cakap benda yang saya tak ajar pun..."


Being particular in English (grammar, especially), aku risau sangat kalo esok-esok anak aku punya English tak bagus. Mine is not perfect either, tapi aku tak suka simple English errors.

Aritu Zeta ada tanya tentang camna nak ajar anak-anak converse in English.
I might not be the perfect person to answer, tapi aku try la share apa yang praktikal.

Aku converse with Lil Adam mostly in English.
Kadang-kadang dia mix jugak.
e.g "Adam nak makan nasi and egg and soy sauce"
"Adam doe-wan sleep, Mama."

Biasanya aku tak marah kalo ayat tu ada grammatical errors, cuma aku repeat la siap dengan pembetulan.
e.g. Adam want to eat rice and egg and soy sauce?
e.g. Adam don't want to sleep? But Mama is soooo sleepy. (part ni kena muka penuh expression sikit la)

Bila Lil Adam menyibuk kat kitchen, sambil-sambil tu aku explain la apa yang dibuat.
Lately, dia suka bertanya "Mama, what are u doing?"


So, bila aku usik dia..."Hehehe. Mama want to cut the 'bird"
Dia pun mengelak..."No, Mama tak cut bird, Mama cut onions, Adam cut the paper."
(sebab dia ingat pernah tengok aku potong bawang dan dia pernah gunting/tampal kertas untuk buat artwork dulu.

Aku admit, aku jenis yang malas nak bacakan buku (or bedtime stories) untuk anak. Kalo korang rajin, bagus la.
But don't stick to the words in the books. Create je ayat sendiri. Budak-budak bukan penyabar nak tunggu kita abis page-by-page. Tak nyempat-nyempat nak selak page lain.

Dan disebabkan malas jugak la aku biar je Lil Adam tengok TV. Tak kisah la cartoon ke hapa ke. But make an effort untuk duduk sebelah anak sambil explain/ulang apa yang disebut kat TV tu. Kalo biar dia hadap sorang-sorang, maybe lambat sikit la dia pick up, atau maybe dia tersalah dengar.

e.g. Bila kitorang tengok Dora, mulut aku pun macam mak nenek... siap giggles dan facial expression (sila bayangkan aku buat muka monster nak kejar Lil Adam). Memang akan nampak huduh la, kan? Tapi bagi aku, aku didik anak aku dengan cara macam tu.


Yes, teaching children English can be intimidating. Tapi jangan risau la... Kita redah jer.

p/s:
Ada sesapa leh bagi tips nak ajar ABC selain guna flash cards? Lil Adam dah hafal lagu ABC, cuma nak make sure dia identify huruf-huruf tu jer...

Long time no see- flu

Believe it or not, it has been about ONE YEAR aku tak menghidap flu. Sepanjang pregnancy pun sihat walafiat... tak demam, tak batuk, tak selsema.


Setelah lama tak bersua, sekali jumpa... punya la 'kamceng'.
Sekali kena last week... x baik-baik lagi. Sebenarnya dah amik ubat dan dah nak baik.. tapi sebab aku gatal makan 4bijik sehari (kes pandai-pandai sendiri, nak cepat baik)... so, flu yang dah subside... bersambung balik.

Aku bukan apa, takut jangkit kat Lil Adib jer.

BTW, the Dr. prescribed me with Polarax (ubat selsema yang kaler merah tu)... sebab katanya tak affect BM production. So, kalo korang pun BF, minta le ubat tu jugak.

Sunday, February 20, 2011

The richest Malaysians




Dalam banyak-banyak (20) orang kaya yang dilaporkan di Malaysiakini, 3 orang je bumiputera...
Tu pun, no. 7, 11 dan 19.

7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (DRB-Hicom)
RM8.84 bilion.

11. Tan Sri Azman Hashim (Arab-Malaysian)
RM3.9 bilion.--bapak Mizz Nina kan?

19. Datuk Mokhzani Mahathir (Kenchana Petroleum)
RM1.6 bilion.--hmm..camna dia jadi kaya ek?

Jadi la drp langsung takde kan?


Yang lain...

1. Tan Sri Robert Kuok, RM50.04 bilion
2. Tan Sri T Ananda Krishnan RM45.78 bilion.
3. Tan Sri Teh Hong Piow .Public Bank RM12.77 bilion.
4. Tan Sri Lee Shin Cheng IOI Corporation Bhd - RM12.74 bilion.
5. Tan Sri Lim Kok Thay -Genting RM10.89 bilion
6. Tan Sri Quek Leng Chan -Hong Leong RM10.75 bilion.

Nampaknya kena start berangan buka bank lah...
Tak pun, bukak syarikat telekomunikasi macam Ananda Krishnan. Hahaha. Eh..nape nama Dato' Seri Shazalli Ramly (Celcom) takde ekk?

Friday, February 18, 2011

Kalaulah korang lembu itu...

Dulu kan kita belajar, lembu ada 4 perut... Rumen, Retikulum, Omasum & Abomasum... untuk menghadamkan rumput yang dimakan.

Korang observe tak... lepas makan, biasanya lembu akan duduk berangan dan mengunyah rumput-rumput yang diragut tu.

Kalo korang la lembu tu, masa duduk tu... sambil mengunyah, apa agaknya yang ada di fikiran korang?

Jap..aku pun nak fikir jawapan aku....

Sori..aku tak cukup bodo


Bila Zety Zin citer pasal sms scam yang dia terima, aku tingat... aku pun pernah dpt sms bodo mcm tu...


Kes 1
Konon 'bapak aku' yg sms tu tengah ada kat balai polis, kena tahan sebab apa ntah. Dia minta top-up kan hp dia dulu, nanti dia cerita details.
Dah la bahasakan dirinya 'bapak' (aku panggil bapak aku Abah la)... ada ayat dia yang menampakkan dia tu Indonesian. Kantoi...

Kes 2
Konon aku menang peraduan bangang apa ntah (yang aku tak pernah join), minta no.akaun segala untuk bank-in duit yang dimenangi.
Wahhh..banyak cantik kau, nak duit free!

Kes 3
Yang ni orang lain yang dapat call, bukan sms. Masa tu aku ada kat sebelah (dalam keta) and it was put on loudspeaker. Kelentong punyaa kelentong, halfway.... slang Indon tu terlepas jugak walaupun caller tu dah cuba kontrol.
Maka aku terus tarik hp tu dan bukak slang Indon aku...
Nak tau aku kata apa? Aku cakap, jangan nak tipu-tipu la... tak baik.
Dia berdalih lagi. Katanya... ni betul, tak tipu.
Aku cakap... Nanti masuk neraka.
Still, dia kata dia bagitau yang betul.
Last-last aku kata, nanti aku report kat bapak polisi. Hihihi... Terus dia letak telefon.


p/s: I have nothing against Indonesians eh. Bestfren aku, Mamapasha pun Indonesian tau.



Moralnya,
Belajar la menguasai bahasa lain, supaya kurang risiko dikelentong.

My other language is Arabic. Tapi takde pulak Pak Arab nak 'kencing' terkantoi dengan aku. Nak kena belajar Kantonis/ Tamil pulak la...

Thursday, February 17, 2011

Dulu RM1, sekarang RM2.39





Aku ingat lagi, dulu masa tahun 1990-1992, coklat Cadbury (50g bar) hanya berharga singgit. Kadang-kadang kat supermarket Padu Jaya kat BM tu harganya RM0.99. Masa tu beria-ia aku kumpul duit. Cukup je singgit, aku pegi beli... Tak kira la Cadbury ke, Van Houten ke... janji Fruit & Nut.


Tapi sekarang ni, lepas lebih krg 20tahun, tengoklah..dah naik lebih drp 100%... RM2.39!
Masa taip ni, baru aku perasan... itu pun yang 40g, bukan 50g! Giler wehhh...

Agak-agaknya, lagi 15-20 tahun lagi... anak-anak kita nak makan coklat ni, harganya double lagi tak?


Lagi satu, Sweetie Bun ni. Aku mula mengenali bun ni sejak 1996/1997. Masa tu, it was still priced at RM 1.60 per pack of 6.



Sekarang ni... after 14-15yrs, harganya dah RM2.60 (naik singgit).
Tapi sebab takde jual kat Penang, kalo aku balik kampung, mesti aku belikan 4-5bungkus untuk Tok.

Macam tu la value duit arini. Kalo jaman dulu, dapat RM10 tu kira grand la, boleh beli macam-macam. Tapi sekarang, kejap je abis.

Korang perasan barang apa yang harganya dah naik 1x ganda sejak dulu?

Menawan ke aku masa preggy?




Last Monday, ada sorang ex-student posted on my FB wall...
"salam..nak ucapkan tahniah kerana menjadi naib johan pertandingan foto ibu menawan majalah Pa&Ma..so sweet"
So, semalam sebelum fetch Lil Adam, aku tergendong-gendong Lil Adib mencari Pa&Ma bulan Mac. Hihi...


Ahahaha!
Patutnya aku show off ke'bolat'an perut itu... baru leh dapat jadi pemenang pertama. Kuikuikui...

Wednesday, February 16, 2011

Mee goreng no....




*drumroll*
kasi saspens sikit.

Adapun teka-teki yang dimaksudkan itu adalah...

MEE GORENG TANPA SAYUR

(aku rasa dia tulis Me G No Sayr. kira boleh lah...)

Yang ni ramai yang berjaya jawab dengan cemerlang.


Sila tepuk bahu masing-masing, sambil sebut "Pandainyeeee..."

dan yang lagi satu ni...


MEE GORENG TANPA KUIH

(ni dia tulis Me G No Kuwai kot). Wahahaha... mari kita gelak ramai-ramai. Patut la takde orang berjaya teka.

Korang nak tau, kuih apa?
Alaa..yang macam cucur tepung yang keras tu... Bukan tauhu, tapi dia memang cucur bodo apantah. Mamak panggil kuih, a.k.a kuwei/kuwai. (ko eja la macamana pun ko nak).

Sebab aku tak suka, maka aku order supaya tak payah taruk ler.

Next time, kalo aku pi beli sendiri, aku nak tanya "Mamak, kalo saya tak mau itu kuwei, boleh kasi murah sikit ka?"
Har har har

Nuffnang ads

My Heartbeat